19 November, 2007

MC

Assalamualaikum ......


Bangun semalam dari tidur, badan pB sakit sakit.
Tak tahu kenapa , rasa macam baru lepas jatuh .
Lenguh lenguh ....

18 hb November , hari jadi Siti Nur Arifah.
9 tahun dah anak mama sorang nie.
Kejab jer masa berjalan, kan.

Anak anak , semakin hari semakin dewasa.
pB semakin hari semakin meningkat umur .

Arifah , lain sikit dari adik beradik yang lain.
Mungkin anak no 3 ni , ni pelik sikit.

Suka menangis
Susah dipujuk
Kalau merajuk , panjang rajuknya.
Suka menyakat adik mahupun kakak.
Mulut pun, boleh tahan leser nya.

Syukur , walau kerenah Arifah ni memang payah ditangani, namun , besarnya dalam suasana penuh dengan kasih sayang.
Walau , kadang kadang , terpaksa juga pB berkeras ...
Sekali sekala, merasa jugaklah tubuh Arifah dengan cubit cubitan ...

Mama , doakan agar Arifah akan sentiasa sihat.
Membesar dengan sempurna ...
Menjadi seorang gadis yang penuh dengan sifat lemah lembut.
Berjaya menjadi wanita yang solehah.
Membahagiakan mama dan abah diwaktu tua kami berdua ...

Tiada sambutan harjadi.
Tiada hadiah
Tiada kek ...

Kerana pada 18hb 11 2007 , Arifah demam.
Kalau masa kecik kecik, orang tua akan kata 'beralih tahun'...

Pagi ini , pB bawa Arifah keklinik.
Sambil menyelam , kita cari ikan ....
Maka , dpt lah jugak pB MC hari nie...

Lepak di rumah ,
mungkin petang ni , pB akan 'bake' coklat kek.
He he... kek coklat yang ala ala segera tu.
Just masukkan telur , minyak dan bakar ...
Harap harap menjadi kek tu ....

Sabtu lepas , pB bertuah kerana menerima tetamu istimewa.
Tetamu jauh dari utara ....
Blogger yang terkenal dengan blog nya yg penuh dengan gambar gambar.
Dan juga lagu Saiful Apek tu.

Isteri blogger ni pun , seorang blogger jugak.

Tuan Jamri , Puan Jamri dan Batrisya

Frankly writing lar kan , memang gelabah juga pB , sabtu tu.
pB tak pernah bersua muka dengan mereka ni.
Perhubungan hanya di dalam talian internet.

Perkenalan melalui kemon komen yang ditinggalkan.
Berbual dengan Mrs Jamri , cuma berlaku sekali sahaja.
Hari jumaat lepas....

Mrs Jamri siap pesan , jangan bersusah susah kerana mereka.
Disebabkan pesanan ni lah , pB just masak ringkas ringkas jer.
Kalau tidak, mahu pB masakkan nasi dagang untuk mereka...

He he

Janji 530 petang.
Tepat 530 , mereka muncul di depan pintu rumah.

Mujurlah semua urusan , telah siap.
Cuma menanti kedatangan mereka.

Seronok bila persahabatan internet menjadi kenyataan.


Tak sangka , kita all boleh berbual mesra.
Dari satu topik ke topik yang lain ....

Sayang , aBear tiada dirumah.

Pasangan ni memang pasangan romantik ....
Puan Jamri memang peramah ...
Tuan Jamri , memang ayah yang penyayang ...

Angin Batrisya tak berapa elok petang tu ...
Merajuk ....
Minta dipujuk .....

Alhamdulillah , diakhir pertemuan , barulah Batrisya ok ...
Tak sempat nak bergaul mesra dengan anak anak dara ...
Perhatian lebih kepada tivi yang menayangkan cartoon...

Kepada Pasangan Jamri , terima kasih pB ucapkan kerana sudi singgah , bertemu dengan pB.
Maaf kan pB kalau , ada kekurangan di dalam layanan tempoh hari.

Insyaallah, ada jodoh kita berjumpa lagi....

Sayang , peristiwa itu tidak sempat dirakamkan ....
Bila dah nak pulang , baru teringat ....
Tapi , kamera pula, tiada bateri ....


Okaylah , itu sahaja untuk hari ni...

