Salam Jumaat semua ....
(kalau jumaat lepas , time ni , pB ada kat Sarawak).
Cepat sungguh le masa ni berlari...
Apasai lar rasa macam tak sempat nak kejar je masa ni .......
Ingat tak dulu pB pernah cerita tentang Show Gusti Gusti kat pejabat pB nie.
Lepas kejadian hari tu , kita cuti Thaipusam.
Since that day , salah sorang yang bergaduh tu , tak masuk kerja.
Dia tak kerja bukan sbb dia nak VSS
Tapi dia tak kerja sebab dua dua anak dia masuk hospital.
Mula mula si kakak ...
Cirit birit , muntah muntah.
Lepas kakak kena si adik pulak.
Dari hospital swasta , dia pindahkan ke Hospital Gomen.
(yelah , kita ni bukan nyer golongan executif , so , tittle dok wad kelas dua jer).
hu hu hu sadis nyer sebab syarikat pilih kasih .....
(weh..kita orang non exec ni kerja lagi teruk dari exec tau.... !!!)
Berbalik pada cerita anak dia yang sakit tu ....
Sikakak ok , maka keluarlar dari HTAR.
Tapi adik , demam tak kebah kebah.
So, para doktor suspect demam DENGGI.
Ambik darah , buat ujian itu ini.
Keputusan yang diperolehi amat MENGEJUTKAN.
Sel darah putih melebihi sel darah merah.
Ini kira cancer darah atau lebih dikenali sebagai LEUKIMIA.
Masyaallah ...
Masa pB dengar berita tu , sungguh terkejut.
Sungguh sungguh tak terduga langsung.
3 minggu lepas je baru pB berjumpa dengan anak anak member pB tu.
Sungguh aktif
Berlari ke sana , ke sini.
Bercakap pun macam berteh goreng.
Semalam keputusan darah datang lagi.
Bilangan sel darah putih nya terus meningkat lagi.
Dan berita terkini , anak lelaki nya itu telah dimasukkan ke ICU.
Bagi tujuan observation dan langkah berjaga jaga ......
Dan hari ahad ini akan dipindahkan dari HTAR ke Hospital Universiti.
Sepupu pB yang berusia 9 tahun pun baru baru ni didiagnosis mengidap penyakit yang sama.
Telah pun menjalani kimoterapi.
Baru baru ni , pB sempat melawat dia di rumahnya.
Kesian pB lihat.
Rambut pun dah kurang , tinggal beberapa helai je .
Muka kelihatan bulat sembab (bersinar).
Antara tanda tanda penyakit ini ialah
bila demam , sendi sendi akan sakit.
Dan juga ada lump @ bengkak pada leher.
Bila perkara perkara ini berlaku dikeliling pB , ianya telah membuka mata pB.
Setiap orang tidak akan dapat menduga apa yang akan berlaku kepada
ahli keluarga masing masing.
Satu hari , sihat , the next day sakit.
Dugaan yang Allah beri itu , tidak semestinya kena pada diri kita.
Ianya lagi perit bila kita diuji menerusi anak anak kecil kesayangan kita.
Pagi ini , pB ambil keputusan untuk bawa kesemua anak anak pB
untuk menjalani pemeriksaan darah untuk 'blood count'.
Terpaksa ambil langkah berjaga jaga ...
Must b aware .....
Kepada aBear pun pB dah pesan ,
check semula insurance yang dia ambil tu.
Ada cover tak untuk medical expensense.
Kalau tak cover , pB dan aBear have to do sumting about it.
Apa komen sahabat semua ?????
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
01 February, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
24 comments:
Penyakit datang sebagai ujian dari yang Maha Esa, sebagai hamba kita hendaklah sentiasa redha dan bersabar di samping berusaha untuk mengubatinya.
Tetapi ramai antara kita lupa bahawa badan yang sihat juga merupakan ujian dari Nya! Kesihatan diberi, tapi apakah semua perintah Nya dituruti? (Peringatan ini khusus untuk saya sahaja dan mereka yang ingin berkongsi pendapat)
ABE McB
Rasanya sihat itu lagi mendugakan ...
Sememangnya sihat itu adalah satu ujian .....
Berapa kerat manusia yang sihat TAHU untuk bersyukur ...
Tks kerana ingat mengingati ...
Mmg memeritkan nak terima dugaan tu bila ank2 yg sihat aktif tetiba dpt sakit tu kan..Abe k.nik dah start amik insuran/takaful yg ada medical expense/byrn wad2 ni. Kita mmg kena bersedia dr awl. Start menabung/masuk ASB/masuk unit trust untuk sbrg kemungkinan kan. Doa2 agar kita & keluarga tersayang sihat sokmo. Amiin
eh, sowy tetibo nok jadi kak pulok..muahaha
Medical insurance sekarang ni is a must. Saya pun berkira-kira nak ambil satu famili (mak abah, adik beradik saya)... Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti....
NIK HA
Betul tu ...
Duit gaji keno beringat.
Jangae dock juli katok ...
Tidok untuk kito pung, untuk anok anok ....
