10 October, 2007

NAK RAYA

Tinggal beberapa hari lagi jer kita semua nak menyambut hari kemenangan.
Insyaallah, moga tahun ni , puasa kita puasa yang berkualiti.
Penuh dengan amalan wajib dan amalan sunat.

Sekarang ni , dimana sahaja berkumandang lagu lagu raya.
Email pun asyik penuh jer dengan kad kad raya yang bermacam jenis dan bermacam lagu.
(tapi pB still lagi suka kad yang jenis hardcopy nie, lagi sentimental value)
Buleh simpan lama.

Ramai yang akan pulang ke kampung hari ni.
Kak Wear pun , rasanya dah bertolak dah nie.
Semoga selamat dalam perjalanan yer.
Kalau ada masa, kita jumper kat Kota Bharu , n boleh ler kita g melawat KV.
Tengok baby baru.
Fizzy nak ikut ker?????

pB insyaallah, petang esok akan berangkat.
Mungkin dalam pukul 3 petang.
Berbuka dalam kereta la nampaknya esok.

Beg beg telah dibuka.
Tapi baju yang masuk beg tak banyak mana lagi.
Malas betul bab bab berkemas nie.

Anak anak dah mula tanya , bila nak balik.
Wah, lagi sibuk tentang raya , walhal minggu ni minggu periksa akhir tahun.
Jenuh suruh baca buku ...
Liat betul ....
Hopefully semua nya berjaya ...
Tahun depan dah nak UPSR.
Dua orang lak tu ...
Pengsan Mama .....

Masa dok berkemas , baru perasan yang si Nurin , baju raya cuma ada 2 helai.
Cukup ker??
Macam tak cukup jer tu....
Si, insyaallah , tengah hari nanti nak lepak kat The Store kejab.
Dapat selai dua lagi pun , jadiklah...
Baju si kakak , macam berlebih lebih la pulak ...

Persiapan kuih raya, biasa jer.
Kebetulan member kat pejabat ni , tak cuti raya.
So , pB minta tolong beli kan biskut raya pada malam raya kat PKNS.
Masa tu kan , mesti para penjual nak habiskan stok.
Murah ler sikit , harganya.

Minuman pun pB beli kat kilang jus.
Ada sale jumaat lepas.
Dapat ler harga murah.
4 liter 7 ringgit.
Oklah tu kan ....

Biasanya , orang nak raya dapat hamper.
Hamper yang berisi dengan makanan.
Tapi , kali ni , aBear dapat hamper yang isinya lain dari yang lain.
HAMPER BUNGA API.
Banyak tu.
Berkotak kotak.
Ada dalam 10 kotak , pB kira
Berdentum dentam ler umah MIL nanti .....
(sori , gambar tak clear .....)




Duit raya, tahun ni budget ciput jer.
Agak agak , kalau bagi singgit jer , budak budak kutuk tak???



30 comments:

indera kencana said...

Saya..?? Saya..?? Mana duit raya saya yang Kak pB kata nak bagi tu..??

Tak sangka Abe pun suka mercun jugak..**Hmmmm***

IKHWANI said...

kak OO bagi 2 ringgit jah duit rayo budok2..ikut kemampuanlah dan berpada-pada, janji ikhlas. Ada orang sengaja nak tunjuk kat orang bagi banyak2 supaya orang kata dia byk duit. Na'uzubillah mintak Allah jauhkan kita semua macam tu..

kalu betul ada duit, bagi kat parents kita banyak2 - tu tak apa...isu duit raya ni sebenarnya boleh cerita panjang lebar..sedara kat kampung pulak expect "kerja kat KL, kerja sekian sekian pulak, takkan banyak ni jer duit raya?"...ada jugak parents yang kalau anak dia tak dapat sampul hijau tu siap pegi mintak!

sepatutnya kita didik anak kita apa tujuan sebenar sambut raya, bukan nak kumpul duit raya..itu dah hilang keberkatan ramadhan dan syawal..orang nak bagi Alhamdulillah rezeki, orang tak bagi Alhamdulillah jugak, bukan rezeki kita..kak OO pun ingatkan diri sendiri jugok ni..

tahun ni kak OO memang serba sederhana saja, yang penting ada habuan parents dan family terdekat (nenek, mak sedara yang susah2 tu dan etc etc), tu paling afdhal rasanya..

hamper dapat bunga api? wooh! best tu! lamo doh tok mmaing bungo api!

