21 August, 2007

BYK KISAH

Assalamualaikum ...
Selamat pagi semua ....
Rasanya ramai kengkawan blogger kita sekarang ni sedang bercuti ...
Sebab apa pB kata macam tu ...
Sebab tak ramai yang tinggalkan jejak kat umah pB nie...
(Chisss ..... perasan la pulak pepagi nie)

Cerita Satu

Hari ini hari jadi ayah pB.
Yang ke .......... ( pB luper ayah lahir tahun berapa)
(Jab , nak call ayah ....)
(Hi hi.. baru cakap dengan ayah ...)
(Wah semalam dia makan lidah bakar tu)
Ayah pB lahir tahun
1946.
Itu maknanya ayah tahun ni dah berumur 61 tahun.

pB pun bukan jenis jiwang jiwang.
Nak buat pantun dua kerat pun tak pandai inikan pula nak cipta sajak sajak nie ...
Apa yang pB buat hanya berdoa agar ayah akan terus sihat sepanjang umurnya ini, gembira dengan kehidupan yang telah, sedang dan akan dia lalui.
Dan yang paling penting pB sangat sangat ayah (walau pun kita jarang bercakap) ....

CERITA 2

(Ini cerita yang pB nak habaq semalam)

Kat ofis pB ni adalah sorang staff.
Kita panggil dia MR W
Umurnya lebih muda dari pB (banyak tahun bezanya).
Dah pun berkawin dan punyai anak seramai dua orang.
Isterinya pun seorang pekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi.
Member ini sedang sambung belajar di Open Uni.
Punyai empat buah rumah (kalau tak silap pB).

Masalahnya MR W ni selalu tak cukup duit.
Pinjam sana, pinjam sini.
pB tak tahu samaada isteri dia tahu atau tidak tentang perangai MR W ni.

Dulu ( dua tahun lepas) dia pernah pinjam dengan pB.
Tak banyak, tak sampai dua ratus pun.
Tak larat nak mintak , last last pB senyap jer.

Dua bulan lepas dia nak pinjam lagi.
Kali ni, separuh dari seribu.
Katanya kecemasan nak bayar duit periksa.
Sebab kesian pB pun bagilah.
Lagipun dia cakap, kalau lepas dua hari dia tak bayar, dia nak bagi handphone Ericson tu pada pB.
Terserah pada pB , nak buat apa handphone tu.
Selang dua hari lepas tu, duit kemana, hp kemana.
Bila jumpa pB , selamber jer.
pB pulak yang malu nak mintak mintak.

Lepas tu, pB bising bising jugaklah kan.
Dia bayar. Tapi tak habis.
Lepas pB bising lagi, baru dia bayar habis.

Yang seratus lebih tu, senyap macam tu jugak.
Sampai pB cakap kat dia, kalau tak leh bayar sekali gus, bayar ansur ansur pun tak per.
(Nampak macam pB ni kedekut la sangat sangat).
(Kalau pB ni gaji sepuluh ribu sebulan, memang pB sedekah jer).

Masa pB mc mengejut minggu lepas, dia call lagi.
Nak pinjam lagi lima ratus.
pB masa tu, memang tengah sengkek giler giler.
Dalam Maybank ada dua ringgit jer...
Abih tu macam mana pB nak bagi..
Then dia boleh cakap 'ala dalam tabung haji kan ada...'.
Adoi adoi adoi ...

pB pun tak der lah janji nak bagi sebab macam dah serik kena ken*ing.
Memang dia bayar tapi punya lah lama .....
Kebetulan pulak handphone pB hari tu , silent mode.
Bila balik umah, pB tengok ada tujuh miss call dari MR W.

Sejak dari hari tu, dia langsung dah tak bercakap dengan pB.
pB tegur pun dia balas gitu jer ..
pB naik heran la pulak...
Dia marah sebab pB tak bagi pinjam ker...??
Apa hak dia nak marah pada pB ....

Semalam , bila pB check Maybank2U, tengok tengok ada duit lebih kat dalam tu.
Jenuh pB dok fikir duit tergolek datang dari mana lah.
Call aBear, kot kot dia masukkan, tapi dia cakap tak pun.
Last last , baru teringat jumlah duit yang dia pinjam tu sama dengan duit yang ada dalam akaun tu.
Bila tanya, angguk tak, geleng pun tak ...

