25 May, 2009

584


Salam ....


Jam menunjukkan jam 415 petang. Dan pB bersiaran dari rumah ...
Jangan jeles ... Dikala orang semua sedang sibuk cuba menyelesaikan tugasan dipejabat , pB sedap sedap dok lepak di rumah .....


As u all tahu , last week pB telah melawat dentist. Hasil dari lawatan minggu lepas , pB terpaksa melepaskan gigi geraham bongsu. Tetapi , last week , dentist tu tak berjaya sebab pB manja lebih lebihan. Wa tak tahan sakitttt orrrrrrrr.


So , setelah lima hari menelan ubat antibiotik , pB kesana lagi pagi tadi. Kali ini pB tidak keseorangan. pB ditemani oleh my sleeping partner . Sape lagi kalau bukan aBear. Terima kasih sebab sudi temankan pB walaupun pB tahu dia dikejar masa. Disepanjang kami bersama , handphone aBear tak berenti berbunyi. Sepatutnya pagi ni , dia ke Muar. Tapi , sebab nak temankan isterinya yang manja kededek ni , terpaksalah dia menangguhkan kerjanya dulu.


Kami sampai di klinik tu 10 minit sebelum jam 10 pagi. Pesakit pertama . Pintu klinik pun tak dibuka lagi. Tepat jam 10 pagi , klinik dibuka tetapi doktornya belum lagi sampai. Tangan pB dah mula sejuk , wa cakap lu. Risau pun ada. Gerun pun ada.
10 minit kemudian , doktor pun tiba. So sweetlarrr doktor nie... Suka tengok cara dia berpakaian.



Proses seperti minggu lepas terpaksa dilalui sekali lagi. 3 kali disuntik. Kemudian tunggu , hingga ubat bius itu bertindak. Still dpt merasakan kesakitannya tapi kali ini dapat ditahan. Kemudian , diberi lagi 3 kali suntikan.


Doktor Zu masih cuba untuk melonggarkan akar gigi. Tapi , wah akar gigi pB ni jenis degil. Tak nak langsung bergerak. Last last , Doktor Zu terpaksa melakukan minir operation. Namun , bukanlah dia terpaksa membelah gusi pB tu. Dia terpaksa mendrill keliling gigi geraham supaya ianya menjadi longgar.


Selepas proses mendrill dilakukan , doktor Zu cuba mencabut gigi geraham tersebut. Lenguh jugaklah rahang pB. Dan pB rasa doktor Zu tu pun ,menggunakan segala tenaga yang ada.
10 minit bergelut , barulah gigi geraham bongsu itu dapat dicabut dari paksinya.


"Saya dah agak dah , mesti gigi awak ni lain dari yang lain. Biasanya akar gigi dia lurus kebawah. Tapi , akar gigi awak ni , bengkok macam tanduk kerbau. Sebab itulah susah nak cabut. Kalau saya paksa , nanti hujungnya sangkut di dalam gusi , dan ini akan merumitkan lagi proses mencari tinggalan akar itu"


"Saya beri awak mc dua hari. Malam ni , mesti awak akan rasa sakit. Tulang pada gusi itu akan memakan masa 3 minggu untuk tumbuh balik. Kalau awak minum susu, ianya akan tumbuh dengan lebih cepat lagi"

Kesimpulannya , akar gigi pB lain dari yang lain. Dan hari ini , dompet aBear hilang seratus lima puluh ringgit.....


Walaupun mahal , namun pB amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang pB dapat dari doktor Zubaidah itu ....
Jom , lihat gigi yang bengkok akarnya ...




Bila ubat bius tu habis, berdenyut denyut gusi pB. Nak tidur pun tak lena. Darah pun tak berhenti lagi nie ... Tadi , baru jer pB nak lena , si Kak Lang masuk bilik. Terkejut sakan. pB rasa macam nak hantuk jer kepala Kak Lang tu kat dinding ....

Kuang kuang kuang .... Zalim sungguh bunyinya ...... .


Hopefully , esok dah hilang sakit ni , dan boleh lah pB merendek kat IOI. Ha ha ha ha .......

Perut pun dah lapar ni. Tak ingat nak beli bubur nasi masa balik tadi. Nak mengunyah memang tak boleh lagi nie .....

29 comments:

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

ooo..patutl a susoh nok cabut....belok gitu mo nah deh? tp gak...kalu nok compare nga seratus limo puluh tu...berbaloi la deh? bulih la rekomen klenek gigi ni ko sapo2 la....

shafarina said...

Alamak akak. Rasa nyilu lak gigi bongsu saya yg tumbuh 'di luar kawasan' nih.

Takut kena cabut sbb kacau gigi2 lain.

pB said...

INA

Kak pN nasihat , cepat cepat Ina berjumpa doktor gigi. Bukan apa , takut gigi geraham tu merosakkan jiran tetangga nyer. Nanti lagi susah.

pB said...

JANNA

Haghi tu , maso buat rawatae akar untuk gigi gerahae kecik , doktor tu royak doh , akar gigi kak pB tok lurus. Tapi tok seko lar , belok gitu mor lagu ..

Nasib baik dok so'yok gusi.


