15 April, 2009

KK

Dah tiba tiba , tak tau nak update apa. Pasal kes semalam tu , pB tak ada lar tunggu kereta tu pagi tadi. Keluar rumah pun dah lambat sebab malas nak pergi awal awal. Malas nak sampai pejabat awal. Ada gak lar perangai macam tu lak. Alllaaaa kebetulan hujan. Kalau keluar awal pun sangkut. So , baik keluar lewat.

Dah disebabkan kepala ada sikit pening , so pB buat keputusan pB habiskan jelah cerita jalan jalan melawat Malaysia Timur , hari tu. Jangan lak ada yang dok mengata pulak. Bukan nak menyohor tapi cuma nak sharing sharing pengalaman jer.

Kat Kota Kinabalu , kita orang duduk di Apartment Zaharah kat Jalan Api-Api. Appartment 2 bilik , 2 bilik air dan dapur pun ada. Yang syok ESTRO pun ada. Semua channel lak tu. Cuma budak budak jer ada sikit komplen. Tak lawa lar , tak cantik lar. Ngada ngada betul larrrrr.






Malam pertama tu , tak kemana mana pun , sebab kenderaan yang disewa belum ada. Cuma ada sikit story yang berlaku petang tu. Dah nama lagi musafir , so , sembahyang pun kira Jamak dan Qasar. Kebetulan masa kat Kuching tu , semuanya dah solat zohor plus asar, jadi bila sampai KK , tak ada lar nak mengejar waktu sembahyang.

Bila nak solat Maghrib , jenuh mencari beg yang diisi dengan telekung. 5 telekung dalam satu beg. Masing masing cuba mengingati bila dan dimana terakhir melihat beg itu. Telefon syarikat teksi , tak ada. Telefon airport , kata mereka , ada beg yang they all jumpa tapi tak cfm samaada beg itu beg pB atau tidak.

Pagi esoknya , sejurus dpt kereta , terus jer ke airport. aBear tunggu kereta , pB yang kehulu hilir. Jumpa polis , jumpa staff airport , beg yg they all cakap tu BUKAN kepunyaan pB pun. Sib baik last minit , dapat idea. Cari staff Air Asia. Alhamdulillah , beg tu ada di bilik "BAGASI HILANG". Rupa rupanya Tok Ayah tertinggal kat tempat kastam.







Besau sungguh papan peringatan niii. Apasal ?? Orang KK memang suka buang sampah merata rata ker ??? Musykill pB .....

Selesai kes beg , kami ke Kundasang. Permandangan sepanjang perjalanan memang cantik. Tapi di dalam hati , timbul pula rasa risau sebab sekali sekala hujan . Kalau hujan , nampak gayanya tiada resekilah nak melihat puncak Gunung Kinabalu.





Kundasang adalah sebuah pekan kecil. Kebanyakkan penduduk disitu menanam sayur sayuran. Ala ala seperti Cameron Highland cuma sayur-sayuran disana lagi murah dan segar bugar.


Selesai merendek di Kundasang , kami ke kaki Gunung Kinabalu. Memang tiada reseki kami untuk melihat puncak Gunung Kinabalu. Hujan lebat sewaktu kami sampai di situ. Namun begitu , peluang bergambar digunakan secukup cukupnya.












Turun dari Kinabalu Park , kami singgah di Pekan Nabalu. Shopping sikit disini sambil mengisi perut. Kesian Tok Ayah , kelaparan .....






Nampak tak , puncak Gunung Kinabalu tu ????

Berlatar belakang Gunung Kinabalu diwaktu senja .


Keesokkannya (18hb) , kami menjelajah bandar Kota Kinabalu. Panas terik. Sesak diperjalanan. Sibuk sungguh bandar KK nie. Kami berjalan jalan di Muzium Sabah.






Berjalan di jambatan gantung




Dalam keseronokan , Nurin pula bermasalah. Dah start demam. Hmm ..... Nasib baik , tak melarat demamnya . Kalau tidak , rancangan esoknya terpaksa dibatalkan.

