25 July, 2007

NOMBOR EKOR

Salam ....

Dah sarapan ker?
pB pagi ni makan kuih jer.
Tapi dah tapau nasi goreng berlaukkan pelempong ( paru ) goreng.

Ingat pagi ni nak lepas geram lagi.
Geram kat sape?
Kat saper lagi , kalau bukan kat aBear buah hati pB tu ler.
Tapi memandangkan ada lagi isu yang penting , baik pB peramkan dulu isu Geram tu.
Esok baru kiter ceriter.

Pagi ni, kedua dua supervisor tak ada.
Ada mesyuarat dengan Mr K di MSC.
Maka, mereka tinggalkan pB dengan kerja kerja penyerahan tugas kepada team.
Nasib baiklah, pagi ni semua team dalam keadaan mood yang elok (barangkali semua dpt bayar bil air semalam tu), so , kerja kerja yang pB agihkan itu mereka terima tanpa banyak soal.
Risau jugak lah .
Team team yang ada ni , kadang kadang boleh sangat sangat menyakitkan hati.
Banyak sungguh soal , songeh bila diberi tugas tu.

Kebetulan hari ni report kerosakan boleh tahan bilangannya.
Salah satu pelanggan yang perlu di'entertain' pagi ini ialah MAGNUM.
Saper tak tahu MAGNUM ni apa , sila angkat tangan....
Hi hi... MAGNUM ni kedai yang jual nombor tu. Ala ala skim cepat kaya.
Tapi tak kaya kaya pun..
Adik beradik dengan SPORT TOTO, DA MA CHAI.

Sebelum pB arahkan team ke sana, pB kena cordinate doket tu dulu.
Call pelangan, minta mereka check equipment dulu.
Reset (on off) mana yang patut.
Kalau semua tu mereka dah buat, tapi line masih tak boleh kerja, baru pB kena assign team ke tempat pelanggan.
Begitulah kerja pB hari hari.
Bersembang dengan pelanggan.

Yang buat pB terkejut ialah pekerja yang menjawab panggilan itu.
Kalau yang jawab tu Cha Ya Nun Alif, biasalah tu , standard.
Tapi ini , bukan Cina , bukan India dan juga bukan Orang Putih.
Tapi , bangsa melayu kiter.
Orang Islam .....

Terkedu lah jugak bila pB tanya nama dia.
Hmmmm....

Selama pB kerja ni, tak pernah pulak pB dapat tahu ada melayu yang kerja kat kedai jual nombor ni.
Yang beli nombor, orang melayu , islam , tu biasalah pB tengok.
Tak tahu apa yang kata.

Kat Bahagian IT untuk Magnum ni pun , ada seorang lelaki melayu yang kerja kat situ.
Team lain dalam IT tu semuanya Cina mahupun India.

Macam mana eks...??
Mereka tu tak tahu ker hukum agama???

Nasib baiklah, selama pB deal dengan CalsBerg , tak der pulak Melayu yang jawab call.
Kalau idak, mahu pengsan pB....

30 comments:

KV said...

dio tok beraso nok cari kijo lain ko kak pb weh?

Mak Su said...

mak su dolu2 naik bas mini, ada orang tahan2 bas dia cakap, "mapiau, mapiau" - result nombor ekor....

McBudu said...

Mungkin dia terpaksa kot, mungkin dah cari kerja2 lain tak dapat, jadi sementara nak dapat kerja lain dia kerja dulu kat situ, nak cari sesuap nasi, taklah payah jadi peragut ke, perompak ke. Lepas tu bila dah dapat kerja lain, beherhentilah. Dharurat kot.... (cuma cuba berbaik sangka.. he he)

pB said...

KV
Tular hok kak pB tok leh nok jawab.

Budok IT tu lamo doh krijo situ. Rasonyo lebih dari limo tahun doh ...

Dgr cerito , kalu sbeloh Sabok Bernae, lagi rama ...

