20 August, 2008

392

Salam


Semalam , pukul 12 tengah hari dah blah dari pejabat.
Balik umah , budak budak tengah makan.
Tok Ma pun tengah makan gak.

pB tak makan pun , sebab masa sarapan tu dah makan nasi lauk sotong n ikan bilis goreng.
Masih rasa kenyangnya itu.

Nurin dan Arifah memang jenis kaki ngekor.
So , mereka berdualah yang pB bawak.
Aqilah dan Afiqah letih , baru balik dari kelas tambahan.

Dari rumah , terus ke PPUM guna LDP.
Okaylah , jalan tak jem.
So , tak sampai 30 minit dah sampai.

Moksu Aiman masa tu masih ada patient.
(Mok Su Aiman ni adik ipar pB . Dia dentist kat PPUM)

Letak mereka kat tempat turunkan pesakit dan pB terus ke tempat letak kereta.
Hu hu ....
Berjiwang sakan jugak ler nak cari tempat letak kereta tu.

Dari main entrance , terus MokSu Aiman bawak kita orang ke Klinik Otopedik.
Hmmm ....
Setahu pB lah , Klinik Otopedik ni untuk tulang tulang ...
Kes kes terseliuh , terkehel , sakit pinggang semuanya dirujuk ke sini.

Malas nak cakap apa , so pB just follow jer lah.

Bercinta menunggu kat situ.
Dalam dalam guna kabel dalaman pun , still dua jam jugak ler ,
baru dpt jumpa doktor tu.

Masa Tok Ma berjumpa dengan Dr , pB tak masuk.

Lepas jumpa Dr , dia minta Tok Ma ke bahagian Radiology.
Untuk buat X ray .....

Lepas X Ray , tunggu lagi.
Tunggu punya tunggu , then baru dapat jumpa Dr Yohan .

Menurut kata Dr Yohan , tisu pada bahu Tok Ma luka sikit.
Luka akibat jatuh ...
Sebab ituler Tok Ma dpt rasa pedih tu ...

No need to worry , katanya.
Ttg 30% cancer tu , dia kata tak ada pun ....

Masa tu , lega lah jugak.
Tapi , dalam dok lega rasa bimbang pun masih ada lagi.

Sebab Dr R (yang mengamalkan perubatan elektronik) pernah bagi tahu pada pB n Tok Ma
yang Dr hospital memang tak akan percaya benda benda @ diagnosis yang mereka buat.

Hmmmmmmmmmmm

Dr Yohan minta Tok Ma menjalani Fisoterapi.
Dan akan jumpa semula dengan Tok Ma DUA BULAN akan datang.

Dan fisoterapi , 4/9 baru ada kekosongan ...
Lama giler tu lagi ...

Kalau nak parah , memang parah ler luka tu ....

Keluar dari PPUM , pukul 4 lebih dah masa tu.
Sib baik Federal Highway tak berapa sesak.

Masuk je LDP nak tuju ke Puchong , tiba tiba hP pB berbunyi



"ini Puan Siti ker ? Ini dari PPUM. Doktor minta Puan buat satu lagi X Ray ..."
"X Ray yang ambil tadi tu , tak berapa jelas / terang "

Mula mula tu , pB ingat nak suruh Tok Ma ke PPUM pagi esok jer dengan Mok Su Aiman.
Tapi , biasalah orang tua nie , apa yang kita fikir tak sama dengan apa yang dia faham.


Nak tak nak , terpaksa lah pB berpatah balik ke PPUM.
(terpaksa RELA)
Memang buang masa sungguh larrrrr

Di PPUM , pB minta adik ipar pB yang bawa Tok Ma ke bilik X Ray.
Sementara pB mencari tempat letak kereta.

Elok elok aja , dapat tempat letak kereta ,
adik ipar call ...

"Dah siap dah , dah boleh balik , tak yah jumpa Dr"

Satu hal pulak , nak kena dukung si Nurin mencari tempat bayar tiket.
Si Nurin kena dukung sebab masa tu Nurin dah tidur keletihan ....

Keluar dari PPUM , masuk Federal Highway , memang sangkut tahap giler giler.
30 minit baru boleh masuk LDP ...

Darah punyalah mendidih , masa tu tak yah cakap lah.
Kalau letak telur , memang boleh masak separuh telur tu.

