21 January, 2008

HUJUNG MINGGU

Sabtu

Ada taklimat ttg UPSR di sekolah Afiqah n Aqilah.
Insyaallah , peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 9 ~ 11 September ni.
Masyaallah , bulan puasa tu....

Bila dengar ttg semua pelajaran yang TERpaksa mereka duduki, pB pulak yang naik seram.

BM ada dua paper.
Serbi makneka perkara yang kena ingat.
BM 2 pulak , dibahagi kpd 3 bahagian.
Karangan bergambar , nilai murni dan juga buat karangan berdasarkan sambungan petikan.

English pun macam tu.

Math pulak , juga ada dua paper.
First paper, cikgu sendiri dah cakap payah nak score.
Second paper , kena ada jalan kerja.

Sains pula , mcm mcm nak kena ingat.

Kesian pada anak anak kita , tau .....

Petang sabtu tu pulak , ada acara BBQ kat umah sepupu pB.
Umahnya betul betul depan Bangunan Sapura kat Sri Kembangan tu.

Syok sungguh makan makan ni.
Kebetulan tak bawak hp , so , tak de ler gambor acara makan makan tu.

**********************************************

AHAD.

Tok Ma ke masjid .
Che aBear pula hantar anak ke kelas tambahan.
pB buat sibuk sibuk kat belakang umah.

Sibuk menggunting pokok kertas yang dah melilau nak masuk umah.
Dalam dok syok gunting dahan pokok , tiba tiba

TERgunting jari sendiri.
Wa cakap luuu , macam nak menjerit masa tu....






Hi hi ....
Udah le rajin sangat nak menyobek pokok ,
bila buat, macam ni la pulak hal nyer ....

Tajam sungguh gunting IKEA ni , nyer ....

Lepas dok terkial kial , tahan sakit tu ,
ke masjid pulak , ambik tok ma.

Then , ke Pasar Pak Lang , beli stok ikan dan ayam untuk seminggu.
Dah murah rupa nyer ayam sekarang ni ...
Empat ringgit tiga posen sekilo.
Oklah tu kan ...

Udang pula , sekilo Empat belas ringgit.

Balik dari pasar, kalut pulak kat dapur.
Minggu ni , Tok Ma yang kena cuci cuci semua barang nie.
Jari pB masih tak leh nak kena air (keh keh padahal nak manja2).

Kelam kabut siapkan makan tengah hari.
Bukan apa , sebab nak kena bawak makanan tu ke tempat tusyen anak pB tu.

Kesian mereka , kelas tusyen mula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Break satu jam setengah , then mula semula hingga jam 4 petang.

Minggu lepas , dah makan kedai mamak , tapi mahal lar pB rasa.
Kena pula sekarang nilai wang , kecikkkk sangat.
Kena banyak berjimat cermat.
Kena banyak berkira walaupun dengan anak2.

So , minggu ni , pB siap siap kan masuk tupperware ,
nasi , ayam goreng, ikan goreng dan juga bayam masak lemak.

Angkut dua lagi anak dara , dan , mereka berkelah kat padang permainan.
Ingat nak makan kat masjid, tapi penuh dengan jemaah yang nak solat zohor.
Segan ...

Pusing pusing , jumpa taman.
Maka berkelah ler , kami kat sana.

So , lepas ni , kalau tengok ada group mak dara dan 4 anak dara dok makan
kat taman permainan tepi masjis USJ 9 , tu kami ler ...

He he he ....

psst ....
esok aBear nak balik KB.
Mak dan ayah dia balik dari Mekah.
pB ????

He he he ...
Tak balik pun ....







15 comments:

happyirfa said...

salam kak pb..........
sib baik x putus jari..he he.
sesekali rajin sbb tulah..kita kena rajin tiap2 hari..barulah gunting tu kenal tuan dia..

bagus punya natu..alah..anak2 sekolah nak wat camner

AZWA said...

Salam PB..asyik sangat la tu ek sampai tak sedar tergunting jari sendirik. Syukur tak parah kan..

