28 February, 2009

528

12 hb February / KHAMIS

Tiba tiba seluruh badan kesejukan. 3 helai jaket masih tidak mampu untuk mengurangkan kesejukan yang dirasai itu. Hairan , kerana air cond dipejabat berfungsi seperti hari hari yang sebelumnya.
Sudah mula terasa tidak sedap badan dan kdg kdg terasa sengal disendi sendi.
Jam 12 tengah hari , Klinik Rohani di Seksyen 17 , menjadi destinasi terpenting.

"Suhu badan 39 darjah celsius" , katanya.
"Ini sudah dikirakan demam panas , mungkin tanda tanda Chikugunya sudah mula kelihatan".

Tak sangka pulak , demam panas. Satu suntikan diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan juga mengurangkan sakit sendi yang sudah kerap dirasai itu.

Surat MC selama dua hari juga diserahkan. Doktor berpesan , kiranya sehingga hari sabtu , demam tidak turun , harus diulangi perjumpaan ini dan sample darah perlu diambil.

Pulang kerumah , dan terus beristirehat sambil menonton televisyen.

Pada malam nya , suhu badan terus meningkat , sehinggakan tidak mampu untuk tidur dan kadang kala , mulut berkata sesuatu yang diri sendiri tidak mengerti. Sengal disendi sendi makin kerap dirasai dan ianya terus menyengat ............




13 hb February (Jumaat).


Suhu badan sedikit menurun. Namum sengal sengal masih terasa.
Bimbang akan wabak Chikugunya , ujian darah diambil di PathLab , Kelana Jaya.

Lebih kurang dua jam kemudian , panggilan diterima.



"Darah anda normal. Tiada virus Chiku didalamnya".

Syukur ..........



Malam itu , sebelum tidur , 2 biji pain killer ditelan. Kiranya 'berjaga jaga sebelum terkena'.

Alhamdulillah , malam itu boleh lar tidur lena , berbanding dari malam semalamnya.
Namun , kerap terjaga kerana terasa sungguh tidak enak badan ini.



14 hb February / Sabtu.

Keadaan badan sudah terasa ringan. Suhu badan kembali normal. Walaupun ada kalanya , terasa sejuk dan sengal sengal sendi. Ubat demam masih diambil seperti biasa. Begitu juga dengan pain killer.

Pagi itu , sudah mampu ke Pasar Basah untuk membeli lauk pauk , bekalan seminggu.
Cuma , bab membersih dan menyimpan terpaksa diserahkan kepada Tok Ma.


Alhamdulillah , hari itu , sudah tidak terasa demamnya.
Sebelah malamnya , sempat lagi ke Alamanda , menonton "Upin dan Ipin".

Selesai menonton , makan malam pula di Saujana Puchong , bersama sama dengan adik sekeluarga.

Malam itu , tidur tanpa mengambil 'pain killer'.

Jam 1 pagi , tersedar dari tidur. Terasa seperti mahu dikeluarkan sendi sendi ini dari tempatnya.

Mengiring salah.
Terlentang juga salah.
Pusing ke kiri , pusing ke kanan , namum semuanya tidak dapat sedikit pun mengurangkan kesakitan yang dirasai.

aBear hanya mampu menggosok dan mengurut, itu pun tidak lama.
Kerana lagi disentuh , rasanya lagi sakitnya ....

Sakit kepala juga tidak mahu kurangnya.

Entah jam berapa , malam itu , pB mampu melelapkan mata.



15 hb February / AHAD


Seharian dihabiskan dengan tidur.
Makan dan minum semakin tidak ada selera.
Terasa kekurangan cecair didalam badan.
Namun , tiap kali hendak minum , akan terasa mahu mengeluarkannya semula.

Hanya buah buahan yang mampu ditelan.......
Tidur malam masih lagi terganggu dengan kesakitan yang dirasai di setiap sendi yang ada.
Kadang kadang , kesakitan itu seperti beralih alih dari satu sendi ke satu sendi yang lain.

