25 March, 2008

315

Semalam balik kerja sampai umah jam 615 petang.
Perjalanan tak berapa nak smooth.
Mungkin sebab hujan.
Padahal tak ler lebat mana pun.

Sesampai kat umah , tengok tengok Nurin dok terjelepuk depan tibi.
Tok Ma bilang , tidur sejak balik dari sekolah lagi.

Naik bilik , tengok tengok laci katil dah terkopak.
Jatuh ke bawah dah .
Alahai , saper punya kerja lar nie.
Bila di tanya , semua tak mengaku .
Susah tul , kalau ramai .

Masuk bilik air , air slow jer.
Mungkin Tok Ma bukak air kat bawah , so air kat atas slow.

Nurin datang mengadu , sakit kepala.
Berdenyut denyut pB lihat .
Dah mula tunjuk muka sedih .
Jamah dahi , panas.
Demam ...

Kena paksa makan ubat demam , baru nak makan.
Itu pun banyak songgeh nyer.
Nak air banyak.
Tak nak guna syringe dan sudu.
Nak guna cup untuk medicine.
Ikut jer lah ....

Turun bawah , paip kat dapur langsung tak ada air.
Ceh ....
Syabas tengah buat kerja ker?

Kakak mengadu esok kena jalan kaki kesekolah.
Sebab basikal rosak.
Rantai tercabut.

Godek jugak ler.
Sebab kesian kat dia.
Siap cari screw driver bagai .
Sib baik pB ni ada tokoh repair basikal.
Berjaya la jugak membega rantai basikal tu.
Selamat satu perkara.

Tok Ma tak g masjid .
Arifah tak pergi ngaji sebab Tok Ma tak g masjid.
Tok Ma tak berapa sihat jugak.
Makan macam macam pada hari ahad tu.
Last last , sakit cerry berry.

Cari bil air .
Tak jumpa jumpa.
Last last call aBear.
Rupa rupanya dia simpan dalam kotak bertingkat dalam bilik kerja.
Call Syabas.
Ada paip pecah , so seluruh area Puchong tak ada air.
Estimate pukul 10 malam , baru ok.

Hmmm ...
Bila aBear tak ada ni , macam macam berlaku.

Nurin tak sihat.
Tok Ma tak sihat.
Basikal rosak.
Bekalan air putus.
Water heater tak function.

Dan kesimpulan yang paling TERsimpul ialah

pB memang tak tahu kat mana aBear simpan semua bil bil yang berkaitan dengan rumah tu.
Rasanya semua benda yang aBear simpan , pB tak tahu kat mana.
Bil , surat penting , salinan insurance , resit-resit .
Nasib baik , pB tahu kat mana surat beranak anak anak pB tu.

Semua perkara bergantung pada aBear.
Sampaikan borang EA pB pun , pB suruh aBear simpan.
Bukan apa , pB ni jenis suka letak benda tu ikut suka hati jer.
Pas tu , bila nak guna, mulaler mencari bagai nak rak.

(hi hi .. tu aBear selalu bebel kan pB).

22 comments:

Anonymous said...

samalah kita, hubby cm simpan segala bil/dokumen..dia bayar dia handle... selamat telinga ha ha sbb dia takkan bising tanya mana dokumen2 tuh...

sibuk napok pB jadi superwoman...bekki besikal lagi

nurazzah8 said...

pb, dah dapat sms akak? tak balas pun? Harap dapat amalkan doa tu ....

Alex Lacey said...

terbalik nga k.we tuh...semo bil, resit, statements, ggapo2 dokumen lah k.we hok sipae....jadi kalu ggapo2 k.we la hok keno carinyo....

tu la...bukae jago budok jah, kertah pung keno jago jugok....huhuhu

pB said...

KAK WEAR
Memae terbalik sungguh la pB dengae Kak Wear.
Kiro Kak Wear ni superIBU dan superIsteri.

pB , lasung lar tok ambik hal.
Semuo pB seroh kor aBear.

pB said...

KAK AZZAH
pB dah dpt sms tu.
Tapi betul ker jam 320 pagi...
Hu hu hu ...
Takut sms tu lambat sampai , so pB tak balas...

Akak , esok nak date ker??

pB said...

CHE MA
Kito duo ni tipikal isteri tul.
Kalu lar jadik gapo gapo , rasonyor mati kutu 6 bulae dulu baru buleh betul jalae ..