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN!

pB said...

INDERA
Nak duit raya, kena bawak anak anak datang rumah kak pB ....

Orang nak bagi, dia ambil.
Kalau nak dia beli, rasanya dia beli bunga api Kucing tu jer

pB said...

KAK OO
Betul kata Kak OO tu.
Kito bui stakat hok kito mampu lar dok.
Kalu memakito ni banyok pitih, tak dok saloh , bui lebih sikit.

Sokmo pun , pB bui 2 rial jugok.
Kalu anok sdaro , spupu tu lebih lar sikit ...

Nok maing bungo api , maghi lar Ssalor ...

SELAMAT HARI RAYA..
BOWOK KRETO MOLEK MOLEK ...

dlt said...

Kak pb, bestnyer dapat hamper bunga api. Tak pernah dengar lagi tu.
Duit raya? saya memang tiap2 tahun bagi 2 ringgit jer. Kecuali anak2 sedara lebih skit. Yang lain semua sama jer. Nak ambik, tak nak, bagi balik. hehe!
Raya kedua kalu gi kb, gi la rumah. leh jumpa.

kakLuna said...

banyak bunga api dgn duit raya..saya pun sederhana je thn ni..duit raya tu sapa cepat dia dapat le :)

~adeQ~ said...

tapi kalau bagi singgit pun dah cukup....lagipun bukan umah kite jek diorg gi kan...duit raya tu mcm saguhati jek...lagi bagus kalau bg benda lain mcm kek2 comel or candy kan kak?
Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin...Jemputlah datang ke rumah saya nanti...

MOKCIK AZWA said...

Azwa pong set bagi singgit jer kat bebudak yang mai tahun nie. Kena berjimat cermat la jugak kan.

amboii siap dapat hamper bunga api...azwa ni phobia skett ngan bunga api segala nie. Memang tak bagi anak2 main, apa tah lagik mercun. Tapi kalau depa balik kampung tu terlepas jugak main sebab bapa sedara dorang belikan.

Anonymous said...

Salam Eid Mubarak..Ampun+maaf andai ada salah&silap atau terkasar bahasa..Semoga Eid ini dipenuhi kegembiraan & penuh berkat. Amin.

Maghi lah ghumoh raya ke3..
Ada bekwoh.. wak ngekkoh anok sedara..
:)

pB said...

DLT
Duo tahung b'turuk doh dapat bungo rayo.
Kalu dpt duit seribu duo , pun chomel ....

KB tu kat mano??
Tok ingat sokmo lar ....

Kita sms sms lah.
Kalu tok leh jupo dhumoh, kito jupo kat SUNTOO ... dekat Hotel Temenggong tu ...

KAK LUNA
Biasanya tak habis duit tu.
Kalau tak habis, kak pB yang perabih kan ....

NURSHI
Insyaallah, kalau kak pB ke PutraJaya, kak pB calling calling Nurshi

Singgit...
Ok jugak tu ....

Ummi said...

salam,

selamat hari raya. yeay2 nak duit raya2. tak nak yang dalam packet. nak yang seikat tu :)

pB said...

AZWA
Mujor la pB tak beli.
Kalau idak , jadik macam ARENA pulak ....

Kdg kdg suka gak tengok budak budak main bunga api.
Biasanya aBear mesti ada sekali waktu bermain tu.
Dia memang tka bagi main kalau tak ada orang tua ....

FIZZY
Samo samolah kita, maaf memaafkan ...

