07 May, 2009

572


Salam

Semalam kursus. Ok aja. Sonok gak bila ke Jalan Semarak ni. Sebab pB boleh makan rojak tempe yang dijual kat salah sebuah gerai kat situ. Tapi biasanya pB minta tempe tu sikit jer. Tapi suruh akak tu boh paru paru goreng banyak banyak sikit. He he he ......

Separuh hari , pB dok merendek ke blog blog yang biasa pB baca. Mcm mcm cerita , pelbagai gambar pun ada. Sampai pB pulak rasa macam tak ada idea nak tulis apa hari ni.

Semua dah tengok kan gambar yang kat atas tu .... Itu adalah siaran radio yang pB sokmo dengar semasa memandu . Mostly pB dengar waktu pagi dan waktu petang.

Lagu yang diperdengarkan kira pB boleh dengarlah. Tak terlalu lama dan tak terlalu bising. Easy listening untuk orang yang berumur 30an seperti pB nie. Bahasa inggeris yang mereka gunakan pun tak lah heavy sangat. Lite lite gitu. Kdg kdg , Dj tu campur gak bahasa melayu.

Kalau sessi pagi , ada satu sekmen yang dah lama disiarkan. Sekmen "WAKE UP UR BRAIN". Pendengar di beri satu soklan , dan siapa yang dpt jawab yang betul akan diberi hadiah berupa wang ringgit malaysia.

"Malaysian have the third ranking for _____________ in the world". That is the soklan maut. Dah berminggu minggu dah soklan tu diutarakan , tapi tak ada pun yang dapat jawab dengan betul.

Macam macam jawapan yang dah orang bagi seperti " Tin Reserves , Savings , Student Nurses in the UK , Dive Sites , Air Pollution , English Speakers , Foreign students studying in our country , Natural lime stone cave , Idiots that surf the net looking for the answer to this question , Chicken Eater and so on , so on. Kalau nak tengok jawapan yang salah , boleh lah layari http://www.flyfm.com.my/flyfm_pagishow_wuyb.asp.

Yang seronoknya , wang terkumpul sekarang adalah ENAM BELAS RIBU SERATUS RINGGIT MALAYSIA ..........
Dan yang sponsor ni ialah TM NET SDN BHD.
Psssttt.... ada ker blogger yang kerja TM NET ni.....
Banyak sungguh kno , syarikat ni punya duit .....

Banyak giler tuuuuuuuuuu ...............

So , esok saper saper yang rasa ada luck , silalah call FlyFm dan cubalah . Mana tahu , kot kot ada blogger yang bernasib baik ........

25 comments:

Abahnajwa said...

PB,

Abah dulu selalu call ERA...hahahaha..tak pernahpun menang hadiah..sedih betul..wakakakakak

Mak Su said...

apa tu yang tempat ke 3 tu ek?
banyak rasuah ker?
or byk orang suka showoff?

Ain said...

salam ziarah pb..... tak try jawab ker? mana tahu ada rezeki menang adiah ribu2 iteww...

aza ni said...

kat jalan semarak, rak tahu ke ada lagi gerai haji tu, speciality dia adalah ketam goreng berempah dengan terung salai, kalau singgah , minta ketam 4-5 ketul,terung salai sepinggan, air suam,nasi. Itu aja, tapi siaplah dua dua tangan mengepak ketam.habis ketam tengok busut kulit ketam nak sama tinggi parlimen, kah kah kah.

Kak Elle said...

cuba teka pB jgn tak cuba sape tau u yg menang:)

MOKCIK AZWA said...

third ranking aper ek...petronas twin towers ker klcc ker.. atau third ranking paling banyak crime rates kat dunia nie kut....huhuhu

saya tak pernah menang...hahaha jangan minum power root

Kiah Kardashian said...

aikkk tak ada yang dapat jawab lagi ker?

Jarang bukak fly fm. Selalu dengar Hitz...switch ke fly kalau lagu kat Hitz tak best. Heheheh

Ordinary Superhero said...

Rasanya Hot FM punya peraduan teka 3 lagu (yang dah dicampuradukkan) dalam segmen Hot FM Jam pada sebelah petang lagi tinggi hadiah terkumpul. Last week saja dah naik 20 ribu lebih. Tak tahu la kalau ada yg dah menang.

Mother of Two said...

pb,
demo cubo jawab kencing manis sure betul... kalu betul jange lupe belanja rojak tempe kat ambo yer...:)~

zino said...

tak pernah call mana mana stesyen ni..

Unknown said...

Dulu pernah juga call Radio4. Menang ticket wayang tapi dia orang tak hantar hantar pun.

Ada juga hantar gambar memancing ke majalah Pancing. Menang tempat ke 2. Juga tak hantar hadiahnya. Cuma disiarkan gambar kite kat majalah aje..

pB said...

KBGUY

Long time no see ....
Sihat ker??

Bakpo tok talipon tanyo ??
Rugi jugok tu ...

NONIE AZIZ said...

Kak PB..Nonie pun suka dengar Fly.Fm...akak dah dpt ke macamana nak auto publish? nonie dah tau...

pB said...

BRO ZINO

pB pernah hantar sms ttg traffic jem jer . Itu pun satu kali .

Dgr tak Abg Zainal pagi tadi???

pB said...

NONIE

Akak suka dengar flyfm walaupun lagu yang depa putaq tu , lagu sama ....

Akak dah cuba , tapi tak mau jadi larrrr

pB said...

MOTHER OF 2

Kalau tengok jawapan yang salah tu , ianya tak berkaitan langsung dengan penyakit dan kesihatan ....

May be pasal habit orang mesia yang tok berhenti makan kot.

pB said...

O.S.H

Hok tu lagi payoh nok teko. Lagu hok dio putar tu pun , smeta sangat.

Sapolah hok muroh reseki tuuuuu

pB said...

ZEK ZEK

Hari ni pun masih belum ada yang boleh jawab....
Dah naik 16200.00 rial

banyok tuuuuuuu
buleh beli macae macae karo bendo

pB said...

AZWA

Bangunan ker ?? Hmm ...
Tak pernah pun minum Power Root ...

pB said...

KAK ELLE

Dia nak pemanggil yang ke 7,8 dan 9jer. Pemanggil sebelum tu , dia tak nakkkk ....
Bukan mudah tu

pB said...

AZANI

Ada gerai jual ketam ...
Kat mana tu ???

Spesific lar sikit

pB said...

MAMA DANISH

Tak pernah cuba pun. Bukan mudah nak dpt thru line telefon tuuu ...

pB said...

MAK SU

pB pun jenuh cuba fikir ...
Tak dpt ilham sampai larrr

pB said...

ABAHNAJWA

Oklah tu ... Dpt jugak thru the line.
Ini asyik dpt line sibuk jerrr

shafarina said...

sekarang dah jadi pendengar setia fly fm.

tak mengarut mcm sinar dgn era.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...