27 August, 2008

395


CERITA 1

Malam sabtu yang lepas , bawak anak anak ke Alamanda.
Dah lama tak bawak bebudak tu tengok wayang.
Dah lah cuti sekolah pun tak kemana mana pun.

Tiket dah ambil dua hari awal.
So , dapat seat yang cantik.
Cerita WALL E ...
Seronok sangat walaupun tak banyak skrip.

Show pukul 940 malam.
Solat isyak kat Alamanda.
Show habis jam 1030 malam.
Lengang Alamanda.


CERITA 2

Tiba tiba teringin nak cuba buat Pau Eno.
Sakan mencari resepi kat internet.
Siap sms tanya sama Kak Onde Onde lagi tu.

Tak lah susah mana pun nak buat kuih apam ni.
Rajin dengan malas jer.

First time , buat , kira menjadi lah jugak.
Cuma , agak melekit sikit.
Tok Ma kata , pB terlebih masukan YEAST.

Dan juga terlebih bubuh kaler pink.
Sekali tengok macam apam yang cina letak kat depan umah.
Untuk bagi hantu makan...

ha ha ha .....




CERITA 3


Malam selasa lepas , hantar anak anak ke USJ lagi.
Ada kelas malam.

Tak tahu nak kemana , last last lepak kat JAEN.
Shopping barang dapur .

Bila keluar dari JAEN tu , tengok ada kolam ikan.
Ala ala yang kat PAVILION tu.
Terapi ikan untuk kulit mati.

Cuba lah jugak.
Asyik baca MULAN jer yang try , mana aci.

20 minit , sepuluh ringgit.
Murah lar tu , kiranya.

Geli geleman jugaklah mula mulanya.
Sampai naik ke tengkok.
Tapi lama lama , naik seronok .......

So , pada sesiapa yang jumpa benda alah ni ,
jangan segan untuk mencuba.....
Sebab nya

MEMANG FUN ......

===========================

Berbalik pada isu basikal , terima kasih pB ucapkan pada yang meninggalkan komen dan pendapat.
Basikal baru telah pun dibeli , semalam.
Kopak seratus lapan puluh ringgit.
Mahal dah sekarang basikal nie.

Basikal baru ni tetap diberikan kepada si ARIFAH.
si AQILAH tetap mendapat basikal yang dulunya milik si ARIFAH.

Dan pagi tadi , pB lihat si AFIQAH elok elok jer naik basikal yang diberikan kepada nya.
Yang sebenarnya , basikal yang di'hadiah'kan pada dia tu , tidaklah buruk mana pun.
Budak perempuan bukan lasak mana pun.

Basikal masih elok.
Cuma kaler jer yang dah luntur.
Bakul pun masih ada.

Pelana dah pun aBah naikkan ....

Harap harapnya , merajuknya dah hilang.
Dan fokus pada pelajaran masih tetap sama dan utuh.

Doakan agar anak anak pB berjaya dalam UPSR nanti , nyer ......

========================

Hari ini , OFIS INI KEPUNYAAN pBBBBBBB

pB sorang sorang jer ada kat pejabat.
Nak berdansa pun boleh nie......

he he he

15 comments:

KV said...

berdansa elok2 kak, jgn tersadung kaki sudah!

Ayu said...

Amboiii Kak PB byk sekali entrynyaaa hehehehehe
jadi jugak apam tu tapi mula2 ingat mmg kak Pb buat warna merah heheh rupanya pink yerr :)

Ummibatrisya said...

salam,

seronok dok sorang2. :)

lama tak makan apam eno ye. susah nak cari sekarang ni.

teringat masa dalam pantang kena makan apam aje, kuih lain tak boleh.

seronoknya terapi ikan itu :)

bila lah nak pergi massage dan segala jenis terapi?

Intan Rosnitta said...

Salam kak pb...

1) Cerita 1 - Kalau best kena cari CD pas ni!

2) Cerita 2 - Nampak sedap apam tu...

3) Cerita 3 - Geli. Intan x berani nak cuba.

>> Buleh masuk sehati berdansa pas ni ;)

Purpleheart said...

Kak, peh ni wat apam kaler pepel pulak yea... antu pun tak berani nak makan.

pB said...

PURPLE HEART
hi hi

putih star ker ...??

wau , mesti mengancam bijik mata

pB said...

INTAN
Sparing partnet tak der , cam ner nak berdansa

pB said...

UMMI
Lepas raya , ummi dtg kl .
Kita sama sama ke Pavilion ...

Jommmmmmmm

pB said...

AYU
Mak kak pB langsung tak makan yang kaler PINK tu ...


hu huhuhu

pB said...

KV
Tak sempat nak berdansa , sebab dok asyik kena jawab talifon

Neeza Shahril said...

banyok kejadian hari ni ye..

best pulok tengok terapi ikan tu.. nok tera la kelik nati..

anok2 smeta jah merajuk... keno gayo pujuk, okay lah smula dok.. :)

pB said...

ADIK JA
Itu crito dari malae sabtu sapa malae selaso ....

memae keno tra ....

budok budok kadae kadae tu lagu tu lar ....
memae keno gayo molek molek...

tapi kakak ni dio jenih senyap. tu payoh nok baco hati dio ...

oren said...

kak,

buh la resepi nak buat pau tu..saya semangat nak try nih..

blackpurple @ jowopinter said...

Beli basikal kat kedai [rumah corner lot] tepi jalan Puchong Perdana itu ke PB? He he he

Alex Lacey said...

dansa apa tu? goyang gerudi hahahah....

alhamdulillah, masalah basikal dah selesai...k.we baru baco...

tu kueh tu kalu buak banyok ket gi, bulae poso wak mari la ko Bangi nih hehehe...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...