Ado ngekkoh ...
Hmmm...

Insyaallah , nanti kak pB sms atau call Fizzy..

Mano tahu , kito buleh pakat pakak g kelih KV pulok lepah tu ...

pB said...

UMMI
pB baru jer lepas baca blog Ummie..

Hi hi ,
ada orang tu tengok anak dia dalam perut angkat tangan..

BAHAGIA ...

pB doakan ummie , jamri n Batrisya selamat dalam perjalanan ke Muar n Tikam Batu ....

nak duit, mai ler umah ...

Aku Bukan Bidadari said...

Kami bagi singgit jer kalo kutuk amik balik dari depa...

no manners kalo depa kutuk2..

akak..selamat hari raya..maaf zahir dan batin... atas segala kekhilafan yang telah atau tak sengaja dilakukan..semoga bergembira di hari mulia ini..

pB said...

TIARA
Hihi hi...
Jangan kutuk kutuk, nanti tak dpt duit raya ....

Kak pB pun minta maaf jugak dari Tiara.

Ummi said...

salam,

akak ni email ummi lela245@yahoo.com.

tiada yang dapat bahagiakan ummi, selain ummi dapatkan bahagiakan keluarga ummi. memang sudah lama menanti cahayamata yang kedua. semoga semuanya selamat. :)

Arena said...

Kak PB,
huhuhu hamper bunga api, jarang2 berlaku tu.. anyways naseb baik saya sempat jual balik.. kalau tak.. kecut perut mikirkan duit yang diguna untuk tu..Kak PB, kasi email add..

Abang Long said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Semoga ceria berhari raya bersama keluarga tersayang. Berhati - hati dijalan raya. Ingatlah keluarga tersayang. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

pB said...

UMMIE
Alhamdulillah ,
Allah beri peluang pada Ummi untuk jadi ibu buat kali ke dua kali.

pB dah hantar emai.
Tengok ler

ARENA
Kita ni orang perempuan , biasalah.
Masa membeli, meng'oda' , tak ingat apa apa.
Sedap jer.
Bila time bayar, tu yang baru timbul rasa sesal ...

Hi hi hi ...

Sib baik , Arena boleh jual.
Hubby tak cakap apa apa ke??

pB said...

ABG LONG
Macam pernah ku dengar ayat ini...

Selamat Hari Raya Abg Long ...

Pa'chik said...

wi singgik takpo... cumo hok payoh kalu de beso wi banyak tahung-tahung lepah... meme keno la.. kekekek...

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
balik sini bila?nak gi kutip duit raya umah kakpb buleh?

pB said...

IRFA
Nok kelik sini , tok tahu lagi.
Paling cepat haghi jumaak , tolok kelik doh.
Paling lambat, haghi ahad ler.

Maghi ler ....
Kak pB sipae duit tu ko anok anok Irfa ...

Anonymous said...

Salam Aidilfitri pB dan family :)

achik said...

selamat hari raya kak PB.. maaf zahir batin.. :)

zino said...

selamat hari raya maaf zahir batin.. berhati2 di jalan raya..

amboi duit raya bersepah2 je hehe

Iman Mawaddah said...

Kak PB,
Selamat Hari Raya. Reservekan saya duit singgit tu dalam sepuluh keping pun jadi la ya :D

pB said...

CD
Selamat Hari Raya ...

This raya, double celebration untuk CD ....

1) Raya
2) New Born Child

Tahniah Bro

PO'CHIK
Tular bok tea...
Tahung lepas, bui duo rial.
Tahun ni bui serial.
Kalu demo tu tok ingat tak po..

Po'chik nok bui brapo??

pB said...

ACHIK
Sama samalah kita bermaaf maafkan.

pB said...

BRO Z
Selamat Hari jugak buat Bro n Keluarga ....

Tak nak jemput pB dtg umah ker??

IMAN
Selamt Hari Raya ...

Dtg ler umah ...

Insyaallah , ada lagi balance

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...