24 March, 2008

314


Salam semua ..
Lewat bersiaran kerana sibuk.
Sibuk menjawab talifon.
Sibuk naik angin dengan staff pun nya jugak.

Kalau entry Isnin , mesti ada cerita hari Sabtu dan Ahad.
Yelah , blog ni kan macam dairy.

Sabtu tu , tiga tiga anak sekolah.
Ganti untuk jumaat yang cuti sebab nak pilihanraya.

Selesai sekolah jam 12 tengah hari , kakak dan kak ngah
dah kena bersiap sebab nak ke kelas tambahan pula.

Ingat tak dulu , pB pernah kata pB dalam dilema.
Dilema ttg kelas tambahan dan kelas ngaji quran tu.

Alhamdulillah Ustaz handsome tu sanggup dtg umah , ngajar secara peribadi
pada dua anak dara dan juga tokma.
Ingatkan bila they all dua tu dah masuk kelas tambahan kat sekolah ,
boleh ler pB berhentikan kelas tambahan kat USJ 9 tu.
Tapi , tok ma tak berapa setuju .
Alasannya sebab nota dari situ , bagus.

Ingatkan boleh ler pB jimat tiga empat ratus, tapi
akhirnya bertambah lagi dua ratus.
Hmmm ...
Harap harap anak anak pB ni tahu dan faham apa yang pB lakukan pada mereka ni.
Berkorban masa.
Berkorban wang ringgit.
Semoga mereka berdua tu sedar dan belajar dengan berjaya.



Nurin sakan nak berlipstik ...




Lepas hantar budak budak tu kelas tambahan , sempat merendek kat Subang Parade.
Melilau lilau menghabiskan masa , yang sebenarnya.
Dalam dok tak tahu nak beli apa, sempat gak belikan si Nurin tu sehelai gaun.
Seminggu dua ni , Nurin nak ber"GAUN'.
Dulu tak nak, sekarang dah pandai nak melawa.

Terjumpa BIG APPLE.
Apa lagi , beratur ler sebab teringin nak rasa DONUT yang tersohor ni.
Memang sedap dan kureng manis.
Tapi , yang DUREN DUREN tu tak umpphhh....





Tengok ler kereta student kat kelas tambahan USJ 9 tu.
Jauh beza dengan keter merah pB tu ...
Hu hu hu
Hari ahad tu pun melilau lagi lepas hantar budak dua tu .
Mula mula ke Alam Sentral.
Carik di Minnie , kot kot dia ada kat situ.
Tapi , katanya dia kat umah.
Pusing punya pusing , habis satu Alam Central.
Keluar Alam Central , ke pejabat pB pulak.
Ada sedikit wiring yang pB minta tolong aBear buatkan.
Nak harap budak budak kat pejabat ni , hampeh.
Keluar pejabat , terus ke Sungai Buluh.
Saja nak habiskan masa , menunggu budak dua tu habis kelas kul 4 petang.
Masuk kedai bunga.
Masuk kedai ikan.
Masuk kedai langskap.
Last last aBear dok terpikat kat kolam ...
Memang dia dah ada niat nak boh kolam kat depan umah tu.

Dua tahun lepas , dia ada buat sendiri,
tapi lama lama bocor ...
Dirombak nyer kolam tu.
Sekarang , dah habis belajar , dia dah tak tahu nak buat apa hari minggu.
Saja nak cari projek lar tu ...






Tak beli pun , ushar ushar jer baru.
Sambil carik idea nak reka sendiri.
BP , ada buat projek kolam ikan ker??
Buleh bagi diskaun tak???
So , selesai ler dua hari cuti hujung minggu.
Pagi ni aBear ke Penang .
Rabu baru balik.
Kena tinggal lagi ...

16 comments:

Neeza Shahril said...

Full sungguh schedule kak pb dih. Kalu neeza nok crito activity weekend.. ghamokyo.. penuh dengae, bangun tido, surf internet pah tu makae.. pah tu tido hehehehe..

jadi ko nok wak kolae ikae tu? kalu jadi, nati post la gambar2 deh.. neeza suko kelih ikae hok dalae kolae laa.. hok dok ppasa tu, tok kkenae.. hehehee..

WRA said...

haaaa....beli ikae hok ore cino berehi pero tuh...buleh ong tuh hehehhee....tahyul, tahyul...

pB said...

