19 September, 2008

409

Salam Jumaat semua ....


Kalau mengikut kalender bulan Islam , 13111 hari yang lepas , pB telah dilahirkan.
Yup , pB telah dilahirkan pada 19 Ramadhan 1392 .
Dan hari ini , pB berusia 35 tahun 10 bulan 23 hari.

Kurang lagi setahun umur pB.
Ajal makin hampir , tapi , ibadah tak bertambah tambah pun ..
Alahaiiiiiiiii ......

Esok di Masjid As Salam , akan diadakan solat sunat Tasbih.
Bermula pada jam 8 pagi.
Khas untuk para para muslimah sahaja.

Kepada yang tinggal berdekatan , silalah menghadirkan diri.
Insyaallah , sama samalah kita mencari keredhaan di bulan ramadhan yang mulia ni.

10 hari lagi , kita semua akan menyambut Syawal.
Moga moga , panjang umor .
Yelah kan , ajal maut ni , kita bukannya tahu dan nampak.
Macam macam boleh berlaku.

Kalau dah ditakdirkan , tiada siapa yang boleh mengubahnya.
Betul tak ???

Malam ni , dapat jemputan berbuka di Bangi , rumah sepupu pB.
Insyaallah , kami sekeluarga akan kesana nanti.
Reseki jangan ditolak , kan ....

Dan rasanya , esok akan mula projek buat biskut raya.
Tang menbancuh adunan tu , ok .
Tang membakar tu , yang pB lemah tu ....
Malas sungguh nak menunggu ......

Dan last , sekali tang mengemas dan membasuh peralatan seperti mixer.
Itu pun ......
Satu hal jugak ...

Hi hi hi ....
Dah tau malas, tapi , gatal nak buat jugak.
Pas tu , komplen tu , komplen nie.....


Oo lupa, jumaat depan , kita orang dah nak balik KAMPUNG.
Insyaallah , akan bertolak selepas solat Jumaat.
Itu plan aBear ....
pB mengikut aja.

Anak anak dara yang kat umah tu , siap tanda lagi kat kalender.
Hari hari dok tanya berapa hari lagi nak balik umah Tok Ma nombor 2.

Kami akan berada di sana 4 hari sebelum raya , dan , 4 hari selepas raya.
Itulah perancangannya .....

Oklah , wa chow dulu.
Mau ke Tabung Haji.
Korek duit sikit.
Untuk dibuat 'duit raya'

Hu hu hu huhu

31 comments:

Intan said...

Kak pb,

Jange tok jadi projek sekut rayo tu! Assistant ramai, jange runsing...

Hihi

Dan Selamat Ulangtahun (kalu ikut Kalendar Islam!)

:D

FaEzHussain said...

Happy birthday KakPb.

Selamat berbuat kueh rayo.
Saya?kami berjemaah 'buat kueh raya' kat opis. Guna pen dan kertas je, pastu hulur hulur la kertas kaler merah hijau biru...heheh
Alasan saya: Oven takde, jadi takleh buat kueh raya sendiri.

Malassnyaa nak buat homework.....inilah nasib sorang student matang......(matang tang mana tak tau wakaka)

pB said...

FAEZ
Terima kasih.

Mulo mulo kak pB baco, kaler meroh , kaler hija, biskut gapo lar tu ....

Rupo-ruponya assignment ...
Terkena kawe

Susoh lonni.
Lepah ni , bilo habih gak , supo hilae hutae 100 juto ....

pB said...

INTAN
Assistant memae la gha'ma.
Hok ngu'cha , pun gha'ma jugok tu.

Insyaallah, kalu jadi, is'na ni kak pB post gambar sekut tu ...

hi hi hi

Anonymous said...

4 hari sebelum raya dan 4 hari selepas raya dok kat umah Tok Ma No. 2, hari raya duduk mana pulak? hi hi hi...

Anonymous said...

oh ya terlupa pulak:

SELAMAT MEYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KALENDAR ISLAM!

pB said...

AHNI
Hari raya dok umah sedara mara sebab berjalan sakan ...
he he he

Tks

cikdinz said...

dah start preparation raya nampak nya...

Anonymous said...

mesti mak kak PB ada citer pasal kelahiran kak PB tiap kali bulan ramadhan kan

luqman pun lahir ramadhan..7 ramadhan..tp sy kene ganti puasa 26 hari coz 4 ramadhan dh masuk wad :P

WorkingMama said...

kak pb,
saya order je kuih raya.
malas.
takde geng nak buat.

pB said...

FARAH SR
Dulu akak order jer.
Sekarang bila anak anak dah besar , mereka nak merasa buat biskut...




