02 August, 2007

KEMAS

Dua hari lepas pB dengar this proverb

' kalau kita mengemas rumah yang ada anak anak yang sedang membesar, ianya umpama kita menyodok lumpur di hadapan rumah ketika air banjir tengah naik '

Bila pB fikir fikir , macam betul jer kata kata tu.

Bila simpan , kemas , tak sampai satu jam , mesti bersepah semula.

Kat umah pB sendiri ada 4 anak dara. Walau pun tiga tu dah sekolah , tapi mereka masih lagi dalam ketegori kanak kanak yang sedang membesar.
Kalau kira Nurin, itu lagi lah masih dalam kumpulan baby yang sedang membesar.

pB jenis manusia yang tidak boleh tengok umah sepah sepah.
Payah tul kalau dapat mama macam nie.
Sebabnya , macam biasalah , kalau dah ada yang tak puas hati , mesti mulut ni laju jer nak bagi syarahan atau ceramah.
Ceramah ni bukannya nak kena ada nota nota.
Akan keluar jer apa yang terbuku , terpendam.

Yang paling pB tak tahan dengan budak budak kat umah tu, bila tengok tibi , mulut mesti dok menguyah.
Biskut, coklat , kadang kadang makan nasi pun depan tibi.
Kalau makan nasi, oklah , sebab bila dah selesai , mereka akan bawa pinggan tu kedapur dan basuh.

Yang tak tahan tu, kalau minum air.
Gelas mesti 'bercherotek' atas meja.
Jarang lah , kalau dah minum tu terus basuh.

Kalau makan biskut yang ada plastik , itu pun satu hal.
Kadang kadang , pB akan jumpa plastik pembalut tu kat bawah kerusi , bawah meja atau yang paling best tu dalam bakul rotan tempat pB susun majalah.
Belakang tibi pun kadang kadang boleh jumpa macam macam benda.

Dah berbuih mulut ni, membebel.
Tapi , nama lagi budak budak.
Time tu jerlah mereka berkemas.
Lepas tu , buat lagi.....

Nurin sekarang suka benar mewarna.
Kaler yang pB belikan untuk dia tu , pB simpan dalam kotak coklat.
Ala kotak coklat yang besi tu , yang ada penutup.
Lepas kaler, mesti simpan.
Tapi , kadang kadang Nurin ni ada habit , mewarna di merata rata tempat.
Kadang kadang kat meja makan.
Kadang kadang kat meja di ruang tamu.
Kadang kadang , sambil meniarap depan tibi.
Bila pB menyapu atau vacum, mesti tak sah kalau tak jumpa sebatang dua.

Bila masuk bab pakaian sekolah pula, hmmm....
Nak kata they all tu selerakkan teruk teruk , tidaklah.
Tapi mesti jumpa kain sekolah kat meja talipon, kain tudung kat dapur.
Bila nak ke sekolah esok harinya, mulalah bising dok mencari.

Mainan Nurin pun biasalah.
Kereta mini , scooter , elok elok jer tergolek kat tengah tengah balai ghumah.

Bilalah agaknya giliran pB pulak, bila masuk rumah, rumah kemas , shinning.??

Bagaimana eks, ibu ibu lain ...??
Terutama ibu ibu yang tak punya pembantu rumah dan anak anak pula ada dirumah selepas waktu sekolah..??

Kalau ada pembantu tu, rasanya tahanlah sikit rasanya bab bab rumah bersepah nie...

Ada saper saper nak share cerita..

Dan kaum bapa pula, apa perasaan kalau balik umah sepah sepah..?
R u ok , with it??

30 comments:

IKHWANI said...

sama jer kita ni kak OO raso lah..
kak OO pon tak tahan rumah bersepah, sebelum ada bibik pun mesti make sure kalau nak keluar, rumah mestui tip-top, dapur tak ada langsung barang dalam sinki! sebab bila balik kerja, tengok rumah kemas, hati rasa lapang!

anak2 ni macae jugok anok2 Da, tapi 'berkat' mulut ummi macae bertih sokmo, jadi semua dah faham, lepas main mesti kemas, lepas makan mesti kemas, lepas kaler-kaler2 or tulis2 buang kertas2 yang tak patut, sebelum tidur family hall mesti clear! selagi tak clear, tak boleh tidur..ummi memae bekeng!

so far, walaupun tak dok lah pristine clean or crystal clear, slow-slow lah anak2 dah terdidik mesti kemas..tak po Da teruskan pot-pet pot-pet! kak OO sokong 200%!

