14 September, 2007

SOALAN

Apa yang anda akan lakukan sekiranya .......

tiba tiba , anda mendapat tahu anda bukan anak kandung kepada orang yang telah menjaga anda dari kecil hingga dewasa

tetapi

bila anda tanya kepada ibubapa itu , mereka mengaku anda adalah anak kandung mereka

tetapi

bila anda korek lagi rahsia itu dari keluarga terdekat , anda mungkin anak yang dilahirkan sebelum ibubapa anda berkahwin ....

apa yang perlu anda lakukan .......


Kah kah , serius giler soalan n3 pagi pagi jumaat nie...

Seorang teman memberi senario itu kepada pB , dan hingga ke saat ini pB masih lagi tak ada jawapan .....

Kengkawan ada idea ker??

24 comments:

Zareda Norman said...

PB
bagi zar, dia tak yah lakukan apa apa melainkan terus menyayangi kedua ibubapanya. Kalau nak nikah nanti, kalau dia perempuan, minta ibubapanya dia berterus terang. Kalau betul citer tu, lakukan yang sepatutnya mengikut syarak.

McBudu said...

Dapatkan kepastian daripada kedua orang tua. Terangkan kepada mereka komplikasi yang bakal timbul seperti hak atas harta pusaka, hak mewali, hubungan dengan mukhrim -adik beradik dan ibu-bapa, sentuhan kulit antara bukan mahram yang mengakibatkan ibadat terbatal, hubungan suami isteri anak itu dan zuriat yang bakal dilahirkan selepas berkahwin dgn wali yg tidak sah. Anak yang dilahirkan sebelum ikatan perkahwinan juga dianggap BUKAN muhrim, inikan pula anak angkat.

Jika kedua ibubapa masih mengatakan dia anak kandung mereka yang dilahirkan atas pernikahan yang sah, terimalah dengan hati terbuka, jangan ada shak wasangka. Allahhualam.

Jika masih ada rasa syak dijiwa, dia boleh mengadu ke pejabat agama serta mengemukakan saksi-saksi demi menegakkan kebenaran dan menjernihkan keadaan serta melepaskan ibu-bapa, anak-anak serta masyarakat daripada menanggung dosa.

pB said...

ZAR
Kawan pB tu dah kawin Zar

ABE Mc B
Bukan muhrim ...??

Tak faham lar.

Abe Mc B kena terangkan dengan lebih jelas lagi ni..

Unknown said...

Salam.

Kalu wa aa wa kasi lali jauh-jauh ma! Tatak lulok likat sini lo! Lulok Amelika sana! Tapi aa kalu lapat lulok bulan sana lagi baik lo!

Okay la ho! Wa nyalan lulu! Telima kasih!

pB said...

AH KIM
Tak membantu langsung komen anda ini

13may said...

errr...suruh anak tu jgn lupa tanya ibu bapa tuh...dlm wasiat ada bubuh nama dia tak...

hahha haha

NBK466 said...

Tuh ler pasal...nak lakukan apa sbb everything was in the pass.. nak sedih2, nak marah2 won't change the history..tak buleh nak ubah maka yg penting is now & future.

Mummy Rizq said...

berserah jer lah.. dah itu takdirnya kalo dia memang anak luar nikah kan... keadaan yang tak boleh nak diubah. kalo nak marah pun bukannya boleh mengubah situasi.. just lead life like normal...

Anonymous said...

setuju dengan mummyrizq. benda dah jadi, kalau marah, bergaduh, putus hubungan sekalipun tak buleh mengubah keadaan.

teruskan kehidupan dan carilah hikmahnya.

kakLuna said...

dan betui juga penerangan mcBudu tu, kalau dia betul anak tak sah taraf, dia sepatutnya tidak boleh diwalikan oleh bapa tak sah taraf nya itu. kalau diwalikan, bermakna nikahnya tak sah dan perlu dinikahkan semula dengan wali hakim.

pjoe said...

pergi saja ke pejabat pendaftaran negara
hehe

ntah le kak...
joe pun pernah terfikir benda ngarut mcm tu

WRA said...

mulo2 nnangih ssore dulu...
lepah tu redho...yo la nok wak lagu mano, bendo jjadi doh...cumo keno tau hukum jah la...hok mano buleh hok mano tok leh...sbb kito tok ddoso jadi anok luar nikoh, mok pok hok buak tu hok ddoso nyoh...
balik ko tujuae kito dijadikan la...utk mendapat keberkatan dan rahmatNya *peace*

Anonymous said...

Abg ipar IP ambil anak angkat senjak lahir lagi, sama umur dgn syafiq, bila kecik memanglah tak tahu tapi one day bila dia nak daftar ic sianak ini rasa pelik kenapa nama ayah dia lain dan pada mulanya abg ipar ni bagi alasan yang dia ada nama lain tapikan budak ni cerdik lambat laun dia dapat tahu so terpaksalah abg ipar ni bercerita panjang lebar tentang asal usulnya sianak ini bernasib baik kerana dia mempunyai ibu-ayah yang sah melahirkannya cuma waktu itu keluarganya didalam kesempitan dan bermasallah dan tak mampu untuk menyara anak yang ramai itu. Yang menambahkan lagi rumitnya ialah sianak ini anak perempuan dan sudah tentu bukan muhrim dan perlu ada batas2nya yang terpaksa dipelihara supaya tidak mendatangkan fitnah. Utk pengetahuan pB abg ipar tidak mempunyai anak sendiri, itulah satu2 anak yang menjadi buah hati jantung pisang kpd mereka berdua, mana tahu satu hari nanti mereka akan dikurniakan anak sendiri insyaallah...-IP-