Nak g tolong tok ma masak ...
kalau lambat , nanti kena leter pulak ...

Perbualan antara pB dan i

Tak pernah jumpa , pertama kali nak bertemu..

17 comments:

Mak Su said...

amboi... itu ler kan kalu dah jodoh... tak de nasi dagang pun tak per

Orked said...

Selamat ulantahun kelahiran Arifah..moga menjadi anak yang baik kpd kedua ibubapa.

Anonymous said...

Selamat ulangtahun buat arifah.. doa yang terbaik untuk Arifah..

pB said...

ZAREDA
Terima Kasih Zar ....

KAK JIE
Semua ibubapa mahu yg terbaik utk anak mereka ...

amin

MAK SU
pB cuma masak mee berkuah jer ...

HAPPYIRFA said...

SALAM KAKPB..
ai..anak demam mak tumpang dapat mc.hepi besday to besday girl.sama tarikh dgn anibersari irfa..he he

Anonymous said...

Kalau anak tak sihat kerana beralih tahun
kalau maknya tak sihat beralih apa agaknya...?
Ape2pun selamat ulang tahun untuk Arifah
semoga cepat sihat dan menjadi anak yang solehah...amin.

Ummi said...

salam,

thanks sbb sudi jamu kitaorg dengan mee sup. balik rumah inlaw ummi tanya makan apa kat rumah kawan, ummi cakap makan mee sup. dia cakap rugi tak ikut sama. :)

kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

jamri cakap macam ada kurang, sbb abear tak de. ada trajedi lucu yang berlaku di rumah pb, jamri baru bagitahu kat ummi smlm. tak de sapa yang sedar :)tergelak sakan ummi dengar. nasib baik tak jadi apa2. :)

Ummi said...

salam,

lupa nak wish...happy bday arifah! kalau auntie tahu awal boleh auntie bawa apa2 untuk arifah.

sbb terlambat autie hanya boleh wish...semoga panjang umur dan jadi anak yang solehah.

Azhar Ahmad said...

Eishhhhh ni nak pi umah Kak Pb ni... Nasi dagang tu... Dah lama tak jumpa pas duduk johor. Masa kat kuantan dulu, hari minggu je, terus gi kemaman cari nasi dagang... Hehehehh

DBI said...

cantik lah layout ni..suka ada garis garis cam buku budak sekolah..

sangat neat n kemas

senang dapat A+ kalu cam ni..huhuhu

KakNi said...

Cian nyer PB, MC pulak hari ni...

Er... nak tau gak dari cerita PB yang lepas, kenapa abg penyu tu tak boleh nak bercerai? Bukan ke kuasa tu di tangan dia? sori off topic sikit...

WRA said...

hmmm...tu la...kalu k.we buleh join kan ke best...bro JD pun gi Puchong petae tuh...tapi k.we keno tunggu ore kelawar tu nok mari...malae tu baru JD royat, ore kelawar tu tepon nok mari hari Isnin...hampeh!!!

Ayu Mohamad said...

kak PB,
sampaikan ucapan dan peluk cium saya utk Arifah yer.. moga2 sentiasa dirhamti dan diberkati Allah serta membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat.. aminnnnnnnn

pB said...

IRFA
Happy Abinersary buat Irfa n Abg ...

kak pB doa doa biar perkhawinan Irfa kekal sapa bilo bilo ....

Budok hok sambut harijadi tu demae , haghi ni pun dok panah lagi ....

ABG IS
Amin ...

pB said...

UMMI B
Salam Kembali

Insyaallah , kalau ada masa n jodoh , kita jumpa lagi ...

Ada cerita lucu ker??

Boleh pB call Ummi..

pB pun nak tahu gak apa story mory tu


DBI
Hok alo lar doc ...

Bukae nyor pB buak pun, pB copy paste jah ...

AHNI
pB pun tak tahu jawapannya

pB said...

AZHAR
Kalau nak dtg rumah , kena bagitahu awal awal ...
Baru buleh sediakan ...

Cari ler isteri dari pantai timur, insyaallah , buleh selalu makan nasi dagang

KAK WEAR
Oak alo lar ....
Kalu dok , buleh jupo

Tak polar , lain kali , pB ajok kak Wear

pB said...

AYU
Terima kasih atas doa doa Ayu tu ...

Nanti balik , kak pB peluk Arifah

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...