28 March, 2012

LOAN

Baru jer balik dari Seksyen 16.
Bayar duit pinjaman umah kat BSN.

Hmm ..
tiba tiba timbul idea nak buat n3 pasal pinjaman umah.

Kalau ikut ikut , umah yang ada bawak nama pB ni ada dua.
Kaya gua ....
Dua umah tu ....

Baca habis lu cerita ni , baru tau pB ni kaya ker kayap ..
He he he

Umah pertama tu , kalau pB tak silap pB beli tahun 98.
Masa tu , boleh dikatakan pasaran umah ni baik.
Umur Aqilah dua tahun.

Masa buat keputusan nak beli umah ni , punyalah berdebar debar.
Bukan apa , takut salah kiraan.

Beratur satu hari , nak dapatkan umah ni.
Apartment kos sederhana.
Dalam harga 71 ribu.
Kat Putra Perdana.

Ingat lagi , hari tu hari sabtu.
Jualan di adakan kat hotel yang dekat SJMC tu.
(lupa dah nama hotel).

Bila sain jer aggrement , terus rasa macam ada benda hempap bahu pB.

Pinjaman buat dengan tempat kerja pB.
4% jer dividen.
Selesai uruasan pinjaman, pasaran hartanah jatuh merundum.
Apartment lain kat taman tu , lagi murah .
Kira rugi lar nie ....
Nasib baik ler tak terbengkalai.

Selepas tiga tahun , gaji pB kena potong gitu jer , barulah ada orang nak sewa.
Biasalah kawasan baru , tempat jin bertendang lak tu.

Potong rumah rm398.
Bagi orang sewa rm 350.
Mentenance rm40 sebulan.

Tutup mata jer masa tu , asalkan ada orang dok.

Dua tahun lepas, yang sewa umah tu , beli umah lain.
So , dia kata nak pindah.

Adik dia sanggup duduk , asalkan pB kurangkan lagi sewa umah.
Tu diaaaa ...
Last last

Potong pinjaman rm398
Sewa umah rm300.
Mentenance rm 42 sebulan ....

Kuang kuang kuang .......
Rugi rm140 sebulan.......

Yang pB harap , bila pB habis bayar , area tu maju.
Seperti yang diwar warkan masa mula mula nak beli umah.


Umah kedua pulak , pun umah sarang burung.
Flat kos rendah.
Kat Seksyen 7 , Shah Alam.

Actually , kalau kira , ni umah Tok Ma.
Tapi masa nak beli, Tok Ma tak leh buat loan.
So guna nama pB.
Buat ler loan BSN.

Masa beli , memang dah ada orang duduk pun kat umah tu.
Tapi , dia minta jangan ler naikkan sewa umah.

Last last ...

Bayar loan rm410
Sewa umah rm460
Mantenance rm30 sebulan.

Tok Ma untung rm20 sebulan ....

Alahai ......

Saper yang untung , saper yang rugi...

Susah tul , kalau jadi tuan rumah yang pemurah nie .......

Nak tanya member member ler

patut ker Tok Ma naikkan lagi sewa umah tu.
Seksyen 7 , memang area maju , tau.
Banyak kedai makan.
Sekolah pun dekat.

Depan Uitm pulak tu ....
Umah tu pulak , tingkat satu.
Bukannya kena panjat tinggi tinggi .....

Sila silalah nyer bagi pendapat dan komen.

Maka habis ler cerita ttg umah sewa nie...

Keluar bank , terus beli nasik.
Hmm..
nampak gaya macam kena bawak bekal lain kali.

Nasi separuh, lauk ayam , sayur dan sambal belacan
dah kena RM4.80




1 comment:

Irfa said...

banyak teh umoh dio.hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...