02 April, 2008

321




Assalamualaikum .....
Memang patut pB diberi gelaran blogger tegar.
Walau tak sihat , tapi masih lagi berusaha update blog.
Ada ker , award tu ?????

Semalam

Masuk pejabat kejab jer.
Selesai agih tugas, pB terus ke klinik di Seksyen 17.
Ingat kan , jam 945 am , doktor dah ada.
Yelah kan , sebab kat pintu klinik tu ada tertulis BUKA JAM 900 pagi.

Selesai pendaftaran , tunggu tak tunggu , jam 1030 am , baru doktor tu sampai.
Alahai ....
Masa dok menunggu tu , beberapa kali pB rasa nak lelap @ pitam.

1100 pagi , baru jumpa doktor.
Biasalah , menunggu yang lebih lama dari mendapat rawatan.
Check up yang biasa biasa ....
Tekanan darah pB rendah , tapi doktor tu tak cakap apa pun.

Selesai disitu , cerita tunggu ubat.
Masyaallah , punya ler lembab.
Rasanya mereka berdua tu pekerja baru.
Tapi , entah ler , mungkin sebab tak sihat , maka tahap kesabaran pB berkurangan.

Dekat dekat pukul 1200 tengah hari baru selesai semua urusan.

Balik rumah , terus landing.
Makan tidak
Minum pun tidak.

Malamnya ada majlis baca Yaasin kat umah adik pB.
pB tak pergi pun.
Harap harap adik pB tu tak marah atau berkecil hati.

Seingat pB , semalam cuma makan 3 keping roti dan segelas air milo.
Itu jer ...
Kalaulah demam sokmo macam ni , harus pB dapatkan kurang berat badan nie.
Hi hi hi



Hari ini

Mula nya ingat nak kepejabat , kerana semalam jer yang dpt mc.
Tapi selesai solat subuh , kepala rasa berat .
Badan pun masih terasa keletihan.
Mungkin sebab pB tak makan.
Tekak pun dah mula loya loya.
Sekali sekala, terasa nak muntah.

Ke klinik lagi , kali ni , klinik yang hampir dgn rumah .
Dapat lagi satu hari cuti sakit.
Bertambah lagi dua jenis ubat.
Ubat angin dan ubat tahan loya.

Tekak masih lagi tak dpt terima makanan.
Beli bubur Mc D , tapi rasanya anak anak yang akan tolong habiskan.

Balik dari klinik , singgah pejabat pos.
Renew lesen memandu.
Mula mula nak hidupkan 2 tahun.
Tapi ....
kena melabur rm62.00 ,
last last decide renew setahun cukup lah dulu.

Masa menaip ni , peluh menitik nitik.
Rasanya itu tanda badan bertindak balas dengan ubat.
Insyaallah , rasanya esok dah boleh bekerja.

Kejab lagi nak ke Puchong Utama.
Kad pengenalan kakak dah siap.
Kalau tak ambil hari ni , tak tahu ler bila pB ada masa.


Hmmm...
Walaupun tak sihat , tapi terpaksa juga jalankan tanggungjawab....

16 comments:

Mummy Rizq said...

aku pun tak sihat.. suara dah macam itik serati. tp masih larat bekerjaaa... and now here i am @ 1:20pm tengah melepak kat opis. makan magi jer...

Mak Su said...

relax pb ya, take care. maksu pembaca blog yg tegar.

achik said...

semoga cepat sembuh kak PB.. :)

indera kencana said...

Hah?? Loya? Muntah-muntah?
Jeng.. jeng.. jeeenggg
Haaa... jangan2 Kak pB ehem*ehem tak?
Baik check ngan doktor lagi sekali... :b

Semoga Kak pB cepat sembuh. Robocop juga yang tak baik2 sakit. Baru Robocop perasan yang sakit tu sebenarnya bukan sakit tengkok. Tapi sakit bahu. Yang herannya langsung tak leh menoleh ke kiri. Sakit betul. Dah seminggu lebey dah masuk ari ni. Huhuhuhuhu..

Anonymous said...

tumpang ubat berderet2 tu, makan tau..cepat skit baiknya..

psstt..nih, demam sebab rindukan Abe ko, sebab ada baby kecit?

Zareda Norman said...

semoga cepat sihat, memang musim demam demam kot sekarang ni...

IKHWANI said...

insya-Allah sega la lepah ni dih?
lepah demae skalo oghe kato kemaruk nok makae..hehehehe..lamo kae hok molek turung doh maso demae jjadi tamboh semula :)

HAPPYIRFA said...

salam..
he he x sihat pun sempat lg apdet blog.tp kalu kakpb x apdet,rasa kecewa bila peminat blog kak pb masuk xdok en3.rindu la..
semoga cepat baik

ainizakri said...

salam pB

Ish..saya bila baca part loya dan muntah tu terus sefikiran dgn inderakencana..tapi bila baca terus hingga habis pB tulis...ooo tak makan, bunyi macam masuk angin tu.

pB ..jaga diri baik baik, makan ubat, rehat pun penting...rehat badan dan isi kepala..insyaAllah semoga pB cepat sembuh hendaknya

Anonymous said...

Pb...larrr...tak sihatlah pulak...baru nak date...hehehe

Okay pb...rehat...makan ubat tau...
Take care...

KakNi said...

Tak sihat ke PB? Semoga cepat sembuh.

WRA said...

sihat dok ari ni? antibiotik buleh dok? abiskan tuuuu....

pB said...

KAK WEAR
Buleh ..
Tapi pB tak brehi nok makae.
Besar , lekak di anok lekong.

pB said...

AKUNI
Demam ....
Tua tua ni demam , payah

pB said...

KAK LADY
Minggu depan , insyaallah dah fully recovered. 4 sure mesti date.

Neeza Shahril said...

Sabar ye kak pb. Ada hikmah disebalik kejadian tu... semoga kak pb cepat sembuh...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...