28 April, 2008

335

Petang sabtu , selesai makan tengah hari,
hantar anak anak ke kelas tambahan Kancil.






Dari USJ 9 terus ke USJ 14.
Saja nak tengok apa yang ada kat Buy Trade Sell.
Tak ada apa apa pun.

Dari USJ , memandu tuju ke Shah Alam.
Lalu depan Gudang yang ada sales besar besaran.
Tak ada parking , kalau tak harus masuk lagi.

Dari situ , tuju ke Seksyen 16.
Panas panas ni sedap jugak pekena
minuman yang sejuk.



Tu dia , orang beratur.
Cendok femes kat Shah Alam nie.
Depan Masjid Seksyen 16.





Sib baik ada bangku kosong.
Dapat ler merasa cendol pulut.



Selesai pekena cendol , terus ke Kompleks PKNS.
aBear masih dalam pencarian baju melayu hitam.
Mahal kak loh ...
Selai baju sahaja rm45 ....

Ronda punya ronda , tak dapat pun baju melayu.
Yang dapat , lenguh betis.

Jam 6 , semula ke USJ.
Ambik budak budak dan balik umah.
Istirehat sebab hari ahad , lagi pack jadual.



+++++++++++++++++++++++

Pagi ahad , biasalah pagi pagi dah masuk dapur.
Siapkan bekal untuk anak dara.
Kelas mereka dari jam 10 pagi hingga 4 petang.
Bekalkan mee goreng.

pB yang hantar mereka ke USJ.
aBear sibuk dok pasang ariel tibi.
Dua tiga bulan nie, gambor tak cantik jer.

Selesai projek ariel tibi , semua bersiap
nak keluar.

Destinasi pilihan Semenyih.
Ada majlis hari jadi anak kawan pB.



Bertemu juga lah rumah yang dicari.
Dalam hati berdebar debar.
Sebab kawan pB ni dah terlalu lama tak berjumpa.
Nearly 20 tahun kami tak bersua muka.
Last kami berjumpa pada tahun 1987.
Kenal masa dua dua belajar menaip kat depan kedai gambar MEDO.

Yelah dulu , masa tunggu result SPM ,
belajar menaip , belajar pandu kereta.
Lepas dapat result tu , kami just hantar hantar surat je.
Lama lama terus lost contact.

Tiga tahun lepas , pB dapat cari dia semula.
Dan dari situ , kami terus berhubung walaupun
just dengan hello hello jer.



Kek besday boy n girl.
Tak sempat pun nak makan sebab
kejar masa.



Hoby suami kawan pB ni
tanam pokok bongsai.
Memang banyak pokok.
Ada setengah tu , diikat dengan rantai besi.
Sebab takut dicuri pencuri.
Mahal bebbbb .....

Dari Semenyih , balik umah jab.
Sediakan makanan petang.

Kan minggu lepas , dah bahitahu
yang pB nak bawak anak anak dara tu ke Prencint 6.
Kolam renang awam kat situ baru dibuka.

Jam 4 petang , bergegas ke USJ lagi.
Angkut anak anak dara , terus ke PutraJaya.

Sepanjang perjalanan , pB tidur.
Sebab mata tak dah larat nak angkat.

Sempat sms pada Che Ma,
tapi member tu pulak ada kat Cheras.
Tak ada reseki Che Ma , kita nak piknik.
Kak Wear pun ada kat Kelantan.
Balik melawat abang yang masuk hospital.



Keluar kolam , lepak lepak kawasan tu.
Cantik permandangannya.

Saper saper yang ada masa tu ,
sila silalah lapangkan diri.

Keluar Prencint 6 , ronda lagi.
Saja habiskan masa sepetang bersama
anak anak di PutraJaya .....







18 comments:

Anonymous said...

nampak best jer Presint 6 tu... harap pB dan famili enjoy bersantai bersama.

smlm birthday tok tuo.. best jugak kami surprisekan dia dgn delivery sejambak bunga, keluar makan ramai-ramai dan peluk cium sempena 63 thn kelahirannya... senyum aje tok tuo... esok dia nak balik kedah. lusa mok cm pulak mari ada kenduri kahwin..penuh lagi agenda hujung minggu.