Nra'ta basikal jag hok cabut.
Tok payoh mano pun.

OndeOnde said...

siae ko nurin demae, hok dumoh ni baru nok molek hidung berair.

bil2 utilities + astro kecuali talipon dan streamyx kak OO settle so hok tu memae kak OO sipae.

document penting, sama2 dah tahu kat mana tempatnya.

payslip dan EA tu masing-masing lah ada record sedighi. Kalu kak OO ada satu bag tu tempat "sumbat" benda2 camni, sekalo 2-3 bulan sekali baru nok organize balik...tok tentu maso..sepatutnya memae ado files tapi pening doh nok letok mmano..


p/s: bendo keno godek-godek kak OO memae surrender! hok tu 100% keno pass ko che abe.

McBudu said...

PB patut bersyukur sebab suami PB tu simpankan resit, bil dll sahaja, ada suami orang lain simpan perempuan... lagi haru kan..!

Zareda said...

terbalik plak.. zar plak yang setelkan semua bil bil, cukai pintu, tanah, semua resit zar simpan. hubby bagi duit jer.. hehhehe

sebab tu zar ni kalau hubby outstation sebulan pun still menten lagik.. tinggal kereta (dan duit), hiduplah kami dua beranak, tapi hubby kalau zar outstation, sehari jer, dah kelam kabut rumah..

NBK466 said...

Suami isteri kan saling lengkap melengkapi...tiada salah satu pasti akan terasa KEPINCANGANNYA..

weAr said...

kagum..smer kerja kak pb buat.. :D

Helena said...

bestla abear buat semua utk pb. Bil2 semua helena pegang. Bila hubby mintak, jenuh nak mencari... hehe

Mak Su said...

nampak gayanyer lepas ni pb kena ler skodeng2 kat ner abear simpan surat2 penting tu ek... and, sabar ya pb, semua tu dugaan utk you sajork, maintain jelita ya.

ibuVouge said...

salam
mujur nurin nak makan ubat walau kena paksa

Neeza Shahril said...

Baru ni maso abae neeza gi Saudi, neeza tok leh gi lagi sebak keno tunggu 3 bulae, neeza duduk la anok beranok. Macae macae benda jadi.. kereta accident, oghae langgar (mujur tok teruk - tapi dok workshop jugok la). Nok mujur lagi, ado 2nd car, okay la.. walaupun hok tu minyok paghok sikit.. tok lamo pah tu, 2nd car pulok bateri kong - bateri kering takdok indicator kalu nok kong.. (mujur ado saing tulung). Lepah pado tu, bibik pulok wak hal.. sapa 4 kali tukar.. aduhh.. sedih sungguh..

bab bill tu, memae abae neeza hok uruskae slalunyo.. maso dio nok gi saudi, puah la dok explain ko neeza so so bill hok nok keno bayar.. tapi since neeza guno maybank2u.. mudoh la sikit...

happyirfa said...

salam kakpb..
irfa pulak terbalik,semua dokumen2 bil2 semua irfa yg simpan.
sampaikan payslip sendiri pun cik abe tak pernah buka.dia tahu tgk gaji kat bank jer tp payslip x nak ambik tahu..

kita hidup sbg suami isteri utk saling melengkapi..betul ke ayat tu?

Azhar Ahmad said...

Oh begitu ceritanya....

pB said...

AZHAR
Gitu ler ...

IRFA
Payslip aBear dari bulae mulo mulo dio krijo sapa ko hari ni , ado.
Hok kak pB tock tahu dok mano doh ...

Hu hu hu

NEEZA
Hi hi hi
Kak pB pung keno doh skali.
Dio g Serawok , kak pB g tepuh kreto orghe. Kreto Honda Stream pulok tu ...
Jerik lana ...

Keno buat tu n3 pasa orghe gaji tu ...

wan said...

banyaknya benda jadi serentak!

rumah ni, kita yg banyak simpan surat² semua. senang nak cari kalau apa² hal. kita nye abang pun jenis rajin outstesen gak kan. :)

arsaili said...

serba boleh nih

KV said...

kv ngan hubby siap beli fail nak simpan segala mak nenek tu. Tp kan, ada jgk yg tercicir tk masuk fail. Kecoh mencari nya eh.

DBI said...

nasiblah cek abear bukang dahan yang rapuh.... :-P

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...