04 June, 2009

593

Dulu , masa pB dok belajar kat poli , pB ada sorang kawan ni. Budak kelantan. Sama umur dengan pB pun . Dan sekelas pulak tu.
Budak ni tak lah lawa mana pun. Tak lah putih mana pun . Tapi ada manisnya. Budak ni jenis peramah dan jenis happy go lucky, dan juga open minded. Dan yang paling penting , dia ni jenis suka berkawan. Dia berkawan tak kira dengan sapa pun. Budak kursus lain pun , dia kamcing jugak. Pas tu , dia ni ketua hal ehwal pelajar wanita. Lagi ler femes. Dia juga aktif dalam berpersatuan.


Apa yang sebenar pB nak cerita nie??????


Mungkin disebabkan kawan ni jenis happy go lucky dan mudah mesra alam , budak budak lelaki mudah jatuh hati pada kawan pB nie. Kawan pB ni pulak , mula mula tu biasalah . Dah orang nak berkawan , so berkawan lah dia. Tapi bila dah lama lama jadi rapat , mulalah timbul perasaan lain dari yang lain.

Mula mula yang pB ingat , masa dia sem satu , ada sorang senior ni yang dok try rapat dengan dia. Tapi rasanya dia tak berapa layan budak senior tu. Tapi masa nak cuti sem , dia ikut rombongan ke Penang , kalau tak silap pB. Masa dok berrombongan tu , dia jadi rapat dengan budak perdagangan. Memang macam couple dah lah. Pas tu , bila habis rombongan tu , semua balik rumah. Bila bukak semester baru , kawan pB tu start lari dari budak commerce. Kesian budak commerce tu. Kena reject.

Then , dalam semester dua tu , dia dok gaduh dengan budak sekelas ni. Budak laki ni suka sangat mengusik member pB ni. Kalau tengok macam kucing dengan anjing jer. Ada aja benda yang budak laki laki tu buat untuk sakitkan hati kawan pB nie. Tapi , masa nak nak habis semester dua tu , they all bercintan.

Siap pergi ikut rombongan lagi tu. Bila masuk semester tiga , kita orang kena buat latihan amali. Tapi disebabkan kawan pB ni tak lulus satu matapelajaran , dia terpaksa repeat semester. Dan si hero ni pun , berpratikallah seorang diri kat KL. Entah macam mana , pB dengar cerita putus jugak hubungan tu . Dan yang putuskan hubungan tu pun , kawan pB tu jugaklah. Kesian kat sihero tu , sebab si hero tu memang sayang giler kat kawan pB nie.

Bila dia naik semester empat , pB dah tak sekolah dah kat situ sebab pB dah habis pun masa tu. Tapi kita orang still kawan baik lagi. Dulu mana ada talifon talifon ni , so , kita berhubung melalui surat menyurat. Masa kat semester empat ni , ada pulak budak laki2 yang dok mengusik sikawan pB nie. Macam masa dia kat semester dua tulah. Pantang jumpa, bergaduh jer. Tapi , sampai habis semester, they all tak der lah buat declaration yang mereka ni bercinta. Tapi , semua kawan kelas ,dok agak , mereka berdua tu sedang bercinta.

Tapi , jodoh kawan pB ni bukan dengan member tu. Masa kawan pB nak luahkan perasaan, dia dpt tahu yang kawan laki tu baru jer berkawin. Kuang kuang kuang ......

pB pernah tanya kawan pB nie. Kenapa dia selalu buat kawan laki laki yang dah sayang bagai nak rak pada dia ni , kecewa.... Dan yang selalu pB perasan , kalau kawan pB ni lama tak jumpa dengan sikawan laki ni (contoh cuti lama sebab cuti sem) , bila jumpa next semester , dia mesti akan putuskan hubungan.

Kalau tengok tu , macam dekat di mata , dekat dihati. kalau jauh dimata , jauh jugaklah dihatinya. Member pB ni tak ada jawapan untuk soalan pB tu. Cuma dia kata , bukan niat dia pun nak hancurkan harapan orang tu , tapi , perasaan hati dia , dia sendiri tak faham.