MAK SU
Wah, berani lar itu orang.
Sanggup tahan bas mini.
Nasib baik, dak kena lenyek ...

pB said...

ABE MC B
Kalau betul lagu tu , tak pa lah.

Tapi kalau dah bertahun, tu apa cerita pulak ...

Moga semua kita ini, rezeki yang kita bawak balik, rezeki halal ...

Amin

Eddie Putera said...

tapi kan..Magnum dan Carlsberg client company awak.

1. Carlsberg bayar fees to company awak, duit tu datang dari hasil jual arak. Company awak bayar gaji awak.

2. Pelanggan Magnum tak boleh berurusan dengan Magnum sebab system down, Awak tolong settlekan masaalah tu, dah urusan niaga Magnum pun berjalan lancar.

Adakah ini tidak namanya subahat ?

JIn tak nak imply apa apa, tapi saja terfikir.. Jin tak pandai bab hukum, tapi terpanggil untuk berfikir.

Sorry dik.

pB said...

Abe DJin
Betul kata aBe Djin tu.

Subahat...

Nak cerita , nak sembang pun susah.

Apa yang pasti, pekerja dalam syarikat ni 99% melayu dan syarikat ini adalah syarikat yang dulunya Jabatan dan sekarang dah jadi Berhad....

Hmmm...

Orang yang kerja bank ...?
Orang yang kerja dengan SUK ..?
Kerajaan yang benarkan semua ini ...??

Calsberg kat selangor ni saja ada dua kilang ...
Kedai nombor ekor, berlambak.

Tiader maap bagi mu..
Hi hi ...

Susah susah susah ...

WRA said...

lloni tok leh kato PB...sebab tok semestinyo Melayu tu Isle zame lloni nih...kalu Isle pung, ado hok taok tau doh hukum2 nih...tak dok pendedahan keh....ceramoh keno "ban", kat TV pun kure cerito ugamo...susoh la sikit dok eh?

pB said...

KAK WEAR
Kadae kadae onok tino tanyo
'mama , mereka tu pakai macam tu , bukan melayu ker?'

Payoh nok jawab, memae akhir zamae doh .

Tokleh saloh kechek sikit, mesti keno ata masuk ISA.

Surak khaba haghi ni pun ado warning ko blogger ..

pB said...

ABE DJIN

TNB tu srupo jugok lah kalu gitu.
Suply letrik ko kedai nombor ekor, ko kilae kilae arok ...

Sapor nok tolong nieeee

Anonymous said...

apa kata akak interview dia?? takdelah kita dok meneka2 napa dia masih keja di situ...

pB said...

OREN
Hi hi ...
Masalah nyer akak tak berani nak tanyaaaaaaa .......

Eddie Putera said...

macam nilah dik, h

hukum tetap hukum. Haram tetap Haram. Tapi, dalam keadaan yang sebegini, hanya Allah yang boleh beri kata akhir. So bisik bisik lah dengan Dia. Minta pedoman dia, kalau berat, minta dia bagi jalan kot senang.

Macam lah beli kereta dengan rumah guna loan. dulu dulu mana ada loan cara Islam. Tapi kereta mahal, rumah mahal, memang tak termampu nak beli cash. So kena loan bank and ada riba. Riba tetap haram, tapi kita boleh bisik bisik dengan Allah minta jalan keluar, minta di ber keampunan, minta hidayah.

Dalam keadaan awak yang bekerja kat situ pun dik, bisik bisik dengan Dia Kalau mudarat tempat kerja awak sekarang, minta dia bagi tempat kerja yang bersih. Insyaallah.

Amalkan sunat Dhuha 6 rakaat, 2 raakat setiap kali salam. Tiap tiap pagi Jumaat. Cerah lorong dihadapan, insyaallah

Abae Jin hok-tok-berapo-bijok-hal-ugama

pB said...

ABE Djin
Terima kasih di atas nasihat nasihat itu...

Insyaallah, pB akan amalkan ...

