06 September, 2007

LAPORAN

Assalamualaikum ...
Lama tak update kan..??
Biasa nya hari hari ada n3 tapi sekarang sejak pB hilang gambar tu,
semangat nak update pun macam dah kureng ...
Sorry kalau ada kengkawan yang jenguk rumah ni, tapi isi nya tetap sama.
Maaf kan pB nyer .....
Petang hari Isnin tu, terlintas kat fikiran pB, yang hari Selasa (yakni semalam) adalah hari akhir budak budak kat umah tu bercuti.
Seronok cuti sakan..
So, bermain lah kat fikiran pB yang tak berapa nak betul "why not esok (Rabu) pB ambik urgent leave n bawak budak budak tu berjalan jalan lagi a.k.a Bukit Freser"
pB pun dengan pantasnya menghantar ler sms pada kekasih hati ku itu.
Tapi tak dapat reply tu ...
Masa kat umah, che aBear tanya ttg usul pB tu.
Masih belum ada kata putus.
Esok paginya, aBear tanya lagi.
pB masih lagi was was tapi akhirkan ambil keputusan untuk Urgent Leave n GO.
Tanya Tok Ma nak ikut tak..
Tok Ma tak nak ikut.
(Kesihatan telinga Tok Ma tak berapa memuaskan).
Masa dalam perjalanan tu pun, pB masih lagi was was.
Kena pulak, masa nak keluar dari taman perumahan tu, jalan jem.
Berpusing pusing aBear cari jalan nak lari dari kesesakan jalan tu.
Bila lalu kot depan Makro Shah Alam, boleh lagi tu pB bagitahu aBear suruh hantar pB ke pejabat... (kah kah kah).
Alhamdulillah perjalanan melalui Highway Guthrie tu smooth jer.
Sampai di Tanjung Malim dalam pukul 10 pagi.
Tak sangka pulak kat Kuala Kubu Bharu tu, ada Empangan yang luas mata memandang.
Empangan Sungai Selangor.
Berhenti kat situ untuk posing posing.

Yang kelakar tu, Nurin dah siap pakai baju tebal tu ...
(konon konon lar nak ke tempat dingin)




Enjoy the video clip ....




Selepas seronok melihat kehebatan empangan tersebut, maka kami pun bergerak naik ke atas bukit.
Perjalanan nya penuh dengan bengkang bengkok.
Lagi teruk dari nak naik Cameron Highland.
Sekali sekala terpaksa merangkak perlahan apabila kenderaan yang kita naiki itu berada di belakang lori.
Cuba lihat video clip di bawah untuk mengalami sendiri kelikuan jalan di situ.



aBear risau takut takut jalan yang ke Bukit Fraser tu masih lagi jenis jalan satu hala.
Kalau dulu, jalan tu hanya dibuka satu jam untuk satu hala.
Kalau yang atas turun, maka kenderaan yang nak naik kena tunggu.
Tak sangka lah sekarang ni, jalan nak ke atas telah dinaik taraf.
So, no more tunggu tunggu lagi ...






Orang lama lama kata , kalau banyak berjalan , luas pengalaman , banyak benda yang kita dapat tengok dan dapat perhatikan.
Tapi bagi pB lah, pengalaman ke Bukit Fresar ni rasa nya tek berbaloi dengan urgent leave yang pB ambil.
Tak tahu lah orang lain punya pandangan.
Tiada apa di Bukit Fraser.
Banyak taman taman yang dikatakan wujud tiada lagi disitu.
Taman Strawberry yang diletakkan di atas peta, rasanya hanya ada empat lima baris anak pokok.
Tasik yang dikatakan wujud , tak lebih dari air yang berwarna hijau pekat.
(Macam kolam emperiment dalam cerita ikan Pirahna jer pB lihat).
Horse riding pun tak ada..
Taman bunga pun kebanyakkan bunga yang ada layu dihujung tangkai.
Kedai makan pun tak begitu meriah.
Yang paling best, jalan raya nya langsung tak sibuk.

Tapi itu hanya pandangan pB.
May be kalau yang datang itu berjiwa suka pada adventure, mungkin ini tempat yang sesuai.
Ada jungle tracking ...
SUsah nak jungle tracking kalau ada anak anak kecik macam Nurin nie..
Kang jatuh , terjelepuk , kang susah pulak, dok melolong dalam hutan.

