02 September, 2008

399

Hari jumaat tu , lepas jumpa doktor, pB terus ke pejabat.
Rugi kalau tak datang sebab ada makan makan.
Punyalah banyak makanan , macam jamuan raya jadiknya.

Sabtu , terpaksa datang pejabat lagi.
Kerja kerja terakhir untuk ISO .
Insyaallah pada 3 dan 4 haribulan ni , memang kena ODIT.
Esok lar tu.
(So , esok pB punya blog tak akan berupdate ler nampak gayanya).

Malam 30hb tu , pB bawak anak anak ke Dataran Shah Alam.
Saja saja nak meramaikan orang yang tak ramai di Dataran.
Memang kurang sambutan jer pB rasa.
Perarakan pun tak lah ramai mana pun.
Banyak kontijen dari jabatan kerajaan.
Yang swasta ni , ada dua tiga jer.

Sempat gak tengok bunga api.
Kesimpulannya , boleh lah tahan.
Dalam kesederhanaan ada kemeriahannya.

Ahad , pagi pagi dah ke Pasar Borong Selangor.
Ada orang mengidam nak makan ketam.

Walaupun , ke Pasar Borong but still beli ikan yang biasa biasa.
Tak reti lar pB nak beli ikan yang pelik pelik nie.
Takut tak reti nak masak.

Tengah hari tu , kita orang pakat makan ketam bercili dan juga
gulai lemak ketam.
Tu dia , sekali masak , dua resepi.

Petang tu keluar kejab.
Cari cat.
Nak cat bilik tidor pB dan anak anak.
He he , sempena hari raya.


Hari pertama berpuasa.
Alhamdulillah , semua nya berpuasa kat umah tu.
Tolak si Nurin.

Berbuka simple jer.
Tiba tiba teringat yang budak budak suka makan ikan percik.

So , ikan perciklah menu utamanya.
Selain dari tu , paru goreng , kailan dan juga ayam masak kicap.
Kuih pun just buat che mek.
Oklah tu , kan .........

Menu petang nie...??
Tak tahu sebab pB satu family akan berbuka di Masjid Al Falah USJ petang nie.

Anak anak tusyen jam lapan malam.
So , lepas berbuka , terus hantar mereka.
Dan , insyaallah berterawih di sana...

KAK Yan , kalau jumpa pB , tegur lah yer

11 comments:

KV said...

kv ptg ni lauk tunjuk2 kt param peringat lah. Wahaha

Ordinary Superhero said...

Ohh, menu kat mesjid al falah usj hari ni ialah nasi tomato dengan ayam masak merah.

Heh heh he...teka aje tu.

AZWA said...

Semua orang pakat tukar template nampaknya hehehehe...cayalah..

oren said...

bestnya dpt pi solat kat masjid..saya nih, nampak gaya kena tunggu lagi 2 tahun, tera si naufal nih besaq.. (tu pun kalo takde baby baru..) muahahaha...

ibuVouge said...

bestnya buka posa dan terawih kat masjid..iv kat umah la.. takut nak bawa LC ke masjid.. sat lagi dia jadi muazzin pula..eheh
slmata berbuka kak PB

Abahnajwa said...

Pb

kenapa cam best jer puasa kat Malaysia ni..Kat Liverpool ni cam takda benda2 tu semua pun...ishhhh...nak balik larr (rasanya akan terus mengulang line ni sampai Raya..)hehehehe

fatin said...

akak.. buka simple tu mcm saya nih. telur mata dgn sadin sajor... itu makan sedap namanya siap buat kuih lagi hehe

pB said...

FATIN
Fatin , kalau sardin lawan telur mata kerbau , MEMANG SUPERB ...
Boleh bertambah tambah .....




ABAH NAJWA
Kat sana sejuk ......
kat sini panas ......

Kat sana pinggan murah ...
Kat sini pinggan mahal ...


Jangan sedih , insyaallah , balik ler aBah tu nanti

pB said...

IV
Lama tak nampak IV kat umah kak pB nie.

Tahniah sebab pregnant lagi ...

pB said...

OREN
Jangan sedih, tau.
Dulu kak pB pun macam Oren jugak.
Ada anak kecik payah sikit nak ke masjid.
Bukan apa , tak nak pulak anak kita mengganggu orang yang beribadat.

pB said...

AZWA
Puasa puasa ni tukar angin....




O.S.H
Sedap tu , kalau betul




KV
Poso ni tok g lagi pasar ramadhan ...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...