WRA said...

kekeke....keno suko dulu...sebak rumoh k.we tu meme bersepoh la....tok dae 5 minit sipe, musti ado jah hok tupoh air la, krenyek biskut la....
mulut pun rasonyo tok bereti bbunyi, tapi demo ni panda block...yo buat tok dengaaaa jah...hmmmm....lah sekali mok dio keno sipe sediri la sbb tok tehe tengok...

plastik ciklat, biskut, cikedis, tok soh crito...
kain hok supo ta*k lembu setambun...kain tuala lepah mandi jadi ta*ik lembu kat hall...

the only way, sambil jjale, kutip...nok gi bilik air, napok kain tengoh jale, kutip...

tu ya k.we royak k.we gotong royong ssore tuh...hehehe

pB said...

KAK OO
Wah , kito serupo lar kak OO.

pB pun tok brehi sungguh kalu nok dhumoh, tapi ghumoh tok tratur.
pB mesti make sure pinggae makuk tu, tak dok dalae sinki. Ruae tamu ok, clear . Kalau kain hok jemur, tu tok leh wak lagu mano lah khe. Tok khe , hok tok kering , nok angkat doh.

Malae pun lagu tu jugok. Sebelum tido, dalae singki, tak dok pinggae.

Budok budok tu ok hok sbenarnyor.
Tapi tu lar, mudoh sangat tok ingat. Nok jugok mama ni ngepek, baghu nok gerok ....

Tengkiu tengkiu sebab sokong pB ..

hi hi

sayae kak OO

pB said...

KAK WEAR
pB buleh doh imejin kak wear gotong royong dhumoh tu soghe soghe.

Tak polah kak wear. Kiro supo sessi aerobik kat ghumoh lar tu ...

pB patae sungguh kalu pB blebel tapi anok anok buak tok tahu. Mula lar , lagi nok naik volume.

Sebab tu pB kato, kak wear ni lembut ....
Maghoh maghoh jugok, tapi last last buak sdiri ...

Yelah dok, kalu kito gheghe , tapi krijo tok jalae, letih jugok.

Baik kito buak sdiri, hati pun tok sakit ...

apo apa pun , pB tabik spring dengan kak wear ....

Anonymous said...

PB
Kakak ipar zar anak 5. 13-4 tahun. Rumah tak de bibik, suami isteri kerja tapi lantai hall dia boleh cermin muka. Rumah dia memang tip top kemas aje. Dia memang asuh anak anak dia dari kecil jangan buat sepah dan kemas rumah baik anak lelaki atau anak perempuan.

Orang kata kalau anak pompuan ramai dorang ni berkira buat kerja asyik harap kakak atau adik dia yang buat. Zar pun jenis tak leh tengok rumah bersepah tapi hubby tak suka zar membebel so memang dari kecik Zulaika kena tolong zar buat housekeeping. Setakat ni dah boleh mop lantai, buang sampah, lipat baju.. jadilah kan.

ZABS said...

Salam pB,

Itu semua masalah universal ke atau kat Malaysia je? Saya ada 4 anak bujang, masa kecil2 dulu lagi jenuh mama nya berkemas.

Mummy Rizq said...

tak payah tunggu 4 orang.. kat rumah tu rizq soang dah cukup nak mengkecahkan rumah.. dr dapur, ke dining.. bawak ke living hall semua penuh ngan mainan..

pB said...

ZAREDA
pB respek betul pada ibu ibu yang ada ada yang jenis pandai mengemas nie. Lepas main, tahu simpan dan tahu tolong ibu jaga kebersihan rumah.

Bukan nak kata anak pB nie tak tolong. Mereka tolong . Tapi macam kata Zar tadik, anak dara ni sifat dengki dengki ada lebig sikit lar.
Berkira sungguh.
'asyik dia jer.... kakak tak de buat pun ..'

Mujur lah kalau Zulaikha dah pandai tolong Zar..

ABE JENAL
pB rasa ini memang masalah unibersal.
pB agak kalau ada anak bujang ni lagi dasyat ibu nyer berkemas...

Nasib baik Abe Jenal ni jenis tolong isteri..

kan kan kan??

pB said...

M.R
Ye ke ..??
Kesian kamu nyer ...

Lain kali, tak boleh beli mainan baru , kalau tak pandai simpan..

agak agak , jalan tak helah tu??

Anonymous said...

ada 2 scenario.

no 1:my sis mmg suka kemas.disiplin giler.so, anak anak dia tak boleh buat sampah,makan kena kat meja only,lepas makan kena letak sink and so on... rumah dia mmg tip top.

no 2: my house, got kids. same as you.but we let them be kids, ajar suruh kemas and denda klu tak kemas.but kid will always be kids..nasib baik bibik aku tak mintak claim overtime.ngeh ngeh ngeh.

AKAN TETAPI, BILA ANAK ANAK ADIK DATANG MY HOUSE, AND THEIR MOM IS NOT AROUND.... MASYALLAH... JADI GROUND ZERO UMAH GUA!!!!

so... just let them be kids.

achik said...

kalau anak2 buah dtg mmg rumah jadi cam tongkang pecah.. baru kemas dah selerak balik.. x larat nak kemas.. huhu..