Dalam hati , masih lagi dirasakan bahawa ini hanya Viral Fever ..
Seperti yang pernah dialami pada bulan yang sebelum ini.




16 hb February / ISNIN

Risau dengan keadaan demam , dan juga badan pun masih lagi rasa kurang sihatnya ,
klinik berhampiran dengan rumah pula menjadi destinasi ....

Darah diambil buat kali kedua , dan mc diberikan lagi.
Tapi hanya untuk sehari.

Jadi lah , kerana badan memang terasa sungguh letih.

Mahu memandang pc pun sudah tidak mampu. Cepat benar rasa berpinar mata , dan sakit kepala.

Petang itu , keputusan darah diperolehi.
Tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Darah anda normal".
"Anda hanya mengalami demam viral"
"Banyakkan minum air masak"

Hmmm....
Banyakkan minum air??

Bagaimana mahu banyak , kalau tiap kali minum , rasa mahu muntah ....

Demam datang dan pergi.
Sebentar 38.5 darjah celsius.
Sebentar lagi 37.6 darjah cersius.

Tidak pernah mahu tetap suhunya.
Tiap kali terasa sengal disendi , suhu badan mesti meningkat dengan serta merta.

Tidur malam masih lagi terganggu ........




17hb February / SELASA


Disebabkan badan masih lagi terasa lemahnya , dan sayang untuk 'mengusik' cuti tahunan , pB ke klinik lagi. Sebuah klinik panel yang berlainan pula.
Diceritakan segala masalah dan simptom yang dialami sejak beberapa hari ini , termasuklah muntah setelah cuba untuk makan dan minum .
Doktor yang prihatin itu mahu menulis sepucuk surat untuk pB bawa ke mana mana hospital terdekat.
2 hari cuti sakit juga diberikan .
Tentang surat berkenaan , pB rasa pada masa itu , pB masih tidak perlu untuk ke hospital. Masih mahu cuba untuk makan ubat dan juga rehat sepenuhnya dirumah.
pB pulang tanpa surat tersebut.

Sebelah petangnya , Tok Ma dah mula bising bising diatas keengganan pB untuk menerima nasihat dari doktor tersebut.
Pulang aBear dari pejabat , terus pB minta dia ke klinik tersebut sekali lagi untuk mengambil surat.
Mujurlah klinik itu cuma 5 minit dari rumah.

Selepas maghrib , kami 4 anak beranak ke Hospital PutraJaya , Bahagian Kecemasan.
Hampir dua jam menunggu , barulah nama pB dipanggil.
Pada waktu itu , suhu badan sudah menurun.

Darah diambil untuk kali ketiga dalam tempoh 5 hari.
Kerana kekurangan air , 2 botol air dimasukkan kedalam tubuh.
Kesian kepada anak anak kerana mereka terpaksa menunggu lama.

Kebanyakkan pesakit yang datang pada malam itu , juga mengalami tanda tanda yang seperti pB alami.
Hampir kesemuanya dimasukkan air dan ujian darah juga dilakukan.

Setelah habis 2 botol air , pB terpaksa menunggu lagi. Jam sudah menunjukkan jam 1130 malam.
Pesakit lain sudah beredar keluar dari bilik kecemasan , namun pB masih lagi menunggu.

" Akak , ada sedikit masalah pada kandungan darah akak ".
" Platlet akak cuma 78 . Akak mungkin dijangkiti demam denggi. Tapi kami masih lagi belum pasti. Dan sekiranya platlet jatuh hingga tahap 60 , barulah kami masukkan pesakit itu ke dalam wad."
"Akak boleh pulang malam ini , tetapi , pagi esok akak perlu ke Klinik Kesihatan Kecil di Precint 9 untuk diuji darah sekali lagi".

Waduh .....
Dalam hati , masih lagi mengharap . Jangan lar denggi. Biarlah ianya hanya demam biasa biasa .....

Pulang ke rumah dengan hati yang gundah gulana.
Dan malam itu , pB mampu tidur dengan separuh lena.