AZHAR
Walau pun BURN , kalau tak guna , namun MESTI ada ....
psst Nik Ha ...
Kak pB raso mudo pulok haghi nie..
hi hi hi
oyak ko saing.. kalu ikut petuo tok-tok guru.. amal make delimo lah... sunnah nabi jugok tuh...
PO'CHIK
Insyaallah , pB akae oyak kor dio nanti ..
Gunalah sabun pencuci FAB. Cucian lebih putih dan harum
Kome diatas juga tiada berkenan dengan posting kali ini.
Sekian
salam,
takutnya ummi bila dengar semua ni. tulah kdg2 kita fikir macam buang duit je bayar medical card tiap2 bulan tapi tak sakit. tapi sekali Allah bagi ujian kat kita, baru kita tahu betapa bersyukurnya ada insurans ni.
abah selalu ambil langkah berjaga2 dengan belikan insurans untuk kami sekeluarga. tempat keje plak, mana le ada bayar medical expenses ni. setakat boleh claim RM30 sebulan je. kalau nak tunggu waiting list kat gov hospital tu entah bila le gilirannya.
takut ummi dengar cite2 macam2 ni. besar sungguh dugaan yang Allah berikan kat kawan PB tu. semoga dia tabah menghadapinya.
pasal entry kat bawah tu, kecik hati kalau ummi dapat kawan macam tu. yelah kdg2 kita tak tahu untung nasib kita. walaupun dulu kat sekolah tergolong dalam golongan pandai tak semestinya kita akan dapat apa yang kita impikan. semuanya bergantung kepada Allah. Allah yang berikan kita rezeki :)
Zaman sekarang ni insuran perubatan tu dah kira macam wajib dah ambik, maklumlah kos perubatan pun dah meningkat, tahap kesihatan pun dah kurang sebab banyak toksik di sekeliling kita... baguih la apa yg PB buat tu, bersedia sebelum hujan... parent macam mana? ada ambik medical insuran untuk dia orang tak?
Pasal cerita PB dalam entry sebelum ni, kebetulan pulak saya baru terfikir pasal hal ini semalam... bukan apa, masa saya SRP dulu saya best student untuk state tapi bila SPM - result kira dah cantik dah (pada zaman tu la) tp sy tak mo pegi oversea dan tak ambik kursus yg dahsyat2 (macam engineering ke, medical ke), sy x tau nak pilih kursus sebenarnya dan end-up kerja kat tmpt sekrg ni lah, tapi kawan2 lama dulu, yg masa SRP tak score pun, dia org tu dah pergi belajar kat oversea, dah berpangkat besar... agaknya org pun akan kata kat saya macam kwn PB kata kat kwn yg lg satu tu ke? Pd sy ni rezeki, dah kira ok lah tu, gaji ok, kerja pun tak stress macam kerja kat kilang multinational, balik kerja pun boleh balik pukul 6, tak payah balik malam2 macam wanita korporat tuh!
Eh, panjanglah pulak...
Kak PB,
memang elok tengok balik insurance/takaful yang kita ambik. Tengok coverage apa yang termauk dalam tu.take care kak..
Oh itu saya kat atas tu kak.
~arena
pasal insuran ni..bila nak claim banyaklah cekadaknya...
sedih.. seriau.. pilu.. bila terdengar citer2 budak budak cenggini. moga dijauhkan penyakit bg anak anak kta.. amin..
PB
SElalunya kita ni bila dah kena baru nak beringat. (ni ditujukan pada diri sendiri). Itulah manusia..
Eloklah PB check semula polisi insurang dan sebagainya.. Ingat 5 sebelum 5..
rasanya makanan kita sekarang ler yg jadi punca macam2 penyakit, kot? makin moden, makin kenal kuman, makin kenal byk benda, makin byk penyakit datang... bersedialah kita, ek
betui tu, cari insuran yg betul2 cover pasai medical. Kena pulak cari ejen yg kita betul2 kenal. SEnang nak berurusan.
2 org dlm family kv mengidap kanser. Mak kanser usus dan kakak kv kanser pangkal rahim. Now, dua2 dlm wad. Kami pun dah taktau nak pikir dah, Just berserah pd DIA yg maha pengasih lagi penyayang.
huhuhu.. risau gak kan kalau la tetiba diuji ngan penyakit berat camtu..
salam,
moga anak itu kuat melawan penyakitnya. moga dia cepat sembuh
kesian dia... semoga dapat tabah... kena berhati2 ni kak...
SASTRI
Budak lagi kesian , kan.
KAK LONG
Salam
Moga anak dan keluarganya kuat menghadapi dugaan nie
ACHIK
Lagi haru , sebab tetiba jer dpt tahu sakit macam nie
KV
Kak pB doa doa agar KV kuat semangat ...
MAK SU
LAgi kita rasa kita pandai , lagi kuat dugaan yang ALLAH turunkan ...
ZAREDA
Sama samalah kita ingat mengingati
MR
Kalau ALLAH nak uji , macam macam ujian DIA boleh berikan ...
Post a Comment