Salam semua..
Bersiaran langsung dari Kampung Selikuh Mat Ripin
Salor , Pasir Mas , Kelantan.
Perjalanan kami sekeluarga dari Puchong , alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Walaupun lewat satu jam dari yang dirancangkan , namun kami sampai mengikut jadual.
Cuaca sepanjang perjalanan pun , cerah.
Cuma , semasa keluar dari rumah , sahaja , hujan lebat.
Setibanya di Gombak , setitik hujan pun tiada .
Berhenti di Bentong , untuk solat subuh.
Berhenti di Benta , untuk bersarapan.
Menu simple jer , mee goreng dan ayam goreng.
Semuanya dimasak oleh cheff terkenal iaitu cheff pB.
Ha ha ha .....
Jam 1230 tengah hari , kami semua sampai di rumah Mertua.
Anak anak tidak sabar sabar untuk bermain .
Ada yang bermain di perkarangan rumah.
Dan ada yang bermain video game di atas rumah.
Pilot dan Co Pilot , apa lagi.
Layan mata lerrrr.
Tidur , sedar sedar dah nak masuk asar.
Selepas asar , pB dan aBear keluar ke bandar.
Just makan angin.
Yang syok tu , sorang pun anak anak tak ikut.
Tak ada yang nak mengikut pun.
Nurin siap hulur tangan , nak salam salam lagi tu.
Destinasi di tuju , Sungai Kelantan.
Berhampiran dengan Pelangi Mall.
Nampak gayanya , tempat tu sekarang menjadi kawasan popular untuk anak anak muda lepak lepak sambil menikmati angin petang.
Terkejut jugak pB bila melihat anak anak muda di sini.
Macam berada di kay el pun ada gak.
Baju baju semuanya dah up to date.
Seluar tiga suku.
Nampak lurah.
Cuma yang tak kelihatan ialah "Naga Betina"yang berasap.
Kami berdua just ronda ronda area Istana Jahar dan Istana Batu.
Melihat rumah lama yang sedang dibaik pulih.
Melihat "Bank Kerapu".
Sempat mengisi perut di Perkarangan Perkampungan Budaya.
Steamboat yang cuma "SAMAH" satu cucuk.
Dan segelas Nescafee O yang hanya berharga "DUA AMAH".
Usai Mahgrib , kami beredar ke KB MALL.
Untuk mencari seluar dan T Shirt buat si Nurin.
Rupa rupanya dalam kekalutan mengemas, semua baju basahan Nurin tertinggal.
Nasib baiklah , baju raya ada .
Kalau tidak , lagi haru.
Di KB MALL , sempat juga bersms dengan KV.
Ingatkan dia ada di situ.
Rupa rupanya dia ada dirumah.
Tak lepak di sana pun.
Hujan mula turun , semasa kami sedang makan malam.
Sehingga ke pagi ini , hujan masih turun.
Semakin lebat ....
Pagi ini , kami ke Pasar Kubang Pasu.
Mencari nasi berlauk, nasi dagang , nasi impit kuah kacang , pulut pagi kacang , pulut dakap dan beberapa lagi jenis kuih.
Insyaallah , esok kami akan kesana lagi.
Untuk membeli Nasi Tumpang pula.
Oklah ,
itu sahaja laporan dari pB.
aBear dah panggil .
Dia nak makan nasi lar tu .....
Babai.
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
06 December, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
16 comments:
selamat hari raya korban...
tetiba tenet dah ok le pulak hehe..
Sedaknyo dio beghayo di Kelatae..
ni hok nok dekki ni.. ;)
Nasi tumpang tu nasi ggapo gak kak pb??
Cerito pasal fesyen tu Pak Man tok berapa berkenan. Yang lain-lain tu ok!....pulut dakap tu best!
pasir mas tak banjir eh?
alhamdulillah.
Salam Aidil Adha buat PB & famili ;D
selamat hari raya aidil adha kak PB.. :D
ptg semalam kv gi kb mall. Punya lah ramai manusia sampai tak larat nak membeli bagai eh. Kena gi tgh hari nanti.;P
Alhamdullilah selamat sampai.. kak sya pun dah di Melaka
pB dan aBear berfoya2 dua org aje ya? Tentu best dpt mengembalikan kenangan mula2 jumpa dulu he he he
selamat hari raya aidiladha kak pb..:)
Salam baru jupe blog ni. Nescafee dua amah...salah tu ore kelate kata serial..yang ada samah, tiga amah dan lima amah.
Dua amah, empat amah tak pernah ore sebut.
pah bilo nok sambong nyoh piBI weh... ko lekak daging? ekekke... selamat brayo lah...
Emmmm...jelesnyaaa dengar kak pB berjalan-jalan gan aber..sayang betul aber kat kak pB ekk..Ada lagi yang jeles ni tiap kali raya je balik kampung tak macam yat raya je semuanya kat sini sedih tulllll...apa nak jadi le gan yat ni sampai bila tah macam ni..
Apa pun selamat beraya lah buat kak pB..berapa ekor lembu tumbang..Tahun ni tak tenguk pun darah lembu yg tumbang..
...YaT
Salam Aidil Adha.Seronoknya balik kampung,saya sampai sekarang tak sempat nak balik lagi,insyaallah akhir tahun ni dapat balik kelate.Memang sedap makan kat Perkampungan Budaya tu...tapi masa tu saya makan nasi ulam,Adik yang tunjuk tempat tu,murah pulak tu...tapi Steamboat kat mana letaknya,nak pulak pergi cuba.Satu lagi nak tanya kenapa tak ada foto pb atau anak2,takut orang kenal ke...?
Selamat Hari Raya Korban.
Minta sikit daging korban ?
Eh .. pb tak buat korban ke tahun ini ?
kb mall.... suka jalan situ. tahun depan mesti pi lagi sbb adik ipar nak kawin org pasir mas..
Salam PB...SELAMAT ARI RAYA AIDIL ADHA...Amboi bestnya orang tu dpt balik kampung...
Masih kat kampung lagik ke...?
Post a Comment