13 June, 2009

600

Bagi negeri negeri di Pantai Timur seperti Kelantan , Trengganu dan Pahang begitu juga Kedah , esok merupakan hari pertama persekolahan setelah bercuti selama 14 hari. Saja tulis 14 hari , baru nampak panjang cuti tu. Kalau tulis 2 minggu , rasa macam pendek jer. Esok Cikgu Cikgi seperti Pok Mae , Teacher Sally dan juga Abiey69 akan mula mengajar ....

Tapi macam kita orang yang kat Pantai Barat ni , 2moro masih lagi cuti cuti dirumah . Hari terakhir. Esoklah , anak anak akan mula mengutip semula beg beg yang mana entah mereka letak , mula menggapur kasut sekolah dan ada juga yang baru hendak menyelesaikan kerja kerja sekolah yang diamanahkan kepada mereka sebelum 'happy holiday' dulu. Dan buat pB , esok lah baru pB nak gie cari kasut hitam buat si Aqilah dan juga tudung hijau dan pink untuk si Arifah... Dan rasanya baju uniform baru si Aqilah akan siap esok .


Bagi penutup cuti , kita all ke Sg Congkak pagi tadi. Rancangan ni dah seminggu berada di fikiran. aBear bukan seperti Rahim Razali Cikgu ckLah yang boleh pergi kemana mana tanpa rancangan. Terlintas jer terus terbang. Kalau dengan aBear , waktu keluar rumah pun telah ditetapkan.


Perjalanan yang sepatutnya tak jauh mana , telah mengambil masa yang panjang. Gara gara route yang dipetakan oleh adik pB tak berapa jelas. Nasib baiklah , ada teman blogger yang sedia membantu. Terima Kasih Ummie. Dengan guide line yang Ummie berikan , kami selamat sampai ke destinasi. Permandangan di sepanjang perjalanan begitu mendamaikan. pB suka sangat memerhati rumah rumah kampung yang ada di kiri kanan jalan. Sungguh unik dan cute.


Kawasan perkelahan yang kami duduki agak bersih persekitarannya, Terdapat bilik persalinan pakaian dan juga tandas yang bersih untuk kegunaan para pengunjung. Di waktu kami sampai , sudah ramai pengunjung yang telah tiba dahulu dari kami. Kebanyakkan pondok yang disediakan sudah berpenghuni.






Terdapat banyak spot yang sesuai untuk bermandi manda. Air nyer jernih. Batu bata yang terdapat diSungai tersebut tidaklah begitu tajam dan licin. Jadi , apa lagi .... Anak anaklah yang paling gembira bermain air. Pada mulanya pB lebih banyak memerhati dari bermain air. Tapi, mana syok dtg waterfall, tapi tak basah.

aBear langsung tak mandi pun. Dia lebih suka dok membaca surat khabar dipondok dari bermain air dengan isteri tersayang (hi hi ....ayat merajuk nie)





Antara gambar - gambar yang sempat aBear rakamkan. Mentang mentanglah dah pandai , so boleh lah berlagak sikit...... pB masih lagi belum dapat mendalami cara cara mengambil photo secara manual. Susah sebab tangan pB bukan jenis tangan yang steady. Asyik tak menjadi jer.


Kami tak lama di sini. Tepat jam 12 tengahari , kami bertolak pulang, Dalam perjalanan , sempat lah beli durian tembaga dan juga rambutan 'anok skoloh'. Harganya boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan Puchong. Janji isi durian nya superbbbbb....


Pulang dari Sg Congkak , abear bergegas ke TV3. Ada pemasangan radio baru disana, Satu lagi station radio keluaran TV3 akan dilancarkan pada hari isnin ini. Sehingga waktu pB menulis n3 ini , dia masih belum pulang (jam 8 mlm dah ni, tau)

Bila pB called , aBear bagitau selesai kerja di TV3 , aBear akan ke Kampung Melayu Subang, Ada kerja pendawaian elektrik di sana pula. Dan esok ,pagi pagi lagi dia akan ke PutraJaya, juga ada kerja memasang lampu , kipas di sana.

Hmmmm....

So , his besday celebration ??????
Entah ler ... Hopefully dia balik malam ni , pB tak tidur lagiiiiiiii.
Kalau tak , semua plan akan menjadi angan angan sahaja ........



39 comments:

TokNabe said...

Syoknya kalu dok berende dale air musim panas2 gini. Lamo doh tak cari port2 mandi lagu ni w'pun kalu kelik kelate jeram linang tu dekat sangat jah kalu nak gi.

pB said...

TOK NABE


Mitok maaf weh larrr, lupo nok boh namo demo dalae n3 ni. Demo pun cikgu jugok tuuuu.

Skalo nyor lagu tu lah , kalu balik kapong bukae nyor dea' pung nok g mandi mandi ni. Hok lebih penting tu cari makae'nae hok lamo doh kito tok makae. N jugok carik sdaro maro .....

Tok gitu

hani@debumelukut said...

hmm...best tu kat air terjun panas2 nih...tapi hati2 ye dik.

Sha said...

salam:)
lama dah tak gi sg congkak sejak ddk seremban. Teringat masa dulu, airnya yg sejukkkkkkkkkk

Along Arman said...

sg. congkak tu kat mana yer?
lama jugak tempatnya...

cikgu_math said...

cm nak tanya soalan yg sama..kat mana sg congkak tu...
pemandangan nya cantik!!!

en_me said...

ammvoiii, romantikknyerrr.. ehehe, salammm

zino said...

best nya dapat berendam kat sg congkak tu.. sojuk tak hehe

catz_mafia said...