Ada saper saper ker yang macam kawan pB nie???



25 comments:

Che Ma said...

pb,

kawan pb ni dengan siapa akhirnya... mungkin belum betul-betul dekat di hati tu yang bila jauh terus tak rasa...

cm

Ummibatrisya said...

menarik pulak cerita ini, ending nya?

dia kawin dengan dato mana skrg? :)

Yunus Badawi said...

Saya dah tentu bukan mcm kawan pB tu. Saya setia pada yg satu hehehe

Rohaniah said...

hati ore kito tok tau...tapi kalu dio sediri pung tok tahu, keno muhasabah bbanyok la tuh heheheh

jamri said...

jangan lupa HOMECOMMING POLITEKNIK MALAYSIA di Ipoh pada 16/8 nanti.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

saya tiada kawan seperti tu..tp saya jenis setia pada yang satu dan mudah jatuh cinta sama macam budak tu kot :P

umie@kakyong said...

Pb,
Budak tu sekarang dah kawin ke belum... kalau belum habaq kat umie... boleh la umie dtg merisik kabar ke... apa ke...

idahani said...

salam pB..rasanya dia tak yakin dgn diri dia..sblm org sempat nak putus dia putuskan dulu..ataupun dia takut dgn sesuatu yang dia sendiri tak pasti menjadi ke tak..eceeehh..mcm terer jerk

atty's said...

pernah ade kwn gak mcm kwn pb nie..

tp last sekali dia kawin ngn sapa nie..?

KAMATO said...

Kalau laki mungkin digelar buaya, ni kalau perempuan nak panggil apa ye....he he..mungkin padanya semua tu cinta monyet

luna said...

dia jenis cpt bosan la tu...dan kdg2 lelaki ni bila kata dh suka, lain pulak perangai nya...

sy penah jugak mcm tu..cpt bosan...sy takut jugak masa nk terima Am..penah reject gak dia tp lps tu kesian..kesian,kesian terus sayang hihi

pB said...

LUNA



Jenis cepat bosan ker kalau macam tu?????

Hi hi , ada gak yang sejenis dgn kawan kak pB nie nyer..

pB said...

KAMATO



Cinta Monyet?? Hmmm ...
Mungkinlah kot , Bro.

pB said...

ATTY'S



Kawan pB tu kawin jugak akhirnya. Dengan budak satu negeri dengan dia , gak .....

pB said...

IDA



Susah nak faham kalau bab bab hati dan perasaan nie.
Kalau ikut dia , bukan dia tak sayang tapi entah ler. Kalau jumpa , ada aja benda yang dia tak berkenan. Tu yg buat dia cpt cpt mintak putus.

Tapi , kesian lar pada hero hero tu , kan

Zareda Norman said...

Bettullah kata kawan PB tu..

soal hati dan perasaan hanya diri sendiri jer yang memahami

Precious said...

Eh mana ler kita tau apa masalah dier. Cian dier. Cian gak ngan yg lain2 tur ... Banyak orang banyak ragam!

Neeza Shahril said...

hati dan perasaan orang susoh nok pahae.. tapi okay kot sebak dio tok tunae lagi..
tapi memang siyae la kor 'balak-balak' hok frust tu dih..

xiiinam said...

salam ziarah....

muadzlife said...

o dah kawin lah dia yer..jgn tukar2 lagi sudah lah.:)

Uncle Lee said...

Hi PB, he stole your heart? It must have been fun back then I guess.
You have a pleasant weekend, Lee.

mother of two said...

sy pun ala2 cam kawan pb gak.. tapi sy dah kawin...yuhuuuuu!!!!

catz_mafia said...

pB,
Kite pun cam kawan pB gak.. hehehe.. dan kite pun cam Kak Shiela gak.. Nasib baik kita dah kwin.. hahaha

Lun said...

X Sme lk cete ngn pb...cme kwn lun dh jd x kwn lps becnte

Anonymous said...

Harap pB tak macam kawan pB...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...