10 July, 2007

MR K

Sebelum balik , pB perlu siapkan laporan daily tracking yang
perlu diemailkan kepada semua staff termasuklah Mr K.
Laporan itu perlu mengambil kira semua aktiviti
yang dilakukan oleh semua staff.

Berapa pemasangan baru..
Berapa doket yang selesai direpair..
Berapa jam yang diambil..
Pokok nya semua sekarang perlu direkod dan perlu diemailkan kepada Mr K.

Disebabkan semalam tu, pB cuma keseorangan,
maka terkelam kabut lah kerjanya.
Dah lah badan tak berapa nak ok , asyik dok bersin dan dok 'seh' hingus.
Kejab panas, kejab sejuk..

Makanya, laporan yang dihantar menggunakan format Excel tu
disiapkan dengan ala kadar jerlah.
Terlupa pulak , yang sabtu dan ahad tak kerja.
Yang seronoknya, pB dah terisi kat kolum sabtu 7hb Julai.

Nak cepat sebab dah pukul 530 ptg, pB terus emailkan untuk semua.
Bila email tu dah lepas, baru perasan kesilapan teknikal tu.
Maka , terkial kial pB dok copy paste semula.

Tak sampai lima minit, supervisior pB dapat panggilan dari Mr K ..

"Eh..kita tak der perniagaan ke hari nie...?"

kah kah kah..
memang confirm lah Mr K ni , teliti orangnya dan cergas pulak tu.
Mungkin setiap masa dok perhati email yang masuk...

Balik dari pejabat , nasib baik selamat sampai rumah.
Yelah , memandu dalam keadaan ting tong ting tong ni bahaya sikit.

Tak jadi pun nak g melawat FIL Mr X .
Adik pB pun kena kerja semalam.

Memasak pun tidak , semalam.
Pergi ke Alisara , beli nasi pataya.
Nah tahu berapa harga untuk dua bungkus..
Dua belas ringgit tu ....
Nasib baik sedap , so tak lah berapa menyesal ....

Makan ubat terus rehat.
Kain yang dibasuh dengan mesin pun pB mintak tolong anak dara yang jemurkan.
pB cuma sempat lipat kain yang dibasuh pada malam kelmarin tu.

Pagi ni, alhamdulillah dah tahan sikit.
Gorengkan mee untuk anak anak dan tok ma kat umah.

N now, dok tunggu nak lunch break.

SO ... see you all tomorrow , insyaallah.

22 comments:

pekan said...

tak sehat ker kak..?
emm.. berehat lebih sikit..
jgn lupa makan ubat..
sana sini baca blog, semua tak sehat...
take care..

NBK466 said...

Emm...kenaikkan rege beras import oleh Bernas dah ditarik balik nie...mungkin dah murah sedikit kot rege nasi patayya tuh semula...he..he..he..

Anonymous said...

CS nampak PB 1 2 hari ni tak brape nak sihat. Mungkin keadaan sekeliling dan kerja2 dan tugasan yang baru yg terpaksa PB buat. Walau bagaimanapun kerja2 terpaksa di laksanakan tapi kesihatan jgn diabaikan so makan ubat tau....

indera kencana said...

Kak pB dah nak kebah, saya pulak naik selsema dan bersin-bersin (bahana drive keta di tgh2 malam). Nak kata demam, tak demam. Tapi badan sejuk-sejuk jugak la...
(Mungkin air-cond kuat sangat pasang kot!!!)

pB said...

PISCES
Tular.
Baru jer lepas berbual dengan Indera, dia pun tak sihat ..

Insyaallah, esok , aBear balik , pB akan sihat ...

Hi hi

NBK
Harga tu memang harga lama.
Harga sebelum harga beras naik lagi.
Kalau tengok nasi goreng ayam, lapan hinggit tu ...

C.S
Letih barangkali..
Lagipun ahad lps tu, bwk budak budak ke Taman, kena air hujan sikit.