Izariza said...

Salam kak pb,

Hehehe .. lucu bangat proverbs tu .. tapi macam tepat je kan ? hahaha

Takpe lah kak, kita penat sikit .. janji anak2 membesar dengan penuh kasih sayang .. cuba tengok orang yang kawin tapi belum dikurniakan anak .. rumah bersih .. tapi sunyi .. akak pulak .. w.pun bersepah tapi bahagia kan..

Salam :)

Anonymous said...

Lebih kurang sama ler kita tapi bab2 mengemas tu kadang2 tolong ler jugak. Budak2 ni sekali suruh sekali buat walaupun ada satu bakul sampah kecik diruang tamu utk memudahkan budak2 ni buang bila makan jajan depan TV tapi masih ada jugak sampah yang dibuang kat bawah kerusi, belakang kabinet TV, bawah kusyen...main done jer...so seminggu sekali buat operasi gerak gempur semua budak2 ni dipaksa membuat gotong royong pembersihan alam sekitar dalam rumah...:-))

*fizzy* said...

Fizzy pun actually bukan jenis suka mengemas..
Hehehehehe.. beza gila ngan adik.

Tp kalau rumah/bilik dok 'kube' pun x seleso jugok.
At least kalu x sina bana pong, asal napok 'ssusun tu ok lah.

pB said...

ABE LONG
Salam ...

Dah makan ker ??

pB cuba gak nak ala ala tentera, tapi tak menjadi. Last last, kalau makan , yang tua jer kat meja makan. Budak budak semuanya kat depan tibi. Tapi mereka tahu, kalau makan biskut atau apa apa yang mudah pecah dan berselerak tu , mereka akan lapik pinggan.

Satu lagi, pB pantang sungguh kalau nasi tumpah .... hi hi

Denda..??
Denda yang macam mana tu ..?
Share lah , mana tahu kit pB boleh guna cara denda ni jugak kat umah pB.

Betul tu, kalau dah budak , budak jugak ler ...
Kena banyak sabar.
Nanti bila mereka dah besar, rindu la pulak

ACHIK
Kalau anak sedara kak pB yang hero hero tu datang umah, umah kak pB jadik macam kapal pecah. Benda benda yang mudah pecah atau sensitif, mesti kena simpah...

IZA
Salam Iza..

Yang sebenarnya proverb tu kata , 'macam menyodok salji di drive way'. tempat kita mana ada salji, so kak pB tukar lah jadik lumpur..
hi hi

Tular, Allah buat memang dah betul ..

Rumah bersepah, tapi bersepah sebab anak.
Bukan sebab berperang laki bini ker apa ...

Bersyukur itu yang sebaiknya..

Pa'chik said...

kalu hok buak sdiri tak po sep'poh pung, jange hok oghe laing buak... kekekekek...

NBK466 said...

The best way is to ajar anak/anak2 simpan & kemas semula mainan sesudah main atau keluarkan mainan lain. Tapi berbuih jugak nak ajar tuh. Anak dara den yg baru sorang pun lum pas laie..inikan pun 4 org kan??

aNIe said...

Anak kak lady yang suka buat sepah ialah sikecik & farhan...si kecik ni...kakak dia panggil dia 'tikus mondok'...sebabnya dia suka korek2 barang...keluar2 barang2 yang kita dah simpan...pastu tinggalkan...pantang akak terlena sekejap tghari...pasti celik mata...satu ruang tamu dia dah sepahkan...tapi sekarang kalau dia buat sepah akak suruh dia sendiri kemas...akak kata kalau tak akak buang aje...

Farhan pulak memang dah train dia...lepas makan...meja kene sendiri kemas...pinggan makan kene basuh sendiri...

KV said...

kalu di rumoh kv pulok. danish ikut mood. Dae mari angin rajing, mmg dio sipe siap. Dae mari malah, kutil pun tok jadi apo. Nok pulok, mama dio jenis tok berapo rajin nok berenyoh. Hehe

Mrs.A said...

Salam..
Meriah la rumah Kak Pb yea...

teror la kak pb bagi ucapan tanpa teks...

Anonymous said...

saya pun jenis tak bleh tengok umah sepah..tapi mengenangkan betapa letihnya nak mengemas, saya buat2 tutup mata jek tgk depa sepahkan sana sini..bnila depa tido, saya kutip la mainan depa, simpan dlm bakul semula..selalu, yang nak kena leter pun, si Mira sbb suka sepah kaler cam Nurin (depa kan sebaya..)..

