21 May, 2009

582


















Dalam seminggu dua ni , my sparing partner asyik dok komplen tentang bau wangi yang kerap dihidu ......


"Yang , yang tak gosok gigi , ker "
(Ciss... kita punyalah tiga empat kali sari gosok gigi , dia habaq berbau lak)
(Dia tak pernah pun panggil pB "YANG" ..... )


Pas tu , yang paling tak syok , bila pB bersin jer , mesti ada sisa makanan yang terkeluar.

Punyalah dok heran , kat mana lar si sisa tu dok menyembunyikan diri.


So , semalam pB pun ke klinik gigi kat Seksyen 7.

Klinik Pergigian Zu. Tak pernah pun pB buat apa apa rawatan tak situ, saja nak try try nasib.


Bila doktor tu periksa , rupa rupanya gigi geraham bongsu pB tu yang ada masalah. Memanglah gigi tu sebelum ni , pB dah tampal. Sekarang ni , ada lagi lubang yang menjelma. Yang syok nya lubang tu bukan kat permukaan gigi , tapi di sisi gigi itu.


Makanan makanan pula , asyik dok berkumpul kat lubang tu. Nak di flosing flosing , memang tak boleh sebab tersembunyi langsung dari pandangan.


Dokor Zu bagi dua pilihan. Samaada pB nak cabut terus gigi atau pun buat rawatan akar. Kos untuk rawatan akar itu dijangka akan menipiskan purse pB sebanyak lapan ratus ringgit malaysia. Mahal sebab ianya melibatkan gigi geraham yang paling akhir dan ianya memerlukan alat khas untuk mematikan saraf di situ.


Doktor Zu cakap , kalau cabut pun tak per sebab rupa rupanya sebelah atas rahang , pB tak ada gigi geraham bongsu. So , gigi geraham yang kat bawah tu , tak ada fungsi nya.


Fikir punya fikir pB pun buat keputusan untuk cabut. Mula mula gusi tu terpaksalah dibiuskan. 3 kali gusi pB disuntik dengan ubat bius. Bila diusik usik , pB masih merasa sakitnya. Kemudian , doktor tu suntik lagi sebanyak tiga kali. Harapnya dengan dua tiub ubat bius itu , dapatlah gusi pB jadi kebas.


Untuk mencabut gigi geraham yang masih elok attachment , doktor Zu terpaksa menggoyang - goyangkan gigi itu dengan harapan , genggaman akar gigi menjadi longgar. Bila ditolak tolak gigi itu , punyalah sakittttttttt.


Sebelum ini , pB pernah dengar bahawa cabut gigi ni sakit. Sebelum ini , pB tak pernahlah merasai kesakitan yang dikatakan itu. Tetapi , semalam , kesakitan itu menjadi realiti buat pB.

Menggeletar tangan menahan sakit. Itu baru proses melonggarkan akar gigi belum lagi mencabutnya.


Doktor kata mungkin sudah ada jangkitan kuman pada gusi pB. Sebab itulah ubat bius yang diberikan itu tidak memainkan peranan dengan sepenuhnya.


Akhirnya , doktor nasihatkan pB agar makan dulu antibiotik untuk mematikan kuman kuman yang ada disekitar gigi itu dan , insyaallah Sabtu ini , proses mencabut gigi itu akan dilakukan. Kalau tidak , sabtu , mungkin isnin depan.


So , semalam , pB pun mC .....

Balik rumah , makan ubat , dan tidurrrrrrrrrr

32 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Semoga proses mencabutnya berjalan lancar.

WRA said...

raso supo ari tu ado buat root canal?
apa-apapun, mudah2an segalanya berjalan lancar dan tidak menyakitkan :)

Mulan said...

adoooiiii..!!!! terasa sakitnya pb..!!

pB said...

MULAN

Tapikan , dalam dok tahan sakit tu , buleh lagi buat lawak dengan doktor tuuuu

pB said...

KAK WEAR

Haghi tu , buat gigi gra'hae beloh kiri...
Bulae depae , ado temujanji Crowning...

Tu buak kat klinik kra'jae ....

pB said...

POK MAE

Mugo sumo jalae lancar.
Banyok dok dengar hok tok molek pasal cabut gigi gra'hae bo'su ni , naik gerun pun ado nie

achik said...

sakit gigi mmg sgt sakit..

ibundo said...

alamak... terasa pulak ngilunya. baru berangan-rangan nak pergi tampal gigi.

