17 December, 2008

482

Salam


Tengah hari tadi , pB ke PKNS.
Hajat di hati tu nak jahit blouse.
Perginya berdua dengan sorang kakak Kelatae.

Sampai di PKNS, pusing pusing cari kedai jahit.
Butik menjual blouse yang dah siap , banyak.
Yang menjahit, tak berapa nak jumpa.
Bila dah jumpa , tukang jahit pulak tak berapa nak up to date.

pB tak mau blouse yang lurus , butang depan tu.
Ingat nak lar biar berfashion sikit.
Biar ada partern partern sikit.
Biar lar nampak up to date.

So , melilau lar pulak cari patern baju.
Bila dah jumpa yang berkenan tu ,
kami berdua pun pie lar cari tukang jahit.
Tukang jahit lak tak ada .
Dah keluar makan.

So , pB dan member tu pun naik ler ke Tingkat 4.
Kat situ ada ala ala food court .
Tapi , tak banyak pulak yang open.

Jumpa ada gerai yang all the staff tu Abang abang.
pB order mee hailam.
Akak tu order mee hoon tomyam.

Tunggu punya tunggu ,
air jer yang dulu sampai.

Lepas tu ,
tunggu lagiiii.

Hampir 25 minit , kami tunggu.
Bayang mangkuk pun tak nampak.
Air pun dah nak habis.

Last last , pB pun pir lar jumpa tukang masak tu.
Memang kami punya order langsung dia tak buat lagi.
Alasannya , terlampau banyak order ...

Ayo yo yooooorrrrrr

So ,
turun lar semula ke tingkat 1.
Ingatkan tukang jahit tu dah ada.
Tapi , rupa rupanya tukang jahit tu melantak tak habis lagi.
Hmmmmm


Last last keluar dari PKNS begitu ajer.
Apa apa pun tak dapat ....
Letih dan lenguh jer yang singgah.

pB lak singgah pulak kat pejabat akak tu.
Singgah solat.
Sekali bila , nak pakai tudung ,
cari cari , brooch pulak dah cicir entah kemana ....

Hmmmm ...

Memandangkan tak makan lagi ,
so masa perjalanan pulang dari pejabat akak tu ke pejabat pB ,
pB singgah ler kat satu restoran ni.

Beli nasi kosong dan ikan cencaru masak sambal.


Terkejut badak masa nak bayar .....













Akak tu kenakan bayaran 6 ringgit.
Untuk ikan cencaru sekor dan nasi separuh .....

Barangkali , ikan cencaru ni pakai jaket kulit kot.
Sebab tu mahal gilerrrrrrrrrrrrrrr

Pejabat akak tu kat Seksyen 11
Pejabat pB kat Seksyen 18.

17 comments:

manlaksam said...

pB,
Maso mudo-mudo dulu Pok Mae rajin jugak main bowling di kompleks PKNS tu. Kemano lah agoknyo tuke jahit tu pegi....

Ummibatrisya said...

PB,

agaknya ikan tu pakai jaket kulit buaya kot, tu yang mahal :)

kalau kat sini, nasi separuh, sayur sikit dengan ikan jaket sambal baru RM4.00 :)

Ordinary Superhero said...

Memang la mahal.....besar ikan tu, sampai tak muat nak masuk kepala & ekor dalam bekas tuh. heh hehe sabar je lah

Pp said...

hehehe....apa lah si cencaru tu buat haru betul lah!!

dah jumpa ka brooch tu??


Pp

Alex Lacey said...

mahal weh....minyok turun hargo doh, tapi ore dok cekik daroh lagi....hmmmmm

shafarina said...

Ya ampun. Minyak dah turun, getah dah turun, besi dah turun, sawit dah turun, harga maintain mahal ker?

Cekik darahnya

xiiinam751 said...

Salam..
Kekadang, kita nak ke kedai Melayu...tapi gitulah...tutup buka sesuka hati dia...

aNIe said...

Larrr...biar betul?...tulah...len kali PB jangan beli ikan pakai jeket tau...

Neeza Shahril said...

mahalnya cencaru tu..
ke nasik tu yang mahal kak pb?
atau mungkin jugok bekas polystrene tu.. hehee..

jangae maghoh deh..
kalu Ja la.. Ja tanyo dio.. ikae ni makae mah kot? hehee..

Yunus Badawi said...

Kalau makanan dah mahal sgt, bawak aje bekal dari umah.

Abang Long said...

Yang pasti kelihatan harga barang terus naik.

Aku Bukan Bidadari said...

kak, pkns tu murah2 ke barang2? ni pkns shah alam kan??

zino said...

kalau makan kat bangunan PKNS (sekarang dah tukar nama menara **** 2 dekat opis zino tu jarang bona cecah 5.00 inggit biasa makan 4.50 je.. ikan cencaru lebih panjang dari yg tu dan sodap pulak tu hehe

KAMATO said...

agaknya sebab ikan tu besar sangat, tenguk tu tak muat bekas tu

oren said...

polisterin tu singgit kut?

umi ameer said...

itu memanglah cekik darah giler..

sebabnya.. ikan cencaru adalah antara ikan2 yang paling murah kat pasar!

meniaga ke nak cepat kaya sangat??

Ms Minnie said...

kak pb,
nasi campur kat shah alam makin menjadi2 mahalnya... saya pun dah tak tau nak makan kat mana... nak makan mamak, tekak ni dah rasa tak bleh nak telan....bawa bekal aje la agaknya lepas ni...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...