07 November, 2007

MR WD

pB ada sorang kawan ni.
pB namakan dia MR WD

Dia berumur dalam lingkungan tengah tengah 40an.
Kalau tengok dia ni , ada iras iras Hail Amir.
Saper Hail Amir tu...??
Penyanyi terkenal zaman 60an.
Berduet dengan Uji Rashid.


Femes dengan lagu 'Wajah Kesayangan Hamba'.

Kita berdua ni satu kelas masa dok belajar kat Tepeng dulu tu.

Berumah tangga dengan sowang wanita dari Negeri Sembilan (kalau tak N9 , Melaka , dua tu lah , pB lupa).

Rasa-rasanya dah nak masuk 20 tahun mereka berkahwin.

Punyai anak 4 orang.
Dua perempuan dan dua lelaki.

Yang sulong tu perempuan, dah habis SPM pun.
Dan sekarang dok belajar kat salah sebuah Poli kat Semenanjung Mesia ni.

Yang paling kecik pun pompuan gak.
Kalu tak silap darjah satu , rasanya.

Yang tengah tengah tu , ada yang baru lepas UPSR baru baru nie.

APa kebende lar pB nak sampaikan nie...
(sorry ler , pB tak berapa reti nak karang cerpen )

Mr WD ni baik owangnya.
Owang yang sayang bini.

Sayang anak anak.

Tapi cepat panas baran.
(idak ler sampai dipukul bini anak tu).



Puan WD ni wanita yang bekerjaya dan sofisikated.
pB pernah jumpa , cantik owangnye.
Walaupun dah nak 40 , tapi masih VOGUE.
Untung Mr WD ...

Bekerja di syarikat yang memerlukan Puan WD tiap tiap hari balik lambat.
Rasanya paling cepat Puan WD ni boleh sampai umah , jam 8 malam.
Tak leh nak kata kat Puan WD ni , kerja kat Subang Jaya , umah kat Selayang.
Jauh tu , dah lar jauh , jalan pulak asyik sangkut sangkut jer.

Sabtu , ahad pun kena bekerja.

Sentiasa berurusan dengan wang dan orang ramai (bukan Bank nyer)

Semua urusan rumah MR WD yang uruskan.
Bermula dengan urusan pakaian kotor hinggalah ke makanan yang dihidangkan di meja makan.
Kalau balik kerja MR WD tak sempat masak , alamatnyer makan lauk kedai ler ....

Di bulan puasa pun , begitu juga.
Hal hal sahur nie MR WD juga yang selesaikan.
Siap semuanya , baru dikejutkan anak anak dan isteri.



Balik kerja, badan letih.
Isteri tak sampai umah lagi.
Kengkadang tu , keadaan umah pun boleh buat darah naik.
Yelah , biasalah , kalau budak budak jer kat umah , macam macam jadi.


Masuk dapur, pinggan mangkuk tak berbasuh.
Kalau dah berbasuh , masuk dok bertenggek kat rak .

Kain di ampain diangkat , tapi tak terlipat.

Anak dara pulak , sekali suruh , baru bergerak.
Tak suruh , tak buat kerja.
Biasalah kan , anak dara zaman sekarang.

Anak anak pB pun macam tu gak ..
Suruh baru buat, tak suruh , tengok ajer ler ...


pB sebenarnya tabik spring ler pada MR WD nie.
Sebab dia nie penyabor orangnya.
Boleh tahan dengan segala karenah anak dara dan hero hero.

Pernah pB dok sembang sembang dengan MR WD nie.

Dia selalu dok kata , dah nak buat macam mana, dah nasib badan.

Bukanlah dia dikawal oleh isteri , tapi , kalau dia tak semua itu , kesian pada anak anak.
Puan WD kalau balik kerja , lepas maghrib baru sampai rumah.
Balik dah letih .....

Kesian Mr WD tu , kan .....

pB (jahat gak ) , dok hasut MR WD tu cari bini baru ..
Tapi MR WD ni memang sayang bini dia habis habisan...

Bukanlah pB nak war war hal keluarga MR WD nie.

Cuma pB nak tanya pendapat ler, apa MR WD tu patut lakukan ....

Perlukah MR WD ambil pembantu rumah ??
(ini macam tak relevan , sebab anak anak dah besar)

Patutkah Puan WD berhenti kerja ?? ( tapi rasanya PUAN WD tak akan bersara awal)..

Atau perlukah MR WD yang ambil VSS ??




Tekanan darah asyik dok naik aja, sebab dok fikir pasal rumah ..

Dah ler kerja pun asyik kena berdepan dengan karenah bos dan pelanggan.