Pb, jangan lupa datang tau..

Achu Tra said...

Pb..ambo ari tuh cabut gg grehae jugok..tapi tidok hok bosu.."kak ngoh" dio..cabut tidok sakit sbb ubat seghebae sapa ko bibir..tapi lepah cabut..dok NGAK2 bedenyut..

KV said...

hubby kv langsung tak guna gigi dia belah kanan ke kiri ek? Lupa lah. Hihi. Sbb gigi bongsu dia mudah masuk makanan celah2 gusi area tu. Dan sakit atau bernanah bila makanan tersekat kt situ. So, bila tak guna, mulut akan berbau. Mcm akak gak la. Doktor nasihatkan cabut jer. Tp dia takut. Hehe

Eliss said...

alamak, gigiku ni pun ada satu yang sebelah sisinya berlubang...takuttttttttttt

aNIe said...

PB.. orang kata sakit gigi ni boleh buat kita selalu naik angin...ye ke?

aza ni said...

pB:kita dah takda geraham bongsu,graham sulung , angah, alang pun takda, itu yang kunyah macam style kambing je..he he he

aza ni said...

pB:satu lagi gambar gigi tu mula mula ingatkan pB nganga sampai macam tu sekali..ha h aha, sori tak baca habis masa tu.

Anonymous said...

pB,
Root canal tu memang bleh menipiskan purse kita. Dua gigi Ana, wat treatment camtu. Dua-dua geraham atas. Tapi last2, dua-dua haus. Sebab banyak makan benda keras-keras. Sekarang ni dua ruang tu kosong... kuikui..

Moralnya, baik cabut je lah.. hehe

zino said...

aduhhhhhh... sakit tu.. hehe

Zaki said...

ada kawan saya tu, cabut gigi geraham bungsu camni le, balik cabut gigi terus meninggal......


accident dgn lori.

CikguZue said...

salam pB, ngilu pulak mendengarnya. ada gak gigi geraham kat hujung tu yg berlubang. mula2 ingat nak buat treatment kat UK ni je. org kata free. rupanya idak. nampaknya nanti balik M'sia baru nak buat semua tu. tapi mahal jugak ye dlm 800 tu. tu harga sebatang je ke?

Ummi said...

rasanya ummi hadapi masalah yang sama dengan PB, ummi dah cabut satu, ok gak tapi setengah jam le kena tunggu doktor itu mengerudi,

sebelum cabut doktor dah bagi antibiotik suruh matikan kuman, makan selama seminggu :)

skrg tinggal lagi satu, entah bila pulak nak cabut pun tak tau :)

Sya said...

wah sungguh sakit tu.. dah disuntik berkali masih lagik bertahan.. powerlah pB

en_me said...

tak suke pic atas.. tp suker pic bawah.. ammvoiii

DrSam said...

saya pun tengah mengalami pengalaman yang sama. Baru minggu lepas makan antibiotik dan sepatutnya minggu ni buat root treatment. Tapi asyik bertangguh sampai hari ni tak sempat jumpa dentist lagi...gigi dah berdenyut balik :)

attyfir said...

selamat cabut gigi pb..org kata sakit gigi ar sakit palin sakit.tp rasanya mmg kot..

PINATBATE said...

adoi..paling takut nak cabut gigi...

Nong said...

Kesian pB, sure sakit sangat tu. Kak nong make a point gi check twice a year, sementara ada panel destist ni... he he..

pB said...

KAK NONG

Dalam dok pergi check up tu , ada jugak gigi yang terlepas pandang...

He he he

pB said...

PINATBATE

Kejab jer perasaan takut tu hilang ....

pB said...

ATTY'SThx Atty ...
Bersalin pun sakit , tau

pB said...

DR SAM

Baik lah luang kan sikit masa untuk buat root canal tu. Bukan apa , takut jangkitan kuman tu merebak jauh ke dalam gusi. Lagi byk kerosakkannya nanti ....

pB said...

EN_MEpB pun suka. Sebab tu pB boh gambar tu

pB said...

Kak Sya

pB kan PowerLess
Ha ha ha

TokNabe said...

Tak leh nak baye kalu sakit gigi ni... sakit nak kena cabut pun ee... tak leh nak baye jugok, setakat ni ambo tak pernah lagi cabut gigi... tercabut sendiri masa budak2 dulu ada la.. :D

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...