18 June, 2008

359

+ + + + + + + +

Sajer pB nak kongsi .
pB ambil dari majalah Keluarga bulan Julai.
Hasil tulisan ABD JALIL ALI

Ada sangkut paut dengan n3 pB dulu ttg 'kumpul barang'

Taip semula ni , tau.
Panjang lak tu ....


Apakah nilai sebuah pasu Sarawak yang bahagian atasnya telah pecah? Waktu dibeli kira kira 15 tahun dulu ialah RM35. Kini dengan bahagian atasnya sudah tiada, pasu tanah liat setinggi tiga kaki itu tiada siapa sudi membelinya walaupun jika ditawarkan pada harga RM1.

Maka, pada perkiraan orang yang waras, pasu itu sepatutnya dibuang sahaja ke dalam bekas lombong, sebab peraih besi buruk pun tidak sudi memungutnya. Muzium Negara pun tidak bersedia untuk menyimpan pasu yang sudah tidak bernilai walau sesen pun itu.

Tapi bagi setengah wanita, pasu yang sebahagian kepalanya telah hancur terhantuk bucu meja itu,tidak boleh dibuang. Pasu warna kekuningan dengan lorekan awan larat asli Sarawak itu perlu terus diletakkan sebagai hiasan di rumah.

Awas, jangan mudah mudah menuduh wanita tersebut tidak waras! Dia tidak menilai pasu tersebut dari segi ringgit, tetapi penilaian terhadap 'si kepala pecah ' itu lebih dari segi perasaan. Itulah nilai kenangan, atau selalu disebut sebagai sentimental value.

Memang 15 tahun lalu, harga RM35 dikira tinggi. Pasu berukuran sama sekarang mungkin dijual di Kuching pada harga leboh RM100. Tetapi tanpa kepala yang sempurna, ia tetap tidak berharga lagi. Apabila kepala pasu itu terkopak kira kira lima tahun lalu, saya mahu segera membuangnya.

Tetapi, isteri saya menentang. Baginya ada nilai sentimental pada pasu tersebut. Nilai sentimental itu antaranya ialah:

Pasi itu dibeli ketika kunjungan pertamanya ke Bumi Kenyalang. Pasu itu mengingatkan dia keindahan bersampan di Sungai Sarawak, juga keseronokan membeli telur ikan terubuk di pasar Satok.

Dan, pasu itu pun masih menjadi sebahagian hiasan di rumah hingga ke hari ini. Oleh sebab kepalanya pecah, mulutnya menjadi semakin luas, pasu itu menjadi tempat meletak payung. Saya tidak nampak di mana seninya.

Saya percaya ORANG PEREMPUAN mempunyai nilai sentimental yang lebih tinggi, berbanding lelaki. Tidak pula dipastikan sama ada nilai sentimental melampau itu satu kelebihan atau kelemahan. Saya tidak nampak itu satu kelebihan, mungkin sebab saya tidak ada nilai - nilai halus seperti itu.

Bukan saya sahaja, kawan-kawan lelaki seusia dengan saya pun rupanya mengalami masalah yang sama dengan isteri-isteri yang terlalu sentimental. Ada yang menyimpan teko yang telah patah tangkai, hanya kerana teko berkenaan digunakan oleh keluarga sejak zaman kanak - kanak dulu.

Berdasarkan pengalaman, nilai sentimental berlebih-lebih itu kadangkala melemaskan saya. Masalahnya semua tidak boleh dibuang atau kitar semula sebab ada nilai sentimental. Ruang di rumah semakin sempit sebab anak anak sudah membesar, dan banyak barang dan perabot dibeli dari semasa ke semasa. Bagi saya mudah sahaja, apabila ada barang baru, barang lama perlu dikeluarkan.

Radio buruk itu tidak boleh dibuang sebab itu dibeli dari gaji pertamanya, sentimental value. Kerusi malas dari rotan (sudah dua kali divarnis semual sebab terlalu uszur) tidak boleh dibuang sebab itu dibeli di Sungai Buluh pada hari ulang tahun perkahwinan ke 6, fullamak !!!

