22 October, 2007

CERITA RAYA

Assalamualaikum ....

Hari ni pB baru kerja.
Lebih dari 10 bercuti, rasa macam malas jer.
Nak nak pulak , pagi ni hujan.
Seronok tarik selimut .....

Nak cerita pasal perjalanan pulang ke kampung

3.00 petang : Bertolak dari rumah

3.30 petang : Sangkut di Pandan Perdana (ada kereta rosak)

3.55 petang : Sampai di Plaza Tol Gombak (toll 5 ringgit)

4.30 petang : Sampai di Simpang 3 ke Bentong. Dah mula terhinggut hinggut. Dalam pekan Bentong pun , bumper to bumper.

5.30 petang : Masuk bandar Raub. Baru perasan , semua traffik lite berada dalam keadaan kuning. Mungkin ini satu cara , untuk tidak memburukkan keadaan jalan raya.

5.30 petang : Berhenti solat Asar di Bandar Benta. Beli sedikit kuih muih untuk buat berbuka.
Ingatkan aBear nak berhenti di situ, tapi diteruskan juga perjalanan.

7.00 petang : Dah sampai Kuala Lipis. Keadaan kiri kanan jalan, dah banyak kereta yang berhenti untuk berbuka puasa. aBear terus jer memandu sebab rasa sayang nak berhenti. Akhirnya , kami semua berbuka dalam kenderaan yang sedang bergerak. Seronok lah juga. Masing masing dok minta air , kuih , mee hoon goreng. Nurin pun sibuk juga nak makan sama.
Time ni lah , adegan suap suap berlaku ....

8.00 malam : Berhenti di Felda Chegal Perah (berhampiran dengan tempat kemalangan bas Mutira yang meragut ramai penumpang). Sembahyang jamak Maghrib n Isyak. aBear sambung makan lagi.

Keseluruhan perjalanan lancar , kenderaan memang banyak. Kesemuanya plat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Ramai sungguh anak Kelantan yang cari reseki di luar Kelantan.

Bila sampai di simpang Kuala Krai, dah beratur. Kalau tak silap masa tu , dah pukul 11 malam.

Selamat sampai di rumah mertua jam 1230 malam.
Terus bersahur .

Hari jumaat tu , tak kemana mana pun.
Beli kuih muih pun di Pasar Wakar Che Yeh.
Baju raya , nasib baik siap .
Selai baju kurung dan selai baju kebaya.
Cukup lah tu ....

Malam raya tu , MIL dengan SIL ke rumah kakak MIL.
pB tak ikut pun .
Kepala dah rasa ting tong ting tong.
Tekak dah mula rasa perit perit.
Simptom nak batuk dah tiba.
pB bantai tido dari jam 930 malam hingga ke pagi raya.
Sikit pun tak tolong MIL kat dapur.
Bangun bangun pagi raya, semua nya dah siap.
pB cuma tolong hidangkan aja.
(Baik sungguh punya menantu)

Kesimpulan raya tahun ni , tak berapa meriah.
Tak berjalan sakan pun.
Kerumah sedara sedara yang dekat dan juga beberapa orang kawan sahaja.
Nak kerumah KV pun tak dapat.
(malas nak pujuk aBear yang sebenarnya. Nak ke rumah KV tu , terpaksa merempuh jem yang teruk).
Sori yer KV .....

Yang seronok nyer , tahun ni pB dapat berjumpa dengan sorang lagi blogger .
Miss Fizzy a.k.a cikgu
Kebetulan pB dapat jemputan ke rumah nya sempena majlis aqiqah anak seudara Fizzy.
Kak pB suker benar dengan pulut manis tu ......

Cuaca kat Kota Bharu pun tak menentu.
Raya pertama , tengahhari dah hujan.
Raya kedua , panas ting ting.
Raya ketiga , hujan lagi.
Raya ke empat , panas ting ting lagi.
Raya ke lima, hujan lagi.
Berselang seli.
Batuk pB pulak makin menjadi jadi.
Ke klinik, dapat mc dua hari.
Save cuti pB lagi.

Hari rabu tu , sempat ke Pasar Siti Khatijah.
Rambang mata tengok tudung tudung yang cantik.
Latest design yang macam kait kait tu.
Harga mencecah hingga 80 ringgit sehelai (itu yang paling murah tu).

pB sempat ler beli lada kering, ketumbar, bwg merah , keropok , beras siam , buah limau.
Hi hi , jangan tak caya, lada kering pun beli Kelantan punya.
Merah tapi tak pedas.