18 hb FEBRUARI / RABU

Jam 9 pagi , kami berdua sudah ada di Klinik Kesihatan Kecil PutraJaya.
Walaupun hanya untuk mengambil darah , masih lagi terpaksa melalui semua saluran.
Pendaftaran . Triage . Makmal.

Pendaftaran dan Triage hanya mengambil masa kira kira satu jam setengah.
Namun , bila berada di bahagian makmal , terasa seperti masa tidak bergerak langsung.
Berpuluh puluh nama lain dipanggil. Tetapi tidak nama pB.

aBear sudah mula cuak , kerana seharusnya pagi itu dia kena bertolak ke Kuantan.
Paling lewat , katanya jam 12 tengah hari , dia sudah harus bersiap siap.
Kerja itu sudah acap kali ditangguh.
Sehinggakan sudah tiada lagi alasan yang boleh diberi untuk mengelakkan diri.
pB faham ....

Lebih kurang dua jam menunggu , barulah nama pB dipanggil.
Prosedur mengambil darah hanya memakan masa 5 minit.
Ujian darah untuk kali ke 4.
Rasanya sudah habis liang kulit dicucuk .....

Dari bahagian makmal , kami berdua menunggu lagi di ruangan doktor.
Satu jam lagi dihabiskan disitu.
Pelbagai karenah manusia dapat diperhatikan.
Kebanyakkan pesakit disitu adalah Orang Kerajaan.
Dari serendah rendah pangkat , hingga setinggi tinggi grade.

Apabila , nama dipanggil , tiada pun rasa syak atau rasa tidak sedap hati.

"Platlet awak turun. Semalam 78 , hari ini 61"
"Dan saya rasa awak perlu dimasukkan ke dalam wad".

Alahai.
Tiba tiba dapat voucher penginapan di Hospital PutraJaya.
Dan segala rancangan aBear terpaksa ditukar dengan serta merta.

Dari situ , kami ke Hospital PutraJaya.
Pejabat diberitahu supaya pihak clarical dapat mendapatkan GL dari PMCare.

pB dimasukkan kedalam Wad 4B.
Satu bilik , berkongsi dua pesakit.
Kira sudah bernasib baik.
Keadaan bilik memang selesa , walaupun tiada kemudahan internet mahupun television.
Dalam hati " boleh mati kutu , kalau lama lama di sini".

Jiran pB seorang wanita berbangsa India.
Bukan demam denggi , tapi dia punyai masalah tekanan darah tinggi.
Sudah 5 malam , dia bermastautin di bilik 3/4 ini.

Selesai segala urusan , aBear terpaksa pulang ke rumah.
Untuk mengambil segala keperluan pB.
Tinggallah pB sendirian di situ.
Kesunyian kian terasa ....
Namun , segala nya hilang apabila hp mula berbunyi.

Terima kasih kepada Kak Sya , Kak Lady , Mak Lang yg sudi menalifon bertanya khabar.
Terima kasih juga kepada Nurshi, Che Ma , KV, Mulan, Sally, Kak Wear, Azwa, Ummi Jamri, Zareda, Irfa , Intan Luna , Sastri, Tee , Umeboshi, Wss79 dan juga YB kerana sudi menghantar sms menceriakan keadaan pB.

Air dimasukkan lagi kedalam tubuh melalui drip.
Dinasihatkan supaya banyak minum air kerana penyakit ini tiada ubatnya.
Segal virus harus dibuang melalui pembuangan air , itu sahaja caranya.

Air yang diminum disukat kuantitinya , begitu juga dengan air yang dibuang.
Harus sama parasnya , supaya tidak timbul pula masalah paru paru berair.

Payah sungguh , demam denggi ini.
Segalanya berkait kaitan.

Petang itu pB menerima tetamu pertama.
Salah seorang blogger yang sudah lama pB kenali , mengunjungi pB.
Terima kasih Che Ma dan suaminya Asri ....
Hilang sedikit tahap kebosanan pB di kala itu....
Hampir jam 8 malam , barulah mereka berdua pulang ke Precint 11.

aBear membawa bekalan dari rumah yang berupa semangkuk sup ketam.
Hairan sungguh , bila berada di wad , selera pB semakin baik.

