11 March, 2008

DILEMA



Salam ...

Lapar weh ...
Pagi tadik , konon konon nak merajuk dengan aBear.
Maka , makan sikit , ciput jer.
Ciput apa ke benda ...
Roti canai kosong kongsi dengan aBear.
Kuih seri muka , habis sebijik.
Dan sempat lagi 'pow' nasi goreng yang aBear dok makan.
Merajuk kononnnnn .....

Cerita ngundi ngundi dah habis.
Pagi ni pulak , citer ttg kematian Dato' Zakaria.
Ala dato' yang kontraversi ttg bangalow , istana kat Pel.Klang tu.
Al Fatihah ......

Sekarang ni , pB dalam dilema.

Dilema tentang anak anak dara yang nak ambik periksa hujung tahun ni.

Lar ni , pB dok hantar budak 2 orang tu ke kelas tambahan 'swasta' di USJ 9.
Kelas tu , cuma hari sabtu dan ahad.
Yuran boleh tahan.
Kalau bayar sewa umah , memang lepas ler sebulan punya sewa.

Sebab pB masukkan budak budak tu kat situ , sebab dapat good review dari sorang member pB ni.
Tahun lepas , dia hantar anak laki laki dia kat situ.
Alhamdulillah , dalam budak tu tak belajar , dapat jugak ler 4A's.

Sebab lain ialah sebab pB tak nak ler anak anak pompuan pB ni tak mengaji Quran.
Kan , sekarang ni budak budak tu dok ngaji kat masjid pada waktu malam.
Setiap malam , kecuali malam Jumaat , malam Sabtu dan Ahad.

Kat sekolah they all , ada jugak di adakan kelas tambahan.
Kelas ini dibuka untuk semua pelajar.
Sedikit bayaran di kenakan.
Kalau tak silap , rm40 sebulan.

Tapi , kalau pB hantar budak budak tu ke kelas tambahan kat sekolah , pada waktu malam , maka , kelas mengaji for sure kena MISS.
Sayang tul.
Lagipun anak anak pB dah mengaji Quran Besar.

Keputusan peperiksaan baru baru ni , tak berapa memuaskan.
Aqilah dapat 78% kertas BI.
Cikgu BI dok suruh Aqilah pujuk pB hantar Aqilah ke kelas tambahan kat sekolah.

Tadi , pB dah call Ustaz yang ngajar ngaji.
Memang Ustaz tu ada buat kelas untuk budak budak yang tak dapat ke masjid waktu malam.
Ustaz ni akan kerumah budak budak tu selepas waktu asar.
So , pB minta ler jasa baik Ustaz tu ngajar anak anak pB tu.
Tetapi , hingga waktu ini , Ustaz tu tak dapat beri keputusan samaada dia dapat atau tidak.

Oklah , katakan Uztaz tu dapat mengajar anak pB ngaji quran lepas asar.
Makanya pB dapat ler hantar anak anak pB ke kelas tambahan di sekolah pada waktu malam.

Yang muskil nyer, patut ker pB hantar lagi anak anak tu ke kelas tambahan kat USJ 9 tu ?????

Nampak macam ok , kelas tu.
Siap ada bengkel setiap petang ahad.
Ada crush course bila dekat dekat nak UPSR.

Tulun .....
Tulun .....

Saper boleh beri pendapat ......

19 comments:

Mak Su said...

dah meninggal dah dato tu ya... Innalillah.

tapi mak su tak pandai ler nak komen pasal kelas tu, mak su pun tgh blur ni

umeboshi said...

kena tanya anak2 dara k.pb tu le. diorg nak attend gak ke kelas kat usj tu? kalo ume, takyah p yg kat usj pun ok kot. tumpu pada kelas tambahan yg kat sekolah aje + usaha gigih anak2 utk ulangkaji + doa kita sebagai parents + doa diorg sendri + tawakkal. tapi, kalo anak2 nak p gak kelas yg kat usj tu...apa salahnye, kan?! anto je le.

Azhar Ahmad said...

Innalillah... Moga rohnya dirahmati Allah...

Hummm.....

Aduhhh, saya pun blur nih, camner nak susun jadual kak pB... Hummmm

indera kencana said...

Ada ke orang bila dia bangun pagi je, dia fikir
"Nak buat aper ek ari..?? Hmmm.. kalau ari ni merajuk ngan hubby bagus jugak ni.."
Merajuk boleh dirancang-rancang ke..?? Hahahahahahaha... jangan marah Kak pB. Gurau je. Kata Kak pB nak merajuk ngan Abang, tapi siap makan rotcai ngan pow nasi goreng abang lagi tu...

