17 April, 2008

330

Semalam cuti.
Sebab tu tak ada apa apa karangan


Sejak dua minggu nie , mata kiri pB asyik dok berdenyut denyut.
Bukan sakit mata.
Orang lama berkata
'kalau mata kanan berdenyut2 , nak tengok orang jauh'
'kalau mata kiri berdenyut2 , nak nangis'.

Punyalah tunggu bilalar nak nangis nie.
Kenapa nangis?
Siapa yang buat pB nangis ?


Last last , memang semalam pB menangis.
Menangis bagai nak rak tu ..........


Masalah ?

Sama ....

Krisis ?

Sama ....



Kalau lah pB ni punyai pendapatan yang tinggi , WAJIB pB carikan Tok Ma
pembantu rumah.
Agar dapat membantu Tok Ma bila masa pB tiada di rumah.

Punyai anak perempuan yang ramai , tidak begitu menjanjikan kesenangan.

Makin besar, makin lain perangainya.
Makin dewasa , makin tinggi egonyer.
Makin tua , makin banyar kerenahnya.


Tok Ma ,

bersabar lah ...
Insyaallah , pB akan usahakan ......


Bukan pB tak mengerti yang Tok Ma sekarang sudah beransur tua.
Sudah cepat benar datang penantnya.
Sudah mudah benar datang sakit nya.

Tapi .....

bersabarlah ......


Dan untuk anak anak pB ...

tolong lar ....

jangan jadikan diri masing masing punca mama bergaduh dengan tok ma lagi ...


Mama tidak mahu menjadi anak derhaka

dan

Mama juga tidak mahu anak anak mama menjadi anak
yang tidak tahu mengenal erti budi ....



Tolong ler .....

22 comments:

Ordinary Superhero said...

Sabar lah. Mungkin ni lah cabaran paling getir jadi anak kepada seorang emak dan jadi emak kepada empat orang anak

AppleB said...

bersabarlah kakak ku. semoga akak dapat tempuhi segalanya dengan tabah.

hug kak pb.

aNIe said...

Pb...sabarlah...kita sebagai anak bila memelihara orang tua ni memang perlu banyak sabar...lebih2 lagi kalau orang tua duduk bersama. Maklumlah hati yang rapuh senang jadi sensitif...dan bila di usia emas kita kene menjaga mereka bagai menatang minyaky yg penuh. Akak pernah merasa apa yang pb rasa...Jadi sabarlah ye PB...Insyaallah ada ganjaran disebaliknya...rahmat yang Allah beri kadang kita tak nampak....

*Hugs*

Anonymous said...

Biasalah tu PB, Am dah kahwin ni pun masih kena bebel dengan Mak Am, selalunya Am senyap sahaja, bila mak Am dah reda baru Am bincang balik,

Satu lagi makin mak ayah kita tua dia makin sensitif, jadi depan dia kita kena lebih rilek dgn jgn sensitif sangat

OK PB take care

shafarina said...

Ini baru betul diluah mati emak, ditelan mati bapak.


Time2 gini, cik abe tempat mengadu. Kalau sayalah. :)

pB said...

AM
Salam AM

Lama sungguh pB tak tengok AM.
Pekabar ????

Bercerita meleraikan tekanan.
Mendengar , memberi pendapat.

Tapi bak kata orang tua ,
Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul.

Insyaallah ,
pB akan cuba untuk terus bersabar.

Terima Kasih Am

pB said...

WAN
Pasangan hidup tempat kita meleraikan masalah

tapi bukan semua pasangan hidup itu mampu mendengar dan cuba memahami ....


Hmmmm
(dalam makna tu)

pB said...

KAK LADY
Mana hati tak panas, masuk umah jer , tok ma terus cerita / membebel.

Tak nak marah , lama lama meletup jugak ....


Hug ...!!!
Meh lar sini..
Nanti kita peluk peluk erat erat

pB said...

APPLE PIE
Terima kasih sebab sudi membaca keluhan hati kak pB ...


Hu hu huuuuuuu


O.S.H
Betul tu.
Jadi anak lelaki , senang ....

Anonymous said...