Kak pB,
Pok Mae tu skolah lusa.. (satu sekolah dengan Pok Mae)..Kami di Pahang macam negeri2 lain juga..

Wah.. best2nye aktiviti.. jeles i.. hehehe

catz_mafia said...
This comment has been removed by the author.
ima said...

pB...cantiknya pemandangan disungai congkak...bestkan mandi manda disungai...lagi best kalau abear join sama...hehe

Yunus Badawi said...

Semasa saya tulis komen ni harap2 plan pB utk besday celebation sedang berjalan ahaks!

AZANI said...

saya pun ucapkan sama macam YB.Teruskan perjuangan.ha ha.

~adeQ~ said...

nanti tinggalkan e-mail di navygal842004@yahoo.com....nak invite ke blog...

Hepi besday utk abe akak....semoga bahagia selalu....

manlaksam said...

Gambar hok last sekali tu Pok Mae suko.

Kak Elle said...

kat sini cuti sekolah lagi 2 minggu....yeah!

~akuni~ said...

Betul betul betul... nanti malam, ada lah yg baru nak bawak buku sekolah keluar dan cakap "lupa ada keja sekolah"... ayat standard dah tu...

jue mj said...

So , his besday celebration ??????
ehem... celebration mcm yg pB suggest ari tu ke.... ?

pB said...

JUE MJ

So ???? What can i sayyy .... he slept like a baby lasy nite ... hi hi hi

pB said...

AHNI

Tadi sorang yang baru siapkan kerja sekolah. Nak basuh kasut guna mesin basuh. No wayyyy girlssss ... Dua minggu cuti , kasut pun tak leh nak basuh ... Adoi larrrr. Sakit dada Mama .

pB said...

KAK ELLE

Lamanya kat sana cuti. Sonok tu . Tak yah nak fikir pasal jem jem nie

pB said...

Pok Mae

pB pun suko jugok gambar hok ngelah tu....

Kak Jie said...

teringin nak keluar hari ni...semua persiapan dah siap, kan...tapi tengok jalanraya punyalah sesak..tak jadi

patah balik ngadap tv...hehehe

pB said...

adeQ

Nanti kak pB hantar email tu esok nyer, deQ. Thx for the wishes ....

pB said...

KAK JIE

pB tak kemana mana pun. Pagi tadi hanya keluar beli ikan ayam. Jab lagi , lepas asar ni nak ke kompleks yang dekat dengan umah nie. Nak carikan kasut hitam dan tudung untuk sekolah esok. aBear pun tak balik balik lagi dari pagi tadi. Talifon pun tidakkkkk !!!!!!

mother of two said...

bakpo pb tok terjun nyo... anyway happy birthday pado abe saye demo..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki:)

Zareda Norman said...

Sg congkak memang bes.. tambah kalau makan ikan bakar dan air asam sg congkak yang sangat femes itu..

Moga dapat delovery hadiah harijadi tu yer PB.. hehhe

Anonymous said...

tak pernah pegi sg congkak... kalau ajak pun che hubby sure mengeliat... nampak best dah lama tak pergi picnic anak-anak rasanya tak tahu makna picnic... kesian.

Happy Bestday kat Abear... baru 38 tokleh join club cm lagi ler... semoga sentiasa menjadi suami dan ayah yang penyayang utk pb dan anak-anak...Amin

cm

Anonymous said...

So , his besday celebration ??????
Entah ler ... Hopefully dia balik malam ni , pB tak tidur lagiiiiiiii.
Kalau tak , semua plan akan menjadi angan angan sahaja ........


Siap bagi tahu tu tak tidur lagi???

izman said...

rasanya tak pernah sampai kot kat sg conkak, kena usha ni.

oklah tu, walaupun cik abear sibur, dia ambik masa jugak dgn keluarga

Ummibatrisya said...

photo yang last yang paling best, romantik :)

dapat tak bagi hadiah?

KV said...

gambar yg last tu, awww!!!

kakLuna said...

subhanallah! cantiknya sg congkak..mcm kat kanada pulak (ahaks mcm la penah pegi kanada) :P

pB said...

KAK LUNA


Cantik kan.
Sebenarnya tak perlu ke luar negara untuk nikmati semua ini :)

pB said...

KV

Bakpo dengae gambar hok nge'lah tu?????

pB said...

UMMI

Ummie, kalau nak bergambar dengan aBear ni , kita yang kena lebih lebih posing. Kalau tidak , gambar yang jenis berdiri keras jer lah. Dia langsung tak reti nak relax relax nie....

pB said...

IZMAN


Sg Congkak ni tak jauh mana pun dari Cheras tu....
Yup , itu adalah salah satu kualiti yang ada dlm diri aBear. Sibuk macam mana pun , dia akan cuba slotkan sedikit masa untuk kami sekeluarga.

pB said...

ANON

He he he. Alaarr ayat menambah panjang entry jer

umie@kakyong said...

PB,
seronok nyaa dapat berendam dalam air.. nanti le insyaalah nak pi sana lagi... ada satu lagi kawasan bekelah yg berdekatan area situ jugak... namanya sungai GABAI.. nanti kalau nak dtg lagi... boleh la bagitau umie.... boleh join sama...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...