Pa'chik said...

kalu anok akat, nok cari mok ayoh sengoti... tak po.. 0.
nok lari..satu khijo bodo kalu mok nga ayoh akat tu baik....
mok nga ayoh akat tu pulok... jange jadi tolo supo dale cerito, bia la budok tu kenal mok nga ayoh sengoti... jadi gaponyo.... kalu kito baik nga budok... tak dok sebak nok lari..

kalu anok tidok soh tarah... masalah dio, bing tu... keno la abdullah. tok leh boh namo tok laki mok tuh... nga adik beradik lain... tidok saloh apo, masih lagi adik beradik beloh mok, kalu mok tulo la...
pah tu... pelik apo gak.. buke saloh dio... kalu mok nga pok tu pero molek.. bla lah... kade kito pun.. dok ghalik nok ikuk sete... gaduh nok ngamok kalu dengar berito hok tok brapo ken'ne nga ati... sapo-sapo la, b'banyok'ke lagu tu blako...

nok maroh pun, cerito lamo doh... buke les'sa kalu kito pulok nok maroh... tapi.. ben'narnyo.. baik tok payoh amek tau... kito tidok jadi nok maroh kalu bendo kito tok tau neh...

pendita said...

erkk... erk... payoh molek soalan tu... tercabar ilmu kaunseling hok ambo ngaji selamo nih...uhuhuhu...

indera kencana said...

Ini bukan tema cereka Maha Kasih malam tadi ke?
Kisah seorang anak angkat yang dilahirkan oleh seorang pelacur yang menderhakai ibu angkatnya. Sesudah mengetahui statusnya sbg anak angkat dan dilahirkan oleh seorang pelacur, dia bertindak mencari ibu kandungnya.

Terdapat 2 ayat yang amat menyentuh hati saya dalam sinetron itu.
1. "Benarlah buah itu akan gugur tidak jauh dari pohon..."
2. "Apa gunanya Mas solat, mengaji tetapi memberi kemaafan pun Mas nggak bisa lakukan..??"

Huhuhuhuhu... sedey!!

HAPPYIRFA said...

emm payoh jugak tu.kalau mmg anak angkat lain citer.ni org kata 'anak luar nikah'..
lagi sedih.tp benda dah berlalu.nak buat camner

zino said...

kalau senario tu benar pun.. perkara dah berlaku.. tak ada apa yg perlu berubah.. kalau benar tentu ibu bapa dia dulu telah mengambil tindakan yg sewajarnya.. terutama masa dia nikah dulu..

yg lain2 tak ada bezanya.. kedua org tua tu tetap ibu bapa mereka.. adik beradik juga tak berubah.. tak perlu nak di ungkit2.. lagi akan menambah kesedihan dan kekesalan keterlanjuran org tua sekiranya benda tu benar berlaku..

berdoalah kepada Allah semua keduanya di ampunkan Nya dan sayangi mereka ..

Anonymous said...

ermmm..ini ke soalan hok k.pB oyak tu..?
ermmmm, dari segi hukumnya fizzy buke org hok paling layak nak komen.
cuma apa yang fizzy dgr tu hok mace kakluna oyak tu lah.
keno nikoh smula.
tp fizzy rasa bab ni, baik saeng kak pB tu rujuk pada org jabatan agama yang lebih jelas dari segi hukum Islam dan juga undang2.

itu dari segi hukum.

dr konteks perhubungan pulak, fizzy rasa kwn kak pB tu perlu tanya kebenaran dr parents dia.
mintak drg berterus terang.
kalau betul pun, hopefully dia jgn marah.
and kalau marah pun jgn lama.
afterall dia pun dh ada keluarga sendiri kan.
bak kata pa'chik, x guna kalau marah pun especially kalau parents dia tu baik.

Wallahualam.

Purpleheart said...

Alkisahnya semua dah berlaku, kena terima hakikat sebenarnya.. bila time kahwin tak boleh la nak jadi wali. Setuju dengan pendapat Mcbudu..

Abang Long said...

Hakikatnya, kita perlu terima. Dan perlu diceritakan. Walaupun pahit. Sebab ini masalah hukum. Bagaimana jika si anak (sebagai contoh perempuan), bila nak menikah, siapakah dia walinya yang sah ?

Kak Teapot said...

isk isk berat gak persoalan nih. perkara ini mmg terjadi dlm famili kak teapot. anak yg sedang membesar tu sebaya ngan anak sulong kak teapot. dia bukan anak angkat tapi anak luar nikah. nak citer lebih2 pon rase cam tak kena takut membuka pekung di dada sendiri je kan?

tapi syukur alhamdulillah kerana sungguhpon ibubapanya dah penah wat dosa tapi mereka tidak mengabaikan anak itu. dijaganya anak itu dgn baik drpd digugurkan kandungan itu dan lelaki yg menabur benih tu sanggup bertanggungjawab dan kawen ngan girpren dia tuh...

sekurang2nyer ada rasa bersalah dan perasaan tobat tu ada..amin!

McBudu said...
This comment has been removed by the author.
McBudu said...

Saya bukan ahli yang boleh memberi penerangan secara terperinci, tapi sila rujuk fatwa di sini:

www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=60

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...