Turun dari Bukit Fraser, kami sekeluarga singgah makan di sebuah kedai di hadapan sebuah sekolah agama.
No wonder lah ramai yang berhenti, anak anak tauke kedai tu lawa lawa.
Putih melepak ...
Comel comel ....

Semasa dok makan tu, sebuah lori balak berhenti.
Dari pemerhatian pB , buruk dah lori tu.
Tak sanggup pB nak fikir bagaimana lah pemandu tu dpt bersabar.
Dah lah kalau nak naik bukit tu merayap rayap.
Keadaan lori pun punyalah uzur.
Pintu pun tak der.
Rasanya kalau jadi apa apa, kira pemandu ni terus terjun jer ...
Tapi itulah kan, dah ini bahagian dia...
Ini cara dia nak mencari reseki ...

On the way , sempat lagi tu singgah IKEA.
Dah dekat setahun jugaklah , pB tak jejak kan kaki kat situ.
Anak anak memang suka sebab boleh main main kat tempat permainan tu.
Kakak tak boleh ditinggalkan sebab dah cecah umur 11 tahun.
Maka mengekor lah si kakak ...

Yang pB beli hanya sebilah pisau dapur, pemotong epal , tempat letak plastik plastik dan juga gunting untuk kegunaan di dapur.
Oh lupa , dan juga rak untuk diletakkan di dalam bilik anak dara tu.
Tu jer ...

pB memang alahan tul kalau masuk IKEA ni.
Keluar mesti pening.
pB memang tak tahan dengan bau terutama bila kat tempat they all simpan the kayu kayan tu.
Menyusuk hidung ...






Karipap yang mesti dibeli kalau datang IKEA.
Sebiji seringgit.
Setengah dozen , rm 5.50


Sampai kat umah , kul lapan malam.
Selesai solat, terus bawa Tok Ma ke klinik kat Putra Perdana tu.
Kesimpulannya telinga Tok Ma kena jangkitan kuman.
Dah ada sedikit nanah...
Sekarang Tok Ma kena makan antibiotik dan guna ubat titik.
Harap harap , esok ok .....

So, itulah saja laporan dari pB...
Sorry sebab panjang sangat..

So, now pB kena kerja ...





27 comments:

Anonymous said...

mmg byk kawasan peranginan yg indah khabar dari rupa. kat perak pun sama je...kawasan pelancongan nya jauh2..jd kalau pegi situ, situ je la buleh pusing2..bosan.

sbb tu saya suka pi penang. tempat buleh melawat semua dekat2. nak shopping pun senang.

pB said...

LUNA
Itu lar kan ..
Bila promosi, gila gila.
Nampak cantiknya.
Tapi, tak der apa.

Tak per, at least bila orang tanya , dah pergi ker? Boleh lar jawab dah ..

KV said...

takpo lah kak pb, tercapai jugok hasrat nok gi bukit fraser tu. Hehe

Anonymous said...

Mace come jah dale gambar..
Tp empangan tu laa especially..

pB said...

KV
Orghe kato, kali tok g , tok tahu.
Dhe tahu, tok g doh lar ...


FIZZY
Come permandangae kor, chomel che puae blog ...??

Hi hi ...

EMpangan tu memang marvelesss ...

IKHWANI said...

lawa gambar empangan tu..biruuuuuu jah...bakpo jauh sangat ambik gambar...tuae punya gambar napok haluuuuuh jah..jauh sangak ;)

kami pong tok pernoh gi ssitu..tapi banyok doh dengar indah khabar dari rupo..tapi tengok ko gambar hok biru2 ni lawaaa...ada tempat menginap ko ssitu?

pB said...

KAK OO
Ambik jauh jauh.. baghu napok haluh manih ..
hi hi hi ...

Kalu nok g emapangae tu , hujung minggu pung buleh g...
Tok jauh dari Kuala Kubu Bharu.
Dalae 10 minik jah ..

Tak dok pulok pB napok ado hotel atau appt ..
Stakak untuk g kelih n balik jah ...

