02 April, 2009

KUCHING2

Pagi pagi lagi dah bersiap. Rancangan nya nak ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Kaki Gunung Santubong. Perjalanan hanya mengambil masa kira kira 30 minit dari Bandar Kuching. Alhamdulillah , cuaca pagi itu sungguh nyaman walaupun sedikit panas.

Ramai pengunjung yang sudah tiba sewaktu kami sampai disana. Yelahkan , kebetulan cuti sekolah. Kebanyakkan pengunjung pB rasa adalah dari Semenanjung Malaysia.

Bayaran nak masuk ke Kampung ni agak mahal. Untuk dewasa , dikenakan bayaran sebanyak 60 ringgit mesia. Kanak kanak separuh dari itu. Begitu juga untuk warga tua. Cubalah kira , kumpulan pB ada 4 dewasa , 2 kanak kanak dan juga 2 warga tua ......

Kempis beg duit , wa cakap luuuu. Tapi anak punya pasaiii , tutup sebelah mata.

Dalam Kampung Budaya ni ada 7 buah rumah penduduk suku kaum di Sarawak. Ada Rumah Melayu , Rumah Iban , Rumah Melanau , Rumah Bidayuh , Pondok Penan , Rumah Orang Ulu dan juga Rumah Cina.

Diadakan juga pertunjukkan budaya , dua kali sehari. Berbagai tarian dapat ditonton. Pendek kata , separuh hari memang berada kat sini sahaja.





Samalar gambar dalam blog Nonie
Dia pun pergi gak Kuching cuti sekolah lepas.
Tapi lain tarikh ....


Tok Ayah dok try nak menyumpit.




Pertunjukkan budaya yang diadakan
dua kali sehari.


Rumah kat belakang kita orang ni ialah
"Rumah Melanau".
Tinggi giler umah nie ...



Ini lak dalam Rumah China .
Alat mengisar lada hitam.

Rasanya masa pB dok meronda kat dalam kawasan ni , mau turun sekilo dua berat badan pB. Sebabnya kawasannya memang luas. Siap panjat tangga dan turun tangga lagi tu.

Posted by Picasa


Selesai lawatan di Kampung Budaya , semuanya keletihan. Nasib baik ler , angin masing masing masih boleh dicontrol. So , tak adalah isu isu gaduh gaduh nie. He he he. Biasalah kan , kalau dah ramai , banyaklak ragamnya.

Puas berehat di hotel , petangnya kami ke Kampung Boyan. Nak ke Kampong Boyan ni , senang naik perahu. Kalau nak memandu , jauh giler sebab kena pusing Sungai. Naik perahu , bayar 30sen jer seorang.

Nurin siap genggam tangan pB.
Sebab takuttttt .....

Apa ada kat Kampung Boyan nie ???? Kek lapis lar adik sayang oiii ... Macam macam perasa. Macam macam warna. Satu kek dijual dengan harga rm10. Kalau beli 10 kek , dapat percuma satu.

Awek awek cun sedang bakar kek lapis.



Gambar kat belakang tu , semuanya orang orang terkenal.
Artis seperti Mawi , Ac MIcal dan juga Dr Fadillah Kamsan pun dah
pernah sampai sini.

Posted by Picasa

32 comments:

HappyIrfa said...

mahalnya nak masuk kg budaya.tp bukan selalu kan..layan jelah

KV said...

mahalnya tiket dia. Huhu

pB said...

KV
A ah mahal ...
Tapi nak wat camner , bukan selalu pun

pB said...

IRFA
Tak semahal tiket nok g Paris

zino said...

amboi meriah nya sarawak rasa macam nak ke sana le pulak.. hehe

aNIe said...

PB...masuk kat kampung Budaya tu biarpun mahal rasanya berpuashati...bukan senang nak sampai ke sana...jadi bila dah sampai...kena lah pergi ke tempat2 yang memang menarik dan dpt dijadikan kenangan sepanjang hayat....

Akak kalau naik bot pun takut...hehehhe

atty's said...

suka..tgk gambo org menyumpit..tuh

Kak Elle said...

saya belum sampai sini lagi...bila lah nak pergi.