Zareda said...

huihhh sakan berjalan anak beranak ek di hujung minggu...

Mummy Rizq said...

wei.. tak tau nak berehat kat umah ke ujung2 minggu nie? berjalan jer..(munyi2 jelessss)

lama dah tak pekena cendol depan masjid tu... rindunyaa....

Neeza Shahril said...

bestnyo buleh juppo saing lamo. banyok la ceghito dih..

comeynyo kek tu.. tok gamok nok makae heheee..
husband saing kak pb tu ikat lagu mano bonsai tu?
tok ghajing dengar lagi oghae boh ghata besi tapi memae mahal pong bonsai tu.. lagi kecek, lagi mahal...

skali skalo bowok anok2 jjalae molek jugok.. anok2 pong nok jugok kelih alam sekitar..
Ja kelik nati, nok jugok lah bowok gi swimming pool tu.. :)

abanglong said...

abglong bli baju mlayu kat nilai3. mughah :) rm50 jer sepasang.

Intanaziela said...

amboi..kemain posing anak dara - anak dara pB yek...tentu seronok berhujung minggu bersama2 kan..

KAMATO said...

Tak tahan tenguk cendol pak kob tu.. setakat ni tak jumpa lagi cendol seistimewa di sek 16 tu..

umie@kakyong said...

umie ke shah alam nanti nak jugak singgah ke gerai cendol tu... nampak mengancam dalam gambo....

oren said...

bestnya jalan2..

pB said...

OREN
Kesian kat yang sulong n no 2 tu.
Asyik terperap kat rumah jer ....

UMMIE
Kalau sampai S.Alam , call pB nyer.
Kita date sambil pekena cendol

YuszTieY said...

salam...
lawanya presit 6 tu cam dok luar negara la plak ..siap anak2 dara terbaring n berposing sakan tu...

cendol22...peberet tuuu...yummm.yummm

pB said...

BRO K
Cendok Pak Kob ke tu ??
Tak tau lak namanyer.

Reti makan jer




INTAN
Mama yang paksa tu.
Kalau nak harap mereka, tak mau nyer ....




ABGLONG
Nak pie Nilai tu dah banyak belanja.
Tol
Minyak

Lepas tu , bila dah sampai Nilai , bukan setakar baju melayu jer yang dibeli , takut TERbeli benda lain pulak ....




NIJA
Tok dhe kecek lamo pun , sebab dio sibuk keno layae tetamu laing.

Kek tu , memae lawa ...

Kat Mesia ni , orghe curi ni kreatif. Pokok pun buleh keno ropok ...




MARLINA
Jom ler ...
Bila free ?

pB belanja




ZAREDA
Memang , sekarang ni hujung minggu memang tak lekat kat umah .

Ahad ni , insyaallah nak ke Gombak .
Kenduri kawen anak ummie @ kak yong




CHE MA
Nok buat lagu mano , tak dok reseki kito nok jupo mato.
Insyaallah , laing kali , pB sms lagi ....

Alex Lacey said...

sat ni k.we komen tapi ado error...kalu tubek 2 kali tu pehe-pehe jah la...

k.we tanyo, pb gi putrajaya tu hari Ahad ko Sabtu? sbb hari Ahad k.we dok dumoh doh

wan said...

sibuk betul kak pibi weekend lepas ek.

kita pun sibuk gak... hehe merata jalan, tapi sabtu tu mmg kat shah alam la.. gi DEMC, BIL masuk wad sbb denggi.

:)

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

He!..He! begambo dekat dengan ofis Auntie tuh...patut le dia ingat kat Autie :-)

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

syih kat ner...dh dkatla ngan umh kiterr

muadzlife said...

betul2 family day tuuu

-akuni- said...

Walaupun saya tinggal di seksyen 16 - dah dekat 3 tahun ni ha.. dan gerai cendol tu pun hanyalah lebih kurang beberapa ratus langkah kaki aje dari rumah saya tapi saya tak pernah lagi merasa cendol tu, kesian sungguh. Macam tu lah life saya PB...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...