Ni cerita dah basi.
Sebab dah dua minggu berlaku.
Cerita musim sekolah 2009.
Alhamdulillah ada rezeki lebih ,
so pB pun tempah ler tiket Air Asia ke Kuching dan Kota Kinabalu.
Terlajak lebih duit, silap masa buat tempahan.
Terbakarlah 900 ringgit malaysia.
Flight dari LCCT jam 830 pagi.
Sampai Kuching jam 1030 pagi.
Sib baik , kereta yang disewa telah sedia menunggu.
Jalan - Jalan Cari Makan.
Rezeki makan Nasi Ayam Penyet. Memang sedapppp
Sementara menunggu waktu check in hotel , ronda - ronda
kat WaterFront.
Anak anak dah kelabu mata tengok keychain.
Tapi che abear dah pesan , tengok tengok aja
sebab petangnya nak ke Pasar Satok.
Semuanya nak dibeli , mentang mentang
mereka bawa duit tabung.
Kedai CenderaHati di sepanjang Waterfront.
Dalam kedai , tak leh ambik gambar.
Rugi tulllllll
Belah petangnya ,
ronda ronda di Pasar Satok.
Macam macam ada.
Sediakan duit sahaja.
Segar sungguh tenggiri.
Geram jer tengokkkkkkk
seperti KeyChain.
pB cuma tengok tengok jer.
Sebabnya , lepas Kuching nak ke Kota Kinabalu.
Kalau terlajak membeli , susahlak nak mengangkutnya.
Makan malam , dia Jalan Haji Taha.
Pekena nasi kerabu.
Sedapppp
"MEMEA SOH ORGHE KLATE, GIE SRAWOK PUN CARI NASI KERABU"
Esok , sambungan hari kedua pulak.
14 comments:
samalah ngan anak saya kalau pi jalan2 mesti tak lepas dari beli keychain...utk kenangan katanya...
wah tegar sungguh..d ah sampai kuching pun carik nais kerabu jugak.. ehheh
tapi pasar satok bes kan.. makan ikan terubuk bakar fresh fresh.. yummiii
sedap jjaley deh :D
Wah pB terbang jauh ye..best nya pergi holiday bila agak nya dapat terbang lagi .. kaki dah gatal...haha
Rasanya PB dah 2 kali ke Kucing kan?
Jeles akak tau...cik abang ni dah banyak kali kita ajak...tapi susah nau nak beri keputusan ye...gerammmm
banyak ke memborong..?
ahahaa..supo tok rajin jupo nasik kerabu nih.;P
KV
Bukae tok rajing , tapi nok tra raso air tangae orghe Sra'wok .
ZINO
Kek sikit , pasu dua tiga tu jer.
KAK ANIE
A ah Kak.
pB rekomen akak ke sana.
Bandarnya cantik dan tersangatlah bersihnyaaaaa
KAK ELLE
Sib baik ada Air Asia.
Merasalah jugak terbang dengan anak anak.
AKMAL
Skali skalo.
Release stress
ZAREDA
A ah ...
Tegar gilerrrr ....
Tak merasa pun ikan bakar , sebab tak tau mana nak merayap.
ummi yang teringin sungguh nak pergi, rupanya pb dan family yang sampai dulu
sedih,sedih!
Post a Comment