Seronok bunyinya berkelah ngan anak2 tu..azwa sejak berjauhan ngan asben ni, rasa tak bersemangat nak masak. Masak simple2 ajer..kenkadang sekadar goeng telur hehehehe Kalau terlebih rajin skek goreng ler ikan rebus ker, buat kari ayam. Tapi tersangat ler jarangnya, yang selalu buat sup ayam ngan goreng telur ajer dah cukup.

kasutVincci said...

bakpo kak pb tok ikut aBear balik getek nyoh? Mmmm...anok2 skoloh dih!

pB said...

IRFA
Salam Irfa..

Kalu putuh gak , buleh claim insurance .. keh keh keh

Gunting tu skalo kak pB dok guno buat si'yae ikan. Pagi tu , sajo nok tra test ...

AZWA
Salam

Berkelah dalam keadaan kelam kabut , seronok jugak kadang kalanya.
Tapi , rasanya tiap orang yang lalu , mesti pelik , apahal dok berkelah tengah hari buta...

Azwa punya blog , tak ok lagi ker??

pB said...

KV
Anok skoloh tu alasan semata mata ...

Tak balik , sebab aBear tak ajok kelik ...

~ahni~ said...

Kalau macam tu berkelah sokmo lah PB & anak2 ya...

Azhar Ahmad said...

Turun KLIA kannnn... Mesti seronok tgk org balik Haji... Saya takleh pegi.. Ahahahah, nanti banjir KLIA. Hati lembut sesangat...

Hummmm... Kak pB. Saya rasa cikgu tu buat kesilapan. Adeke patut dia kertas satu math susah. Sepatutnya, dia tak leabelkan mana2 matapelajaran. Biar mak dan ayah tak push anak giler2...

Apapun, bagi saya, UPSR bukanlah penentu hidup. SPM nanti yang perlu.

Eh, tapi kena score jugak. paham-paham lah orang... Kalau bercerita, habis Pak Lah mau dipecatnya, Sami Vellu mahu ditendangnya... hahahahhah

abanglong said...

anak sulong abanglong pun amik upsr tahun neh.... hihihihi

pB said...

AHNI
Nampaknya macam tu ler

AZHAR
Susah budak budak sekarang sebab semuanya diukur dengan keputusan peperiksaan.

Tak tahu kenapa ler Kementerian Pendidikan tak fikir semua tu akan membebankan budak2 . Mak ayah pun turut terasa bahangnya , tau.

pB said...

ABANGLONG
Sama samalah kita berdoa agar anak anak kita akan mendapat kejayaan.

indera kencana said...

Jadi la dapat berkelah tepi masjid.. Sekurang-kurangnya Kak pB dan anak-anak Akak memperbanyakkan fungsi masjid. Selain daripada tempat beribadat, masjid juga jadi tempat berekreasi...

Psss... apasal Kak pB tak bawak tupperware besar atau beg plastik banyak-banyak masa gi acara BBQ tu.. Kalau tak, boleh jugak saya mengendeng Kak pB....

Mengendeng = masuk pot = tumpang sekaki

Zareda said...

besnyer berkelah... zar ni kalau wiken memang melepek kat rumah..

Tapi subjek sekolah sekarang memang nampak tough.. kengkadang rasa tak percaya ni sukatan pelajaran untuk tahun 1 bila tengok buku latihan Zulaika..

OndeOnde said...

Da, phone tak dok credit nok jawab msg, ssini pong buleh kot? :)

I am okay.

Keje biasalah bz bz dan ada sikit2 tension ni hehehehe..

Idea baaaaanyak nak tulis, ada yang kalau nak tulis kena sensored sebab masuk dalam kategori 18SX,

ada yang happy,

ada yang tension..

envious pun ada jugak..

hal anak2 pun banyak nak tulis..

cuma masa jer kureng memang nak rehatkan diri daripada menulis kat public blog ni sekejap.

Tq tanya koba kak OO.

Harap jari luko tu cepat sia.

OndeOnde said...
This comment has been removed by the author.
cyberdad said...

ada pulak cikgu awal2 lagi dah takutkan student kata paper maths tu payah nak score.

cepat benar nak surrender. apa daa. tak puas hati tul.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...