Apa masalah dia tuuu....??
Saper yang hutang saper nie...??
Benci tul lah kalau dalam pejabat, tak tegur tegur macam nie.
Dahlah, sejak MR K tu masuk, macam macam hal yang berlaku....

Benci Benci Benci ...........


CERITA 3

Sejak dua menjak ni pB suka tengok channel 77.
Semalam kebetulan pulak tentang 'TWINS CESEAR'
Pasal dua adik beradik yang sgt sgt rapat.
Bila si adik tak dapat mengandung, si kakak sanggup jadi ibu tumpang.

Yang syok tu bila Si Aqilah tanya

"Mama, mana sakit , baby keluar ikut tu.. atau kena bedah"

pB jawab

"Keluar ikut tu lagi sakit ..."

Pernah anak anak anda tanya soalan begitu ....??

34 comments:

achik said...

salam kak PB..

selamat hari lahir utk ayah akak.. semoga panjang umur murah rezeki dan sihat selalu..


ish jenuhnya camtu kan.. dia yg pinjam akak tp treat mcm akak plak yg pinjam dr dia.. huhu.. sabo je la..

Alex Lacey said...

Laaa...update ruponyo kemaring...k.we tok de baco hok kemareng tu...

kes Mr. W tu, wak dok sudoh la PB wei...doh la pinje duit ore, pah tu lambat baya, pah tu buleh nok ssero hati la puloks...tok rugi pung tok ttego nga dio tuh...amik kesempatae ore pangge tuh...

tang soalae tuh, anok2 k.we setakat nih ingak tubik baby kot pusat atau perut...hehehe..so, dio tanyo sakit keno beloh perut jah la...hehehehe

OndeOnde said...

just forget about mr w!
oghe lagu tu tokleh pakai!!!!!
dia settle hutang Alhamdulillah; lepas ni lantak pi lah dia tak nak tegor pun; Tuhan Maha Tau!!!

kalau lah orang faham pasal hutang ni, setengah sen pun dia akan bayar; dan kita tak kiralah berapa sen pun kalau kita nak tuntut memang hak kita apa! Lagi bank hok kayo rayo tu pong tuntut hutang mano ado diskaun2!!!

about beranak: sama saja lah beranak normal atau c-section, operation lagi beribu kali ganda risiko nya tu..nak sembuh pon bukan main lagi..kalu doh namo branok gak, memae susoh kot mano2 pun.

pB said...

ACHIK
Salam Chik ..

Terima kasih atas doa tu ...

Pelik kan perangai orang yg suka berutang nie.
Masa nak pinjam, macam macam janji.
Bila dah bagi, hilang terus.

Orang yang bagi pinjam pulak, yang naik malu nak mintak mintak...

Sabor jer lah ....

KAK WEAR
Kemaring ado, tapi lewat doh paghu posting...

Nyor kor kak wear..??
Ambik kesempatae...??
Kalu kelih kor muko, memae jenih muka kesian...

Tak polah dio tok sir saing dengae pB...
pB ado ghama saing blogger..
Lagi kelasssss

Tok gitu...??


KAK OO
Tok kelik klate lagi kor??
Ingat kor , ado dok klate doh..

Hutae ni memae berat.
Kalau mati, hutar tepek, orghe kato roh kito tok naik ...
Tapi tular, kalu jenih orghe hok suko korek lubae ni, payoh.

Makin hari , makin bayok lubae.
Last last, jereluh diri sdiri ..

Mitok jauh la kito dari jadik orghe hok suko berhutae nie..

Lepas berhutae, jadik penipu pulok tu ...

sipiutang said...

Begitulah manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Dahlah meminjam duit orang, liat pulak nak bayar balik last2 dia pulak buat tarik muka bila berdepan dengan kita. Orang macamni tak bolih dibuat kawan, ibarat melepaskan anjing tersepit... Walaupun kita merupakan kawan, itu bukan alasan yang kita bolih buat sambil lewa, budi baik orang kita kena jaga barulah hubungan baik itu akan berkekalan tidaklah akan jadik bermasam muka lebih2 lagi satu opis tentulah tak elok. Sendiri kena ingatlah... kita pun pernah pinjam duit tapi belum bayar lagi insyaallah sebelum puasa ni saya bayar ok...-IP-

Helena said...

Happy Birthday pada ayah pB....

Mr W tu.... lepas ni buat donno jer.... ada ke kita dah tolong, siap nak jeling2 pulak kan????