Tentang antar anak akak ke tuition tu, saya rasa saya bukanlah orang yang sesuai memberi pendapat. Semua dalam tangan Kak pB. Tapi kalau Akak tanya saya la kan (aiiicehceh.. sebenarnya memang nak kasi pendapat), ada fatwa orang tua-tua dulu mengatakan
"Air dalam bekas yang penuh jangan diisi lagi. Kelak akan tertumpah akhirnya..."

Maksudnya, jika segala aktiviti pembelajaran anak-anak Akak sudah terlalu penuh, jangan ditambah lagi. Kelak jadi perkara lain. Mungkin anak-anak akan bosan atau memberontak. Mereka juga harus punya masa untuk bersantai. Perjalanan mereka masih jauh. Biarkan anak-anak Akak menikmati zaman kanak-kanak mereka sekiranya tidak sepenuhnya, dapat sebahagian pun sudah memadai. Kasihan anak-anak Akak.

Tentang pencapaian UPSR, matlamat kecemerlangannya hanyalah untuk tujuan penempatan ke sekolah menengah yang berdaya saing. Namun kadang2 persekitarannya tidak membantu anak-anak untuk cemerlang di peringkat sekolah menengah. Akhirnya, anak tersebut tidak mampu bersaingan dengan rakan-rakannya.

Sebaliknya, bagi anak-anak yang bersekolah harian, namun persekitaran sekolah banyak membantu, saya kira anak-anak Akak tetap boleh berjaya. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah. Waktu di sekolah rendah, siap tuition segala bagai. Dapat 5A. Masuk sekolah bagus. Tapi persekitaran sekolah tidak membantu saya, maka saya akhirnya hanyut dalam arus sendiri. Kalau saya sekolah harian dulu, rasanya merasa pi obersi kot.. (siap puji diri sendiri tu..)

Jadi, kalau Akak tanya saya... saya tidak mengsyorkan Akak berhabis-habisan untuk menghantar ke pusat tuition yang mahal-mahal. Ada baiknya kalau Akak tanya anak Akak, ke sekolah mana yang mereka berminat. Ceritakan kelebihan dan keburukan jika mereka tinggal bersama Akak atau jika mereka ke sekolah berasrama penuh. Anak-anak Akak tu sebenarnya dah besar, Kak. Mereka sudah boleh memikirkan apa yang mereka ingin dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Jangan ketepikan pendapat mereka. Kelak mereka memberontak. Selebihnya berserah kepala Allah minta dibukakan pintu hati anak-anak Akak agar minat belajar. Mudah-mudahan berjaya hendaknya...

Selamat mencuba dan selamat beramal!!! <--- teka, ayat sapa ni??? (Dapat teka, menang 10 sen)

Anonymous said...

pasal kelas tu, kalu buleh dan sanggup bayar lagi, continue jah la....tapi ikut suko budok2 tu la...kalu demo ok, ok...kalu demo nok join hok skoloh pulok, ambik hok skoloh....
hehehehe....merajuk jangae tok merajuk hehehe

KAMATO said...

Elok jugak kalau ngaji petang, mlm boleh pegi kelas lain, tapi jangan paksa anak2 sangat sampai dia tak mampu, nanti lain pulak jadi

lelaki melayu said...

akak... tak ada gunanya kalau akak hantau anak akak kat kelas tuition yang mahal-mahal kalau anak akak tak ada kesungguhan dan tak berminat kat tempat tuh.

Kalau hantau tuition kat sekolah dan dia minat nak belajau. yang tuh lagi ok kalau akak hantau kat tuition yang yuran 10hengget sebulan.

Kebetolan plak anak laki kawan akak tuh berminat dan memang berbaloi ar bapak dia hantau kat situ.

tak ape lar.. buat ler keputusan yang terbaik tuk masa depan anak-anak.

salam ziarah dari saya. huhuhu...

oit indera kencana.. itu ayat prof dalam hot fm tuh. ahaks... larikk....

Anonymous said...

As I told you B4, jangan habiskan duit kalau sekadar untuk UPSR. Kelas tambahan di sekolah sudah mencukupi. Kalau kat area sini 78 % tu dah kira cemerlang. Tapi tak tau lah standard soalan di tempat adik PB. Bonus x.5 x Y = Z months..... he he tak kisah le kut.

