18 September, 2007

ANAK

Tiba tiba hp pB berbunyi
Tengok nombor yang tertera
Macam no public phone jer

'Mama , nanti mama datang hantar majalah dan kertas lukisan nyer'
'Hah ... nak guna bila?'
'Petang nie...'

Sib baik ler jarak sekolah Arifah dengan pejabat pB ni tak berapa jauh.
Kurang spoloh minit, pun boleh sampai.
Selongkar punya selongkar, jumpa lah majalah Mingguan Wanita yang lama.

Dalam pukul 10 pagi, terpaksalah pB keluar pejabat.
Kalau hantar masa lunch, risau jalan sibuk pula.
Lagi pun jam 1 tengah hari, time pB menonton cerita Metti Oli.

Sesampai pB di sekolah Arifah, terdengar ada orang sedang membaca Al Quran.
Tercari cari dari mana datangnya suara itu.

Masyaallah, rupa rupanya pengawal sekolah yang sedang membaca Al Quran tersebut.
Hebat kan dia menggunakan masa yang terluang tu ....

Selesai pB hantar majalah pada Arifah, pB terus ke pejabat.
Hendak bertanyakan tentang proses pertukaran sekolah.
Dah lama Arifah dok merengek minta dimasukkan sama sekolah dengan si kakak kakaknya.

Masalah jugak kalau nak tukar sekolah nie.
Kebetulan pula, sekolah Arifah ni bukan dibawah Kementerian Pendidikan.
Sekolah Arifah ni direct bawah JAIS.

Jadiknya, pB perlu isi surat berhenti sekolah dahulu.
Bila surat berhenti itu diluluskan , baru pB boleh buat permohonan pertukaran sekolah.

Yang masalah nya sekarang, pB risau kalau kalau sekolah yang pB minta tu tak dapat.
Kang dihantarnya sekolah yang jauh juah dari rumah, masalah lain pula yang timbul.

Dan kalaulah , sekolah yang diminta tak dapat, belum tentu sekolah asal Arifah akan terima Arifah semula ....

PEning sikit lar pasal Arifah nie...

10 comments:

Mak Su said...

nak kena check ada tempat kosong dulu ker?

Alex Lacey said...

ho la...tera tanyo dulu pengetua sekoloh tu ado tepak kosong ko dok...

♥fizzy♥ said...

laaa..kak pB...
ado ko skoloh buleh main tolok permohonae?
mano buleh..setahu fizzy laa tokleh.
kalu skoloh bowoh kementerian pelajaran la..
primary education ke wojik.

cikdinz said...

kalau susah nak tukar sekolah,akak yak payah lah tukar.
kenapa dia nak sekolah sama ngan kakak-kakak nya...

achik said...

slalunya kalau dah ada kakak sekolah situ senang je kot nak dpt.. rasanya lah..

Pa'chik said...

baguh la pokcik gad tuh...

che'gu fizzy. nok oyak ni, kade che'gu besar ni, belagok.. tok sir amek budok dok tahu bakpo. Itu kih biaso la...

wak mari surak dari ppd pun kade tok laye... tamboh kalu nga ore kapung. keno supo che'gu besar skoloh zainak, sekoloh langgar tuh.. huh.. koya nok mapuh... hehehe.. banyok kalu nok ngupak pasal che'gu besar, kerani skoloh hok jenih koya neh...

~ahni~ said...

PB, cubalah jumpa PPD dan guru besar. InsyaAllah tak ada masalah. Shah Alam/Puchong ok rasanya. Good luck. Jangan pening2, berserah kepada Allah.

zino said...

risik le kat sekolah tu dulu.. baru apply..

Indera Kencana said...

Pengisian Ramadhan dengan segala aktivitinya. Setiap kita mengisi Ramadhan itu dengan cara kita sendiri.. Macam mana dengan Ramadhan Kak pB..?? Tak banyak dilemma..??

Hah?? Sempat Kak pB kuar ke sekolah anak pukul 10.00. Bertuah betul kakak sorang ni.. :b .

Saya juga setuju yang akak rujuk dulu dengan Guru Besar sekolah yang inginkan ditukarkan tu. Sekurang-kurangnya Kak pB dapat gambaran tentang kekosongan di sana.

P/S : Line hp saya dah kena terminate.. Sebabnya 3 bulan tak reload. Kejam sungguh Celcom!!! Next week saya ambil line baru. Nanti saya kasi akak nombor baru saya, naa..!!

ADIEJIN said...

anto jer ke sekolah Adiejin..mesti jadi pandai.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...