Indera Kencana said...

Kak pB nak cakap kat Mamat tu cara baik ke cara kasar..??

Kalau cara kasar;
Wahh.. ko ingat aku ni hapa..?? Bank engkau?? Dah la aku tolong kasi pinjam, kalau pandai nak balas budi aku tak hapa jugek. Ni ngan aku, engkau buat musuh. Engkau ingat engkau cantiiiikkkk..??

Kalau cara baik;
Kak pB ajak la dia berbual cara elok. Tanyakan masalah dia. Kemudian Kak pb beritahu bahawa Kak pB juga punya kesulitan. Andai kata dia menolak cara Kak pB tu, jangan putus asa dalam bergaul dengannya. InsyaAllah di kemudian hari, dia akan sedar kesalahannya. Tentang dia tersalah sangka Kak pB marahkan dia (masa Kak pB MC), tak perlu dijelaskan pada dia. Tak semua perkara kita harus jelaskan pada orang lain..
********************

Ni citer Siri Aufa. Satu ari saya katakan pada dia, Adiknya ikut lahir keluar ikut pintu. Siri Aufa lahir keluar ikut tingkap...
Dia sibuk tanya..
"Kak Long lompat tingkap ke? Tingkap mana, Baba? Tingkap mana?

Saya naik lemas bila dia tanya soalan tu. Akhirnya saya jawab.
"TINGKAP HOSPITAL LA..."
Oooooooooo katanya...

maklang said...

biasalah tu PB...even kalau duit orang tu banyak, and kita dah pinjam duit dia, kita kena pulangkan jugak...

lain kali jangan layan je...tapi kalau tak layan kesian pulakkan...entahlaa...macam2 ragam manusia ni...sabar jelaa banyak2!

kakLuna said...

betui tu kak PB..saya pun selalu je cepat kesian, bagi pinjam duit kat kawan, pdhl sy sendiri pun x cukup..

kalau citer bab pinjam duit ni,mmg x leh abis...hati pun panas..

harap2 lah Allah buka pintu hati dorang tu nak membayar..

happyirfa said...

SALAM KAKAKKU SAYANG..
baiknya akak bg org pinjam byk2 macam tu..kalau cam tu bulehlah fa buat loan dgn kakpb jugak.

biarlah dio nok ngaju asal dia bayar hutang kakpb..dio malu sendirilah tu kot.sbb tu dia bayar.mgkin berhutang lagi dgn org lain.

x dpt lagi soklan macam tu dr kakak.tp dia tahu kalau beranak kuar kot'bawah'dan dia tanya tak kena tahi ker?

pB said...

IP
pB rasa IP pun tahu saper MR W tu ..
IP kenal ...

Btw, IP hutang saper tu....
Kalau utang akak, kira burn jer lah ...

KAK HALENA
TQ akak ...

Perangai orang ni macam macam , kak.
Rasa macam teraniaya la pulak..

keh keh keh

pB said...

INDERA
Kak pB tak der lah cakap kasar kasar dengan MR W tu ...
Rasa cakap tu memang dah berhalus ..

Tapi mcm yang akak cakap pada Kak Halena, orang ni mcm mcm ragam.Kak pB rasa kak pB malas nak tanya tanya. Kak pB nak diam jer. Kalu lepas ni dia tegur, kak pB cakap. Kalau tak , kak pB buat tak tahu jerlah ...

Kalau nak kira, dia ada utang lagi rm10 tu ....

Kuang kuang kuang ....

Kak pB pulak nak tanya Indera...
Mana satu tingkap , mana satu pintu ..

Konpius larrr ...

OndeOnde said...

balik klate lambat lagi...31 ogos baru balik..

minnie said...

Salam Kak PB,

Macam-macam kisah manusia ni kan Kak PB. Pasal duit ni, memang menyampah nak fikir. Kita yang bg pinjam plak malu nak minta. Si peminjam tu tak plak rasa malu dengan kita.

pB said...

MAK LANG
Hutang ni memang berat sungguh nak bayar.
Pendek kata, benda benda yang bersangkut paut dengan duit ni , memang susah nak lepas ....

pB cuma harap suatu hari nanti, MR W tu akan lepas dari beban hutang ...

Dia jenis beli barang , barang ORI jer.
Topi pun sanggup beli harga ratus ratus ..
Abih tu , macam mana??

