05 January, 2009

490

Satu petang ....

Kelihatan sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat si isteri.
Berdua duan membonceng motosikal ....

Tiba tiba ,

Si isteri berbisik kepada si suami
"abg , dahaga lar ........."

Si suami pun balas
"Nak berhenti beli air ker .... ???"

Si isteri dengan selamber nyer menjawab
" Ikut suka hati lar ...."

Dalam hati si isteri pula berbisik ....

"KALAU DIA SAYANG , DIA AKAN BERHENTI BELI AIR KAT PETRONAS DEPAN TU"
"KALAU DIA TAK SYG , DIA AKAN TERUSKAN PERJALANAN'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nasib baik si suami tu berhenti kat petronas
Boleh ler si isteri tu beli air untuk hilangkan dahaga ...


Kalau lar , si suami tu tak berhenti ....


Mesti si isteri tu akan tarik mukaaaaaaaa
Mogok 7 hari 7 malam ..........

He he he

20 comments:

sya said...

Tu yg susahnya kalau itu diukur sayang.. dah lah majuk nanti si suami termangu2 je fikir apalah salahnya... jangan buat selalu.. he he he

pB said...

KAK SYA
Selalu macam tu...
pB punyalar merajuk ...
Dia buat tak tahu jeeerrrr

MULAN said...

tahan jugak dia berhenti.. sayang sangat2 tu..

aNIe said...

Hahaha...baik dia berhenti...ada orang laki ni dia tak pandai membaca fikiran isteri...sebab bila isteri cakap camtu...'ikut suka larr' mesti ada suami yang takkan berhenti...sebab dia pikir isteri dia tak kisah...

Bahaya tau...nanti isteri tu buat muncung...

achik said...

:D

Azian hasan said...

pB,
Sayang sangat la tu. Lain kali cuba pulak cakap nak pergi toilet. Test dia berhenti ke tidak!

manlaksam said...

Mogok 7 hari 7 malam......wooooo lama tuuuuu.

KV said...

haha...sengaja nak cari pasal lah tu.

zareda said...

PB

kalau dia tak berhenti pun dia sayang.. maknanya di nak cecepat sampai rumah dan isteri tersayang boleh cepat cepat minum di rumah dan buatkan dia kopi jugak.. hehheh

Jangan mogok 7 hari 7 malam, dalam brainscan mek nyanyi makyung 7 hari 7 malam..:)

aFkaR'z said...

agaknya dia pun dahaga kot.. kalo dak, mesti dia lajukan jer motosikal tu supaya cepat2 sampai umah...
minum jer air kat umah bila dah sampai...kekekeke

Alex Lacey said...

kalu rumoh dekat doh, dio tok berenti tu lojik la...tapi kalu rumoh jauh lagi tok berenti tu, memang kena mogok la tuh hahahha

Ummibatrisya said...

mogok apa tu? :)

mogok tak bercakap ke mogok rambut tak basah pagi-pagi :)

jangan selalu mogok, nanti cepat tua :)

maklang said...

nasib baik berenti...berenti tanda nya sayang je PB?

Ordinary Superhero said...

Sokong K'Sya....jangan dibuat selalu. Jangan di duga kalau tak perlu. Cik Abear tu jenih straight forward, nok minum ajok berenti la dulu.

Mak Su said...

hihihi, tak berenti ketuk kepala dia, oops!

nanti kena marah plaks, kalau awak nak air kat situ, habaq siang2...

hahahah

Yunus Badawi said...

Ni pasal tak makan tengahari semalam ke?
Dia berhenti bukan pasal nak beli air sgt tapi nak isi minyak! Apapun yg penting isteri gembira.

shafarina said...

Rule untuk lelaki.

Kalau isteri cakap 'ikut suka hati, ikut senang, ikut you' makanya sila kembali pada soalan atau cadangan pertama.

Huhuhu kalau tak gerenti isteri merajuk.

Kita slalu macam tu. Kata nak beli A tapi dia suggest B. Lepas tu bila dia tanya balik jawab 'ikut suka hati'. Tapi kalau dia beli B jugak mmg moncong ler 3 ela. :p

pB said...

WSS
Memang gitu lumrahnyer...




YB
Ini cerita tahun lepas.
Semalam , pandu sendiri ke pejabat.




MAK SU
Tak berani nak ketuk ketuk kepala.
Kang dia suruh balik jalan kaki ,
nayaaaaa

jauh lagi tu nak sampai rumah




O.S.H
Dah kawin 14 tahun , tak kan tak faham lagi ....

????????




MAK LANG
Tau tak per




UMMI
Mogok tak cakap , tak per lagi.

Kalau mogok yang tak nak basah rambut ....

Mau haruuuuuu

Hi hi hi

pB said...

KAK WEAR
Hi hi hi ...
Mujo dio berenti ...





AFKAR
Dia tak minum pun air yang kak pB beli tuuuu




ZAREDA
Hi hi hi ...
Jarang minum kopi kat umah tu

Zabs said...

Salam pB,

7 hari mogok takpa, tapi 7 malam tu tak sanggup abe agaknya....hehehe...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...