11 January, 2008

HARI INI HARIJADI SITI

Get this widget Track details eSnips Social DNA







Kejab jer masa berlalu ....
Rasanya seperti baru semalam pB melahirkan SITI ....

Hari ini adalah hari lahir SITI yang ke DUA BELAS TAHUN ...

Selamat Hari Jadi SITI ......


pB mengandungkan SITI semasa pB berusia 23 tahun.
Selepas dua bulan pB menjadi isteri kepada aBear.

Berita gembira tentang kehamilan pB hanya dapat pB kongsi bersama
aBear melalui panggilan telefon sahaja.
Masa tu , kami adalah pasangan jarak jauh.
Seorang di utara , seorang di Kuala Lumpur.

Semasa kemunculan SITI di muka bumi ini , aBear tidak bersama dengan pB.
aBear berada di Negeri Che Siti Wan Kembang.

Selang beberapa jam selepas kelahiran , baru aBear muncul .
Tapi tak apa , selama pB berada di labour room , Tok Ma yang menemani pB.

Terdapat sedikit kesulitan semasa proses kelahiran SITI.
Tali pusat berbelit di sekeliling leher SITI.
Tapi mujurlah , dengan kepakaran Doktor , SITI dapat pB lahirkan dengan selamatnya.

Seberat 2.5KG .....
Dan diLahirkan jam 100 tengah hari.
(orghe tuo kato , tiko matahari pa'chok atah kepalo)

Kenangan yang paling pB tak dapat lupakan ialah bila mana aBear jatuh pengsan semasa dia
sedang memapah pB untuk ke bilik air.
He he he ....
pB yang bersalin , dia pulak yang pitam.

aBear pitam kerana terlalu letih.
Tidak dapat tidur malam , bila dia menerima panggilan memberitahu yang pB dah pun dimasukkan ke hospital....
Bial pagi menjelang, terus pula memandu tanpa henti dari KB ke Sungai Petani.


Itu kenangan 12 tahun yang lalu.

Alhamdulillah SITI membesar dengan sempurna.
Jarang sekali sakit sakit.

Namun yang pastinya , SITI adalah anak aBah.

Setiap sanak sedara yang berjumpa dengan SITI , akan menyatakan begitu.
pB akui , banyak perangai aBear yang diwarisi kepada SITI.
Terutama sekali sifat pendiam ....
Jarang sekali dapat pB dengar SITI bertanya itu dan ini.
Siti lebih suka mendengar dari bercerita.
Siti juga lebih suka termenung ......



Selamat Jadi , anakku yang pertama.
Buah hati pB ...
Cahaya hati pB ....



Mama doakan agar SITI akan berjaya didalam UPSR nanti.
Berusahalah anak ku , supaya menjadi manusia yang berjaya ....



Jadilah anak yang solehah.
Semoga dijauhkan dari segala jenis malapetaka .....


Membesarlah dengan kasih sayang , wahai SITI.
Jadilah kakak yang baik kepada adik adik , semua .....

SELAMAT HARI JADI
SITI NUR AFIQAH

23 comments:

Ordinary Superhero said...

Laaa, ingat sibuk nok joing radio ERA hari ni saghi dedicate ko CTDK. Selamat hari ulangtahun kelahiran untuk Afiqah.

dlt said...

Semoga Panjang Umur Murah rezeki untuk Siti Nur Afiqah. Hehe! Ingatkan kak pb nok wish ko SN. Heran la jugok. Kot peminat fanatik.
Selamat Ulang Tahun melahirkan Afiqah yang ke 12 buat mama dia jugak.

Ummi said...

salam,

selamat hari lahir buat siti. auntie doakan semoga menjadi anak yang solehah, anak yang pintar dan anak yang mendengar kata ibubapa.

semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. :)

umeboshi said...

kak pb ku cayang, selamat ulang tahun melahirkan SITI ek. serta happy b'day juga buat SITI. moga m'jadi insan yg solehah, baik dan beroleh keredhaan ALLAH sentiasa.

pB said...

O.S.H
Ado dedikasi untuk CT kor dalae ERRA ???

Kebetualae jah , haghi bulae samo ...

Terima kasih ...

13may said...

Selamat Hari Lahir buat Siti..

pB said...

DLT
Kak pB bukannya minat sangat kat CT Dato' K tu.

Kebetulan tarikh lahir Kakak jatuh sama tarikh , tu yang buat gimik gimik sikit tu...

UMMI B
Terima kasih Ummi.
Semua ibu hendak yang terbaik utk anak anak mereka , kan ...

UME
Besday anak kak pB dengan besday aBang Ume tak jauh beza ...

Kak pB tak beli apa apa pun lagi kat dia ...
Kek pun tidak ...
Teruknyerrrr ...

Terima kasih atas doa tu ...

Mana n3 pasal party tu ???
Kak pB dok tunggu nie ...

pB said...

13 MAY
Terima Kasih.
Tak kan ucapan je..
Nak ler hadiah gak ...

He he he

indera kencana said...

Ingatkan Abear pengsan sebab tak larat nak papah Kak pB..

Happy Birthday Kak Long (Afiqah)..
Semoga keberkatan Allah mengiringimu. Doa Ankel moga menjadi kebanggaan Mama dan Abah di dunia dan di akhirat..

suriani said...

selamat hari jadi to CT!
terharu sangat baca ucapan2 pB utk dia, rasa nak nangis je... hu huu..
anak pertama memang sedikit special, kan?

Anonymous said...

ingatkan hari ni hari jadi siti sedunia. :)

apapun, selamat hari jadi buat siti-siti yang berkenaan! semoga panjang umur dan murah rezeki.

Azhar Ahmad said...

Macam berjanji janji pula... Ramai betul orang sambut besday bulan nih...

yusztiey said...

SANAH HELWAH YA GAMILAH AFIQAH KE 12..THN NI WAK PEKSE UPSR MOLEK22 DEH.
KITO MATI2 INGAT NI ANOK KAK PB YG KE 2..SULONG UPENYA..

Sastri said...

Selamat Hari Jadi Adik Siti Nur Afiqah... semoga cemerlang dalam apa jua bidang dan menjadi anak yang solehah serta taat pad kedua ibubapa...

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam pB,

Brapo ore anok demo ado? Lape ko?

Anonymous said...

Selamat harijadi Siti.
Dengar cakap mak eek...
:)

KV said...

wah..dah umur 12 tahun siti nur afiqah. Moga segala impian ayah bunda tercapai. Selamat hari lahir, sayang!

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
SAMA BESDAY DGN DATIN SERI CT NURHALIZA DAN BAKAL DATO' SERI MUHAMMAD IRFAN(my hero kenit)..HE HE..

Zareda Norman said...

Happy Belated Besday to Siti.. semoga menjadi anak yang solehah..

pB said...

UNTUK SEMUA
Terima kasih atas doa doa tersebut.
Semoga semua doa doa kawan kawan akan dimakbulkan Allah ....

Senyum je Afiqah baca , tau ....

Mak Su said...

selamat hari lahir yg ke-12 Siti... anak2 maksu pun nama siti-siti juga..

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir ke 12 utk anak sulung pB...

aduh lamo tok singgoh rumoh pB... selamat tahun baru 2008 dan hijarh 1429.

Purpleheart said...

Dah anak dara dah anak sulung kak Pb.. semoga menjadi anak yang berguna pada ibuayah, bangsa dan negara..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...