Paling menyakitkan hati saya ialah dua buah basikal tersadai di serambi dan selalu menyakitkan mata setiap kali saya membuka tingkap bilik waktu pagi. Kalau ikutkan hati saya mahu saja basikal-basikal itu diberikan pada peniaga barang terpakai. Atau dicampakkan sahaja dalam Sungai Klang. Betul-betul buat menyemak ruang!

Saya mungkin jenis lelaki hati kering. Pada saya kalau ada pun nilai sentimental hanyalah pada sekeping kertas yang sampai sekarang dibalut dengan kertas dan diletakkan dalam fail keluarga. Itulah surat nikah yang dikeluarkan oleh pejabat agama Kuala Trengganu kira kira 25 tahun lalu.

Sesekali mengemas fail, saya menunjukkan kepadanya sijil nikah bertulisan jawi, yang tertera nama saya dan nama dia, juga tarikhkami diijabkabul. Waktu melihat sijil tersebut, baru saya ingat sudah berapa lama kita berkongsi hidup, berkongsi tilam. Terharu juga dibuatnya.

Selain surat yang sekeping itu, bagi saya semuanya boleh dibuang atau ditukar sekiranya dikira tidak perlu dan tidak berguna lagi. Hattan cincin kahwin itu pun kalau dia rasa hendak diberikan kepada Angahm pun saya tidak kisah. Cincin baru lebih cantik boleh dibeli, apalah ada pada cincin lama itu.

Kalau ikut orang perempuan hidup, memang penuh dengan sentimental. Apa sahaja yang dilihat, pasti ada cerita. Cerita itu akan menjadi nostalgia. Memang hidup penuh dengan cerita.

Sekiranya semua benda dilihat dan dinilai dari kenangan-kenangan seperti itu, memanglah kita tidak boleh buang walau satu pun. Walma seluar dalam yang getahya telah kendur dan kembang pun tidak boleh dibuang sebab seluar dalam pun ada cerita juga.

Sudahlah kebanyakan benda lama tidak boleh dikitar semula atas nilai - nilai sentimental, perempuan juga suka membeli dan mengumpul benda-benda baru. Setiap kali ada sale mereka akan memenuhi pusat-pusat membeli belah untuk merebut tawaran istimewa.


Hanya itu jerlah yang larat pB taip.
Kalau nak tahu apa kesudahannya , beli ler Majalah Keluarga yang ada gambar JUMA.
Ada gak , pB skip skip ...

Apa komen , kita orang perempuan , bila ada kaum bapa yang tulis macam nie????


*******************************


Pagi ni , tak jadi minah rempit.
aBear nak ke Rompin , so petang ni tak ada driber.
Turun pangkat dari mem besar ke pemandu ler hari ni , esok dan lusa.

Bila dah naik keter tu , biasalah akan dengar radio.
Pagi ni , entah radio mana yang pB dengar.
Rasanya Red Fm.

Seronok gak dengar celoteh dJ radio nie.
Isu pagi ni
"WHAT IS THE SHALLOW EXCUSE YOU GAVE 2 BROKE UP A RELATIONSHIP"

Dj ni bercerita :

1) Ada sorang member dia ni , pompuan , kena dump sebab dia gosok seluar jean berkedut !!!

- Ayooooorrrrrrr....
- ada ker orang gosok seluar jean ??
- Nasib baik ler aBear baik. Baju dia , seluar dia , dia yang gosok. Sebab dia tahu , pB bab gosok gosok baju ni memang malas semalasnyer. Kalau beli kain nak buat baju kurung , memang cari kain yang jenis tak kedut, tak perlu gosok. Baju sekolah , pun anak anak yang gosok sendiri.


agaknya bila ada iron board ni , baru pB rajin kut.
hi hihi


2) Ada member dia lak ni , baik punya nak projek , tiba tiba dia lihat toe nail pompuan ni kurang menarik.
- Adoiii larrrrr
- Barangkali , lelaki ni jenis yang sgt sgt menjaga bab bab hygenic nie. Semuanya nak susun rapi , kuku nak kena potong cantik cantik.
- pB agak sampai lar laki ni tak kawin , kot. Sebab terlampau berkira

Anda lak , apa dia excuse yang biasa anda guna untuk memutuskan hubungan anda ????
Citer jangan tak citer

+ + + + + + + + + + + +

Semalam , pB kata pB nak melawat kawasan.
Kuala Selangor.