Di sepanjang perjalanan , memang pB diam jerrrr...
Sebab kalau bercakap , mulalah nak cakap yang bukan bukan.

Marah sebab kena patah balik.
Marah sebab ambik X Ray tapi tak ada buat apa apa pun dengan X Ray baru tu.
Geram sebab kebuluran tak makan apa apa since jam 11 pagi , pun satu hal.

N nanti , at the end ,

elok elok dapat pahala sebab bawak Tok Ma ke hospital ,
terus dapat DOSA sebab bertekak dengan Tok Ma ......

Hmmm mmmm




So .....

Pada member member pB yang baik hati ni , boleh tak bagi jalan yang terbaik buat Tok Ma dan
pB untuk mencari jalan keluar , mencari kesahihan tentang sakit Tok Ma nie.

Risau nie ........

20 comments:

Abahnajwa said...

Hmmm...PB ada cuba rawatan alternatif ker?

Beza betul dengan sistem perubatan kat UK ni..Kat sini sangat efisyen..ada sekali tu kami sekeluarga tak sempat nak gi check up..

Tetiba loceng kat main door bunyi..bukak2 tengok orang spital yang datang rumah..

Dia kata.."We understands that it might be hassle for you and your family to go the hospital..so we bring the hospital to you.."

Best gak dok UK ni sebenarnya..kikiki

Anonymous said...

salam kak pB..sy slalu gak bc blog akak..saje2..sy org kelate jgk..duk kota bharu kat maahad lelaki..gini la..psl Tok Ma k'pB tu mak sy ade jual satu product kesihatan..yg sy bolh oyak 99% mnjadi..ore pggl Transfer Factor..InsyaAllah klu Tok Ma mkn ubat tu sakit tu akan hilang..ade sorg cikgu kat cameron highland kene breast cancer..Alhamdulillah skrng dah sembuh..sy plak ade asma sjk dr umur 7 thn dan sblm nie sy mmg bergantg pd inhaler..dan Alhamdulillah skrng sy dah sihat..dan mase bersalin pd bulan mei ari tu sy bersalin secara normal tanpa bantuan oksigen..tanpa sesat nafas..sy bkn nk jual ubt tp sekadar menolong..sbb sy yakin penyakit Tok Ma tu akan sembuh..klu akak berminat nk th psl ubt tu akak blh kontek mak sy..kak Ani..0199101080..maafkan sy klu sy mengganggu..

zino said...

semuga tok ma cepat sembuh..

baca entri pun rasa penat dah hehe

Ummi said...

salam,

kalau ummi di tempat PB, ummi tidak terus stop macam tu aje.

pernah ummi melawat seseorang di hospital. mula-mula doc cakap bukan kanser tapi lepas 2 minggu, diaorg call pesakit tu dan bagitahu kanser.

banyak kelemahan di dalam sistem perubatan kita :)

bukan tujuan untuk menakutkan pb. ummi rasa perlu untuk mendapatkan jawapan yang sebetul-betulnya.

kasihan tok ma, menjadi mangsa keadaan. ummi berdoa semoga Tok ma dijauhkan dari segala-gala jenis penyakit.

semoga tok ma sihat selalu.

jangan tension!

2 hari ummi di puchong tapi malu nak bagitahu pb.

takut pb kata, tak abis2 ummi ni nak datang rumah pb :)

pernah makan kat alisara ( restoran makanan Thai) di puchong, sedap sangat !

nyum! nyum!

Anonymous said...

prays for the best...

tunggulah result doktor tu dulu...

KakNi said...

PB,
Kalau saya tentulah lagi percaya kan doktor sebab cancer ni bukan nyer penyakit tradisional (macam yang ada kena mengena dengan alam ghaib tu). Tapi tu saya, PB dan family mungkin lain pulak pendapat nyer.

BTW, nape pulak bertekak dgn Tok Ma?

Kalau PB rajin dan tak puas hati, cubalah pergi check kat private hospital pulak. Saya rasa betul dah Moksu bawa pergi jumpa doktor tu sebab pemeriksaan awal biasanya pada tempat yang sakit tu dahulu. Dah tahu apa penyakitnya barulah pergi ke bahagian lain.

Ni hanya pendapat saya.

