19 February, 2008

SELASA





Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50
tahun.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka,
susah dan senang.

Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.


"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui,
susah senang kita tempuh, abang amat menyayangi Maria,
tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni
dan abang selalu bertanya-tanya.

Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni,
pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu,
lalu berkata dengan penuh kekesalan,

"Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang,
tapi hanya 3 kali sahaja selama ni "


"3 kali?!!!"

Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah,
dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya ,

"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"


Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama,

"Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin,
terus beli rumah dan selang beberapa tahun,
kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir
nak dirampas oleh bank ?"


"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita,

"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai
bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita,
malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."


"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini,
tapi abang maafkan Maria kerana apa yg Maria

buat tu untuk masa depan kita jugak, "
kata si suami

" Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab
ketumbuhan dalam otak?"
si isteri menyambung cerita.

" Ya, abang ingat" jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor
pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa
bayaran apa-apa pun.."


"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan,
tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu
untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..

"Yang kali ke 3 macam mana pulak?"
kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab
penuh lemah,

"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi
bahagian dan abang perlukan 67 undi lagi...."


Tan Sri pengsan kat situ jugak....




KAH KAH KAH .....


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sesiapa yang perlu pekerjaan , sila baca n3 dibawah ,
dan buat lah apa yang patut.

pB cuma tolong war warkan ...


PEGAWAI KEWANGAN.

Jika anda / rakan anda / saudara mara anda
berminat sila hantar CV kepada saya.
Azmi bin Arshad

FAX: 03-7880 2018 atau email :
azmi33_sm@yahoo.com

Mempunyai - Minima Diploma Perakaunan
Atau setaraf - yang diitiraf.
Boleh menggunakan sistem UBS.

p/s: 1. Hanya calun yang disenarai pendek sahaja
yang akan dihubungi.

20 comments:

maklang said...

parah dah tu puan sri tu...mengempen ke ni??

Mak Su said...

itulah namanya pengorbanan untuk yang tersayang ya... hmmmm, agak mencabar, tapi ...tak kesahlah ek

mama ranggie said...

kekekeke...67 org lg?

bior benau???

-fAiZiQ- said...

iisskkkk.... x sanggup sy nk gadai isteri semata-mata nk merebut 67 kerusi....

67 kerusi = 67 orang...

Mmg parah ler Puan Sri tuh....

happyirfa said...

salam..
lawak2 tp kalu betul..ada ke laki yg maafkan bini macam tu?

yg ke2..sy spm jer...mana layak..gurau jer

achik said...

hahahahampeh.. berkorban x kena gaya.. ;p

Alex Lacey said...

kah kah kah....kesian Tan Sri...tok balik ngundi ko nanti?

Pnut said...

ehehehheeh part last tu mmg lawak..mueheheheh sesuai lawak ni musim pilihanraya...ehehehee gelak tak abeh lagik..

Zareda said...

lawak lawak juga.. heheh kena amik iktibar jugak tu..tambah musim musim PUR ni

pB said...

MAK LANG
Kempen dalam diam

-----------------
MAK SU
Just wondering , ada ker isteri yang macam nie??

pB said...

M.RANGGIE
Sib baik 67 kerusi.
Kalau dibuat 101 kerusi ...

----------------
FAIZIQ
May be Puan Sri tu vogue macam Datin Rosmah atau Datin Jane ..

saper nak tolak , kalau Vogue macam tu

-----------------
IRFA
Sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan pula suami ..

he he he

pB said...

ACHIK
Jom kita pakat nyanyi lagu 'BERKORBAN APA SAJA'

----------------
KAK WEAR
Email ni bos pB hock forward
Email lamo

pB ngundi di Puchong lar Kak Wear.
Nyesal la pulok tock tukar alamat ...

----------------
PnUT
Risau gak , buat nyer ada Tan Sri yang baca blog ni, mati pB

Nanti tak pasal pasal kena ISA

----------------
ZAREDA
Nak menang , macam macam trick yang boleh menjelma

NBK466 said...

Mmg terharu org p'puan nie sanggup berkorban apo yo..he.he.he.. Den tak layak ler nak apply jawatan tuh sbb den tak berapa PENDEK utk disenarai PENDEK..he.he.he..

pB said...

NBK
Apa citer SIngapura??

Tak payah tengok jauh jauh ..
Balik pandang isteri NBK dan mengertilah segala pengorbanan yg dia telah lakukan ..

He he he

MULAN said...

fuyyooo.. isteri mithali habis tu.. berkorban jiwa raga bakul..

pB said...

MULAM
Berkorban biarlah pada pada ..

abanglong said...

hahaha lawak ler :)

Azhar Ahmad said...

Pelik, camner dia tahu, tak cukup 67 undi... pastu bleh plak pi cari 67 orang untuk undi. Ehhh, bukanke kalau dah tahu keputusan takleh undi dah?

umi ameer said...

lawak, kan?

tapi la, kalu saya dapat tau orang tu curang, parahlah...
saya payah nak terima dah!

pB said...

ABGLONG
Cerita ni rekaan semata mata.
Tapi parah kalu betul betul terjadi

-----------------------
AZHAR

Pagi tadik , pun , pB dok terfikir pasal nie...

-----------------------
UMI AMEER
Payah kan , kalau dah terluka nie..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...