KAK LUNA
Kak pB mimpi LUNA semalam.
Luna dapat kerja. Yang best tu dapat kerja sebagai pengacara kat tibi tiga..
Cayalah ....

IRFA
Kalau dia malu pun, jangae la buak supo kak pB ni halimunan ....

Insyaallah , kalau kak pB buleh tolong , kak pB tulun ....

pB said...

KAK OO
Ingat kor Kak OO kelik cuti skoloh nie ....

Pah tu, brapo haghi jah dok kapung..??

MINNIE
Salam Minnie

sorry ek semlm, tak sempat nak balas YM Minnie..


Kenapa yang bagi pinjam pulak yang malu ...
Sebab yang pinjam tu kulit tebal, sebab tu dia suka pinjam dan tak bayar...

Betul tak???

Nezjoe said...

1st, selamat hari lahir utk ayah akak. Biasa la kak.. bila dah lama2 akan jadi jarang cakap. Joe pun lagu tu. Maybe sebab dari kecik rapat ngan ma. Adik hok tino tu rapat nga abah kecik2. Lonih semua rapat belako.

Pasal budak office akak tu, bor-bor la kak wi pinjaey. Org ni kdg2 kita tlg dia lebih2 pulak. Jgn smpai akak rasa dipergunakan, udah le.

aqilah tnya soalan cepu mas ek?
hehehe
joe kecik2 dulu tak pernah tnya ma.
Masa darjah 4-5 baru figure out sendiri - tu pun sbb terbaca buku teks bdk sekolah ting 3.

Pa'chik said...

kih but'te pitih ni.. banyok hok jadi ile saing... skalo gak hok min'je jadi malu nok jup'po, jadi dok maing laghi sokmo la, hok wi pinje tok kato gap'po pung, nge'lah-nge'lah gak.. putuh saing la...

kakLuna said...

haih..cam instinct je..saya pun mimpi lulus intw jugak..punya la excited..upa2nya mimpi je..uhu..

tapi kan..smlm sy dpt email...sy kene g intw satu job tu kat s.alam..


ada kaitan kot? :P

OndeOnde said...

sekejap jah balik, buat majlis kesyukuran dan doa selamat jah.

pB said...

JOE
Trimo kasih atas ucapae tu.
Hok sbenar nyor kak pB raso kak pB ni rapak dengae ayoh kak pB.
Mungkin sebab maso tu, kalu nok gapo gapo , mesti g ngadu kor ayoh. N ayoh jarae lah kato tok buleh.
Kalu dengae ma ni terbalik sikit.
Tapi sejak dio krijo duo krijo ni, memae jarae lah buleh bua bua dengae dio.
Ni dio dok koto bharu, lagi lah sero jauh ...

Hu hu..
kak pB rindu la ko dio ...

PO'CHIK
Kalu pasa pitih ni, soh koh saing, adik bradik pun buleh chera bera ...

pB said...

KAK LUNA
Nak mai shah alam lagi ..??
Biler tu...

Habaq awai awai , buleh pB safe safe masa kerja pB ...

KAK OO
Mano best kelik klate sari duo.
Tok de nok g makae itu, makae ini.

apa apa pun, pB doakan kak oo n the gend including the driber, selamat sapa n selamat kelik ...

kiring salae kor ma n ayoh kak OO.

NBK466 said...

Den kalau terpaksa meminjamkan wang (ketika mampu) den akan ckp siap2 'ekau pinjam duit den nie, den tak pandai nak mintak balik..pandai2 ler ekau bayar bila2 patut.. Kalau tak bayar, jgn ler cuba2 nak mintak lagi lain kali..'.

OndeOnde said...

tu jah hok ado maso..cuti pong tok banyok doh tinggal keno save utk Hari Raya lagi.

hok penting majlis hok nok buak tu ..

fizzy said...

Happy Birthday to Ayah kak pB..
Semoga diberkati Allah selalu hendaknya...

Bab hutang ni, dulu maso dok maktab ado saeng fizzy hok jenih mace Mr W ni..
Jadi ko kito hok sege nok mitok, padaha dio hok ute..
Oghe lagu ni, baik toksoh laye laa kak pB..
Masaloh ko kito pulok esok2..

Erkkk..baru siak packing..
Male ni Abah hata ko Mache, naik bah sano..
Chocolate 2 troli??? hehehehehhe

Kak Lady said...

