Salam Semua. Hari ni , mood dah ok dah sikit.
Cerita semalam tu , pB harus jadikan iktibar. Kalau nak berbicara , perlu fikir dulu. Bak orang tua tua dulu berkata "Terlajak bot , boleh diundur. Tapi , kalau terlajak kata , menyesal tak sudah". Menangis keluar air mata pun , dah tak boleh ditarik kata kata itu. Moga masa dapat menyembuhkan luka tersebut.
Jom , kita sambung cerita pB bersuka sukaan di Kuching Sarawak. Hmm , kita masih lagi Kuching. Hari Isnin , 16hb , hari terakhir kami di sini. Belah paginya , sebelum hantar kereta sewaan itu , kami merendek ke Batu Kawa. Melawat kilang membuat tembikar. Dalam hati tu , hanya satu benda jer yang pB nak cari kat situ. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit dari Bandar Kuching.
Mata memang rambang. Hati berbunga bunga bila melihat pasu pasu yang begitu cantik dan halus seni rekanya. Disamping membeli belah , kami juga dapat melihat proses bagaimana pasu itu dibentuk , dicorakkan , dilukis dan juga diwarnakan. Everything is so cantikkkk. Cuma yang tak syok nya , pekerja - pekerja di situ macam tak frendly jer. Masam jer airmukannya. pB senyum pun , semua buat tak tahu ......
Corak sedang dilakarkan pada pasu.
Bergambar dengan pasu yang baru keluar dari oven.
Koleksi pasu yang hendak dimasak.
Pasu yang sudah dibakar dan menunggu
proses mewarna.
Kerja lakaran corak.
Nampak mudah sungguh.
Proses melorek pasu mengikut corak yang dilakar.
Dalam showroom.
Pilih - pilih.
Murah murah jer.
Balik dari batu Kawa , sempat lagi singgah di Sarawak Tourism Complex. Acara bergambar gambar dengan tugu peringatan yang ada kat situ. Tak boleh lama sebabnya terpaksa ke Kuching International Airport .
Destinasi seterusnya Kota Kinabalu , Sabah.
Bergambar dengan pasu yang baru keluar dari oven.
Koleksi pasu yang hendak dimasak.
Pasu yang sudah dibakar dan menunggu
proses mewarna.
Kerja lakaran corak.
Nampak mudah sungguh.
Proses melorek pasu mengikut corak yang dilakar.
Dalam showroom.
Pilih - pilih.
Murah murah jer.
Tak banyak pasu yang pB beli. Begitu juga dengan Tok Ma. Bukan tak ingin . Masalah pengangkutan masih lagi menjadi topik utama. Sayang kalau pasu pasu tu pecah semasa dalam jagaan Air Asia tu. Nak dijadikan 'hand lugage' , terpaksa juga beringat. Kesian pada si aBear. Banyak dah benda yang dia terpaksa carry.
Balik dari batu Kawa , sempat lagi singgah di Sarawak Tourism Complex. Acara bergambar gambar dengan tugu peringatan yang ada kat situ. Tak boleh lama sebabnya terpaksa ke Kuching International Airport .
Destinasi seterusnya Kota Kinabalu , Sabah.
Walaupun letih , tapi masih boleh lagi tersenyum.
15 comments:
sungguh comel pasu2 itu...tok leh suruh dio post ko PB kalu kito beli?
KAK WEAR
Lawa lawa blako. Tapi dok mikir , kalu beli , nok boh mano. Namo khe , buat kumpul habuk jah ...
He he he.
Rasonyor dio chah , 6rial untuk sekilo. Kalu pasu tu berat dio 5 kilo , so , kito keno bayar 30rial untuk kos penghantarae. Ba'ghe sapa dalae maso duo minggu. Raso rugi pitih lar pulok.
wow cantik nya ... berapa harga nya tu?
KAK ELLE
Yang mana satu , Kak??
Banyak jenis , banyak saiz.
Yang kecik kecik tu (setinggi 30cm) , tak sampai sepuluh rm pun.
jauh melancong tu.. bestnyaaa...
MUMMY RIZQ
Tapi , pB tak sampai lagi Bandung atau Baliiiiiii
takpe, asal hepi letih pun tak terasa.
PB...cantikk2 pasu2 tu kan...
Muka diorang masam sebab penat kerja kot...hehehhe
semoga percutian ni sentiasa mnjadi kenangan manis kak PB skeluarga
chewah cam ucapan kat radio pulak. ahaks
KAK ANIE
Memang lawa lawa. Cantik tapi mudah pecah. Tu yang payah tuuu.
Tak kan lar pagi pagi dah tarik muka ...
LUNA
Alhamdulillah.
Memang percutian tu percutian yang menarik....
KV
Se'ro nok cabut tumit kaki. Itu pun paka kasut sukae. Kalu paka kasut tumit tinggi, tok tahu larrr
best yer....jalan-jalan tengok temoat orang....
pB,
Bestnye g jalan-jalan..
padae lar ghama dok kato pasu serawok comey..
memae comey..
beghapo kak pb wak kelik? ;)
Post a Comment