05 May, 2009

569

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.


Apasai la pulak , tiba tiba pB dok tulih pasai penyakit ini ? Saper la yang terkena penyakit ni?

Yang sebenaqnya , semalam pB bawak lar anak dara yang no tiga tu pie klinik. Dia punyalah dok komplen yang dia dok gatai tiga empat hari ni. pB dok ingat ker sebab cuaca panas. Ataupun sebab air paip yang tak berapa yang bersih sekarang ni.

Sekali , bila jumpa doktor tu , dia kata , ini penyakit KAYAP ... Terkejut jugak lar pB. Sebab memang tak sangka langsung ... Hu hu hu ... Doktor tu bagi ubat sapu dan juga ubat tahan gatal. Dapat jugak ubat demam , kot kot lepaih ni Kak Lang tu demam.


Hari ini , pB tak bagi dia pie sekolah pun. Sebab kesian. Dalam kelas kan panas , Kayap ni pulak , bila berpeluh , lagi lar pedih dan gatai.

Pada sapa sapa yang pernah kena Kayap ni , apa benda u all sapu ?? Ada ubat kampung ker ?? Kena pantang makan ker ? Doktor tu habaq , jangan dok bagi Kak Lang tu makan C Food , telur . Cuma boleh makan daging dan ayam jer ...
Ada member kat pejabat cakap , carilah ubi bemban. Masaalahnya , ubi bemban punya ghuper pun pB tak kenaiiiiiiiiiiiii ....

16 comments:

Neeza Shahril said...

tak sure lah kak pb..

kalu panau tu ada jugok dengar..
sapu lengkuas..

kayap tu tok tau la pulok...

aza ni said...

pakai daun gelenggang pB, saya dulu kena kayap ular lagi,rajin berkubang kat sungai, tak tahu kat ulu sungai ada kandang ba...
gosok daun gelenggang hingga ngelupas kulit,balas dengan minyak zaitun, memang pedih, tapi lama2 kering.baju baju yang dipakai arwah mak dulu rebus, nak bunuh kuman siap campur dettol.

KV said...

kv dulu darjah 6 naik kayap. Dah la masa tu mak gi mekah. Tp dulu berubat tradisional jer, klinik takde. Pakcik tu kunyah jambu batu dan pucuk (ada baca ayat jgk) dan sembur. Lps tu mmg sejuk jer rasa. Tp before tu mmg demam berhari hari dan sakit. Awat kak lang tak demam ek?
Dan makan pun kena lah pantang jgk. Takut gatal dan sakit.

KV said...

oh lupa nak bitau, kv kena kayap ular. Dekat perut dan membawa ke blkg sampai tulang belakang. Dan parut nya kekal. Huhu. Tp lama2 jadik kecik.

zue said...

salam pb,
org kata kayap ni ada 44 jenis kayap, yang biasa berlaku kayap air.. kayap ular..berbahaya..

tidak boleh makan benda bergoreng, dan berminyak.. semua kena rebus sahaja.. makanan seafood tidak boleh makan.

pB said...

ZUE

Ada gak baca info tu. Banyak sungguh jenis kayap nie ....

Kak Lang dok berpantang sekarang nie.

pB said...

KV

Kak pB keno doh jugok , Kalu tok silap duo tahun lepah. Sakit sungguh. Keno pulok betul betul atah tali Br* ...

Maghi krijo , paka siglet ..
kuang kuang kuang

pB said...

AZANI

Tks for the info's. Tks sebab siap buat n3 lagi dalam ur blog.

Nanti balik , kalau jumpa , pB akan ambil ...

pB said...

ADIK JA

Guno ku'ah kalu keno pana ??
Thx ...
Info's berguno jugok tu

Yunus Badawi said...

tak lama lagi pB sekeluarga jadi org kaya!

Kujie said...

dulu2 mak tak bagi makan yg bergoreng

Kujie said...

mana entri 'sara hidup tu....?

mamalisa said...

salam kak lama x jenguk blog akak..kayap yer tak taulah..cubalah guna ubat doctor tu insyaAllah berkesan

zareda said...

orang kata kalau kayap ular tu berbahaya kalau sampai bercantum, boleh membawa maut..

hope, anak PB setakat kayap biasa... ikut nasihat doktor ok, zar nak bagi advise pun tak berapa bijak hal penyakit ni

Sya said...

pB nanti kak sya tanya makcik kak sya sbb dia penah kena, dia berubat cara tradisional je ..

Aishah Md Isa said...

Aishah penah kena kayap.. masa 8months ++ pregnant.. Mmg DR risau abih tgok kayap tu sb dia kata bleh berjangkit. Dia bg ubat nama 'Zovirax'.. mmg sangat berkesan.. sehari 2 lepas makan ubat tu terus kering.. Try la..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...