Tak sampai pun.
Cuma sempat melawat Jalan Kebun dan Bukit Kemuning jer.
Mungkin minggu depan kot.


12 comments:

Anonymous said...

pasal sentimental value tu kan, mmg benar la pompuan lebih skit bab2 gini..sebab tu, kita besa tgk, mak kita simpan baju2 kita yg kecik dulu..nak bagi pakai kat anak pun, takut rabak sebab dah reput..tp mgkn itu saja cara nak ubat rindu pada anak2 yg dah dewasa..(rasanya, saya akan buat benda yg sama)...

tp ada gak benda2 yg bila dah semak umah, saya tak kira..saya buang jugak..hihihi..

Neeza Shahril said...

setuju tu kak pb! Rata2 perempuan lebih sikit sentimental value.. Ja kae.. sippae lagi 1st card birthday hok che' abe buwi..
tapi che' abe kato, tohok laaa.. huhuuuu... tok sentimental langsung...

hok aloh.. remehnyo alasae nok putuh tuu.. tu alasae semato ghasonyo.. ado hok laing lah tu.. Ja, alhamdulillah, takdok lagi keno ggitu..

phewiitt!! kalu gambar ggitu di iron board.. bukae setakak nok iron.. time free jah, dok ccongok di iron board.. hahahaha!!!

indera kencana said...

HAHAHAHAHAHA.... Jalil memang macam tu. Tulisannya sangat santai dan penuh dengan usikan, sindiran dan jenaka. Saya memang mengagumi beliau..

Sepupu saya yang keje kat Karangkraf kata, "Haah... Jalil tu memang macam tulah juga karekternya..

pekan said...

salam kak pb.. sehat ker..??

Che Ma said...

cm kalau kemas rumah jumpa barang yg dah setahun tak guna mmg masuk supik hitam le... senang dan cepat cara cm kemas.. mujur cm tak berapa nak rajin kemas kalau tidak byk le barang kena buang.
so far cm & hubby takde le sementol sangat dgn barang... kalau rasa tak nak guna buang aje.

Anonymous said...

salam

bagi manje la kan... kite orang pompuan mmg suke simpan barang2 lame... banyak nilai sentimental... biar pon benda tu murah dan senang dapat... setiap barang tu ade cerita tersendiri... org lelaki jarang nak kumpul cam gini...

WRA said...

jolo doh tu....ore ppuae sentimental lebih sikit...tapi tengok bendo jugok, tengok keadaae jugok....tok membuto tuli ore kato...

alasae nok putuh? tok rajing keno & tok rajin mengena...hehehe...

zino said...

kat rum,ah ni pun ada yg suka simpan penyimpan ni.. bila dah sesak nafas tengok zino bagi kata dua.. kalau masih sayang simpan elok2 kalau tak ada yg tong sampahkan lepas ni.. hehe

iron board tu kalau ada agaknya tak lama le usia dia terbakar kain baju sterika tak gerak2 hehe

Anonymous said...

kalau MQ, hubby lagi sentimental..tin pringles 10 tahun lepas time mula2 dating pon dia simpan lagi..tu tak masuk segala kotak2 brg yg MQ beli kan..pendek kata apa yg membawa cerita2 dan kenangan semua dia simpan..hehe..

KakNi said...

Simpan barang untuk kenangan tu tak salah rasa nya tapi biarlah berpada-pada, biar betul2 ada nostalgia yg ingin disimpan... kalau semua benda pun nak simpan tak logik lah...

Angah said...

Angah plak jenis tak menyimpan sangat....mujur hubby pun sama..

errr... lagi satu plak lagi suka simpan kenangan dalam gambar... pegi jalan pun jarang beli barang.. tangkap gambar saje la..

ala kak... kalau nak putus tu memang memacam alasan bagi, nyampah kan...

Purpleheart said...

Betul kak Pb,
pompuan memang sentimental, macam saya nie haa..
saya ni kalau boleh segala sms saya nak simpan.. tapi bile dah tak ada apa, sms tu yang buang dulu..

Gambar kat hp pun saya sayang nak buang, sampai nak dekat setahun bercerai baru saya buang gambar dia.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...