Lokasi : Pejabat.
Masa : Jam 11 pagi.
Pelakon Pertama : A
Pelakon Kedua : B
Kelihatan sebuah beg tangan terletak diatas sebuah kerusi disebelah B.
Manakala purse B pula berada di atas meja dihadapan B.
A datang menghampiri B , lalu duduk diatas kerusi di sebelah B.
A mengambil beg tangan B , lalu memberikannya kepada B.
B dengan pantasnya mengambil beg tangan tersebut dan terus memasukkan purse
yang berada di atas meja itu kedalam beg tangan kepunyaan B.
A terus bersuara 'mengatakan yang si B seperti tidak mempercayainya kerana terus menyimpan purse itu sejurus A duduk disebelahnya.
B sememangnya sudah lama menyimpan niat untuk menyimpan purse itu , tetapi disebabkan kerusi tersebut sedikit jauh dari A , maka A hanya menunggu masa untuk melakukannya.
Mendengar teguran si A , maka si B , dengan pantas mengeluarkan semula purse tersebut , dan ala ala mencampak beg tangan tersebut masuk kedalam kotak yang berada bersebelahan dengan si B.
Si A , terus bangun dari tempat itu dan keluar dari pejabat.
Tengah hari , si B menghantar teks pesanan ringkas kepada si A.
Mengatakan yang si B hendak keluar dan mengajak si A ikut sama.
Si A , menolak pelawaan si B.
Bila ditanya , rupa rupanya si A terasa hati dengan si B.
Kata si A , dia hanya bergurau.
Si B sampai sekarang merasa hairan , kenapa pulak si A patut terasa hati.
Sedangkan si B yang merasa tidak sedap hati bila mendengar teguran atau sindiran si A tu.
Soalannya:
Apa yang patut si B itu buat sekarang ini ??
Kerja satu pejabat , tapi langsung tidak bertegur sapa.
Memandang pun tidak lagi , rasanya .....
14 comments:
wat bodo je lah. Tegur cam biasa. Nak jawab jawab, tak nak jawab, sudah.
KV
Tapi , pelik lar jugok kalu fikir
dok gitu?
mmg pelik. anyway, kita buat biasa je la macam yg KV cakap tu. kalo dia penat merajuk, baik le semula mood dia dgn kita nanti. ish, tak kuasa! merajuk2 ni cepat tua, tau!!
Merajuk sebab kena marah...hehehe...memang patut dia kena marah pun kannnn....ala..lama2 dia baik sendiri la tu...
bukak paper...cari2 la citer sensasi..pastu buat2 tanya pdpt dia..cthnya
'eh ko rasa ok ke memey smlm'
kah kah kah
tu contoh ja kak PB.. :P
LUNA
Kah kah kah
Baik punya contoh tuuuu
Thx
AZWA
Ego masing masing tinggi.
So sekarang , engko tengok aku , aku tengok engko jer ....
UME
Tak syok rasanya ...
Tapi pelik lar pulak ...
Sebab bukan kita yang buat salah pun
PB
dia kena marah sureler rasa sentap sikit..
tapi kalau kita ok, kita just apologise jer.. mungkin lembut hati dia, pi banjer minum ker..
Pb...yang selalu buat perangai merajuk tu akak le yang buat ngan cik abang...tapi cik abang selalu pujuk balik...sampai akak baik
Kalau ngan kawan...rasanya kene mintak maaf kat dia...dan terangkan kenapa kita marah kat dia...pastu ajak pi minum...
buat cam biasa je.. lama2 ok balik la kot.. ;p
Ini citer org pompuan. Tak nak campurlah takut bagi pendapat yg salah.
psst - bagi lelaki ini perkara kecik aje. hehehe
"orang yang merajuk dan kecewa selalunya akan susah....." mcm A & B sekarang mungkin rasa tak selesa satu ofis tapi tak bertegur saper... suasana yang tak best tu... boleh ke dr pagi ke petang dok jeling-jeling jer...
bagi cm dah tua-tua ni kalau nak merajuk pun dalam hati sudahlah... kalau nak marah sangatpun dlm hati dan kita masih boleh bercakap dgn org yg kita marah tu wpun agak cold....
cm - selalu GERAMMMM dgn boss tapi dia jugak yg menang ha..ha..
eh...masa baca semalam citer lain hahahaha...ooo...klu gitu citernya macam terasa la si kawan tu sebab dah masuk dlm beg, dikeluarkan dan dicampak pulak...
i guess dlm citer ini B kena minta maaf pada A kerana tindakannya mengeluarkan purse dan mencampakkan dekat A. Pada masa sama B berterus terang mengatakan berbuat sedemikian kerana terasa hati dengan kata2 A. mengalah bukan bererti kalah kan..
face to face... bagitahu apa niat B campak gitu... dan si A pula tak patut cakap B tak percaya kat dia... B pun kena explain bukan niat simpan purse sebab tak percaya...
Post a Comment