RESEPI KUZI
Bahan bahan
Ayam
Bawang goreng (seekor ayam , sekilo bawang)
Halia
Bawang merah
Susu Cair
Tomato Puri (DEL MONTE)
Rempah Kuzi
Garam
Susu Pekat
Gula
Sedikit lada giling
Kismis
Buah Gajus
Minyak untuk menggoreng.
Minyak sapi
Cara Caranya
Ayam
Ayam itu dipotong mengikut potongan yang disukai ramai.
Kemudian di perap bersama dengan bawang merah , halia dan garam.
Lagi lama diperap , lagi sodap.
Barang dalam ayam pun di perap jugak, jangan dibuang , sayang....
Kalau kat Kelantan , ayam ni diperap dengan rempah 'shak pa ro'.
Boleh dibeli di kedai kedai mamak atas kedai tu ....
Ayam yang telah diperap itu kemudiannya digoreng (separuh masak)
Goreng jugak barangan dalaman ayam seperti hati , pedal .
Dengan menggunakan minyak yang sama tadi, goreng kismis dan juga buah gajus.
Dalaman ayam yang siap digoreng , dipotong kecil kecil.
Kuah
Blender kan bawang merah bersama halia.
Kemudian ditumiskan dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadik. Campurkan juga dengan minyak sapi .
Tumis hingga masak semasaknya.
Kemudian, masukkan pula bawang goreng yang telah diblender tadi.
Juga digoreng / tumis hingga naik bau .
(masa ni, seluruh dapur anda akan berbau dengan bau minyak sapi dan bawang)
Sementara menunggu bhn tumisan anda tu masak , bolehlah anda mula membancuh bahan bahan seperti rempah kuzi, susu cair , susu pekat , dan juga tomato puri didalam satu bekas.
Apabila bahan bahan tumis masak, masukkan bancuhan tadi itu.
Juga dimasak hingga naik bau , dan kemudian boleh lah dimasukkan air mengikut sukatan yang anda suka.
Kalau nak kuah banyak , banyak ler airnya.
Setengah orang, mereka akan campurkan lada giling untuk memerahkan kuah kuzi ni.
Kemudian , boleh lah dibubuh garam , sedikit ajinomoto dan mungkin sedikit gula lagi.
Kuzi ni , rasanya bercampur campur.
Manis ada.
Sedikit masam pun ada.
Setelah kuah itu masak, boleh lah anda semua masukan ayam yang telah digoreng tadi .
Jangan lupa barangan dalaman ayam dan juga kismis tadi itu.
Ianya sesuai dimakan dengan roti dan juga roti jala.
Rempah kuzi tu pula , setakat ni , pB baru jumpa kat Kelantan sahaja.
Belum lagi lah terserempak dengan mana mana kedai kat kay el nie....
Dan biasanya , bila balik kampung, mesti pB beli.
Kiranya buat stok dalam peti sejuk tu.....
So, pada sesiapa yang berminat , selamat mencuba .....
psstt...mungkin orang lain , lain pulak caranya.
Kak OO dan Kak Wear , lagu ni jugok kor????
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
01 November, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
3 comments:
salam kakpb..
emmmm belum try lagi dah rasa macam susah jer..xde harapan lah bg yg 'kurang rajin'macam irfa.
he he
Kemudian di perap bersama dengan bawang merah , halia dan garam.
Lagi lama diperap , lagi sodap.
=================================
kalu perap lamo bdo'oh.. busuk la pulok aye tuh.. kekekeke...
pB, hurm...akak ada pesan dgn kawan dari kelantan suroh beli rempah kuzi. tgk lah kalau rajin boleh buat..."KALAU RAJIN" ...HEHEHE
Ada n3 terbaru kat blog akak khas tuk pB...
Post a Comment