Sejak keja gomen, saya peruntukkan waktu rehat hari Jumaat yang lama tuh, balik umah, sapu dan mop lantai..at least, berkilat la jap lantai umah walupun cuma mop sekali jek seminggu...tak leh buat hari2, nanti bengkok gue..lagipun, bukan senang nak mengemas bila depa ada..

pB said...

PO'CHIK
Panda la Pochik ...
Kalu buak sdiri, tak po.
Mano adil lagu tu ...

NBK
pB tak tahu la macam mana ibu ibu yang boleh displinkan anak anak mereka untuk TIDAK menyepah-yepahkan barang...

Hi hi , yang besar tu pun fail.
Ini pulak , yang no 2 tu pun dah makin besar , kan..??

KAK LADY
Kah kah kah..
Ader tikus mondok kat umah kak lady.

Tapi kan akak, tikus mondok tu chomel sangat sangat.

Laki laki kot lagi terror bab mengemas nie...

FIZZY
Sempat lagi tu , dio nyapuk ..
Bukae kor dok krusus tu ..
Kak pB report cikgu besar baghu tau ..

pB said...

ITIK PUTIH
Sorri...
Tertinggal ...
Jangan marah , tau.
Nanti kena jual ....

Adik Syira tak sama macam kakak, itu pun kira dah syukur sangat kan..?

KV
Keno pulok , anok jatae soghe lagi lar malah nok be'hae be'hae sokmo.
Be'hae lar, nanti MEK cherlong ...

Hi hi

MINNIE
Sejak ada anak no 2 lagi, kak pB dah pandai berucap tanpa teks ...

Pak Lah pun tak leh lawan ...

Hi hi hi

OREN
Kak pB tak leh imajin kalu letak Mira n Nurin tu 2gether 2gether. Mesti meriah kan ...

Gagah sungguh ler Mak Buyong nie..
Dah dekat dekat nak bersalin, masih lagi dok p mop lantai ...

Udah ler..
banyakkan rehat ....

Anonymous said...

Macam pafam2 jer PB ni...memang IP dah dekat nak mera*** and and last2 ingat gak PB kat kito..:-))

pB said...

ITIK PUTIH
Hai...
Dok tunggu ker pB jawab komen ..
Ha ha ha ....

Jawab komen sambil buat kerja, tu yang boleh tertinggal tu ...

Mana boleh tinggal kawan lamer ..

k.d said...

Pb
Saya pun jenis tak leh rumah tak kemas. Anak saya baru dua orang. Dua-dua perempuan. Yang sorang tu dah 6 tahun...boleh le disuruh kemas. Sorang lagi baru nak masuk dua...Hmmm...yang tu boleh le suruh letak mangkuk dia ke...botol susu dia ke dalam sink.

Pasal rumah sepah tu tak leh buat apa lah..bebudak...Selagi ada anak kecik memang rumah tak leh nak kemas.

Pasal bapa nye..saya rasa pun join buat samapah sekali!! Gerraamm

Eddie Putera said...

dik..hari ahad mari mengemas rumoh kami pulok..dapur tu tok berapa kemas...mari awal sikit deh.

Sastri said...

errr... nak komen camana ek? :p

sas pun tak suka tengok rumah sepah2... tapi bila dah bz, kadang2 biarkan je laaa...

pB said...

K.D
Masalah rumah kemas ni, pB rasa setiap umah menghadapinya.

Tapi ada gak jenis yang memang tak kesah. Nak kata ada anak kecik, anak dah besar panjang , tapi tu lah , nama lagi manusia , perangai lain lain.

Gelak pB baca when k.d tulis , 'suami' pun join the group buat sampah...

Standard lar tu ...LAKI LAKI

ABE DJIN
Lewat hari nie..
Lagu mana , nya'kol ..
Dpt hadioh gapo gapo kor..?

Siapa buat sepah , dia yang kena bersihkan ....

SASTRI
Semua orang tak suka , tapi bila masa tak cukup , pejam mata jer lah ..

Pernah tengok tak ada satu rancangan tibi. Kak pB dah lupa tibi berapa...

Tentang rumah yang sgt sgt sgt kotor. Ada satu siri tu, rumah this girl , masyaallah , dia punya kotor, atas bed dia ada tahi kucing , bilik air ada tahi kucing , tapi dia boleh selamber rock tidor .....

Itu memang dah tahap ... tak tahu lah nak masukkan dia dalam kategori apa...

Hopefully kat Mesia ni tak der yang macam tu ...

BTW, Blackie cam ne eks..??

Anonymous said...

selagi anak dara ni belum besar & nonie tak abis jadik fulltime student, ada excuse utk rumah ni nampak tak kemas hahahah (alasannya!!!)

tapi camna pun weekends mmg nak tengok umah kemas... wpun kadang2 cik abg choose to memanjangkan waktu tidonya... isk la...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...