PB...

Pertama sekali....Happy Belated Birthday buat abah PB...moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik...

Kawan yang macam PB cerita tu memang ramai...time nak pinjam lembut gigi dari lidah...tapi bila kita mintak bayar bali,...dengan kita ni dibuat musuh plak...kalau kita ni cop duit takpelah jugak...pinjam tak payah bayar2...hehehe

~ahni~ said...

Hepi Besday ayah PB!

Ada hikmah nya orang tu Mr. W tak bertegur sapa dengan PB, lepas ni dia tak ada lah nak pinjam lagi kan...

Soalan aqilah tu kan... anak2 saya tak tahu pasal keluar ikut 'itu'. Dia orang tengok kat sekolah ada tunjuk video pasal salin cara bedah tu, dia orang insaf dan kesian kat ibu... heheheh.. dia orang ingat that the only way la nak bersalin...

~adeQ~ said...

kite pun tgk gak channel tu...lagi2 citer pasal org obes nak turunkan berat bdn. ngeri tgk....bdn besar smpai takleh bgn..

pB said...

NBK
Ha ha ha..
Ada kelas gitu ...
Tapi heran kan, kalau yang pinjam tu tak bayar, tapi jumpa hari hari. Dia tak malu pulak ...

KAK OO
Betul tu..
Hok penting majlis kesyukurae tu ..

FIZZY
Tular, Tuhae buak orghe dalae dunio ni mache mache pra'ga ..
Ado hok baik tlajok.
Ado hok kedukut taik idong masin.
Ado hok jenih berutae tok retinok bayar ...

Wah..
G Langkawi tu ...
jangae lupo, coklat 2 troli tu ..

KAK LADY
Terima kasih kak...

pB pun macam akak jugaklah. Kalau kat umah tu ada mesin cop duit, memang saya sedekah jer duit tu pada dia...

pB said...

AHNI
Tular kan Ahni ....
Yang baik tu, selepas bertahun dia berhutang duit yangs eratus enam puluh tu, akhirnya dia bayar ...

tak per lah kalau dia nak kata pB ni kedekut ...
at least dia dah tak berhutang dengan pB lagi

adeQ
Ye ker...
Kak pB tak tengok lagi yang tu..

tapi ada satu rancangan yang kak pB suker ttg dua adik beradik yang jadi doktor tu. Satu doktor sakit puan n satu lagi seks terapis tu ..

macam macam soalan ttg perempuan yang kita malu nak tanya , ada dibincangkan ...

Ordinary Superhero said...

Pandangan2 saya:

(1) empat buah rumah? and you complaint selalu sesak duit? Sendiri mau ingat la...

(2) good riddance!

(3) kau tak mau aku pun tak hingin

(4) tak yah nak menyemak kepala nak pikir pasal orang macam ni

(5) ada 4 rumah dan masih expect orang rescue every time sesak? itu selfish namanya

(6) dan lagi dan lagi dan lagi

McBudu said...

Orang yang nak pinjam tak reti nak bayar ni cukup ramai kat dunia ni. kalau benar2 tak de duit tak pe, tapi tidak, beli harta dan bergaya ada duit, lepas tu pinjam kat orang, bila tak bagi dia buat kita musuh.... saya rasa kalau tak berkawan dengan orang macam ni lagi aman hidup kita...!

zabs said...

Salm pB,
Beruntung masih ada ayah lagi. Saa cuma 6 tahunje muda dari dia. Selamat "belated" hari jadi untuk beliau.

nurazzah8 said...

pB, sorry akak sibuk sangat sampai tak terbaca n3 pb... Happ belated bday utk ayah pb.
hurm..pasal hutan tu..akak pun pernah kena dgn seseorang yg kerja sama fakulti dgn akak(bukan pensyarah- dia kerja admin) ... sampai akak pun dah lupa brp byk dia hutang..adalah 3 kali... dah bertahun2, daripada anak akak sikit sampai dah 8 orang... SATU SEN PUN DIA TAK PERNAH BAYAR!!!

pastuh kalau kena dgn sedara kita sendiri mcmn? kita yg bagi pinjam naik segan nak mintak selalu, dia sedara kita, tapi di ajumpa kita buat muka slumberland jek... tak rasa guilty pun ada pinjam duit kita..entah2 dia sendiri pun dah lupa... kalau pb kena dgn sedara mcmn?

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...