Mak Su said...

mak su kekadang teringin gaks nak ke Fraser tu, tapi ramai org kata tak ada apa kat atas sana... takut boring plaks.. ahaks

WRA said...

tok kesoh la, janji gi doh...tapi kiro mujo jugok la PB tok gi ari tu tuh dih?

pB said...

KAK WEAR
Rasonyor pertama n terakhir la kot..

Kalu g hari tu , ok rasonyor.
Sebab tok je'jah cuti ...

pjoe said...

guano cetungggg jah nuying tu?
demam dia dah ok?

hehe
best kak pegi fraser?
joe tak penah pegi
bukan kata fraser
genting ke
caneroon ke
semua tak pernah...

sebab dulu orang ajak..tak mahu ikut!
tak tahu bakpo
hehe

zino said...

mak oooii panjang nya entri..

tengok gambar je.. hehe

pB said...

JOE
Kak pB ambik tiko dio tok dhe nok senyum.
Ado boh gambar hok dio senyum , tapi maso dok bek'ki bek'ki tu terdelete ...

Takpo kalu tok gi lonni.
Nati bilo ado bini, buleh g hanimun situ (Kemeren Helen)

BRO Z
Macam macam ada.
Kira macam balas dendam lar nie.

Bro Z pun lama dah tak update...
Kenapa??

Sastri said...

sampai juga hajat kak pB nak ke bukit Fraser... :D

sas jarang ke Ikea, tapi kalau dah p tu, adeh, ada je mende yg dibeli... tu yg malas tu...

pB said...

SASTRI
Hi hi hi ...
BIla tak dirancang, alhamdulillah menjadik ...
Tapi , tempat tu memang menghampakan ....
Sib baik tol tak mahal. Kalau tak lagi menyesal ....

IKEA ...
Kalu rumah kosong , baru nak hias memang situlah tempat untuk dptkan idea.

Tapi kalau rumah yang bertahun duduk , dan nak tambah perabot, pening sikit nak modify ...

Bau nyer yang buat kak pB KALAH ...

Eddie Putera said...

amboi...kuat sungguh berjalae. dakpo asal hati bahagia. selamat berpuasa

cikdinz said...

sempat ke fraser. pastu ke ikea. pastu ke klinik....banyak aktiviti.

pB said...

ABE DJIN
Mano ado pB jalae..
pB naik kreto. Pah tu aBear pandu kreto itu ...

Hi hi

Jangae maroh, nanti keno jual ..

Selamat Berpuasa jugok buat ABE DJIN n FAMILY ....

CHE DINZ
Hi hi ...
Sementara nak puasa nie , kita ronda ronda dulu ...

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
itulah adik ipar ari tu ada ajak.
sbb dia sewa banglo kat sana.tp mil kata xde apa yg menarik.banglo pun mcm rumah hantu

pB said...

IRFA
Kalu orghe tu jenih suko tepak sunyi sunyi , memae lar chomel kalu gitu situ ...

Kolae renae pun tak dok..
Kalu ado pun soheh tak dok sapo hok nok g brenae..

maklang said...

seronoknya jalan2..patut tak dapat dengar suara...

KakNi said...

PB, rasanya projek makan2 kita tak akan jadi la pasal saya ni tengah desperado dok perabih ganti posa ni!!!! Alamak!!!!

Purpleheart said...

Tak sampai2 lagi bukit fraser.. bila dah baca entry ni, sekurang-kurangnya tau la jugak keadaannya

Abang Long said...

Fraser Hill sudah hilang 'nikmat'. Tidak seperti 20 tahun yang lalu !.

zino said...

dah update jugak tapi pendek je.. hehe

pB said...

MAK LANG
Tak dengar suara..??
Suara saper..??

Mak Lang tu sibuk benor sekarang nie...

AHNI
pB pun ada sari lagi.
Insyaallah , esok nak setel kan

Tak per lah ..
Nanti kita jumpa lepas raya

pB said...

P.HEART
pB suggest kan kalau nak pergi makan angin, lebih baik pergi Melaka atau Kota Bharu ...

ABE LONG
kalau 20 tahun lalu, pB baru berumur 15 tahun. Dok sibuk nak periksa SRP

BRO Z
pB doakan Hazwan cepat sembuh ...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...