02 February, 2009

511

Semalam , punyalar boring.
Macam masa tak berjalan.
Nak merendek , aBear lak tak ada kat umah.
Dia ke Ampang , ada kerja kerja pendawaian.
Tapi , yang syok nyer , bila dia pulang ,
dia ajak ke rumah adik pB .

Adik hero pB tu nak mintak tolong aBear
buat kerja tambahan soket.


Ini ler umah adik pB ...


Ini lak anak sedara no 3 pB.
Hero segala hero.

Dahi tu bertanda , sebab
minggu lepas dia xcident dengan tong sampah besi yang orang letak kat tepi jalan.
Sampai berjahit jahit .....


Biasalah , kalau dah ramai.
4 bunga.
3 kumbang



Nurin dok makan mee bandung.


aBear punyalah dok pulun buat kerja.
pB lak dok pulun makan.

Siap ada acara BBQ lagi tu ...








Kebetulan , semalam lak ada FINAL TENIS.
5 jam dok melagut tengok Federal dengan Nadal.

Tak pernah pernah pun ikut pertandingan Tenis nie.

Dalam dok berbual bual tu ,
terkeluar lar topik Israel dan Sempadan Gaza .
Ada satu persoalan yang hingga kini
dok bermain main di kepala pB nie ...

KESEMUA KUTIPAN DERMA YANG KITA JALANKAN DI MESIA NIE,
AKAN DISERAHKAN KEPADA SIAPA ??

KE PUAK HAMAS ?
ATAU
KE PUAK FATAH ??

DAN BUKAN KER YANG KENA SERANG TU ADALAH
SEMUA NYA PENGIKUT HAMAS DAN BUKANNYA PENGIKUT FATAH ???

SIAPA BOLEH TOLONG JAWAB ?????

18 comments:

maklang said...

maklang pun tak tau...

tapi yang tau...kepak ayam tu nampak sedap!

muadzlife said...

sy x tahu...harap pada sluran dan puak yg betul ar...

Anonymous said...

hai! pb dah sihat ke...?
pasal tu la juga yang saya dok fikir2 selama ni...belum terjawab.

TokNabe said...

Tak dok ore khabor nak serah ke sapo......
InsyaAllah biarlah sampai ke tangan yg betul.

Mulan said...

harapnya sampai kepada umat2 Islam yg betol2 memerlukan..

zino said...

semuga sampai kepada mereka yg memerlukan..

Ungku Nor said...

mi bandung?
oo..jangan mi rebus. meroyan akak kena cari sampai dapat karang..ehehehe

Neeza Shahril said...

tok tahu la kak pb..
kalu kito dermo ikhlas, Insyaallah kito buleh pahala..
tapi kalu demo tu ggi buwi pado hok tok berkenae, demo la tu lah buleh hok tok molek...

pssttt.. Ja baghu makae mee bandung 2 3 haghi lepah hehehe..

Anonymous said...

doa dan harapan agar sumbangan tu sampai kepada yang berhak..

KakNi said...

Tersangat lah melampau nyer dia org tu siap bbq sekalik! Yum yum...

Ummi said...

sedapnya ayam bbq tu :)

teringat bibik adik PB yang rajin masa datang rumah ummi tu

harap-harap sumbangan itu dapat kepada orang yang sepatutnya :(

ummu asiah said...

Pb....

it depends kepada siapa dan tabung mana yang kita salurkan sumbangan..

nak ckp pun susah espcly jika mereka tak declare betul2..so far as for us kami sumbangkan kepada tabung yang diuruskan oleh Jamaah Islah Malaysia JIM..

Jika yang ingin menyumbang ini no akaunnya..MBB 562209608847

InsyaAllah, sejak dari beberapa tahun JIM akan menghantar wakil ke Palestine utk sampaikan terus sumbangan kepada wakil di sana. Mereka juga membawa wang untuk dibeli ubat dan bahan mknan.

Satu lagi organisasi yang InsyaAllah agak jelas tentang saluran sumbangannya ialah Aman Palestin..kalau yang sudi boleh juga terus sumbang ke akaun Harakahdaily..boleh browse di website harakhadaily.net. mereka juga dari masa ke semasa menghantar wakil mereka ke sana dan membawa wang sumbangan secara direct.

Semasa program Malam Kesedaran Palestin di Dataran PJ, seorang wakil rakyat Palestin yg menuntut di UIA memberikan sharing..beliau berpesan dan menegaskan yang kita jgn beri sumbangan kpd wakil duta mereka di msia ataupun mana2 pihak yg lain..semestinya diberikan terus kepada wakil HAMAS..

sedikit pandangan peribadi setakat maklumat yg ada..mungkin ada lagi organisasi yang lain yang akak sendiri tidak mendapat maklumat.

mohon maaf jika ada yg tersilap.

MOKCIK AZWA said...

Selalunya persoalan macam ini akan mematahkan semangat kita untuk menderma...sama2 la kita berdoa semoga sumbangan kita akan sampai kepada yang berhak.

Namun apa yang pasti kepak ayam bbq tu memang nampak seksi dan menggoda nafsu mokcik nak makan huhuhuhu...

misz_A said...

salam singgah..

ckLah @xiiinam said...

pB,
dalam pada kau boring tu....sampai 'macam gini' hasilnya....
Siap panggang ayam dan berfikir jauh sampai bumi Ayyubi....

Kekadang...kita memang perlu menghayati permasaalahan dan situasi sebenar pihak-pihak yang sedang berkonflik tu...sebelum kita melulu ikut-ikut menyokong atau membantah.....semoga huluran kita itu sampai ke tangan orang yang betul...

pssssT: ckLah 'terrrharu' sangat menghayati butir bicara 'ucapan' Rosmah Mansor pada malam anjuran NSTP kelmarin...siap nyanyi dengan wajah penuh ekspressi he..he..

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man pun tak ada jawapannya...

Azhar Ahmad said...

kak pb, saya tak kisah kepada siapa dia sampai, janji dah lepas tanggungjawab kita sesama muslim kannnn

yushida03 said...

aman plaestin ok ek. ada gak baca flyers diorg masa solat kat bangi itu hari..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...