Org tua sensitif, sabarje la wpun cakap lebih senang dr buat... rasanya Tok Ma nak yg terbaik dr cucu2nya, dia nak cucu jadi budok ju'ruh hok buleh suroh serbo serbi hok rajin, tapi anok2 kita lo'ni tok lagu tu...
3 anak dara cm dumoh tu pun tokleh nok suroh ghapo sgt... tok tahula anok2 kito ni manjo ko? letih byk sgt xtvt skoloh ko? or terlebih vitamin malas? nok kato kita pamper sgt pun dok jugok.. cm maroh sokmo anok tapi itule hakikat anak2 milinium nih...

Anonymous said...

Tumpang simpati dan saya dapat rasakan betapa hebatnya dugaan pB selama ini dan saya telah lama mengikuti kehidupan pB yang penuh dengan warna-warni dan sebagai insan yang bergelar manusia kita tidak akan lari dari dua perkara ini...ada ketika kita gembira/riang dan ada ketika kita berduka/sedih dan bermacam2 lagi situasi yang mencabar kesabaran dan kecekalan hati kita semoga apa yang terjadi menjadi sesuatu cabaran yang positif dan akhirnya membuahkan hasil yang mengembirakan semua orang, baik pB, Tok Ma, Tok Ayah, suami dan anak2...insyaallah.-BB

HAPPYIRFA said...

salam kak pb..
sabarlah kak.tu je yg mampu fa cakap.fa yg jarang2 jupo ma ni pun sekali jupo ma tegur pasal anak2 kita pun panas telinga.tambah2 kalu hari2 duk komplen perangai anak kita..mestilah meletup jugak.

indera kencana said...

Akak,
Disagreement akan wujud setiap masa. Cuma kita sahaja yang perlu tahu macam mana nak elakkannya daripada melarat. Disagreement boleh jadi dengan sesiapa saja. Dengan hubby/wife, dengan mak ayah, dengan anak-anak, rakan taulan, sanak saudara dan dengan orang yang kita tak kenal. Itu benda biasa.

Jangan la Akak susah hati dengan perkara macam tu. Akak bukan anak derhaka dan anak-anak Akak pun bukan anak-anak yang degil. Cuma perbezaan pendapat itu menjadi perkara itu sukar sikit. Kata Ziana Zain;
PERCINTAAN (PERTALIAN) INI KITA MEMILIHNYA. KESILAPAN HANYA SATU PERBANDINGAN...

Tentang carikan orang gaji itu, haruslah Kak pB tengok pada kemampuan. Jika mampu, boleh juga diambik. Tapi... tapi, bukan juga penyelesaian masalah. Kalau Akak tak mampu pulak, jalan yang terbaik adalah banyakkan berdoa, bertawakkal kepada Allah agar semua perkara berada di bawah pimpinan Allah...

Insya-Allah, hati Akak akan tenang!!

IKHWANI said...

Saloh satu caro Allah nok uji iman kita adalah dgn memberi kita dugaan yang kita rasa sangat berat bagi kita, tapi yakinlah kerana Allah tak akan uji kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung. Mungkin ini jugak cara DIA nak mengingatkan kita agar kita ingat padaNYA - supaya kita lebih munajat padaNYA. Kadang kita ingat ibadah hok kito buak tu cukup doh, acu check balik hok mano buleh bekki kito pakak-pakak bekki deh? Samo lah Kak OO pong.

Kak OO dgn parents pun tok perfect; ado jah bendo nok ttekih walau pun dok jauh tapi itulah antara hakikat kito keno terimo.

Anak-anak memae itulah dugaan kita sebagai memikul amanah Allah - macam2 cara Allah uji kita.

Pasang surut hidup ni biasalah. Kak OO pong samo jugok, kadae senyaaaakkk...pah tibo2 mari ribut petir..kak OO kae sokmo kato "ALLAH GIVES SOME, HE ALSO TAKES SOME"

maknanya apa saja yang kita rasa kurang/tak bahagia/susah/ dalam hidup kita pasti ado hok sebaliknya Allah doh bagi yang pada orang lain sangat besar nilainya.

Soba deh?

HUGS.

Sastri said...

hmmm... sabar la kak... menangis pun elok juga... sekurang-kurangnya akan rasa lega... *hugs*

NURAZZAH8 said...

