26 August, 2008

394

pB ada masalah BESAU NIE ...

Masalah yang menyebabkan pB rasa tersepit , terkepit

Payah tul nak buat keputusan nie

harap kengkawan dapat membantu beri pendapat masing masing ...




Minggu lepas , si Afiqah kehilangan basikal.

Silapnya , si kanak kanak KIT KAT kat umah tu ni RANTAI" basikal tu elok elok.
So, si pencuri pun dah songlap ler satu basikal.


Anak anak pB ke sekolah memang dengan basikal.
So , kalau tak ada basikal ni , kira macam patah kaki sebelah lar nie.

Nak 'gendong - gendong' , masing masing dah besar.

Nak tak nak , pB kena belikan jugak ler as a ganti ...

Tetapi ,
ada hukumannya yang si aBah nak kenakan pada si Afiqah nie.


Hukumannya ialah


Afiqah akan dapat basikal si Aqilah.
Si Aqilah akan dapat basikal si Arifah.

Dan basikal baru tu akan diberikan kepada si Arifah.


Masalahnya ....

SI AFIQAH TAK SETUJU DENGAN CARA BEGINI.

SI AQILAH PUN PADA MULANYA TAK MAHU BASIKAL SI ARIFAH SEBAB KATANYA BASIKAL SI ARIFAH NI RENDAH. TETAPI BILA PB BAGITAHU YANG HANDLE DAN TEMPAT DUDUK BASIKAL SI ARIFAH BOLEH DIADJUST , BARU SI AQILAH SETUJU.

SI AFIQAH SEMALAM DAH BUAT MUKA DAH. MACAM MERAJUK GITU.

Pagi ni , Tok Ma bising dengan keputusan yang aBear buat tu.

Kata Tok Ma ,

keputusan tu buat si AFIQAH terganggu, merajuk dan tak mau bercakap.
Nanti akan menganggu emosi si AFIQAH.
Sedangkan UPSR just around the corner jer.
Nanti , si AFIQAH tak dapat fokus pada pelajaran .....

Bila pB infd pada aBear , aBear tetap dengan keputusannya .....

Tok Ma , pun , dengan pendapatnya .....


Yang dok tersepit sekarang ni pB larrrrrr ....


Tak beli , kesian sebab nak bulan puasa lagi lar ....
Nak berjalan , walaupun tak jauh , mau berpeluh jugaklah ketiak tu.

Kalau di beli , macam ni lah pulak , halnya ....



TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

21 comments:

~adeQ~ said...

mcm mana ek? kalau boleh trade in basikal tu sume, dapat le sorang satu yang baru...hehehe....tapi kalau tak hukum nanti cuai pulak...dilema....

Ummibatrisya said...

salam,

susah betul nak buat keputusan.

bila tersepit mulalah nak geram.

betul jugak kata tok ma.

macamana ye?

trade in aje semua basikal dan beli yang baru untuk semua

mesti semua happy :)

Anonymous said...

Kalu semua dapat yang baru pastinya semua anak pB setuju tapi kalu basikal tu masih bolih dipakai tidak uzur maka gunakanlah tanpa perlu membazir utk beli yang baru. IP pernah beli basikal mauntain bike yang baru utk si abang (siap dgn absorber depan dan tempat duduk) dan disebabkan olih kecuaiannya maka hilanglah basikal itu maka hukumannya "TIADA BASIKAL FOREVER..!" In my case dia tak gunakan basikal itu ke sekolah so tak ler rasa apa2 mungkin dia rasa frust je lah. Tapi bagi kes afikah lain skit sebab dia memerlukan basikal utk kesekolah so belikan lah yang baru and cubalah pujuk abear supaya dipertimbangkan balik hukuman itu kos anak nak UPSR nanti terganggu pulak emosinya maklumlah anak perempuan mudah terusik perasaan..."Denda tetap denda but be rasional.."-IP-

luna said...

beli baru utk afiqah dan denda dgn cara lain, lps UPSR...hehe boleh?

McBudu said...

Hukuman kena sepadan dengan kesalahan. Salah siapa jika rantai tak dikenakan dengan betul? Memang salah anak-anak, tetapi anak-anak tetap anak-anak, pertanggungjawaban ke atas mereka tidaklah mencapai tahap orang dewasa. Kalau dah hilang, ibubapa pun sedikit sebanyak ada juga lalainya.

Bab menghukum, mesti ada logik dan tidak mendera mental kanak2. Lihat anak ini, dahlah dia kehilangan barang kesayangannya, diberi pula dia yang lama! Emosi kanak-kanak jangan diambil mudah. Otak mereka menyerap bak span. tapi hukum tetap hukum, cuma saya rasa ada cara lain yang lebih mesra kanak-kanak....