Moga semua dari kita ini mendapat rezeki yang sehalal halalnya ....

kasihlatifah78 said...

hai..kak pB..salam perkenalan..

Pa'chik said...

aloh la... hok jago zakat dok tipu duit zakat tu berat lagi. Amek duit zakat wak beli tanoh. lepah tu lamo sikit, jual ko tin'no tu. Amek wak hotel la, perumohe la... mace-mace...

pB said...

KASIH LATIFAH
Salam Perkenalan ...

Rajin rajin lah kemari , yerrrr

PO'CHIK
Hok alor laaa ..
Lagu tu pung ado kor??
Tok sek'ko langsung ...

Anonymous said...

Wallahualam.
Patut kalu buleh elok, meme toksoh khijo laa tepak² gitu.

Nok kiring khepok wapo kilo?
Buleh je insyaAllah..
Tapi keno aja laa guano nok poh nga bah..
Tok beso buak.. hehehehe..

pB said...

FIZZY
Kalau terae terae tempat tu tepak tok molek, memae lar kito keno elok.

Kalu hok sipi sipi supo kak pB nie, lagu mano eks???

Krepok??
Ghura jah ...

Eddie Putera said...

`Bolah ccaro hal goni..hok penting pB kerjo molek molek cari pitih nok pero anok.

Eddie Putera said...

EH !! lagu gapo namo gak di blog mung ni pB ?? pening ppalo orae tuo nih

achik said...
This comment has been removed by the author.
achik said...

tu la kan.. kalau buleh kena cuba elak keje camtu..

err camtu camne ek kalau yg keje cashier supermarket/7E.. yg ada jual arak.. isk..

Wallahualam... harap2 rezeki kita xde sumber x halal.. huhu..

pB said...

ABE DJIN
Itu lagu orghe mudo ....
Hi hi ...

Nanti pB tukar lagu lain.
Lagu hok slow slow sikit.
Tapi esok lah sebab kat jabak ni, pB tok leh masuk website website lagu lagu nie..
Keno banned...

Esok pB tulih isu hok tok sensitif...

ACHIK
Hmmm ....

Dulu adik ipar kak pB kerja kat 7E. Dapat tahu dek MIL, terus dia suruh BIL tu berenti ...

Kita buat macam Abe Djin tu cakap, yang penting kita kerja , kerja dan kerja ...

maklang said...

bagus Djin bagi nasihat...solat Dhuha 6 rakaat...InsyaAllah rezeki murah. Kalau tak pun 2 rakaat pun bolehkan..

Camana pulak kalau jadik tukang kira duit kat pejabat yang ada kasino besar kat atas tanah tinggi tu. Walau pejabat bukan kat tanah tinggi tapi kerja kira2 duit kompeni tu...entahlaa..kalau rasa was-was baik carik kerja lain...

pB said...

MAK LANG
Tu lar ...
pB terima kasih sgt sgt kor Abe Djin atas nasihat tu.
Insyaallah , pB akan buat...

Susah kalau dalam hati kita ada penyakit was was ni.

Minta dijauhkanlah kita semua ini dari penyakit itu ...

Aminnn

HAPPYIRFA said...

dio takdok kijo lain kot?he he

Pa'chik said...

achik, kalau seben ii kat sini takde jual arak, tapi, bila kita kira, segala pendapatan tu dikumpul sekali.... sama la jugak.

zino said...

malaysia ni belum terdesak sehingga terpaksa bekerja di tempat2 yg syubahat..

ada banyak tempat lain lagi nak kerja..pasal tu pendatang ramai masuk sini..

pB said...

IRFA
Tok tahu lar nok kato lagu mano.

PO'CHIK
Betul jugok tu ..

ZINO
Tapi ramai antara kita yang kerja di syarikat yang punyai talian secara tidak langsung...

Orang Mesia ni manja. Tak nak kerja tempat yang susah . Sebab tu sekarang ni ramai PATI...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...