Anonymous said...

Tah le kak pB..bersabar jelah..macam Yat ni tiap-tiap minggu muka ada je kat PPUM..tah sampai bila nak mengharungi dugaan dari yang maha esa ni..tak tahu dah cara mana lagi nak buat...kalau ikut perubatan doktor PPUM buat BMT just 20% je..baik tunggu dan lihat je..selebihnya yang maha esa yang tentukan...sesungguhnya dlm islam tidak ada penyakit yang tiada ubat melaikan mati dan tua..Berdoa lah banyak-banyak agar Tok Ma dilindungi dari sebarang penyakit.

Anonymous said...

Masalahnya berpunca daripada berjumpa dengan orang tidak bertauliah untuk buat dianosis. Masalah ke2 pula bila kita percaya apa yang didiagnosisnya! Dari segi logiknya kanser di bahu amatlah jarang berlaku, kecuali kanser paru-paru yang tahap akhir yang telah merebak sakitnya ke bahu, itupun sakit di dada lebih berat daripada bahu. Jika X-ray menunjukkan luka (internal wound) maka pisioteraphy hendaklah dilakukan... Tiada apa perlu dirisaukan, malau kerisauan itu boleh memburukkan keadaan. Pernah terjadi seorang wanita muda mati kerana terlalu sedih hingga hilang selera makan setelah didiagnosis mengidap AIDS. Bila dia mati didapati dia bebas AIDS dan sebenarnya ujian darahnya telah tertukar dengan seorang penagih dadah yang kebetulan mempunyai nama yang sama!.

Saya nasihatkan bawa bertenang kerana sakit bahu kronik banyak sebabnya dan sebab kanser adalah kemungkinan yang paling terkebawah (unlikely)

Dan nasihat saya janganlah suka berjumpa 'Pakar" perubatan alternatif yang gemar membuat Diagnosis kerana emosi kita akan terganggu akibat diagnosis yang tidak tepat.

Mulan said...

sabar pb..!! banyak2 kan bersabar.. (kot kena sendiri, tak tau gak camna tu..)

en_me said...

moga tokma cepat sembuh.. amminnnns

Intan said...

Salam kak pb,

Please check email.

Neeza Shahril said...

cuba try mitok opinion laing pulok..
Alternatif macae kor homeopathy kor.. tera jah laaa...
semoga takde apa2 jadi kat Tok ma..

pB said...

ADIK JA
Tu lar ...
rasonyo lepas ni nok bowok tokma buat MRRI


Insyaallah ....

pB said...

INTAN
Kak pB baca dah.

Dan kak pB dah hantar sms pada Intan

pB said...

EN ME
Terima kasih...

Moga tiada apa apa yang buruk berlaku pada kesihatan Tok Ma

pB said...

MULAN
Terimakasih Mulan....


Insyaallah ....

pB said...

DRSUKAIMAN
Terima kasih diatas nasihat Dr.
Insyaallah , pB akan bawa Tok Ma ke pusat Fisoterapi tu minggu depan.

Moga moga apa yang dikhuatiri itu hanyalah khabar khabar angin sahaja.

Terima kasih

pB said...

YAT
Moga tetap tabah mengharungi segala yang mendatang ...

Don't B Sad

chekgu Bani Hassim said...

lorr...patah balik xde bende??
kan buang mase cemtu...
doa byk2 kak..
harapkan yang terbaik je..InsyaAllah...

Anonymous said...

pb cm raso keno bawak jumpo doktor pakar..baru rasa konfiden sikit. mak cm pun dah 2,3 tahun sakit kaki kat area peha ke betis...seksa tengok dia...berubat kampung dan berurut dah tak tahu byk mana duit habis... lastly cm bawok jumpo pakar... biasalah xray/MRRI bagai..(nok pujuk wat xray/MRRI pun satu hal sbb org tuo takut) now syukur dah ok.. kalau maghi rumoh cm dah boleh naik tingkat atas la.. dah buleh bawak shopping kat Jln TAR..hati cm pun lega almaklum mak dok sorang kat kampung nun.

so lagi nok bawok org tua berubat kena byk sabar... layan jerr jgn lawan sgt nanti stress....

lamo dok maghi blog pb... al sibuk sgt lo ni.

cm

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...