13 May, 2009

575

*NO MATTER HOW GOOD THEY ARE , SOME MEMORIES SHUD BE FORGOTTEN*



Tadi masuk pejabat lambat.
Bukan ada kecemasan apa pun kat rumah tu.
Rasa malas nak masuk awal , tu jer .

Allaaaaa kat pejabat ni , kalau pB tak ada sebulan pun , bukannya mereka heran pun.
Kerja jalan jugak. Itu lah nasib pekerja yang tak berapa penting macam pB nie .......

Ek elehhh , EMO lar pulak pagi pagi nie.


Keluar umah kul 815 pagi. Breakfast berdua dulu dengan aBear.
Pagi ni , makan roti telur. Pesannya roti biasa jer ,tapi yang datang roti telur. Pulun jugaklah .. Dah namanya reseki ....

Singgah jab kat Panasonic Service Centre kat Seksyen 23 tu. Beli gasket untuk peti sejuk kat umah tu. Dah uzur benar pun gasket tu. Memang dah tak melekat pun. Kalau saper yang tak tahu apa tu gasket , gasket tu magnet nak melekat kat pintu peti sejuk tu.Bila dah lama lama , magnet tu akan hilang power.

Semalam call , they all kata tak ada spare part. Kena order. Akan ambil masa 3 minggu untuk barang tu sampai. Pagi ni , alhamdulillah , ada pulak gasket tu.

Tanya kat kedai repair barangan elektrik , kos gasket tu RM80. Bila beli kat Panasonic Centre tu , cuma RM 45 sahaja.

Banyak tul , kedai repair tu make up hargaaaaaa ..... !!!!!!!




Kat bawah ni , ada sikit petua bagaimana nak jimatkan elektrik untuk peti sejuk .




Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Apatah lagi, ia biasanya digunakan selama 24 jam. Oleh itu, jika ingin mengurangkan bil elektrik di rumah, kita perlu mengetahui cara untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik peti sejuk. Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan.


􀂄 Cairkan air terbeku dengan kerap. Jangan biarkan air terbentuk melebihi 0.5 cm.

􀂄 Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat. Letakkan sekeping kertas satu ringgit dan tarik. Jika kertas boleh ditarik dengan mudah, maka gasket perlu ditukar.

􀂄 Untuk memastikan penyejukan yang baik, pastikan barangan makanan disimpan secara teratur. Pengaliran udara yang baik memastikan pengunaan tenaga dengan cekap.

􀂄 Tutup makanan yang berair. Kandungan air yang tinggi dalam peti sejuk akan menyebabkan kompresor berkerja keras.

􀂄 Jangan gunakan pelapik kertas untuk membalut makanan kerana kertas adalah penebat haba. Gunakan pelapik aluminium yang boleh diguna semula ataupun bekas ‘stainless steel’.

􀂄 Letakkan peti sejuk jauh daripada sinaran matahari secara terus. Ini akan menaikkan suhu peti sejuk. Pada masa yang sama haba daripada koil kompresor mesti bergerak dengan senang untuk memudahkan proses penyejukan.

􀂄 Kerap bersihkan koil peti sejuk di belakang atau di bawah unit. Ini untuk memastikan peyejukan yang baik.

􀂄 Disebabkan peti sejuk membebaskan haba di bawah ataupun di belakang unit, pastikan terdapat ruangan yang mancukupi untuk aliran udara, lebih kurang 5 cm atau lebih.

􀂄 Jangan simpan peti sejuk yang melebihi 10 tahun kerana besar kemungkinan ia tidak cekap tenaga. Ini akan menyebabkan pembaziran tenaga.

14 comments:

Yunus Badawi said...

eh first ke arini?

Yunus Badawi said...

ha ah first! Tadi pB first masuk n3 saya sekarang saya pulak first kat sini. Mcm janji2 aje hehehe

Lepas ni baru nak baca. Panjang n3 ni huhuhu

Yunus Badawi said...

eh belum ada org lain yg komen ke?

terima kasih kerana berkongsi tip. Nasib peti ais kat rumah tu baru lagi. Masih efisen. hehehe

Neeza Shahril said...

info berguna ni..
tenkiu kak pb..

Ummi said...

peti sejuk kat rumah ummi dah berusia 9 tahun,

lagi satu tahun nampaknya kena dispose, sebabnya nanti bil letrik akan naik kan, tak begitu PB

rasanya selagi tak rosak, peti sejuk itu akan di gunakan :)

kad0k. said...

lagi satu kak...jangan kerap bukak peti sejuk. betul tak?..:)

pB said...

KADOK

Kalau kat umah tu cuma ada ayah dan mama jer , ok.
Tapi bila dah ada askor askor mcm kak pB nie, rasanya kalaulah pintu peti ais boleh bercakap , memang dah menjerit jerit dah pintu tu ...

he he he

pB said...

UMMI

Tengok lah dulu bil lektrik tu.
Kalau nampak ada peningkatan , mungkin peti ais tu yang menyebabkan bil tu naik.

So , bolehlar ayat ayat kat Mr Jay tu ....

Zaki said...

Ohhhh...yang melekat kat pintu peti ais tu namanya gasket, baru tahu. Peti ais kami pun ada problem cam tu jugak, tapi wife i tak nak tukar gasket, dia nak tukar peti ais baru....huuuuuu.

pB said...

ADIK JA

Info's hok molek molek , kito share share lah.
Kalu nok tok molek tu , kito dok diae jah larrr

Tok gitu

pB said...

KIE

Ha ha ha ....
Tak por lah ...
Ikut jah lar kalau mampu

Aku Bukan Bidadari said...

ooo baru tau kak if magnet tu x leh pakai ada ganti..ingat kena beli/tukar peti sejukbaru lalalala

aza ni said...

terimakasih pB

Ordinary Superhero said...

betul ke magnet tu namanya gasket

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...