26 December, 2007

pB IS HOME

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaaaaa .......


Yez yezzzaaaaa

pB dah balik ....
pB doh kelik ....
Ado di bumi Puchong sekarang nie .....

Punyalah rindu nak baca blog blog kengkawan semua ....


Alhamdulillah perjalanan balik ke Kota Bharu , lancar.
Tiada kesesakan jalan raya.
Tiada banjir
Malah tiada hujan pun.

Sambutan raya haji pula, sederhana.
Tiada seorang pun dalam keluarga Parents In Law yang korban.
Sebelah pB pula , ayah dan adik lelaki pB yang korban.
Adik lelaki pB dan 6 ipar dia korban , itu dah dpt seekor lembu.
Yang seronoknya, tiada seorang pun dari mereka pulang ke Kota Bharu.
Masing masing tidak mahu ambil risiko dalam perjalanan.
Lagi pun , mereka semua tu , isnin dah mula kerja.

Jadiknya, ditempat penyelembihan tu , ada 3 ekor lembu.
Seekor untuk keluarga In Laws Adik pB.
Dua ekor lagi utk keluarga besan mak sedara pB.
Mujurlah , ramai yang sedia mengerjakan lembu lembu itu termasuklah che aBear pB.
Segala proses mengerjakan lembu itu selesai dengan cepat.
Yang paling seronoknya , dapat makan daging fresh.
Masak singgang , goreng daging bawang , sambal belacan , tempoyak dan berulam timun.
Berselera sungguh ......

Perut muda direbus , dan di cicah air asam ...
Kuang kuang kuang ....

Itu cerita raya ...

Cerita tentang holiday , terpaksa ditangguhkan ...
Next entry, ok ....


Semalam , bertolak dari Kuantan , jam 1200 tengah hari.
Sempat singgah makan nasi lemak 'femes' di Restoran Zaman.

Sampai di Puchong , dalam jam 4 petang.
Syukur sangat sangat .....

Tapi yang tak seronok tu , once aBear bukak main paip air , bilik tidur pB banjir ....
Menitik nitik air dari syiling ...
Aduhai iiiiiiiiiiii

Hmmmm.....
Dugaan betul ler....

Dulu , masa balik raya puasa , peti sejuk 'shutdown'.
Habis satu dapur kena bersih.
Dan semalam , banjir pulak ....

Sepanjang bercuti tak jumpa pun air banjir,
bila balik umah , banjir dalam umah ........

Baju baju dalam almari , basah.
Terpaksa disangkut untuk dikeringkan.
Tiba tiba , rumah pB jadi macam kedai baju bundel ...

Apa apa pun , seronok bercuti ...
Dan malas nak bekerja ....










17 comments:

Mrs.A said...

Salam Kak PB.. selamat kembali.. wah rumah kak PB jadi kedai bundle??? nak pergi la... ada offer end year ke??? hehehe... jangan marah...

Anonymous said...

hahaha..

baru nak cakap..umah dah jadi cam kedai juai baju bundle jek..

KV said...

agaknya kak pb teringin sgt nak main banjir kut?

WRA said...

air tangki penuh ko?

Ordinary Superhero said...

Daging singgae, perut mudo chicoh air asam...pergggh bestnya.

HAPPYIRFA said...

SALAM KAKPB..
alahai ..kesiannya.nak wat camner.
tp yg pelik tp benar ialah..'bakpo sy x leh view smpi habis blog kak pb nih?kena klik byk kali baru buleh baca semua?dia macam kuar tulisan berlapis2????

Mak Su said...

bedroom dah ok ker? alamak... macam tengok view kat kedai kain kat jalan TAR plaks bila tengok baju bergantungan tu

Zareda Norman said...

alahai cam ne boleh banjir dalam rumah plak ek.. Masa zar ke KT tu hari pun sangkut jugak kat lancang tapi balik ke KL jalan dah klear

Anonymous said...

Salam pB,
Alhamdulilah dah selamat balik. Satelah berkorban di kampong, sedikit pengorbanan membersihkan banjir di bilik tidaklah seberapa sangat kan? Selamat bekerja semula dan jangan malas2 okey?

NBK466 said...

Tak kena banjir kat kampung, banjir pulak kat Puchong..he..he.he..

Pa'chik said...

waa.. perut mudo.. wak kghabu sedakkk ooo... tapi hok ghebe hari tu... mok dok panda basuh perut mudo... dok brapo sedak lah... tok de no amek basuh.. dio basuh.. pah gi rebuh slalu doh...

Anonymous said...

Ahahahahah, perut cicah air asam... Aduh, kecur air liur lah kak

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH PB SEKELUARGA SELAMAT KEMBALI -IP-

KAMATO said...

Selamat kembali, minggu jadi ke rumah bro z?

cikdinz said...

mcm bukak bundle kat depan umah plak...heheheee...
dugaan tuh. sabar yeik...

KakNi said...

Apa yang terjadi sebenarnya PB? Camne boleh banjir?

Azian hasan said...

pB,
Alhamdulillah dah selamat sampai pun...Bila baca kisah banjir kat dalam rumah teringat pulak , dulu Kak Azian pun pernah kena banjir kat dalam rumah tapi angkara bebudak ni tak tutup pili air kat dalan toilet. Kebetulan tempat kluar air tu tersumbat,masa tu tengah sedap tidur..sedar-sedar air dah sampai buku lali..habis katil runtuh..lagi la bebal nya.Kelakar kan...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...