Insyaallah, esok ok

Btw, SELAMAT HARI JADI UNTUK C.S

psstt...akak bagi hadiah apa??

*fizzy* said...

Get well soon deh, kak pB..
Fizzy pun ala-ala sakit tekak nih..
Kalu demam pun ok, buleh balik bermanja di rumah.
:)

InsyaAllah nanti fizzy email ko kak pB..
hok sene-sene buleh laa fizi buak.

*fizzy* said...

hiii...scary..kito post comment at the same time.hehehehe..

pB said...

INDERA
Macho lah suara Indera bila ala ala nak demam ...

hi hi

Jangan lupa makan ubat , bila ada kelapangan nanti ..
Jangan dok biarkan sakit tu melarat ..

Kot kot, sejuk sebab Azzah jauh tu ...

FIZZY
Tolong beli stripsils...
Kemam cepat cepat..
Kalau dok pung, jangae dok minum air batu tu ...

Oo..resepi ..

Ok , thanx adik ayang ...

Mak Su said...

mr x tu pakar x files kot...

Anonymous said...

Eh..! camna tau besday kita...PB pakai nujum pak belalang yer...Alah hadiah sudah di jangka sebab awal2 lagi kita dah mintak so dapatlah. Ingat tak masa CS gi berkelah kat Tiara Beach Resort yg mana CS hilang jam tangan so senjak hari tu tak pakai jam so 2day CS pakai jam baru...:-))

pB said...

C.S
WOW..

Dapat jam tu ..

Post la gambar tu dalam blog Scorpion tu ..

pB nak tengok lah

Jangan kedekut , share share lah

Eddie Putera said...

mak su.. joke chimpeng tu ada kat email ? saya yang reka joke tuh.. haha.. kat my blog

Eddie Putera said...

lerrr..komen kat salah blog..sorry..nak komen kat blog mak su..ter type kat sini

pB said...

ABE DJEAN
pB ingat pB hok mamai sebab makae ubat selsema.

Tok seko la pulok ja'cake ko abe djean ...

Mrs.A said...

Kak PB,
Salam.. Harap akak cepat sihat yea... Jgn makan ubat byk2 tapi makan ubat ikut peraturan, ok...

pjoe said...

cik abear kelik bila kak?

kesian akak, letih jaga rumah sorey!
sabar ya, kak!

kim salam kat Nuying!
:D

pB said...

MINNIE
Salam ...

Petang ni rasanya dah bertambah ok.
Selsema cuma tinggal baki baki jer ...

Ubat...?

Hi hi , kak pB makan , ubat yang ada dlm peti sejuk tu jer..
Tak g klinik pun

JOE
Che aBear ,kalu ikut jadual dio tu, tengohhari esok baru nok to;lok kelik...

Nak buat cam ner , kak pB ni kan SuperWoman..

Kah kah kah

Smeta lagi kak pB sa'pa salae Joe tu..

Hai, kim salae ko Nuying jah ..
ko hok tigo laing tu , tok sir ko...??

Ghu'ra jah ..
Jangae ambik ati, deh

KakNi said...

Samer lah kita PB, dok sok sek dah 2 minggu dah tapi tak pegi klinik pun lagi sebab tak sempat/malas nak tunggu lama2 dlm klinik

HAPPYIRFA said...

semoga cepat sembuh.rindu ko abear kot..

pB said...

AHNI
Alahai ...
Satu pesen la kita ....

Ingat kan hari ni, dah ok , tapi masih lagi dok sok sek ....

Badan pun rasa semacam lagi ...

IRFA
Thx Ifa ...

Rindu ...??

Keh keh ...
Bu'a bu'a talipon pun smeta jah ...

zino said...

jangan selalu silap hantar email nanti bos tak lelap tidur.. hehe

pB said...

BRO Z
Hi hi ...

hari itu sahaja.
Sekarang ni, sebelum tekan baten send to, check n recheck n recheck ...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...