16 October, 2008

425





Pada hari raya yang ke dua , kami sekeluarga telah ke PCB Resort.
Ada acara khas dijalankan di situ.

Satu perjumpaan Keluarga Bakti telah diadakan.
Acara ni adalah acara tahunan.
Tiap tiap raya kedua , keluarga Bakti akan berkumpul dan ber'minggle minggle' antara satu sama lain.

Keluarga Bakti ni sebenarnya ahli keluarga aBear.
Nama Bakti tu diberikan oleh Sultan Kelantan kepada moyang aBear yang merupakan
pawang diRaja pada masa itu.

Moyang ni pulak , beristeri ramai.
Kalau tak silap, dia ada lima isteri.
Dan ahli keluarga aBear ini dari isteri yang ke lima.

Pada perjumpaan pertama yang diadakan 4 tahun lepas, seramai
lima ratus orang ahli keluarga dapat dicari dan dikumpulkan.

Tapi, pada tahun ini , yang datang hanya separuh.
Mungkin mereka juga seperti pB , datang kerana diPAKSA RELA.
Ha ha hahhhhaaaa

Bukan apa , pB macam frust sikit nak join gathering nie.
Frust sebabnya sedara mara yang datang ni tak berapa nak 'berminggle-minggle'
antara satu sama lain.
Masing masing just duduk dalam kumpulan masing masing.
Senyum pun macam kena paksa paksa pulak.
Tu yang pB frust tu ........

Walau apa apa pun , this year oklah jugak.
Ada acara fotografi anak beranak , ada pertunjukan wayang kulit dan life band.

pB yang reti cakap kelantan , pun ada gak sedikit masalah masa nak faham permulaan
wayang kulit tu.
Tak tahu lar , kalau yang datang dari luar Kelantan.

Ooo lupa , ahli ahli yang datang ni dikumpulkan dari Kelantan , Wilayah Persekutuan dan juga Selangor .......

Itu cerita Hari Raya Puasa yang ke 2.






26 comments:

McBudu said...

""".....Moyang ni pulak , beristeri ramai.Kalau tak silap, dia ada lima isteri.Dan ahli keluarga aBear ini dari isteri yang ke lima...."

Che Abe tak naik semangat ke bila mengetahui Moyang nya yang hebat tu? he he selamat Hari Raya....

Anonymous said...

Kenapa paksa rela PB?

suriani said...

macam hari kuarga.. tapi tak berapa mesra.. mana syiok, kan?
hehehhe.. mengapi2 plak!

pB said...

UMI AMEER
Tu lar kata.
Mmg macam tak mesra.
Asyik dok bersembang dengan yg kenal kenal jer.
Yg tak kenal , masing masing buat tak tahu jer.

pB said...

AHNI
Sebab rasa macam menghabiskan masa begitu jerrr





McBudu
aBear dah dapat Green Lite dari pB.
aBear jer yang jual mahal

Naiza Hasan said...

pB,
Jadinya banyaklah adik beradik lain yang dah berusia ye? Kenal ke semuanya?

pB said...

KAK YAN
Dah disebabkan ramai, maka , terjadilah puak puak dan suku suku.

Tak kenallllllll ...
Hu hu hu

Tu yg sadis tuuuuu

Yunus Badawi said...

pB,
Kalau dah terlalu ramai mcm tulah kot jadinya. Kureng mingle dgn yg tak kenal.
Pakcik sebelah bapa saya pun nak buat gathering 26hb ni. Tahun lepas kali pertama dia buat sambutan hangat. Tahun ini mcm ada yg dah hilang stim. Nnt lah saya cerita.

Yunus Badawi said...

pB,
Betul ke aBear dah dpt green light? Sungguh suci hati mu . . . ewahhh

Irfa said...

SALAM KAKPB..
wah ..sepatutnya family gathering besar2an..mesti best.takpelah,kita x leh paksa org utk beramas mesra

Intan said...

Hebatnya kak pb...

Ado fmly gathering besar2an gitu!

:D

pB said...

INTAN
Kadae kadae kat Kay El ni pun ada aktiviti.
May b tahun ni nok aktif sikit ...




IRFA
Tak po lah.
At least bilo ado gathering ni , kito buleh jupo dengae orghe orghe hok kito beso jupo ....
Kiro sekali harung rayo situ.
Tak yoh doh gie ghumoh dio

Hi hi hi

pB said...

ABG YUNUS
Mulut kata begitu.
Hati belum tahu ....

Entah ler

pB said...

ABG YUNUS
Tak sabar menunggu entri itu

WRA said...

kalu k.we pung mungkin jadi paksa rela jugok kalu lagu tuh...baik tak yoh gi kalu tak capai matlamat hehehehe...

Yunus Badawi said...

pB,
Sori nak tamboh 1 lagi soalan:
kenapa muka pB dikaburkan kat gambar ni mcm tahanan reman? Kalau xnak tunjuk lebih baik hitamkan bahagian mata he he he

TokNabe said...

Kira besar jugok la keluar ni ye. Kalau satu2 masa boleh berkumpul samapi 500 orang tu. Gathering ni seronok kalau ramai2 cam tu, boleh bi=uat banyak2 aktiviti.

Cuma satu je, mungkin dalam ramai2 ahli keluarga tu tak semua kita kenal rapat atau kenal. Mungkin kalau terjumpa di mana2.. kita sendiri tak kenal.

Ungku Nor said...

500 lebih??
mak aiihhh..ni kalo terlanggar bahu tengah jalan pun tak tau yang tu sedara sendiri ek?
hehe

Intan said...

Kelmarin komen doh... x tubek2. Huhu.

Ramainya kaum-kerabat Kak Pb. Gathering besar2an lagi.

Best.. best...

:)

pB said...

INTAN
Best dalae tok best

hu hu hu




KAK UNGKU
500 tu masa gathering yang pertama.
Makin lama makin kurang yang join.

Anonymous said...

Biasola kalu ghama2 dih lebih selesa dgn hok kenal2. Keno ado jong hok perkenal soghe2 br beh. Ni bg oghe pemalu mcm sayo..he..he..tok gheti nok approach oghe dulu. Kalu senyum2 ok la.

Ececeh..lomantik la gamba bwh sekali tu ;)

umeboshi said...

k.pb,
amboi...romantikus la gambo k.pb berdua dgn abe tu. kat tepi pantai eh..?!!

Anonymous said...

Yang menarik perhatian IP ialah gambar yang kat bawah tu, sungguh romantis skali, pB atas paha abear ke tuh...i like cara you posing... memang ada gaya...semoga bahagia slalu...-IP-

indera kencana said...

Abang keturunan Pawang Diraja??? Waahhhhh... gitu.

Takpe la Kak pB.. dorang tu tak reti nak senyum masa kat Kelantan je. Dah sampai KL, toleh sebelah kanan, jiran orang Cina. Toleh kiri jiran orang India. Tengok depan rumah, jiran orang Perak. Nak tak nak kena senyum jugak la dorang nanti, kan?

Adry said...

umang aii... memang besar besaran ni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Mak Su said...

at least, kenallah paras rupa memasing ek, kot2 jumpa kat kl, nanti terperasan-perasan, "eh, macam kenal, dulu ada kat PCB ker?"

hik hik, aku plaks lebih2

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...