Anak2 i yg sulong hantar kelas tambahan, begitu juga yang nombor dua coz we as a parent yg kaisu.
Tapi anak2 yg lain mereka dah sound awal2 tak perlu kelas tambahan, kelas tambahan di sekolah dah cukup. Alhamdulilah - nampaknya kata2 mereka betul.

W/bagimanapun kena tanya pendapat anak2 dik PB dulu.

Kalau PMR atau SPM tu lain cerita lah.Tapi tak perlu semua subjek, memadai dengan subjek2 yg mereka lemah sahaja.

P/s 1. Tapi kena ingat juga kat sekolah menengah dia orang buat streaming ikut results UPSR.
2. Sapa rajin kira ada berapa banyak TAPI dlm komen saya ini :)

-fAiZiQ- said...

hurmm.... berjimatlah kak pB.
anta kt skolah tuh lagi bagus... tp kene usaha lebih lah...

KakNi said...

Sebab PB dah minta pendapat, saya pun nak le jugak beri pandangan saya.

1. Buat apa nak hantar tuition sampai 2 tempat, memadailah dengan satu sahaja.

2. Yg kat usj tu tak bagus ke, nak tukar ke sekolah punya? kalau bagus, teruskan ajelah. cuma focus lebih sikit pada BI tu, may be PB boleh tolong anak. Kalau PB rasa tak berbaloi hantar yg USJ tu, hantarlah yang kat sekolah tu.

Pilihan di tangan PB sebenarnya.

Neeza Shahril said...

memang la kak pb, kita nak yang terbaik untuk anak.. tapi kalau mahal sangat, tak berbaloi kot. Kadang2 tak semua budak boleh terima tuition. Nanti, di buatnya anok kak pB tok perform, tok pasa keno maghoh sebutir sebak mok ayoh doh pegahbih pitih...

hok skoloh tu buleh doh ghasonyo... tera dulu la deh :)

Qaseh Bidadari said...

bg mama plak,baik di sekolah aje sbb cikgu2 kat skola tu tau yg mana nak masuk exam or tidak...sbb biasa cikgu2 dpt klu yg mana subjek yg akan masuk kan so lebih baik kan?

Anonymous said...

UPSR ke? Alaa... Biarlah dia menikmati kehidupan dia sekarang ni. Anak Mak Lijah, tak pergi tuition sebab Mak Lijah nak dia rasa menjadi kanak-kanak yang biasa dan tak pressured (biar Mak Lijah jer yang tensen). Alhamdulillah, dapatlah juga beberapa A. Tapi bila nak PMR, baru kena invest dalam tuition. Masa tu, pejam mata sajalah nak bayor yurannya...

KV said...

opss...kv pun blurrr sbb anak baru umur 5 tahun. Kekeke.
Ikut suka budak2 tu la kak, hok mano puak dia seleso. Janji belajar.;)

Mak Teh said...

UPSR tu penting kalau nak dapat masuk sekolah yang baik (top schools ) Al Quran tu penting sebab kalau dia tak pandai baca sekarang nanti susah nak pandai lagi kerana mereka tak akan berminat kalau tak beri pendedahan dari awal. Tuition kat sekolah tu dah elok. Kemudian belikan mereka banyak workbook yang dari penerbit yang bagus suruh mereka buat banyak latihan mestilah ibubapa pantau kerja-kerja latihan yang mereka buat itu.

Kalau nak masuk sekolah mak teh pun perlu 4A, 5A dan Al Quran perlu lancar bertajuid.

McBudu said...

Hantar ke Alam Anggerik di Seksyen 27, Shah Alam, kelas malam 8-10, kalau tak silap gari Isnin Rabu dan Jumaat. Bayaran RM100/bulan.

Result bebudak kat rumah tu ok la jugak bila tusyen kat situ.

zino said...

yg penting dia org nak belajar.. macam alang dulu hantar tusyen dia pi kalau budak lain nak belajar.. tak minat langsung..terus brentikan..

tapi bila dia kata nak tusyen zino terus hantar.. result pun ok..

Anonymous said...

pb
baik pb tanya sendiri kat anak anak pb tu.. kengkadang kita ni mak bapak overeksited sangat nak hantar anak pi kelas tambahan, yang penting anak anak nak belajar..

Mummy Rizq said...

PELAJARAN ITEW AMAT PENTING BUAT ANAK ANAK.. PILIHLAH YANG TERBAIK PB!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...