Posted by Picasa
19hb , kami berpoya poya di Pulau Manukan. Perjalanan hanya memakan masa kira kira 20 minit dari pengkalan bot ke pulau tersebut. Apa yang boleh diterangkan ttg pulau ini. Sememang ianya sebuah pulau yang dijaga rapi , bersih dan cantik sekali.










Bergambar di Jesselton Point...









Ambil peluang ber snokolling.
Tengok ikan di dasar laut.















Hari terakhir , kami masih lagi sempat merendek . Kali ni ke kedai menjual mutiara dan batu kristal. Rambang mata mata kami . Semuanya cantik dan murah murah. Wa cakap luuuuuuu.

Dapat lar sorang satu , sedikit buah tangan dari Sabah.








Berakhirlah perjalanan kami sekeluarga ke Sarawak dan Sabah. Pada pendapat pB , bandar Kuching lagi bersih dari bandar KK. Makanan pun lebih murah di Kuching berbanding dengan Kota Kinabalu.

Apa apa pun , kami bergembira walaupun , duit dalam akaun tinggal ciputttttt



Sekian terima kasih.


Posted by Picasa

39 comments:

Sally said...

Bestnyer cuti2 Mesia..cantik2 gambar yg diambil..

Ummi said...

wah, seronok sungguh :)

romantik sungguh :)

cantik sungguh :) gambar yang di ambil :)

WRA said...

best...best....

Irfa said...

tgk gambar pun dapat merasakan ke 'best'annya

aNIe said...

Seronoknya jenjalan...banyak tempat2 menarik kat sana ye...cantik2 pemandangan

Anonymous said...

pB,
puas hati tgok pB gi jalan2.. gambar2 pun cantik... lain kali kalau g ajak2 la ek.. kihkih

Anonymous said...

Sis PB,

Gambar kat pulau tu cantik.. Pulau manukan ek.. okeh nanti saya simpan dalam ingatan kalau gi KK.. Saya ni berjalan kan mainla kan, tapi sabah sarawak belum pernah sampai..hehehhe..

~arena

zino said...

meriah sungguh.... bila la nak sampai ke sana tu hehe

pB said...

ZINO

Lepas anak dara tu exam , boleh ler Zino bawak family ke sana.

pB said...

ARENA

Pulau tu sesungguhnya memang cantik. Ada tiga pulau yang sebenarnya. Tapi kak pB tak sempat nak kesemua pulau tu.

Kalau nak tengok terumbu karang yang lagi cantik , Arena boleh ke Pulau Perhentian.

pB said...

CATZ_MAFIA

Bukan mudah nak berpoyo poyo macam nie. Halangan utama tu , biasalah pitisss...

Syukur sgt sgt.

Anak anak pun gembira.

pB said...

KAK LADYKat Sabah tu , memang kena sewa kereta. Sebab satu tempat ke satu tempat yang lain tu agak jauh.

Kalau Kuching , boleh lagi naik teksi ....

So , bila nak ajak hubby ke sana?
Berdua lagi elok ....

pB said...

IRFA

Nak lagi best , kena gie sdiri lar .....

Apa kata , tahun depan Irfa pulok hok ke sana

pB said...

KAK WEARMemang best gilerr

tapi letih tok soh royak larrr

sero nok cabut kaki kaki jalae rato

pB said...

UMMI

Ummi kan kata tahun ni nak kesana.

Jadi tak ???

Doa pB , jadi laar

Pujuk si Jamri tuuuuu

pB said...

CIKGU SIC

Kalau lah kita ni ado ilmu photgraphy , mesti lagi lawaaaa

kan kan kannnn


Demo pun ado DSLR jugok ...

Yunus Badawi said...

Yg penting seronok bersama keluarga. Kebahagiaan keluarga tak boleh dinilai dgn wang ringgit.

Anonymous said...

bestnyerrrrrrrrrrrrrr

Neeza Shahril said...

bestnya tengok KK... gambar2 kakok ambik seghemonyo menarik..
bilo la buleh sapa..

ikae2 tu comeynyoooo!!!

Anonymous said...

wah seronoknya pb...gi kk pulak..cantik sungguh gambar2 tu...mengimbau nostalgia sewaktu dok kk dulu...