Kawan saya pernah menghadiahkan sepasang anting-anting kepada emaknya dan sepasang lagi kepada kakaknya. Satu hari emaknya kehilangan anting-antingnya sewaktu ditanggalkan untuk mengambil wuduk di masjid. Emaknya jadi cemas dan sedih.

Cuba teka apa yang kawan saya buat? Agak-agaknya dia suruh kakaknya bagi yang lama pada emak dan dia belikan yang baharu untuk kakak?

Kekadang kita terlupa yang kita membeza-bezakan antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Selamat berpuasa.

Mak Su said...

pjklah afiqah tu elok2, katakan, ini satu denda, utk ingatkan dia, jgn fikir dan tensen sgt sebb beskal akan jadi besi buruk juga, psg cita2 tinggi utk beli kereta lepas ni, dan pasal beskal, nanti afiqah akan gelak bila tgk gambar bila dah besar nanti... cer terai...

AZWA said...

Memandangkan exam is just round the corner, akak rasa elok juga hukuman itu dijalankan dengan cara gurauan...misalnnya Afiqah akan dapat balik basikal baru itu kalau dia berjaya dapat 5A dalam exam nanti..

ataupun...just this time make an exception disebabkan dia nak exam. Tekankan padanya kalau bukan kerana nak exam penting tahun ini, dia kena hukum. Lagipun, macam not fair pulak pada adik2 dua orang lagik kan...

semoga berjaya membuat keputusan menang-menang.

Intan Rosnitta said...

Salam kak pb,

Berat kakloh nih.

Intan nak sokong Tok Ma, beli basikal baru utk Afiqah.

Tapi

Intan sokong juga aBear kak pb utk denda Afiqah, tapi denda lepas UPSR la.

Manusia ni kdg2 lalai. Afiqah learned from her mistake, for sure dia pun menyesal tu. Tapi parents pun sepatutnya remind diorg selalukan? Kak pb & aBear pun lalai utk remind Afiqah dlm kes ni... hihi :D

Anyway, up to you to decide.

*Guano doh bahu Tok Ma?

Zawi said...

pB,
Salam.
Letak semua basikal diluar supaya pencuri curi semua basikal. Pastu beli baru untuk semua orang. Selesai masalah. Lupa lak, masalah lain seperti ongkos akan timbul, fening fening.

Neeza Shahril said...

pening jugak nak fikir ni..
kesian pun ada jugak..
mungkin kalu slow talk Afiqah ok kot..

-akuni- said...

PB setuju ke cara Abe?

Tapi problem nyer kat sini bukan pasal nak beli baru atau tidak tetapi between your mum & your hubby...mana satu yang patut PB follow? Kuang kuang kuang...

Byk nak tulis ni tapi tak pe lah... simpan je...

MULAN said...

looorrr... besar jugok masaloh ni.. ozom ozom je lah..

Abahnajwa said...

PB..

Abah setuju dengan McBudu..anak2 still anak2 kan? Janganlah hukum mereka begitu sangat..cian mereka..dia dah tau yang dia bersalah tuuu..

PB pujuklah abear lagi..hembus2 telinga dia ker..ahaks!

pB said...

ABAH NAJWA
aBear ni , kdg kdg kalau dia dah buat keputusan , pB pun tak leh nak hembus hembus. Tak jalan ....

pB said...

MULAN
Kalau buleh OZUM OZUM , kan senang.

idak pun , saper dpt lidi panjang , dia dpt basikal baru.

he he he





AKUNI
Selalu tersepit macam nie.
Kdg kdg tu , dah malas nak ambik PORT.
Lantak ler

pB said...

ADIK JA
Pagi ni , napok dio molek molek jah naik basikal tu...

Budok , beso dio doh , suko merajuk




POK AWI
Pinjae basikal pok awi lah , kalu gitu

pB said...

INTAN
Basikal baru tu dah pun dibeli.

Tiap tiap mlm kena remind kunci basikal.

pB said...

AZWA
Terima kasih Wa ....

kdg kdg , setengah benda tu nampak halus jer ,tapi , sebenarnya sebesar ada masalahnyer...

pB said...

MAK SU
Nanti balik , nak ambik gambar dia dengan basikal 'buruk' tu ...




Mc Budu
Thx .....

Insyaallah , akan pB jadikan pedoman ....

selamat berpuasa juga buat Mc B dan keluarga

pB said...

LUNA
Harap this time dia akan ingat untuk lebih cermat




IP
U know aBear is like macam mana , kan .....




UMMI
kalau yang ni , budak budak happy

Mama jer lah yang kureng happy

pB said...

ADEQ
payah kalau dah ada anak besar besar nie

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...