Salam semua...
pB tidak pernah merasa bagaimana seksanya kehilangan orang yang tersayang. Alhamdulillah , ibubapa pB masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Mak mak saudara pun masih ada lagi. Begitu juga dengan sepupu sepupu.
Kali terakhir pB kehilangan orang terdekat ialah kira kira 6 tahun dahulu. Ayah kepada Tok Ma. Datuk pB . Tapi , mungkin kami tidak begitu rapat , maka kehilangan Aboh tidaklah begitu mempengaruhi kehidupan pB. Begitu juga apabila arwah MOK (mak kepada ayah pB) yang meninggal semasa pB berada di Pulau Pinang.
pB tak tahu bagaimana rasanya merindui orang yang tidak mungkin akan kembali kepada kita. Seikhlas ikhlasnya pB tak mengerti. Dan pB , kalau boleh tidak mahu merasai apa yang dialami oleh orang orang yang pernah mengalami nya.
Acap kali , pB berdoa , kalau boleh , biarlah pB dulu yang pergi meninggalkan mereka yang tersayang dalam hidup ini. pB tak mahu merasai kepedihan , kesengsaraan itu . Dan pB rasa pB tidak cukup kuat untuk menghadapi segala galanya.
Esok , cukup tempoh sebulan adik Muazz meninggalkan kedua ibubapanya . Meninggalkan ibubapa yang tersayang , meninggalkan kakak yang tercinta.
Dan hari ini , pB melihat lagi kawan pB menangis. Menangis merindui anak kesayangan mereka. Walaupun , dari luar , pB lihat dia tabah , tapi didalam hatinya , menangis merobek perasaan.
Dan sebagai seorang kawan , pB rasa pB terlalu 'hopeless'. pB tidak dapat menolong mengurangkan kesakitan kerinduan itu. Rindu itu tetap ada , ianya tidak akan hilang , walaupun perginya bertahun tahun lamanya.
Kasih sayang ibubapa sememangnya amat besar , tidak pernah akan berhenti walaupun anak sudah tiada di depan mata mereka.
pB tak faham , pB tak mengerti dan pB tidak akan dapat menyelami perasaan ibubapa yang pernah kehilangan anak tersayang.
Namun percayalah , sebagai seorang rakan , pB berdoa agar mereka akan terus tabah , kuat semangat . Janganlah dibiarkan perasaan rindu itu menenggelamkan cahaya di dalam kehidupan ini.
Hari ini , pB sungguh sungguh merasa tidak berdaya .........
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya .....
15 comments:
pB,
Kita macam pB jugak.. Mungkin sebab kita takde pengalaman seperti itu - kehilangan orang yang kita sayang. Berdoa pun dah memadai.. Allah Maha Menerima kan.. InsyaAllah..
Sedih baca entry pB. I know that feeling. for i have lost my youngest son 3 years ago and feel like it's only yesterday.
Rindu sungguh hati ibu ini...
pB,amat payah untuk kita melupakan kisah sedih...namun kita kena pasrah dgn ketentuannya
saya pun tak pernah kehilangan anak..tapi azab rindukan depa dh besa rasa..
biarpun tak sama, tapi tetap lah tak mahu dah melalui pengalaman itu (kalau diberi pilihan..)
semoga kawan akak yg kehilangan adik muaz akan tetap tabah..
kebetulannya dgn situasi sy.....sy juga pertama kali kehilangan org tersayang yg sy rasa sgt berat menanggung perasaan sedihnya...pemergiaannya mmg kami skeluarga redhai cuma nk melepaskan kenangan tu sangat meruntun hati..
dia lah tokwan (ayah kpd ayah saya) yg sangat saya sayangi dan sgt memanjakan sy sehingga hari akhirnya....
Almarhum telah pergi pd 22hb yg lalu jam 5.45petang
Kita terpaksa menerima nya dan life will go on.
SALAM KAKPB..
dulu saya penah buat en3 mcm ni.
pertama kali kehilangan org tersayang ialah masa mula2 keje.
iaitu nenek sedara.pastu tahun lepas paling terasa bila kehilangan poksu,bapa sedara yg paling disayangi.dan bulan ni kehilangan atok.bila kita kehilangan mereka,otomatik bila lepas solat kita x lupa utk mendoakan dan sedekah fatihah utk mereka.itu adlah apa yg saya rasa.
sedihnya baca n3 PB nih..betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..Ujian Allah diberi penuh dgn rahsiaNya.. kita yg tidak tahu.
salah ziarah dari saya.
PB...kehilangan yang kita ketahui tidak akan kita dpt kembali memang meruntuh dan merobek hati...
Tiada kata yang dpt diungkapkan untuk menjelaskan bagaimana perasaan rindu dan kehilangan itu...kerana ianya memang tidak boleh diubati biar dengan seribu kata2 yg cuba mententeramkan perasaan itu..kerana...
Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul...
PB
Biarkan ibu itu menangis kerana air mata sedih itu harus diluahkan..
sedih, dan terasa lain yg amat sangat kalau orang yg selalu dok berbual, dok serumah,yg sentiasa kita nampak... pergi tak kembali lagi.
sedih tak usah dicakap......CM kehilangan suami tercinta 3 tahun yg lepas krn accident. w/p kesedihan akan terhakis dengan perjalanan masa, tetapi kerinduan pada saat bersamanya pasti akan menyebabkan airmata akan menitis...
sob sob sob....sedey aaa N3 kali nie.moga kita semua tabah menghadapi dugaan dr Ilahi.
Bila sampai masanya kita dijemput, tahu tak mahu kita terpaksa pergi. Itulah perlu keimanan dan sokongan org2 di sekeliling kita utk kita meneruskan kehidupan.
Saya pernah merasa kehilangan org2 yg rapat dgn saya. Awal tahun ini saja dah 2 org.
samerlarr kiterr.. tapi mati itteww pasti kann kanns akak pB tewww
Post a Comment