LUNA
Kak pB , anak yang sulong dan yang kedua , bersalin dua minggu sebelum puasa.

So , kena ganti penuh. Tapi yang syok nyer , bila raya , dah cukup 44 hari.

Mmg beraya sakan .....

pB said...

CIKDINZ
Bukan setakat preparation , mmg dah ready nak balik kampung dah nie

Ummi said...

salam,

tok ma lahirkan pb dalam bulan posa ye...

suruh je anak-anak dara tu bakar biskut...

ummi half day hari ni balik buat biskut yang ditempah orang :)

WRA said...

kalu ikut la...Awadah dulu pun lahir bulan Ramadhan...hari ke 2 posa...k.we dae poso sari, esoknya poso sekerat hari, sakit perut....hmmmm....
happy birthday la tuh...

meh la singgoh rumoh k.we semeta malae nih...jangae kkejut sudoh la kalu kkubae...hehehe

muadzlife said...

wahhh..dah x sabar nak balik kampung yeee....

suriani said...

wahhhhh pb.. lamanya raya..
anyway, selamat berbuka puasa untuk hari ini!

Anonymous said...

masa lalu kat taman umah nurseri sbb nak hantar mira, dah terbau kuih raya..addeeehhh...sedap betui baunya..

Ungku Nor said...

suka buat kuih yang takyah guna mixer..satu kapal la dgn pB, maleh nak basuh ;p

Zareda Norman said...

belum datang mood nak buat biskut raya ni..

rumah dah tunggang langgang, dah siap kemas ok baru bleh pikir buat biskut. Aniway, biskut apa PB dah buat tu??

Kak Elle said...

selamat membakar kuih raya pb....hehe

wah nak balik kpg raya ye?mesti best suasana di kpg kan?

Anonymous said...

Kuih Raya...Duit Raya...Baju raya..Kad Raya..Balik kampung Raya..Raya balik kampung...Ni lah keluhan orang yang tak balik kampung bila raya..Selamat balik kampung kak pB Jangan lupa lak balik sini bila balik kampung nanti.. ada orang menanti...Buat kuih raya banyak sikit ekkk bagi le sama kat YAT..N3 kak pB best le baca...Bila leh jumpa ekk..Nak duit raya..

zino said...

selamat hari lahir.. semuga terus ceria dan sihat sejahtera..

berapa hari cuti raya ni..?

Anonymous said...

... pada hari kelahiran kita tentu menangis..

.. dan apa salahnya kita menangis pada hari ini untuk mengingati apa yang telah kita lakukan sepanjang kita berada di dunia ini...

salam ulangtahun pn. pB

aNIe said...

PB...akak pun belum buat kuih lagi..ntah bila nak start pun tak tau...sikecik dah suruh buat...ari tu dah beli sebalang kuih dahlia...dia dah makan tinggal 2-3 biji aje...

Happy sungguh bebudak tu nak balik beraya umah tok mah ye...

Yunus Badawi said...

Wah cuti lama nampak. Bila balik Puchong jemputlah kita org ke rumah terbuka pB. Kami nak rasa kueh raya yg kaler2 tu.
Pegi Tabung Haji semalam ok ke? Masa saya pegi pd 17/9 tu, ada problem sikit. Yalah, org S'gor dok serbu TH kat KL. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah ni,boleh lawat blog saya.

kbguy said...

wow, syoknya balik kampung. Pandu kereta tu berjaga jaga, ya. Biar lambat asal selamat. Kbguy ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya kpd semua di rumah..

Ayu Mohamad said...

Happy belated besday kak PB.. semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Nya.. aminnnn

ibuVouge said...

selamat ulang tahun kak pb

iv balik kelantan raya kedua malam
maybe leh jumpa kot

pB said...

IV
Terima kasih.

Kita jumpa kat umah KV , nanti yer




AYU
Aminnnnnnnnn




KBGUY
Thx ....
Jauh perjalanan nie

pB said...

YUNUS BADAWI
Insyaallah , kalau tahun ni pB buat Open House , pB akan jemput rakan rakan blogger ...

BTW , Abg Yunus tinggal area mana?




KAK LADY
Dah lama kita orang tak balik akak.
Last , balik raya haji tahun lepas.
Tu , yg buat budak budak tu gumbira sakan nak jumpa sepupu belah che aBear




JAMRI
Itulah yang seeolok eloknya

THx.
Selamat Hari Raya

pB said...

BRO ZINO
Cuti pada 26/27/28/29/30/1/2/3/4/5/6 dan 7 oktober. 8hb baru masuk kerjaaaaa




YAT
Ngada tul lerrrr




KAK ELLE
Tiap tiap tahun balik kampung

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...