Doktor hok kak pB gie ni , pakar dalae rawatae untuk gigi grahae. 10tahun dio , krijo di Melako sebelum dio bukok klinik sdiri di Shah Alae nie.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aduhai..ngerinyaa...selamatkanlah gigi gerahamku dari dicabut..tampal sudeh laa.. :D

pB said...

E.L.I.S

Kak pB dah tampal dah gigi tu , rasanya 3 tahun lepas. Lubang baru lak yang muncul , di tempat yang tidak boleh ditampal lagi.
So , gigi itu memang tak boleh diselamatkan lagi.

kakpah said...

sakitnya Pb. membayangkannya saja dah cukup buat kpah rasa ngilu.

lupekanje said...

akar yg bengkok? tu pasal sakit sangat ye pB..
tingat aritu pegawai acik, baper lama merana gak sakit gigi wlopun lepas doktor cabut geraham dia yg elok tuh...

jgn memain ngan org sakit gigi...
usik kalu...mau kener pelempang jepun kannnz...heheh..

ok..get well soon..ewahhhh ewahhh.. MC pun nk gi IOI yek..
gunakanlah peluang yg ada sebaik mungkin...:)

Yunus Badawi said...

Sampai mcm tu sekali akarnya. Patutlah baru sekarang tumbuh gigi geraham bongsu pB ni. Ingat kurang makan kalsium gigi tu tak tumbah masa pB masih anak dara hehehe

Selamat bercuti!

AZANI said...

pB:kawan pun rasa ngilu bila you sebut kena gerudi tu,boleh bayangkan macamana doktor tu dok honggah gigi nak kasi keluar sampai kepala kita pun ikut bergerak.Ihhhh...

Kak Elle said...

kesian nya semoga cepat sembuh pB:)

hmm ... gigi tu bolih buat loket pB....hehehe

ima said...

Baca cerita pB terasa nyilunya sampai ke sini...saya ni memang trauma kalau nok gi klenek gigi...sejuk kaki tanganlah jawabnya...

FaRrA DeeN said...

Ish Kak PB nie, kebetuley, tengoh sakit gigi jugok nie. Seminggu dok duk 'ok dop gi cabut lagi. Geraham atah, alik kiri... Hmm.., tengok akar kak PM lagu tuh... Hehe.. :D dop tau nok kato gapo... hehe...

catz_mafia said...

pb,
Huh.. mengerikan.. errrrrrrrr...

xiiinam said...

Salam...
Cepat sembuh ya....
Ada orang kata...sakit gigi adalah sakit kedua selepas bersalin..entah...

cikgu panji said...

beraninyo pb. saya tengok gigi tu pun dah raso senga gigi.mujor tak patah maso dr cabut.

zino said...

gigi ke apa tu.. lain macam je..hehe

MULAN said...

laaahh gigi pb ropanya.. dari jauh macam halia.. maakk ooii, panjang nya..

shafarina said...

Hadoi la akak. Itu lagilah kita takut. Tak sakit tapi menyerah diri. Cuma masa sakit hari tu, doktor tu mmg cakap dia tumbuh luar kawasan. Tapi kalau tak sakit @ efek takpe biarkan. Kalau sakit2 tu kena cabut. Waaaaaa.

Anonymous said...

pb yg manja kededek (lamo doh tok dengar org guna word 'kededek'.. masa baca cm senyum2 baca 'kededek')

so hari ni dah ok ke utk merendek ke IOI...

pegi beli susu extra kalsium bagi cepat tumbuh apa yg patut tumbuh....

cm

pB said...

CHE MA

Sokmo kededek tu guno kor anok kecikkkk ...

Susu tu ado dalae peti sejuk tu , tapi tok minum minum lagi...

Tok gie pun IOI. Royak sajo.

pB said...

INA

Kalau pergi time sakit , lagi takut tauuuuu. Pergi tu bawaklah peneman sorang. Untuk kuatkan semangat ...


Pergi nyer adik

pB said...

MULAN

A ah , pB pun napok supo lagu tu jugok. Macam halio mudooooorrrr

pB said...

BRO Z

Apa yang lain macam nyer? Citer sikit

pB said...

CIKGU PANJI

Sebab tu dio drill dulu , suruh longgar. Kalu lah patoh hok hujung tu , lagilar teruk pB keno. Mesti keno beloh doh gusi tuuu...

Berani tok berani jugok. Tapi kalu koho kito "ok", lagi teruk jadinyor.

Tok gitu...

pB said...

CkLAH

Tahap menahan kesakitan itu yang paling penting. pB kalau bersalin , kurang sabar sikit ........

pB said...

CAT

Apa yang ngerinya tu?
Cara gigi tu kena buang atau bentuk gigi itu sendiri ???

pB said...

FARA

Kalau sakit , gie klinik gigi , dio tok akae cabut. Dio akae bagi antibiotik dulu. Sebab kalau maso sakit tu , dia cucuk ubat bius , kito tok akae raso kebahhhh ...

Baik lar gie ....
Sebelum lagi teruk...
Namo Khe pah ni lasung tok leh tido malae...

pB said...

IMA

Sakit dio smeta jah....

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...