Kerja pulak kat area Bukit Bintang ...

Lagi ler stresss ......

******************************


Baru balik dari rumah Mama Risya yang terkenal tu...

Dia dok cerita pasal makan mee bandung kat Tesco ....


N3 tu telah membuat pB terasa sangat ler laparnya...
Dan rasanya rasanya , tengah hari ni , pB nak makan MEE BANDUNG ....





23 comments:

INDERA KENCANA said...

Hahahaha... saya pun lapar jugak. Kira dah jadi Hungry Ghost dah pun.. Sedapnya nampak Mee Bandung tu..!!

Kalau WD mampu ambil pembantu rumah, apa salahnya. Sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan dia. Tapi kalau dia sendiri sukarela buat tu suma, kita bagi galakan maju jaya pada dia.

Orang lelaki, dalam ramai orang puang dok kutuk kata suka mengabaikan rumahtangga dan mencari kesempatan untuk bernikah lain, sebenarnya tak semua mcm tu. Masih ada lelaki yang sanggup mengambil alih tugas isteri tanpa ambil peduli cakap-cakap orang dengan ingatan bahawa sudah jodoh dan rezeki dia macam tu dan dia harus menerima dengan redha, kerana cinta pada isteri yang mendalam...

Anonymous said...

INDERA
Insyaallah , sat lagi kak pB nak ke Tesco. Makan Mee Bandung ...

Jom

Rasanya , yang bab ambik orang gaji tu , Puan WD tak berapa setuju.
Mungkin sebab tak selesa kalau ada orang luar di rumah. Kena pula , dia sentiasa pulang lewat, bahaya ..

MR WD tu tak der lah nak buat benda pelik pelik, tapi mulut jiran jiran pun nak kena jaga jugak.

Memang susah nak cari lelaki macam MR WD nie...

Indera ??

blackpurple @ jowopinter said...

Ambil sajalah pembantu rumah. Habis cerita..

Mi bandung [maksud saya mi bandung Muor] di Kl ini payah nak cari yang asli. Rasa entah apa-apa. Kalau nak rasa yang asli kenalah pergi ke Muor.. He he he!

Anonymous said...

Kalau ada pembantu rumah, ber'skandal' palk dgn MR.WD tu.. ;-)

kalau mee bandong yang tak asli selalu rasa macam mee bandung tom yam...

Pa'chik said...

kalau kat bandung... takde de ke BP?

kekekek...

ambik la oghe gaji... jange ambik indon, ambik ore tuo-tuo.. oghe kito..

Sastri said...

bertuah Puan WD sebab mempunyai suami yang penyabar dan sanggup bersusah payah untuknya... harap2 Puan WD menghargai pengorbanan suaminya... :D

mee bandung kat luar tak penah sas try... kalau teringin biasanya buat guna perencah Barkat yang diimport dari Muor tu... :p

Anonymous said...

mee bandung..? emm.. sedap jugak tu..

kak pb, happy belated besday...!!

WRA said...

tu la dih...ore kalu dae ado ugamo, dio tok bising bendo2 lagu ni....
meme tabik spring la ko Mr. WD ni...
lloni susoh nok jjupo tu...ado ore, semmo bendo bini buak pung, sibuk nok cari hok laing...alasae, bini tak dok maso nok layae dio atau bini napok serabuk....beci kalu denga alasae lagu tuh....

pB said...

BP
Tadi pB santap di Tesco Shah Alam.
Oklah jugak rasanya.
Tapi udangnyer kecik jer.

Orang gaji ...
Selesai ker masalah ..??

JAMRI
Tak pernah sampai hajat nak makan mee Muor tu...

pB said...

PO'CHIK
Takut tok habis crito.
Namo khe koho panjae ...

SASTRI
Itulah yang kak pB selalu cakap pada MR WD tu.
Bertuah bini dia ....

Bukan senang nak cari suami macam MR WD nie.
Harap harap BP ni macam MR WD

PIECES
Haii...
Lama nyer tak jumpa ...

Terimakasih

pB said...

KAK WEAR
Wau , kak wear puji MR WD .
Nanti bilo pB call dio, pB royak ...

Anonymous said...

PB
kakak ipar zar tu kerja bank, kerja shah alam, rumah kat kepong, anak 5, tak de bibik, anak sulung pompuan 13 tahun anak bongsu 4 tahun... tapi rumah dia, lantai marmar dia boleh buat cermin muka, berkilat.. zar memang salute cara dia mengasuh anak anak, semuanya rajin dan tahu berkemas.

