Semalam , Aqilah sibuk dengan kerja sekolahnya.
Bahasa Melayu.
Sibuk tanya pB dan aBear.
Termenung kejab ...
Nak carik idea jawab soalan.
Jom kita pakat baca dan juga jawab soalan ni , yer ...
Zariman pulang sekolah dgn wajah yg muram.
Ibu menegurnya tetapi Zariman tidak menjawab pertanyaan ibunya itu.
Setelah didesak beberapa kali oleh ibunya , Zariman mengatakan
dia malu dgn pekerjaan ayahnya apabila ditanya oleh gurunya di dalam kelas.
Ibunya mengatakan walaupun ayahnya seorang pengawal keselamatan di kedai emas ,
tetapi pekerjaan ayahnya itu tetap penting kepada org ramai.
Ayahnya menjaga kedai emas supaya keselamatan pekerja dan pelanggan kedai emas itu terjamin.
Zariman sedar kata ibunya ada kebenarannya.
Zariman menunggang basikal ke sekolah dgn lajunya kerana dia bangun lambat.
Ketika masuk ke dalam kelas, rakan rakannya mengerumuninya.
Mereka memberitahu ayahnya telah menyelamat kan seorang kanak dari seorang perompak yang merompak kedai emas tersebut.
Semua rakan Zariman mengucapkan tahniah ke atas keberanian ayahnya .
Zariman merasakan yang dia patut meminta maaf daripada ayah dan ibunya apabila dia pulang dari sekolah nanti.
Soalannya :
Berikan lima pengajaran yang dapat diperolehi dari karangan pendek ini.
Rasanya dalam karangan ini ada dua tiga jer pengajaran.
Nak dapatkan lima , jenuh dok berfikir.
Hmm.....
Apasal lar susah benor soklan bahasa melayu sekarang ni.
Macam silibus tingkatan tiga pulak ....
**********************************
Pagi tadik tak dapat nak breakfast dengan aBear.
Pergi kerja asing asing.
Last last , keluar dgn member ofis .
Breakfast kat kedai mamak tepi Mydin.
Jenuh nak pilih nak makan apa.
Banyak sangat menunya
Roti sahaja dah ada 100 jenis.
Tak caya...
Tengok ler sendiri ...
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
14 comments:
kalau zino kena datang kedai tu sekurang2anya seratus kali.. pasal nak terai semua roti.. bagus gak idea dia tu hehe
lima pengajaran..
1.kena belajar terima se adanya..
2.tiada pekerjaan yg hina selagi ia tidak menyalahi hukum syarak
3.kita perlu bersyukur dengan apa saja anugerah yg Allah beri.
4.setiap pekerjaan adalah penting.. kalau tak pekerjaan tu tak ujud..
5.memberi semangat kepada murid supaya belajar lebih bersungguh supaya dapat membantu ibu bapa di masa depan dan meikkan taraf hidup keluarga
6.memberi kesedaran kepada murid betapa susah payah nya ibu bapa untuk membesarkan anak anak..
7.supaya murid sedar pengorbaan ibu bapa yg tak terbatas.. sanggup melakukan apa saja utk anak anak
lebih dah tu.. hehe
namo lagi keda mamak....macae-macae ado...supo Astro giteww....
pengajarae?
1) don't judge a book by its cover - tak semestinya jadi jaga tu hina
2) setiap sesuatu ada baik dan buruknya....
3) hargai ibu bapa...syukur dengan apa yg ada
4) rezeki Allah tak terbatas, selagi ikhlas dan buat kerja halal, Allah tak akan melupakan hambaNya
5) harta dan pangkat tak menjamin kesejahteraan hidup
6) sentiasa mencari yg positif disebalik sesuatu....
Buleh dok tuh?
ish, penin pala ni nak pikir ni masalah dua-dua tu
Roti Frence Doss? Mana mari laa.....
Dah banyak dah zino bagi tu...
Hari tu kak lady tgk buku bahasa Inggeri Fareez....darjah satu dah belajar Plural & Singular dah...macam budak darjah 3...
Yang menangkap mata akak ialah...Roti plaster & roti salat tu (salad ke solat?)
Betul tu..kak lady pun mungkin akan dtg banyak kali untuk cuba menu yang banyak tu...lepas tu...jarum timbang naik macam roket...hahahah
neeza selalu tengok diorang tulis menu berpuluh jenis. Tapi, bila time order, 'oo.. dah habis" ataupun, 'yang tu pagi takde' lagi best, 'memang tak buat'. Bila tanya 'apasal letak kat menu?' Dia boleh jawab dengan muka sengih aje.. sabaaa je laaa...
5 pengajaran ye. dah banyak tu. tapi kalau neeza lak ya.. hehee (nak jugak tu..):
1. Semua manusia mempunyai kepentingan yang sama
2. Tiada pekerjaan yang hina
3. Kita patut menghormati dan menyanjung tinggi kedua orang tua kita
4. Kerja jaga sangat mulia berbanding dengan perompak kedai emas
5. Nasib Zariman jauh lebih baik jika dibandingkan dengan anak anak di Afrika seusianya...
tu aje.. heheee
5 pengajaran tu ramai dah jawab la kak pb.
cuma saya terpegun dan terkasima tengok list roti tu. entah² semua tu rasanya adalah dalam 10 aje unik kot. kan kan?!??
roti lisen?
mcm2 ado...mcm astro plak...
pengajaran...
hari sekoloh keno bangun awal... tidok keno gatih basikal laju-laju... pel'luh, basoh baju, nati jadi busuk...
Ahahhaha, takmo jawab kak pB.. Buk Alex dah jawab....
Ehehehhe, letih nak rasa semua roti tu....
Kolesterol tinggi tu...
banyoknyo jenis roti.Dah try belako ko? hok mano paling best sekali. Tapi walaupun banyak jenis roti hakikatnya ia tetap roti jugak...
Akak yang dah tua ni nak mencari jawapan takat 4 je jumpa.....
Nak pergi jugaklah kedai mamak ni nanti ..100 jenis roti.. ayoyoo..bestnya !!
Hi pP,
Dah byk yg disebut tentang pengajaran. Tp yg tak baiknya pasal rencana tu, si Zariman tidak menjawab pertanyaan ibunya apa bila ditanya (hanya apabila di desak!).
Perkara sebegini kelihatan 'tak apa' dlm rencana si Zariman tu. Mungkin agak lumrah kpd anak2 skrg ttpi ia tak elok dan agak biadab dan boleh membawa 'derhaka' jika dibiarkan.
salam kakpb..
byknya roti.masa kecik dulu,tahu roti canai kosong dgn roti canai telur jer..bila duk sini baru tahu ada roti pisang,roti sardin,roti planta dll..he he macam2 ada
Post a Comment