KAK WEAR
Hari tu , dio pe'ro doh.
Kelik koto bharu , tigo pak hari.
Kelik smula Puchong, mapuh kerah doh ikae tu.
Sayae sebab ikae tu besar tapok kaki zaiz lapae doh ..

hu hu hu

NEEZA
Do not be khuatirrr .
Kalu jadi , mesti kak pB tulih FULL REPORT...

keh keh keh

13may said...

314 tu hape???

bilangan entri ker???

byknyaaaaa.....

pB said...

13may
Betul tu ...
Setakat ni blog pulutbakar2 dah ada 314 entry.
Itu tak termasuk pulutbakar1 dan juga pulutbakar.blogdrive.

Zareda Norman said...

ambui bizinya wiken.. zar kalau wiken lagi suak memerap kat rumah.. masa niler nak kemas rumah, basuh baju, kemas pokok bunga, kemas dapur.. macam macam hal

pjoe said...

kenapa nak tunggu nombor 314?
significantnya?
hehe

amboi nuyin
tok bukok butir mato sapa amik gmbar
hehe

aNIe said...

PB...beruntungnya ada ustaz datang ngajar ngaji kat umah...kat sini akak ngan hubby sibuk nak cari org dtg ngajar kat rumah...belum dapat2 lagi...

Anak akak si Farhan belum start ke kelas tution...tgh sibuk nak cari ni...dulu adalah...tapi buat tusyen hari sabtu ahad...susah kitorang nak kemana2...so sekarang nak cari yang buat hari2 bekerja aje...

Nanti kalau kolam PB dah siap tunjuklah kat blog...akak suka kalau ada kolam2 ni...cantik...ada pulak ikan...seronok melayannya...

izinni said...

amboi jauhnya hantar anak2 gi tuisyen. dekat2 rumah pb di puchong perdana tu takde yang bagus ke? sampai ke usj 9 lagi... dekat dengan taipan dah tu kan. tempat sesak tu. kalau saya .. saya fikir banyak kali jugak. hehhehe

saya pun suka legar2 kat subang parade. tenang je .. tak ramai sangat orang macam shopping complex lain. pastu kalau anak2 berlari pun buleh nampak dari jauh sebab subang parade tu lurus je .. pastu luas plak tempat berjalan dia kan.

lagipun SP tu memang tempat bertandang dari zaman sebelum kawin lagi .. dari zaman sekolah. jumpa suami pun kat situ. hehehe ... memang tak boleh nak lari dah dari gi situ.

Mulan said...

musim gaun kot pb.. marsha ni pon sibuk pulak nak ber-gaun. nasib sale kat kl masa cuti, dapat cekup 2 helai skirt. gaun smocking dapat le import dari vietnam... nasib tak mintak emas. kot gaun tu, mampu la sikit..

zino said...

nak buat lanskap depan rumah ke.. hehe

suriani said...

pb memang seorang ibu yg bagus, sedia berkhidmat jiwa raga untuk anak2 & kuarga, kan?

saya rasa hampir semua kaum ibu rela buat apa saja untuk melihat anak2 berjaya, kan?

semoga semua berjalan lancar!

Qaseh Bidadari said...

semoga anak2 pb faham apo yg ummi mereka korbankan tuk mereka...

pB said...

MAMA RANGGIE
Itu ler .
Harapnyer , gitu ler

UMI
Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka , kan.

pB said...

BRO Z
Itu yang aBear dok fikir tu sekarang ni.
Tapi tanah sekangkang kera jer.
Nak part keter lagi , nak park motor lagi , nak park basikal lagi.

Sazzzz...

MULAN
Kalau mintak emas , pengsan pB.
Zhulian ada , beli yg tu jer lah gamaknyer

IZZINI
Yang kat Puchong Perdana tu , ada tapi pB tak berapa 'setuju' dgn cara kat situ.

Kebetulan ada member yang rekemen kat USJ tu , tu yang hantar. Harap harap ada perubahan.

Subang Parade tu ok jugak. Lapang . Parking pun elok.

KAK LADY
Alhamdulillah kak.
Ustaz tu lapangkan jugak masa dia walaupun dia sibuk.
Muda lagi orang nyer.

Kolam ...
Insyaallah , bila dah jadi realiti , pB postkan dalam blog ni.
Buat masa ni , kolam tu dok dlm alam angan angan lagi

pB said...

JOE
Maso ambik tu , angin dio tok brapo comel . Tu hok tutup mato tu.

Sebab tak ada idea nok boh tajuk , sebab tu guno angker tu.


ZAREDA
Kdg kdg lepak umah jugak.
Hantar , terus balik umah , tidur.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...