Pb, banyakkan zikir munajat...dan banyak bangun solat malam.

Surah ArRa’d. Ayat 028.
yang bermaksud:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram kerana mengingati Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenteram."


Surah AlKahfi. Ayat 024.
yang bermaksud:
"Melainkan (dengan menyebut) jika Allah menghendaki. Dan ingatilah Tuhan engkau, bila engkau terlupa, dan ucapkanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku kepada yang lebih mendekati kebenaran dari ini."

Surah AlMuzammil. Ayat 008.
yanf bermaksud:
"Dan ingatilah nama Tuhan engkau dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati."

WRA said...

iyo tu...betul semua yg mereka2 kat atas tu cerita...biaso la, mok kito kalu tegur sokmonyo sebab nok suruh molek...mungkin di mata dia, tok berapo nok comei, dio tegur...

budok2 lloni pulok jenih hok 'open' sikit nok banding nga kito mulo....caro demo layae ore tuo pung laing nga caro kito...k.we pung perasae generasi lloni demo punyo caro lagu mano...so ni kiro one of the generation gap jugok la nih....kito terimo, kito denga, kalu buleh bbincae, kito bbincae...kalu tok leh, kito mitok maah....yg penting, last sekali everything will be OK....

Neeza Shahril said...

Sedih pulok baco entry kak pb ni. Ja pong ado jugok masaloh lagu tu walaupong ma Ja tok duduk skali. Memae la selalu tok keno anging. Tapi nok wak lagu mano dih.. ogahe tuo memae mudoh kecik hati.

Kak pb doalah bbanyok buwi Tokma buleh pehae problem hok kak pb hadapi.. Ja pong keno doa jugok ni...

Memae tok sey jadi anok derhako tapi kadae kadae tu.. terlepah jugok.. semugo kito bangak sedar.. Insyaallah...

umie@kakyong said...

PB,
Sabar banyak dgn kerenah mak kita... tu perkara biasa... kalau boleh jgn sampai dia kecil hati dgn kita... umie dah merasa apa yg pb rasa... tapi umie tak kesal bila mak umie pergi meninggalkan kita buat selama2nya... sbb umie dah buat yang terbaik utk dia,,,

sabar pb yer...

zino said...

walau apapun alasan nya jangan sesekali kita bergaduh dengan orang tua kita.. malah berkata ahhh pun kita di larang.. apa lagi meninggikan suara.. jangan sampai mereka kecil hati.. kalau kita terasa macam mana susahnya menjaga anak2.. bagitu juga lah mereka masa kita kecil dulu..

ada satu kisah di zaman rasullallah dulu.. lebihkuranglah kisah nya..detail kena tanya ustaz.. seorang sahabat..(tak ingat nama) sanggup mendokong ibu nya yg uzur kemana saja dia pergi.. lalu satu hari tu dia bertanya rasul.. adakah dia telah membalas jasa ibunya apabila dia sanggup mendukung ibu nya kemana saja.. rasul kata sedikit pun tidak..

makna nya apa yg kita buat sebanyak mana sekalipun cuba berjasa belum setimpal dengan pengorbanan yg ibu bapa kita berikan kepada kita..

kena minta maaf dan banyak banyak bersabar..

kepada anak anak tu cuba bagi dia orang tugasan rumah.. yg besar bertanggungjawab pasal A yg kecik kena buat perkara B dan masing masing kena lapur kemajuan.. siapa tugasan beres ada ganjaran.. siapa yg tak buat ada amaran..

semuga berjaya..

KAMATO said...

Bawak bersabar, mungkin elok kalau dinasihati anak sewajarnya dan menjadi tanggung jawab kita menjaga sepenuhnya ibu-bapa sementara mereka masih hidup

AbGJaS said...

Hi pB,
Masalah lazim pasangan berkerja zaman sekarang.

Tp bak kata Dr.Fadhillah Kamsah;
Ibubapa dah penat menjaga kita di masa kecil, jgn lah pula dibebani mereka menjaga cucu2.

Kalau diminta,mereka tentu rela - rela dalam terpaksa.

Kasihani mereka... :(

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...