Lagipun , makanan yang dihidangkan boleh tahan sedapnya.
Berbotol botol 100plus , pB minum.

Malam itu , tiada lagi yang meneman pB.
aBear juga terpaksa pulang. Lelaki tidak dibenarkan berada di dalam bilik pesakit,
walaupun pesakit itu isteri mereka.
Pihak suami diminta menunggu di bilik tV.

Oh , terlupa ...
aBear terpaksa menangguhkan pemergiannya ke Kuantan hari itu.
Isteri lebih penting dari kerja ....

Malam itu , bermula sebuah episod baru pB sebagai seorang pesakit demam denggi.

Cerita ini akan disambung lagi bila pB berkesempatan untuk menyambungnya ........

11 comments:

Abiey69 said...

bersabarlah PB, ADAKALANYA KItA SIHAT ADA KALANYA KITA SAKIT... SEBENARNYA ITU UJIAN ALLAH.

VimmiYasmin said...

PB

kawan saya arituh kena CHIKU...
malam tadi kol 1am masuk ER Selayang sebab denggi berdarah plak!

dok kondo tinggi melangit pun kena denggi!!

sampai pagi ni ...dah 6 botol masuk air!

petua org tua selain ketam ....pucuk betik tumbuk pastuh perah air. Air telan 2 sudu! Pahit giler!!!

ummu asiah said...

pB..

akak pernah kena demam denggi pada tahun 1997..memang mcm tu lah rasanya..sakit sendi yg sgt teruk..nak minum pun tak lalu..sekali tu teringin nk mn tembikai..lepas mkn terasa mcm ada rasa terpercik dalm anggota bdn..seghiau betul..selalunya denggi hanya dapat didetect bila kita rasa dah baik..lepas warded..keluar hospital..lagi teruk..mata dah rasa ayik dok terpandang atas..sampai terbalik mata hitam hingga nampak mata putih saja..lepas tu terus tak sedar diri..masuk blik hospital, buat brain scan..sedara mara dah ramai dtg..sbb mcm dah nak mati kot..kena pulak lagi 2 hari nak raya puasa..anak paling kecil baru 4bulan umurnya..lepas tu rasa mcm hilang ingatan..mmg teruk..rupanya doctor bila dah baik baru inform suami yg blood platelet level dah 14 sahaja..teruk betul..Alhamdulillah..masih panjang umur..

berhati2..skrg ni memang tgh on the rise denggi ni cuma kerajaan saja tak nak declare as wabak kot..

anyway pB..kalau datng ke Tmn Melati dptla kita jumpa...akak pi la..Pak payne sorang saja!..sebab dkt sgt dgn rumah..

Yunus Badawi said...

Allah menguji pB mungkin utk menghapuskan dosa2 kalau kita bersabar.
Saya kena denggi dulu platelet turun sampai tinggal 9. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.

Neeza Shahril said...

semoga kak pb cepat sembuh...
still MC lagi kor ni?

ZABS said...

Salam pB,
Semoga telah sembuh seperti sediakala. InsyaAllah.

Unknown said...

Kak pB, semoga cepat sembuh deh. Rehat bbanyak, dokter suruh makan ubat, kena makan. Jangey dok main ciku-cak ngan doktor pulok :)

TokNabe said...

alhamdulillah dah semakin semnbuh tu bokali moga sabar dan terus makan ubat.

DrSam said...

Semua itu dugaan. Pernah mengalami peristiwa yang sama pada tahun 2001.

Semoga kesakitan itu mendekatkan diri kepadaNYA.

Take care.

MOKCIK AZWA said...

Risau juga ya...buat ujian darah berulang kali pun tak dapat detect gak...huhuhuhu

syukur PB dah semakin sembuh.

maklang said...

harap2 pB dah sembuh seperti sediakala..

take care!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...