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

syioknyerr..jenjalan..saya pon tok sapa lagi Kuching nih..bilo la nok sapa...padahal kalu tgk peto tu supo dekak jah nga saboh ni..hihihi...

kak Pb nok mari KK ko? ko lepas gi kuching tu mari KK plok? bakpola tok oyak...sayo tok gi mano2 pon cuti skoloh tu ...kalu tidok bulih kiot berjumpa jumpaan....huhuhuh....

pB said...

JANNA
Maso dok di KK tu , kak pB teringat kor Janna. Tp dalae ati kak pB ingat kor KK dengae ghumoh Janna tu JAUH.

Soriiii
Lengkali kalau kak pB g , kak pB cari Janna

pB said...

KAK ELLE
Rugi tau kalau tak pernah sampai Kuching.

Nanti kalau ada masa tu , dtg ler

ima said...

wah seronoknya gi kuching...bilalah ak sampai...

sedapnya kek lapis serawak...banyak ke borong?...

pB said...

IMA
Compare dengan KK , pB lagi suka berjalan di Kuching.

Jangan marah orang KK...

Tak banyak , sebab berat nak bawak.

pB said...

ATTY'S
Seringgit dpt tiga kali sumpit ...

Cuba jangan tak cuba. Kat semenanjung mana nak dapat.

pB said...

KAK ANIE
Betul tu , Kak.
Dah alang alang sampai , kenalah melawat...
Baru tak rasa rugi bila dikenang kenang.

Sonok gak naik sampan tu ....

pB said...

ZINO
Apa kata hujung tahun ni , Zino sekeluarga ke sana...
Mesti Hazwan senyum sampai ke pipi.

Neeza Shahril said...

first time tahu tempat ni..
tapi Ja tak pernah pergi sarawak pun..
tunggu baby besar baru boleh pergi ;)

Ummibatrisya said...

nak kek lapis sikit :)

pB said...

UMMI
Mai ler umah.
Ada lagi sikit ..
Kek Lapis Masam Manis

pB said...

ADIK JA
Namo khe' besa baby , ado hok lain pulok.
Tok jalae sokmo lar kalu lagutu.

Alina... said...

salam kenal..
dapat blog ni dari blog kat lady..
besnya tgk gambar2 kat blog ni..
saya selalu cadang nak kesana tapi selalu tangguh..
semoga sudi jadi rakan blog saya ye..

Ayah said...

kek lapis tu berapa hinggit satu?

Intan Rosnitta said...

Singgah tgh2 mlm baca citer org pegi makan angin...

;)

Yunus Badawi said...

pB tak nampakke gambar saya kat belakang tu? Mungkin mereka dah turunkan sebab nak naikkan gambar Fadillah Kamsah huhuhu.

MULAN said...

best nya pb.. saya tak pernah sampai sabah/srwak..

mak aiii.. kek lapis.. cantik nya, mesti sedap kan..

shafarina said...

huhu saya tak pernah lagi gi sarawak ni


tapi klu nak naik belon, sah2 berbeg2 pasal sy mmg jenis angkut segala benda sama kalau bercuti.

pB said...

INA
Memang kalau ikut hari tu , mau berbeg beg. Tapi mikir ker sapa nak pikul , so terpaksalar dihadkan ....

Nanti bila Fahim dah besar dan sihat , pergi lah ...

pB said...

MULAN
Nampak gaya nyer Mulan kena ajak che abg kesana satu hari nanti.
Kalau nak snow-ko-ling , pergilah ke Sabah. Pulau kat sana cantik cantik.

pB suka kek lapis masam manis.
Sodapppppp

pB said...

YB
Lupa nak tanya lar ....

pB said...

INTAN
Finally , sempat jugok Intan singgoh ghumoh kak pB nie ...

Sibuk sgt kor lonni sapa blog sdiri pun tok terupdate.

We shud meet one day ...

pB said...

AYAH
Kek tu harganya sebiji RM10.
Kalau beli 10 biji , dpt percuma satu.

Tapi kalau kek jenis sisik ikan , mahal sikit.
RM20 sebiji.

pB said...

ALINA
Salam perkenalan.
Selalu selalulah dtg ke rumah pB nie ...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...