Apa zar nak cakap, sesapa tak yah berenti kerja. Anak anak kena di asuh buat housekeeping baik anak lelaki atau anak pompuan. Buat jadual, sapa lipat kain, sapa buang sampah. Sapa tak buat kena denda.

HAPPYIRFA said...

SALAM KAKPPB..
em untung sungguh bini dia.

Purpleheart said...

Bagusnya dia, untung sungguh bininya.. dia boleh terima kekurangan yang ada pada bininya, salute sungguh la.

zino said...

kalau kedua2 nya happy cara hidup macam tu biar le dia bahagia dengan cara tu..

dalam rumah tangga ni kena banyak tolak ansur bantu membantu dan sabar..

ego kena letak tepi demi kebahagian rumah tangga..

Unknown said...

Hui, sedapnya mee tuh!

ummi said...

kalau dia selesa dengan keadaan gitu, apa salahnya. kalau dia mampu tanggung semua dengan gaji dia, maybe bolehlah wifenya berhenti keje. jgn komplen wife banyak keje tapi dok mengharap gaji wife jugek...

IKHWANI said...

baguslah ada husband macam tu..
betul kata Indera Kencana, tak semua orang lelaki mencari kesempatan untuk kawen lain, biarpun ada peluang depan mata, ini kerana kasih dan cintanya pada isteri sangat mendalam..kak OO petik ni pun daripada mulut seorang lelaki..

Maybe puan WD ni disebalik kesibukannya pandai appreciate pertolongan husband dia yang orang luar tak nampak di mata kasar..

Satu lagi hal anak2 ni boleh sebenarnya nak didik anak2 menjadi lebih ringan tulang - dari kecik lah kena asuh; kalau dah besar baru nak suruh - tanggunglah sendiri akibatnya.

Kak OO pernah dengar seorang ibu dengan bangganya bercerita keempat2 anak daranya yang memang dah layak pun kawen tak pernah pegang penyapu, tak pernah lipat kain apa lagi nak masak..so salah siapa tu?

Kat kampung kak OO ada sorang ibu tua (cucunya pun dah kawen) yang dari muda kononnya "tak suka menyusahkan" anak - sekarang ni masih lagi jadi "babu" pada anak2 pompuan yang mana anak tesebut dah pun dapat cucu! Dan si ibu tua ni lah jugak menjaga cicitnya pula!!!

Can you believe that? Jangan kita menjadi bak kata pepatah moden "Si Tanggang Bertali Leher"

Sorry emotional pulak Kak OO.

umie@kakyong said...

salam pb,
umie mmg tak akan order mee bandung kalau kat KL ni, kecuali ada perkataan mee bandung MUAR...! ermmm kalau tak, patah selera umie nak makan mee bandung. Dulu pernah order mee bandung kat KL ni tapi rasa mcm mee asam pedas... ntah apa2...
Kalau nak makan utk satu family, ada jual perencah MEE BANDUNG MUAR di supermarket2, tu memang buatan muar...tambah je sawi dan pecahkan telo terus dlm kuali, kalau suka tambah daging dan udang... mmg sedap...

kakLuna said...

kalo MR.WD tu anggap benda ni masalah, kena la cari penyelesaian. dan tak semestinya kawin lain tu satu penyelesaian.

MR&MRS WD kene duduk bincang tentang hal ni, kena kerap cari ruang utk komunikasi. mungkin masa skrg MR WD masih boleh tahan tapi hati manusia ni sgt lemah. dan godaan syaitan tu dtg dlm pelbagai bentuk. apatah lagi MR WD tu jenis panas baran (cuma x sampai pukul bini), nanti satu kesilapan kecil,dek kerana asyik disimpan, akan menjadi mslh yg besar.

sebelum jd mcm tu, baik dicegah dgn berbincang dan paling baik MRS WD tu kene berkorban utk berhenti kerja. sbb pahala menguruskan rmahtangga tu jauh lebih besar dari gaji yg dikejarnya. apatah lagi suami nya mmg mampu.

itu je pendapat seposen dari saya.

13may said...

ingat kak pB masak sendiri mee tuh...hehhe

KakNi said...

Tengahari tadi dah baca blog ni tapi ngantuk sangat tak dapat nak komen... huhuhu...

Susah lah nak komen, cuma pendapat saya la... isteri mr wd tu tak tahu ke tanggungjawab dia terhadap suami dan anak2? saya tak kesian sangat kat mr wd tu pasai dia dah besar, boleh pikir sendiri, boleh buat decision... tapi anak2 dia tu camne? tak merasai kasih sayang ibu...

Anonymous said...

Don't worry, be happy. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...