Hari Khamis , jam 7 pagi , dah bertolak pulang.
Alhamdulillah , jam 2 petang , selamat sampai rumah.

Masuk masuk rumah, harum semerbak.
Ada power trib , makanya peti sejuk tu pun berehat.
Nasib baik ler , tak ada ikan ikan yang tertinggal.
Cuma , frezer jer yang ada sedikit keropok lekor , isi ayam.
Dua pek beras nasi dagang , rosak , dimasuki air.

So, itulah cerita raya pB tahun ini.
Cukup sederhana ........

Oklah ,,,
Dah nak sambung kerja.
Bos Mr K ada tu .....

-N-




































15 comments:

Abe said...

Asm.
PB. Selamat Hari Raya. Abe rasa tak lewat lagi untuk abe ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada pb. kira ok jugalah pb hanya batuk saja raya ni..abe raya tahun ni rehat kat rumah aje...perut buat hal, maklum lah raya kan.

pB said...

ABE
W'salam

Rayo di KL ni sebulae. So , tok lewat lagi lar tu ....

pB pung mitok maaf jugok deh.

Batuk pun sekso jugok.
Sakit dado dado...

Pah kor haghi ni , tok molek lagi.

Hi hi, sakit perut rayo tu , biaso lah. Masuk mache mache tu'gak

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
wah..ada adegan suap menyuap gitu..suap anok ko suap cik abe?
he he..raya irfa tahu ni pun x meriah mana..hu hu

pjoe said...

jala mas!!!!
feveretttttttt!!!!

tulah dio kak
jam sokmo kalu nok kelik rya
haihhh

pjoe said...

jala mas!!!!
feveretttttttt!!!!

tulah dio kak
jam sokmo kalu nok kelik rya
haihhh

Anonymous said...

kalau ke klate tak sah kalau tak ke pasar siti khadijah,

telor penyu so...

mNa said...

alos kak pb kelik klate tok msg nah spatoh..umoh mas dekat benar doh ngan wakah che yeh tuh..ingat bules jupo..nk ajok mari open house dumos ari kamis tuh

WRA said...

tu la PB...dok tunggu jugok PB calling2...ingat buleh jjupo jugok...tak dok rezeki lagi la tu....

gambar tudung tu tok ambik ko?

zino said...

panjang nya lapuran..

selamat kembali bertugas....

pB said...

IRFA
Hi hi ...

Suap aBear lar ...

Anok, makae sdiri ....

JOE
Kak pB tok de' pung nok makae jalo mah. Habis kor si Arifah ...

pB said...

JAMRI
So

1) sedap
2) geli

which one pilihan hati

MAS
Ado lar ....
Tok de lasung nok sms sms..

Tok tahu bakpo , tahun ni raso soooo ......

Insyaallah, rayo haji ni kak pB kelik, kak pB calling.

Jupo kat SALAMKU ...

ZINO
Panjang ke tu ...??

Itu pun banyak yang skip skip

KAK WEAR
To teringat nok ambik gambar tudung 'smoking' tu ...

Ahad ni , kalu pB jadi g Bangi, pB call kak Wear ...

Nanti kak wear jamu pB , pulutbakar deh...

IKHWANI said...

kak OO berayo pung kalut ribut - tok chekak nok makae roti nga jem atah jalae ...sepupu kak OO kawen raya ke tiga pah tu jajak habih anok branok kok alek besut tu..balik letih doh laaa..

indera kencana said...

Kakak ipar saya yang dok kat Kuala Terengganu hadiahkan tudung baru pada Azah. The latest design katanya. Nama tudung tu Tudung Dato' K.
Apa kena mengena Dato' K dengan tudung..????? (tak paham. Garu kepala)

pB said...

KAK OO
Letih dok kalu lagu tu ..

Dok KL pun makae jem

Kelik klate pun makae jem..

Plat kreto pun samo jah..

Plat hok stak dengae W n B

INDERA
Tudung Datuk K tu ada banyok batu berlian.
Dua tiga lapis ...

Mungkin nak samakan kekayaan Dato K tu dengan tudung tu , kot

Kak pB tak berkenan tudung Dato K tu
Terlalu menonjol ...

Anonymous said...

indera, tudung dato' k tu sebab sulaman dia macvam misai dato' k tu.. hhihih geli weeiii

PB
Alhamdullillah, selamat pergi dan balik ek..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...