Anonymous said...

aduh..bilalh lagi nak ke sabah semula...

Janna Wan Muhammad said...

kakPb....bakpo la kak pb tok oyak ko sayo nok gi KK? sedeh sayo tahu...kalu sayo tahu..say gi KK tu juppo kak Pb..ho la..mugo supo sayo ni...jaghe2 la ado tetamu hok mari ...pasal papan tanda tu...meme keno besar2 gitu kak PB...bukae nok ngutuk..tp meme gitu lah kak pb...tok berapo nok bersih..nok2 kalu tgh2 bandar....

mari la lagi kak pb Saboh...kalu mari semula2..oyak ko sayo deh ! nombor tepon sayo sero supo ado wi doh deh?

Anonymous said...

Salam pB,
Cqntik gambar yang dipamerkan. Lain kali boleh pergi lagi. Khas untuk tengok Gunung Kinabalu....

MOKCIK AZWA said...

Masa balik tempohari, memang heran jugak melihat papan tanda jangan buang sampah itteww merata22...tapi memang kena tulis utk peringatan pun...kesedaran sivik tu kena diingatkan selalu terutama orang2 PTI itteww

wah...seronok kat kedai jamilah tu kan...selesa memilih kristal dari di pasar filipin. tapi kalau nak beli brooch, mokcik syorkan beli di pasar filifin...macam2 ada dan kualiti serta reka bentuk lebih banyak lagi berbanding di kedai ini.

diakhiri dengan..lagu..saaaabaaah taaanaah aairrkuuu...negeriii kitaaa yang terchenta, pemuda pemudi semua marilah, marilah bersatu semuaaa.... :))))

en_me said...

kundasang - yes, been there, done thatt

en_me said...

chopp, tambh skit.. afsal gambo2 sumerr macam waktu senja senja ghitewww.. ehehe

aza ni said...

pB:den tokonang maso den kek KK dulu, ompek tahun lobeh..

lupekanje said...

seronoknya kat KK...
acik gi KB jer tk sronok...bukan sbb tempat tu tk sronok.. kawan yg tk sronok..huhu..

pB said...

ACIKBR>
Tu lar , kak pB dah baca dah n3 tu.
Jangan sedih , lenkali Acik ke sana lagi .....

This time , biar bwk kawan yang satu kepala ... baru syok

pB said...

BRO AZANI

Lama jugak tu , kalau 4 tahun.
Tak tersangkut orang sana ker??

pB said...

EN ME

Hi hi , pB pun tak perasaan...

Tapi kan , tak semua gambar tu diambil waktu senja. Waktu tengah panas terik pun ada tuuuuu

pB said...

AZWA

A ah lar , memang kat KK tu penuh dengan Pendatang Pendatang .....

Kesian bandar KK , dicemari begitu sekali ....

pB membeli di Jamilah jer. Di Pasar Filipin tu , panas gilerrrrr

Ha ha ha
Eksyen lar pulakkkkkk

pB said...

ZABS

Insyallah , kalau ada reseki lebih , insyaallah pB nak kesana lagi.
Frust jugak sebab tak dpt tengok Gunung Kinabalu tu ...

pB said...

JANNA

Hopefully , dengae adonyor papae tando tu , orghe orghe situ lebih berhati hati ...
Lebih beringat ...

Lengkali , kalau kak pB ke situ , kak pB akan calling calling Janna .

pB said...

IDZARIS_79

Alangkah baiknya kalau tambang air asia ke sana tu murah mcm tiket bas dari KL ke Penang ....

pB said...

IMA

Ajak lar hubby ke sana lagi , berbulan maduuuu

pB said...

JA

Nanti tahun depae Ja kelik , Ja booking siap siap . G makae angin situ pulok .....


Kalau lah kawasae tu kawasae buleh maa'ching , memae syurgo bagi pemancing pemancing larrrrrr

pB said...

HANIS

Memang seronokkkkkkk

Memang happeninggggg

pB said...

YB

Ada kawan baik pB bagitau ,
"DUIT BOLEH DICARI"


betul tuuuuuu

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...